Followers

Monday, August 18, 2008

Muktamar PKPIM

TENTATIF PROGRAM

Jumaat, 22 Ogos 2008

MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN


3.oo petang : Pendaftaran Peserta
6.30 petang : Makan Malam
7.30 malam : Solat Maghrib
8.00 malam : Sesi Persidangan 1
11.00 malam : Rehat

Sabtu,
23 Ogos 2008

KONVENSYEN KOLEJ ISLAM SEMALAYSIA

8.30 pagi : Ketibaan Perasmi
9.00 pagi : Ucapan Dasar “ Memacu Masa Depan Gerakan Da’wah”Mohd. Hilmi Ramli Presiden PKPIM
10.00 pagi : Minum Pagi
10.15 pagi : Pidato Utama “Memperkasa Pendidikan Islam Demi Masa Depan”YB Dato Hasan AliExco Hal Ehwal Agama Kerajaan Negeri Selangor
11.15 pagi : Sesi 1 Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji AhmadKepentingan dan Keutamaan Dakwah dalam Suasana Sosio Politik Negara
12.45 t/hari : Rehat,Solat Zuhur / Makan Tengahari
2.00 petang :Sesi 2 Dato’ Dr. Siddiq Fadzil "Mahasiswa dan Kepedulian Sosial : Menggembleng Keperkasaan Generasi Muda"
3.30 petang : Sesi Bengkel “Masa Depan Institusi Pendidikan Islam Negeri”
4.30 petang : Resolusi,Sesi Penutupan
6.00 petang : Rehat
8.00 malam : FORUM GENERASI MUDA
10.00 malam : MALAM TAUTAN ANAK NEGERI
11.00 malam : Rehat

Ahad,
24 Ogos 2008
MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN

8.30 pagi : Sesi Persidangan 2
10.30 pagi : Minum Pagi
11.00 pagi : Sesi Persidangan 3
2.00 petang :Bersurai

Bersama-sama kita meramaikan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-47!


Hidup Biar Berjasa

Pagi yang Indah!

Alhamdulillah, terasa ketenangan bila bangun pagi ini (18 Ogos 2008). Bumi Gombak dan mungkin seluruh KL hari ini dibasahi dengan rahmat Allah SWT. Hujan dari pagi sampai sekarang (11.50 pagi) masih belum menunjukkan akan berhenti. Tenang, sejuk, nyaman, selesa... (patutlah susah nak bangun pagi ni..hehehe)Subhanallah! Kekuasaan Allah semuanya ini. "Tidakkah kamu melihat pada penciptaan Allah itu tanda-tanda kebesaran Allah"

Hati yang gundah rasa kembali tenang bila mengamati ketenangan pagi ini. Dari semalam terasa sesuatu yang tidak kena pada diri ini. Sesuatu yang perlu diperbaiki segera agar tidak membarah dan menjadi kebiasaan @ tabiat. Semoga Allah melembutkan hati ini untuk terus tunduk dan patuh pada ajaran-Nya. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang sering berada di sisi memberikan teguran. Dan juga terima kasih kepada Adik yang menjadi antara sumber kekuatan dalam diri ini.


"Terkadang hati terasa begitu kosong, dan jiwaku mendesak untuk terus mencari, dan hanya secebis Iman yang rapuh ini menjadi penyuluh jalanku. Sebenarnya aku begitu takut, takut untuk tersesat untuk kali kedua.Teman, ku pautkan harapan padamu..temani aku dalam perjuangan hidup ini. Agar aku terus kuat dan tidak tersesat lagi. Sungguh, aku dambakan cinta Illahi, tapi terlalu sukarnya untuk ku mentarbiyah hati ini..."-nukilan a.K.u

Sunday, August 17, 2008

masa terus berlalu

Sekadar ingin mencoretkan seuatu di dalam blog ni. Rasa bosan plak sekarang ni. hurm, tak tau nape. takpe2...sedang mencari kekuatan sebenarnya.

Agak menarik bila mengikuti perkembangan politik semasa kini. Semalam penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh. tidak mahu komen apa2. selain itu, isu yang sedang hangat diperkatakan, pengakuan bersumpah Saiful. hurm saya dah lihat video sumpah yang dibuat. juga saya mengambil pendirian tidak mahu komen apa-apa. cukup sekadar perbincangan bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang lain. tak dapat nak reveal kan dalam blog ini.


Allah berfirman : "Mereka merancang, dan Allah juga merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang"

Semoga segalanya akan terlihat akan kebenarannya. dan terungkai segala persoalan. Pastinya rakyat Malaysia terutamanya pengundi di Permatang Pauh sedang menimbangkan setiap isu yang timbul dengan pemikiran yang matang. (harapan saya). Jangan terlalu taksub dan juga beremosi. Ambillah jalan tengah sepertimana yang disarankan dalam agama. Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang antara lain maksudnya "Jadilah kamu ummat pertengahan untuk dijadikan contoh kepada yang lainnya"


Doakan segala yang terbaik untuk kebangkitan Islam. Agama yang menjadi pegangan kita dulu, kini dan selamanya. Allahuakbar!



Thursday, August 14, 2008

Caj PTPTN turun kepada 1%

Caj perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diturunkan kepada satu peratus bagi semua pelajar universiti berkuatkuasa Jun tahun ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Keputusan itu diambil jemaah menteri hari ini membabitkan peminjam sedia ada, peminjam yang telah tamat belajar tetapi masih belum menyelesaikan pinjaman dan semua bakal peminjam, lapor Bernama.


"Pelajar baru yang memohon pinjaman sebelum sistem baru dilaksanakan, permohonan mereka akan diproses dan diluluskan mengikut kaedah sedia ada dan pelarasan akan dibuat kemudian apabila sistem baru siap dibangunkan menjelang Disember tahun ini," beliau dipetik sebagai berkata.


Peminjam yang tidak pernah membayar dikenakan kadar caj lama bersama denda sebanyak satu peratus. Bagaimanapun baki jumlah pinjaman selepas 1 Jun sahaja layak mendapat kadar caj yang baru, tambah Mohamed Khaled.PTPTN sebelum ini mengenakan caj tiga peratus bagi penuntut peringkat siswazah, manakala lima peratus kepada pasca siswazah


Menurut agensi berita itu lagi, menteri itu berkata surat perjanjian baru akan diedarkan kepada peminjam sedia ada dan yang telah tamat belajar menjelang tahun depan.Peminjam diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan dokumen baru itu dan mengembalikannya semula kepada PTPTN.


"Peminjam perlu menjawab surat tawaran itu sama ada setuju atau tidak, ini perlu kerana ia melibatkan perjanjian, mereka (peminjam) tidak boleh anggap bila kita umum ia akan berubah kerana ini ada perjanjian.


"Kalau peminjam tidak memberikan sebarang jawapan, kadar caj yang lama akan tetap dikenakan," katanya.Mohamed Khaled menambah, caj rendah itu diharapkan dapat memudahkan usaha peminjam membuat bayaran balik.


Kira-kira 1.04 juta pelajar siswazah (diploma dan sarjana muda) dan bagi 2,473 orang pula pasca siswazah (sarjana dan doktor falsafah) bergantung pada PTPTN.

Apa kata saya??

*Alhamdulillah, bagi saya ini adalah perkembangan yang baik bagi peminjam-peminjam PTPTN seperti saya ni. Terasa kurang sikit beban untuk membayar 'HUTANG' belajar ni. Sebab saya tahu perkiraan yang sebenar ke atas caj PTPTN tersebut. Bukan dengan mudah 'kalikan sahaja 1% dengan jumlah pinjaman', tetapi ia dikira berdasarkan konsep 'Loan' yang saya belajar dalam kelas Business Finance.

* Tetapi masih ada lagi keraguan kerana 'caj' yang dikenakan tidak memaklumkan jumlah caj sebenar yang ditanggung PTPTN untuk pengurusan pinjaman pelajar (caj pengurusan). Yang bagi saya, ia (caj 1%) masih dikira sebagai RIBA. Mengenakan caj yang tetap ke atas seuatu pinjaman. namun begitu, ini mungkin langkah awal pengkajian semula caj PTPTN setelah banyak kali disuarakan oleh pelbagai pihak dan NGO termasuk PKPIM sendiri.

*Alternatifnya, pelajar (termasuk saya) kena berusaha untuk mendapatkan bantuan kewangan yang lebih terjamin 'kebersihannya'. Dengan tidak menafikan, pinjaman PTPTN ini banyak memberikan manfaat kepada berjuta-juta pelajar yang menyambungkan pengajian di institusi pendidikan tinggi.

*Lantas saya kira, perkembangan ini, adalah satu perkembangan yang baik dalam usaha memastikan kebajikan pelajar lebih terjamin. Terima kasih kepada pihak yang prihatin.

p/s: Terasa duit PTPTN dalam bank semakin berkurangan..adohai! (kesan inflasi yang ketara)...sabar...sabar...

Wednesday, August 13, 2008

Ziarah Pimpinan di Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang memberikan kesempatan kepada kami, pimpinan PKPIM UIAM Gombak untuk turun padang berjumpa dengan adik-adik pimpinan di Pusat Asasi PJ. Terima kasih kepada Abang Naim (bagi pinjam kereta) dan dua orang sahabat kami yang menyewakan kereta mereka (Adam ngan Chip). Terima kasih sebab telah melancarkan perjalanan kami. Lepas ni boleh pinjam lagi..heheh..
Hurm, berbalik semula kepada perjumpaan bersama pimpinan Pusat Asasi, atau saya kira lebih kepada muzakarah antara kami (pimpinan PKPIM UIAM Gombak) dan mereka (pimpinan Pusat Asasi UIAM PJ). Alhamdulillah, saya kira perbincangan malam tadi adalah sangat baik dan membina. Masing-masing menunjukkan keterbukaan dalam membincangkan beberapa perkara dan memberikan respon yang baik. Seterusnya saya mengharapkan terhasilnya satu resolusi yang terbaik bagi meneruskan perjuangan PKPIM di UIAM itu sendiri.

Apa yang penting dari muzakarah malam tadi adalah, masing-masing secara individualnya perlu memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jalankan kerja masing-masing sepertimana yang selalu ditekankan oleh Amir PKPIM UIAM Gombak. Mantapkan ukhuwah dan FOKUS! itu perkara yang paling utama dalam menggerakkan gerak kerja Da'wah. Di samping itu perlu diteliti semula pelbagai aspek yang lain seperti pengurusan dan pemahaman kepada gerak kerja da'wah itu sendiri. Seandainya semua ini selesai, InsyaALLAH, gerak kerja akan menjadi lebih teratur dan dipermudahkan.

"Kebatilan yang terancang mampu mengalahkan kebenaran yang tidak terancang"


Justeru, saya menyarankan kepada semua ahli gerakan PKPIM samada di Pusat Asasi atau di Gombak untuk kita sama-sama menilai kembali pergerakan kita selama ini. Adakah telah tercapai kepada penanda aras yang telah kita tetapkan. Baiki semula niat kita, fokus kita agar kita tidak lari dari perjuangan gerak kerja da'wah yang sebenar.

Semoga usaha kecil yang dilaksanakan semalam dapat memberikan impak yang positif kepada setiap pimpinan dalam usaha menghidup suburkan tarbiyah dan biah solehah di bumi UIAM. InsyaALLAH.


HIDUP BIAR BERJASA!

Thursday, August 7, 2008

Malaysia tidak memerlukan Tugu Negara (petikan dari web Malaysiakini)

Malaysia tidak memerlukan Tugu Peringatan Negara kerana ia "mempunyai unsur-unsur keberhalaan" dan "bukan warisan kita", kata mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Ia (tugu itu) patut digantikan dengan perkara lain," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas sama ada monumen bersejarah itu wajar dirobohkan kerana didakwa mempunyai unsur-unsur keberhalaan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Jumaat lalu, mufti itu menyarankan perdana menteri atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di tugu berkenaan sempena Hari Pahlawan 2008 agar bertaubat kepada Allah.

Menulis di blognya bersama foto Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan kalungan bunga (foto kiri), Dr Mohd Asri berkata:

"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.


"Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.

"Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.


"Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar."

Khamis lepas, selepas perdana menteri, acara peletakan kalungan bunga disusuli panglima angkatan tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.
Dr Mohd Asri turut menyifatkan acara memperingati pahlawan di Tugu Negara sebagai tindakan untuk "mengalihkan pandangan" awam terhadap isu kebajikan keluarga-keluarga bekas tentera.
"Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita? Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?" katanya hari ini.

Beliau menjelaskan, perbuatan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram mengikut fatwa kebangsaan dan fatwa Perlis.

"Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya.

Diminta mengulas tentang jenis-jenis patung yang dibenarkan dalam Islam, beliau berkata, pada asalnya semua patung tidak dibenarkan tetapi terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Namun, katanya, unsur membesar-besarkan patung tetap tidak dibenarkan.

Patung jika digunakan untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan pendidikan adalah dibenarkan, katanya.

Ditanya tentang penggunaan patung untuk tujuan kesenian, beliau berkata, Islam tidak menghalang kesenian, tetapi mestilah ada batasnya.

Patung tidak boleh membesarkan objek asalnya atau imej yang dipatungkan, tambah Mohd Asri.

Tuesday, August 5, 2008

Menyedari Kelemahan Diri

Lama dah tangan tak berjalan merajinkan diri menaip untuk update blog ni. Sebolehnya saya ingin jadikan blog ini tempat untuk berkongsi perkara ilmiah. Tapi bila tengok balik post yang lepas-lepas, macam takdek jek yang menarik ataupun yang boleh diklasifikasikan sebagai ilmiah. Kalau ada pun, sikit je la kot..hurm.Apepun, semoga mereka yang masuk ziarah blog saya ni dapat sedikit sebanyak info. Kalo rajin, komen la sekali. Barula dapat idea yang bernas.

Well, pejam celik pejam celik, dah hampir lima minggu dah semester baru bermula. Bagaimana dengan azam semester baru anda semua?? Hurm, Tanya orang lain plak..aku ni camaner? Ok ke? Semoga semua orang dah mula dapat rentak yang baik dalam pembelajaran masing-masing. As for me, I could say that I still experiencing a hard time to focus on my study. Sometimes, I cannot focus at all. Tension gak kengkadang. Ntah ape la yang ada dalam pemkiran ni. Jauh jek melayang….banyak sangat memikirkan benda yang tak sepatutnya…hurm..syah..syah…

Apepun, harapan saya semester kali ni dapat naikkan CGPA yang sedang menurun. Huhu.. natijah tak serius dalam pembelajaran. Padan muka ko syah! Pembaca jangan ikut perangai yang tak elok ni ye. Terkadang rindu rasa nak balik zaman belajar kat sekolah dulu. Bukan main semangat giler bila study ni. Bangun pepagi, compete ngan kengkawan. Kalo boleh tak nak bagi kawan-kawan bangun lagi awal dari kita… dengki gila kalo bangun-bangun jek, member dah dok atas tikar sejadah dah, solat tahajjud before study sementara tunggu Subuh. Pastu seboleh boleh carik pelbagai cara mengalih tumpuan member dari belajar. Sebab dengki dia belajar lebih dari kita..padahal kita pun dah belajar banyak gak…tapi saje, sebab takleh ar tengok member-member rerajin lebih dari kita nih…GERAMMM! Pergh! Memang struggle cam nak rak ar dulu. Dan Alhamdulillah, berkat segalanya itu, akhirnya aku di sini. Di Taman Ilmu dan Budi. Terima kasih kengkawan yang dengkikan aku dulu..dan kengkawan yang aku dengkikan dulu…korang memang best..ade yang dah nak jadik doctor, cikgu, akauntan..hurm..bestnyer.. bila la nak jumpa balik semua nih… rindu bangat!


Apepun, itu semua pengalaman yang lepas. Persoalannya, mampukah diulang kecemerlangan yang lalu. Hidup semakin hari semakin jauh dari Tuhan. Tahajjud belum lagi menjadi amalan. Puasa sunat apetah lagi. Menelaah pembelajaran seawal pukul 4 pagi belum lagi terlaksana. Keinginan itu ada, tapi serasa belum begitu kuat melawan kesejukan bumi UIA ini di waktu pagi. Cabaran dan ujian tu! Jom LAWAN!


Hope kengkawan sumer leh ar doakan kawan korang yang sorang ni. Nama dia syah! Doakan dia rajin belajar… dapat lecturer list pun jadik ar kalo tak dapat dean list pun…huhu…Nak bagi semangat kat diri bukannya mudah. Lagi-lagi kalau kepala otak dah liat.


Susahnya nak ubah tabiat ni.. Kerana sedar akan kelemahan diri, marilah kita semua kembali kepada yang SATU. Bergantung haraplah padaNYA. Semoga Dia mendengar segala rintihan kita dan akhirnya mengatur semula kehidupan kita belandaskan landasan yang sebenar. Agar kita tidak lari lagi dari asal kejadian kita di atas muka bumi ini.


Sedarilah wahai hamba..wahai khalifah… tanggungjawab mu belum terlaksana sepenuhnya…..
Come on! Wake Up!!!!