Followers

Showing posts with label Campus Issues. Show all posts
Showing posts with label Campus Issues. Show all posts

Thursday, February 19, 2009

Kehidupan dan janji Allah

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang datang singgah dekat blog aku yang tak seberapa ni. Huhu.

Pastinya sekarang ni semua student UIA tengah bergelumang dengan buku-buku. Demam mid term masih lagi belum habis. Aku sendiri pun ada lagi satu paper untuk mid term. So far, so good la.. tapi ade gak beberapa paper yang aku tak berapa nak perform. Huhu.

Dalam kesibukan menelaah pelajaran, program pun berjalan ngan rancak gak. Dah tak cukup tangan kot nak handle semua. Tapi aku bersyukur sesangat sebab ramai kaki dan tangan aku yang lain mampu untuk memberikan komitmen dalam menjalankan program dengan baik. Baru jek selesai dengan Kem Mahabbah dan juga perjumpaan mentor mentee E.M.A.S yang pertama. Minggu ni (28/2) ngan minggu satu lagi (7/3), ade gak perjumpaan mentor dengan mentee secara formal. Bermakna kesibukan akan melanda dalam tempoh tersebut. And aku secara personalnya nak ucapkan terima kasih bebanyak kat Kak Dyll sebab banyak membantu aku untuk membawa EMAS ni dengan lebih baik. Bersyukurla... Kalau tak, aku pun tak tau ke arah mana aku nak bawak program yang aku ngan kengkawan lain dalam titian wahyu initiate kan ni. Berat sebenarnya tanggungjawab menjadi initiator ni. Nak memastikan survival program ni pada masa akan datang, bergantung kepada keberhasilan dan kejayaan program ni pada masa sekarang. Aku hanya mengharapkan yang terbaik. Insya-Allah.

Dalam kesibukan menguruskan Mentoring EMAS ngan satu program international nanti pada bulan april (International Muslim Youth Camp), sebenarnya aku hampir-hampir melupakan tanggungjawab aku yang perlu dilangsaikan bersama Grup GPTD- Sri Lanka. Sebenarnya, tak lupa pun, masih ada lagi sisi-sisi dan ruang untuk aku letakkan komitmen aku dalam grup ni. Terasa dengki melihatkan mereka yang begitu komited dengan aktiviti di dalam GPTD. Sekarang ni, Abang Suhail sedang berada di China bagi menjalankan misi dakwahnya selama SETAHUN. Setahun tu, lama kot! Huhu. Aku ni, baru je menghadapi ujian dakwah di negara orang selama 15 hari. Sebulan pun tak sampai. Apekah aku mampu untuk menjadi seperti Abang Suhail dan juga abang-abang senior lain di GPTD? Hurm, terasa begitu jauh lagi langkahku untuk menjadi seperti mereka. Banyak perkara yang perlu dipelajari jika benar-benar ingin masuk dalam arena dakwah secara universal ini. Yang paling utama adalah persiapan diri kita sendiri... Hurm, bila muhasabah balik, terasa banyak kelompongan kat dalam diri aku yang perlu diperbaiki dengan segera. Semoga Allah memberikan hidayahnya agar dipermudahkan jalan memperbaiki kelompongan diri. InsyaAllah.

Apepun, aku dan semua mungkin tahu dan sedar bahawa banyak benda yang boleh diselesaikan kalau kita berdisiplin. Tidak kiralah apa juga perkara, samada dalam menuntut ilmu, menyelesaikan kerja, memperbaiki diri, bermuamalah dengan manusia, dan yang paling penting sekali dalam menjaga hubungan kita dengan pencipta. Pendek kata sekarang ni, aku dan raamai di kalangan kita kurang disiplin dalam menjaga sesuatu perkara. Aku tak disiplin dalam menjaga hubungan aku dengan tuhan Rabbul Jalil, aku tak berdisiplin dalam menjaga hubungan aku dengan manusia dan makhluk lainnya. Aku lebih senang untuk hidup dalam dunia dan kelompok yang aku ciptakan sendiri, yang akhirnya aku sedar betapa segalanya ini menjurus kepada kehancuran yang amat dahsyat! Hahah.. Gempak tak threat tu?? Hurm, tapi kenapa ye manusia ni sering lupa atau sekadar ambil ringan dengan segala benda-benda yang pada dasarnya dia tahu dan mengerti akan sebab dan musababnya? Sungguh manusia itukan pelupa dan sentiasa lalai. Tapi perlukah itu dijadikan alasan?

Allah kan berfirman dalam al-Quran dan DIA bersumpah dengan masa dalam surah al-a'sr:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebaikan (benar) dan berpesan-pesan pada kesabaran"

Jelaskan janji Allah? Orang yang tak menjaga masanya (tak berdisiplin), pasti akan berada dalam kerugian. Dan dalam situasi aku sekarang, sungguh, aku merasakan aku tergolong dalam golongan yang dimaksudkan. Sebab, aku banyak habiskan masa dengan benda yang tak berfaedah, aku jarang melapangkan masa untuk mencari ilmu sedangkan aku tahu betapa dengkelnya ilmu agama aku.

So, untuk thread kali ni, aku sekadar nak bermuhasabah dengan diri aku dan diharap boleh menjadi muhasabah untuk diri korang gak. Betapa kita terkadang terlupa dan lalai dalam menguruskan kehidupan kita dengan baik. Jika dibandingkan umur yang kita habiskan sekarang dengan sahabat-sahabat Rasulullah, jauhnya perbedaan kita kan? Kenapa dan mengapa? Tepuk dada tanyalah diri sendiri...

Semoga menjadi pedoman bersama. InsyaAllah....

Monday, January 26, 2009

Update! Update!

Curik masa sekejap sementara tunggu member datang kat mid valley ni. Online pakai wireles kat Big Apple. (bukan antara yang kena boikot kan? kalo kena boikot gak, maklumkan ye!) Hurm, takde masa lagi nak buat sambungan kembali menerjah dunia blogging siri ke-2. Mungkin terpaksa kuburkan jek hasrat nak sambung benda alah tu. Sori ye pembaca semua. Huhu. Berikut ringkasan ape yang terjadi sepanjang minggu lepas.


1. Alhamdulillah, minggu PRK dah selesai. Bersyukur sangat dapat bekerja untuk PRK ni. Banyak pengalaman yang dapat ditimba walaupun kepenatannya agak melampau-lampau. hohoho. Apepun, PRK berjalan lancar kecuali beberapa insiden yang mencemarkan nama baik PKPIM. Kami ahli PKPIM berasa sedih dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan risalah fitnah yang memburukkan nama PKPIM. Persoalan aku, mengapa sampai begitu? Takutkah, tercabarkah atau jahil? Sungguh, aku tak dapat menerima perbuatan yang menghalalkan cara itu. Hurm.... Kepada sesiapa yang ada baca risalah mengenai PKPIM sepanjang PRK yang lepas, harap diteliti dahulu asalnya dari siapa. Semoga orang yang bertanggungjawab atas penulisan dan pengedaran risalah itu diberikan petunjuk dan rahmat dari Allah. Sungguh, bukan tarbiyah kami (PKPIM) mencaci cela pihak yang lain. Yang benar kami katakan benar, yang salah kami katakan salah. Bak kata Abang Kerol, PKPIM berasaskan kepada 'isu sentrik' bukannya 'parti sentrik' Lantas, di pihak mana pun, parti manapun, seandainya betul tindakan dan penghujahan mereka, pasti kami sokong. Biarlah dikatakan lalang sekalipun, kerana kami percaya yang benar tetap benar, dan yang salah tetap salah. Benda yang aku cakap ni, apply hanya kepada mereka yang terbuka mindanya untuk memahami. Bukan bagi mereka yang sempit pemikiran yang hanya beranggapan mereka satu-satunya yang BENAR. Astaghfirullahal 'azim....



Senarai nama calon selepas tempoh pencalonan ditutup




Awe di hari pengundian


Terjemahan kesabaran kami tercabar (Abang Saifullah mengoyakkan risalah fitnah - 'teropong' - ke atas PKPIM di hadapan hadirin selepas keputusan PRK diumumkan oleh Dato' Hamidon. Beliau meminta mereka yang bertanggungjawab atas penyebaran risalah itu untuk bersemuka dengan pimpinan PKPIM UIAM dalam tempoh 24 jam untuk clarification)



-tahniah kepada Fahmi! Berjaya mendapat undian tertinggi di Kuliyyah Ekonomi. dan tahniah juga kepada Awe yang kalah secara bermaruah!


Fahmi menerima ucapan tahniah dari Dato' Hamidon selepas majlis pengumuman pemenang PRK di Experimental Hall


2- Kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan awal banyak yang dah tertangguh. Aku masih lagi ada masalah dalam menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Beban semakin banyak. Mid-term dah dekat. Sesuatu perlu dilakukan. Hal jemaah, hal kelab, jawatan dan sebagainya. Ya Allah, adakah aku mampu untuk mengharungi segalanya dengan baik. Bercakap mengenai jawatan, baru-baru ni aku ditawarkan untuk menjadi presiden Censerve. Jauh di sudut hati aku tercari-cari apa sebenarnya yang mereka nampak pada diri aku yang kerdil ni untuk memgang jawatan yang bukan kecil tanggungjawabnya. Dan sebaiknya, aku cuba menolak untuk menerima jawatan tersebut. Sebab aku yakin ada lagi mereka yang lebih layak dan berkemampuan untuk berada di posisi tersebut. Pada masa yang sama aku tak mahu bila aku menerima jawatan tu nanti, aku terpaksa melepaskan beberapa kerja yang bagi aku sangat penting untuk aku terus berada di dalamnya. Above all, aku serahkan seglanya pada Allah. Perancangan Allah itu kan lebih baik. Semoga DIA memberi segala yang terbaik untuk aku dan juga perjuangan hidup aku.


3- Study agak bersepah skang. Huhu. Kesibukan terkadang menjadi alasan yang tak bleh diterima pakai. Dah tau kau sibuk syah, aturla jadual bagi leklok. Jangan dok lepak2 lagik! Huhu.. Susah kan bila kita dah ada komitmen ngan banyak perkara. Satu benda jek yang aku syukur, aku tak ada komitmen dengan wanita. Dan aku harap aku masih dapat berpegang teguh ngan pendirian aku untuk tidak meletakkan komitmen selagi aku belum habis study. Bila dah ada banyak komitmen ni, kekadang aku terpaksa korbankan banyak benda. Aku terpaksa menghadkan masa aku untuk leisure ngan kengkawan, terpaksa tak balik umah dua tiga minggu, kalo balik pun sebab nak amik kereta untuk pergi program (bila nak ada kete sendiri? terasa macam menyusahkan plak bila asyik meminjam ni)...terpaksa untuk menidakkan segala perkara yang penting bagi orang lain, tapi tak berapa penting bagi diri aku, dan terpaksa menjadi seorang yang sangat berkira tentang masa. Maafkan aku teman andai aku sukar untuk didekati kini. Huhu.. Adoiyai. Ngan adik aku pun dah makin jauh dah. Semoga Allah memberikan keberkatan masa untuk aku memperbaiki hubungan aku dengan manusia, dan paling penting hubungan aku dengan DIA. Kalau DIA tak pandang aku, macamana untuk aku teruskan perjuangan yang semakin menggila cabarannya nih.. Hurm.. Lepas ni, ada masa jek nak kena lepak kat library ar.. Teringat masa study kat library time nak final exam sem lepas. Best jek study kat library sebebnarnya. Sebab environment study tu ade. Kalo dok kat bilik, ape yang ade? Katil dan bantal yang menggamit2..hoho.. Pantang betulla! Masuk bilik jek, katilla arah tujuan mataku yang pertama..heheh... ditambah lagi hobiku yang memang suka tidor! Sesssuaaiii!


a) Keadaan bilik aku masa pertukaran perabot masa cuti sem lepas...







Sapela yang gatal tangah spray bilik aku ni. Angin jek! huhu...


b) Keadaan bilik lepas dah melalui proses renovation dan decoration. Hoho!






Gajet baru aku untuk sem ni, Amplifier (untuk disewakan), new laptop (acer 4935). Terletak kat hujung kaki katil aku. Huhu...

Align Center

Ni la katil tempat aku lepaskan keletihan aku. Tema hijau plak sem ni. Kalo tak kena spray bilik aku, aku biarkan jek, tapi sebab sakit mata tengok, takleh tahan ar...Cat terus!huhu...



Tempat letak buku yang limited. Tak besh. Yang dulu punya lagi best. Banyak ruang. Banyak lagi buku yang tak dapat letak kat sini. Terpaksa letak atas almari jek.


Ni la meja study aku. Tempat aku memerah otak aku. Kejap je la. Pastu katil kat belakang macam menggamit2 jek..Hampeh tulla! Huhu...


4- Aku sekarang dah mula boikot benda-benda yang kena boikot. aku dah tak pergi Mcd, KFC, Pizza, dah tak minum nestle Bliss (yang aku suka giler dulu), cuma milo jek aku selalu beli kat cafe...huhu. Kena substitute ngan benda lain nih. Apepun, mungkin usaha aku ni nampak kecil berbanding dengan penderitaan yang dialami oleh umat Islam kat Ghaza. Bila aku jenjalan kat Midvalley, saje jek aku wusha tempat2 yang disarankan untuk kita boikot, aku tengok masih ada lagi rakyat Malaysia yang Islam makan kat tempat2 tu. Hurm, tak tahukah? atau hanya sekadar memandang sepi kempen boikot yang dianjurkan. Aku rasa, dari kempen boikot yang rakyat Malaysia dah jalankan, Mcd ngan KFC dah terasa kesan dia. Buktinya, kalo tengok paper dua tiga hari lepas ada beberapa kolum khas dalam paper yang Mcd tulis memacam pasal contribution diorang kat society. Tapi takde plak sebut yang diorang takde kena mengena dalam menyumbang dana ke Israel. Hurm... Nak pancing simpati ke ape? Pastu ade plak aku baca statement dari sape tah kat Jcorp, diorang cakap yang diorang dah beli dah semua saham. so, KFC holding solely Malaysiannye company. Tapi, takde ke yuran yang diorang bayar kat puak2 yang kat 'sana' tuh? Hurm...masih lagi ada keraguan. Apepun, sejauh mana kita mampu untuk boikot bebenda yang disarankan boikot tu, BOIKOTLA! Bukannya susah pun. Nak rasa makan ayam KFC, kat pasar malam bersepah kot, burger pe sumer tu, kan ke banyak tetepi jalan. Ape salah bagi duet kat mereka2 yang memang bersungguh carik duet kan? Kalo ubat gigi, tukar jela ke Mukmin ke, terjamin gak halal dia. Ape lagi alasan kita. Bagi aku, kalolah kita merasai penderitaan mereka yang berjuang untuk hidup kat Ghaza tu, pasti kita tak terdaya nak membeli bebarang yang disarankan untuk kita boikot. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada aku dan juga semua Umat Islam yang lainnya untuk sama2 boikot. InsyaAllah. Kalo kita tak mulakan, macamana nak tau benda tu boleh jalan ke tak? So, anda fikirlah sendiri ye!



Banyak lagi benda nak citer..tapi masa tak mengizinkan. Setakat ni dulu ye...

Wallahua'lam. Assalamualaikum semua! (jawab ye!)
*Nota kaki:
Cuti raya cina ni, ramai pulak kengkawan datang KL. Kenala melayan mereka2 ni. Maaf sebab tak dapat nak pergi ke Tamrin Qiyadi adik2 matrik. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Kerja banyak lagi yang masih tertangguh. Hurm.... Semoga Allah permudahkan segala urusan aku. Ameen...

Tuesday, November 4, 2008

STUDY>>EXAM-----SPONSOR>>SRI LANKA

Alhamdulillah, sedar tak sedar aku tinggal one last paper lagi hari jumaat ni untuk final exam bagi sem 1 08/09 ni. Sem depan dah masuk tahun tiga kat UIA..cepatnyer masa berlalu....dah makin matang dah usia aku kat UIAM ni...Hurm, setakat ini aku berpuas hati dengan performance aku. Tapi segalanya aku berserah dan bertawakal jek. Aku dah berusaha to the fullest, and I know keupayaan aku. Semoga Allah melihat usaha kecil hambaNya ini. Penat jugak sebenarnya dengan exam nih. ditambah lagi dengan carry mark yang tak berapa best! Timbul gak kekesalan sebab tak perform masa buat coursework, especially waktu quiz ngan asignment. Sebab peluang untuk mendapat grade yang baik sangat cerah kalo nak tengok performance masa final kali ni. Tapi tu la pasal, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian takde guna syah! padanla muka! huhu...adeh! kena sebijik kat muka! kecepek!

Ok, di samping busy ngan study ngan exam yang mostly hanya selang sehari jek, aku masih lagi berkesempatan mencarik sponsor untuk misi kesukarelaan ke Sri Lanka. Banyak buat surat ngan buat blog. Surat sponsor dah banyak yang dihantar. Tapi tak taulah ape perkembangan. Baru ni check akaun CIMB, tengok ada tambahan duet RM 500. Alhamdulillah, terkejut gak. Tak tau sumbangan dari siapa sebenarnya. Nak kata parents aku, diorang dah bagi awal lagik. Kakak aku, dah bagi awal gak.. hurm, siapa ye yang menyumbangkan duet tersebut. Semoga Allah memberikan ganjaran yang baik untuk dirinya.

Sekarang ni, masih lagi kekurangan dana untuk ke Sri Lanka. Aku kena ada at least RM 1300 lagi untuk cover duet tiket pergi dan balik. Adoi, mana nak cekau duet banyak tu? Tadi mak angkat kat Kedah call, dia suruh minta sponsor kat Syarikat Yasmin Holding Sdn. Bhd. Antara syarikat yang banyak memberi sumbangan untuk amal jariah ni. Antara yang terkenal gak kat Kedah. Pasni nak fax surat, pastu tengok la ape yang akan berlaku seterusnya. Mudah-mudahan rezeki berpihak kepada kami.

Ada juga orang mempersoalkan mengenai kewajaran kami melaksanakan misi sampai ke Sri Lanka. Hurm, aku rasa, aku memerlukan ruang yang lain untuk membincangkan mengenai hal tersebut. Later aku akan post kan mengenai kerelevanan kami melaksanakan misi ke sana. Semoga mereka di luar sana mengerti. Sesungguhnya kami bukan pergi melancong!

Apepun, sekarang ni, keadaan diri masih lagi stabil, walaupun merasakan aku semakin hampir untuk berlepas ke Sri Lanka, tertanya-tanya bagaimana persiapan diri aku setakat ini. Sibuk dengan exam, adakah hubungan ku dengan Allah masih terjaga, terjaga kah iman aku, kuatkah aku untuk berhadapan dengan situasi di Sri Lanka kelak. Doa sahabat-sahabat sekalian akan menjadi sumber kekuatan buat aku kat sana kelak. Doakan kumpulan GPTD-Sri Lanka yang akan berlepas 12 November ini terus diberikan kekuatan dan keazaman yang tak pernah padam bagi menyebarkan syiar Islam.

Jumpa lagi nanti pada post seterusnya..mengenai kerelevanan misi ke Sri Lanka ini....

Yang kat bawah ni, saje jek nak letak antara gambar gambar yang membuktikan aku belajar ye masa exam nih! perghhh...riak giler...ahaha.. saje jek...tengah demam exam ni, macam2 gaya lah boleh tengok. especially kat library. dari yang tak pernah2 penuh, bila time nak final, penuh macam ade konsert lak...ahaha...pastu memasing dok mengomel bergosip...dah jadi macam discussion room dah..keamanan ku study kerap terganggu...cheh! padahal aku pun ikut bergosip gak..ahahaa...biasa la tu...k la, dah merapik dah ni...


Layaaan....








Friday, August 29, 2008

AUKU: Salahuddin PAS lawan Saifuddin Umno

Berikut adalah kenyataan akhbar (Malaysiakini.com) berkenaan program dialog AUKU yang akan berlangsung hari ini (29 Ogos 2008) di Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Semua dijemput hadir untuk bersam-sama kita berdialog dan mencapai resolusi mengenai pindaan AUKU yang akan kita sampaikan kepada ahli parlimen untuk dibentangkan di parlimen ketika perbahasan nanti. Terima kasih atas sokongan anda semua! Ke arah melahirkan mahasiswa dinamik... :

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub akan bertembung dengan timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah dalam dialog mendebatkan beberapa seksyen kontroversi rang pindaan Akta Unversiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang kini sedang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Dialog membincangkan akta itu yang turut disertai seorang lagi ahli parlimen Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) diadakan esok di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Seorang wakil persatuan pelajar Mohd Saifullah Mohd Zulkifli juga membentangkan hujahnya di majlis itu yang dimulakan jam 8 malam di auditorium utama universiti itu.

Dialog itu selama 90 minit itu terbuka kepada umum, kata jurucakap penganjurnya Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin hari ini.

Beliau berkata, program itu dianjurkan bertujuan membuka mata lebih ramai pelajar yang tidak mengikut dengan dekat rang undang-undang tersebut.

“Kami fikir ini masa yang sesuai mengadakan forum sebegini kerana parlimen akan membahaskan cadangan pindaan akta ini,” katanya.

“Kami ingin menunjukkan, mahasiswa bukan kerja berdemonstrasi saja (terhadap AUKU) tetapi juga boleh membincangkan sesuatu secara ilmiah dan tidak partisan.”

Penganjur, tambah Ahmad Fahmi, bercadang merumuskan resolusi mahasiswa berhubung pindaan itu selepas mendengar pandangan tiga ahli parlimen itu dan juga wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

“Kami juga bercadang mengedarkan resolusi kepada semua ahli parlimen supaya mereka menyuarakan pandangan kami di Parlimen,” katanya.

Program itu anjuran bersama jawatankuasa tindakan kolej kediaman as-Siddiq dengan kerjasama Kelab Intelektual Muda (IYC) dan sekretariat penyelidikan Persatuan Ekonomi UIA.

Semalam satu persatuan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan perbahasan isu yang sama antara Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron dengan Saifudin Nasution (PKR-Machang) dan wakil Pemuda PAS, Abdullah Karim.

Kumpulan-kumpulan aktivis mahasiswa, yang membantah AUKU selama ini, menganggap rang pindaan itu hanyalah "kosmetik."

Tuesday, August 26, 2008

Dialogue on AUKU Amendment

Tentative

29th August 2008 (Friday)

8.00 p.m. : Arrival of students

8.30 p.m. : Arrival of speakers and VIPs

8.45 p.m. : Opening remarks by MC

8.45 p.m. : Dialogue

Speakers:

1) YB Dato’ Saifuddin Abdullah

Deputy Minister of Ministry of Entrepreneurship and

Cooperation,

MP of Temerloh, Pahang.

2) YB Yusmadi Yusuff

MP of Balik Pulau, Pulau Pinang

3) YB Salahuddin Haji Ayub

MP of Kubang Kerian, Kelantan

10.30 p.m. : Q & A session

11.00 p.m. : Refreshment

11.30 p.m. : Disperse


* Let us support this programme. Voice out our right as student and keep updating with the issues pertaining student. COME AND JOIN THE DIALOGUE!

Monday, July 7, 2008

Selamat Kembali ke Taman Ilmu dan Budi!


Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala kurniaanNYA. hari ini (7 Julai 2007), semester baru menjengukkan dirinya. Maka bermulalah satu lagi episod baru perjalanan saya dan sahabat-sahabat dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. Syukur saya kerana masih lagi diberi peluang untuk sama-sama berjuang dengan sahabat-sahabat. InsyaAllah, bersama kita berusaha segala yang terbaik untuk kejayaan kita bersama.

Cuti dua minggu terasa begitu singkat, namun saya panjatkan kesyukuran saya ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan kesempatan dan ruang waktu itu untuk saya isikan dengan pelbagai perkara yang bermanfaat. Bermula dengan Tamrin Qiyadi Kebangsaan yang dianjurkan ole PKPIM Pusat, pelbagai perkara baru yang saya pelajari dalam TQK tersebut. Saya bertemu dengan pimpinan-pimpinan dari pelbagai universiti dan kolej dan pastinya ini memberi peluang yang sangat baik untuk saya mewujudkan jaringan antara universiti dan memudahkan lagi pergerakan jemaah, InsyaAllah.

Seterusnya, saya diberikan peluang untuk melawat Pusat Asasi Nilai dan menginap di sana selama tiga hari, mewujudkan suatu ukhuwah yang erat bersama pimpinan PKPIM pusat asasi di sana. Alhamdulillah, pelbagai perkara berkenaan pergerakan jemaah dapat dikongsikan bersama-sama sahabat-sahabat di sana. Saya juga mengambil peluang berada di Nilai untuk memerhatikan situasi pembelajaran dan keadaan pelajar di sana. dan secara peribadinya saya berpendapat bahawa pelajar-pelajar Pusat Asasi UIA di Nilai perlu mempunyai 'nilai' akhlak yang tinggi bagi mengelakkan mereka dipengaruhi persekitaran yang saya kira kurang membantu untuk melahirkan generasi pelajar yang terpelihara tingkah lakunya. Justeru saya menyeru kepada pelajar-pelajar di sana untuk mencari platform yang terbaik untuk 'menjaga nilai' akhlak agar tidak terjerumus ke suatu ruang yang boleh merosak nilai seorang mahasiswa Islam. Terima kasih saya kepada sahabat-sahabat yang menjaga kebajikan saya sepanjang di sana terutamanya kepada Syed Kamil, Hanis, dan juga pimpinan PKPIM yang lain. Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik anda semua.

Sementelah saya berada di Nilai, saya juga mengambil kesempatan untuk melawat sekolah lama saya yang telah saya tinggalkan 5-6 tahun yang lepas (SMI Seremban). Banyak kenangan yang terimbas kembali saat kaki dijejakkan. Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan guru-guru yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sehingga di mana saya berada sekarang. Semoga dengan doa kalian, saya terus diberikan kekuatan untuk terus berjuang menjadi insan yang cemerlang. InsyaAllah. Ada beberapa amanat yang telah disampaikan oleh Cikgu Rohani terutama sekali perancangan untuk 'turun' padang membantu pelajar-pelajar sekolah itu. InsyaAllah, andai diberi kesempatan saya akan cuba untuk mencadangkan program yang sesuai untuk diaplikasikan.

Seterusnya, cuti saya terus menerus diisi dengan pelbagai perkara yang berfaedah, untuk saya ceritakan semuanya mungkin terlalu panjang, sekadar menyenaraikan beberapa aktiviti yang saya lakukan sepanjang cuti. Antaranya, mesyuarat bersama sahabat-sahabat dari Singapura berkenaan projek Teens A.L.I.V.E. Modul yang mereka jalankan di Singapura ini dikongsi bersama. Perbincangan yang sangat menarik saya kira. Seterusnya, Seminar Ta'dib Islami, Perhimpunan Fasilitator ABIM, dan yang terakhir Kem Pembangunan Mahasiswa Pusat Asasi UIA PJ di Kem Belia Bukit Lagong. Saya berkesempatan untuk bersama-sama dengan sahabat-sahabat di UIA PJ ketika kem tersebut dan berkongsi pelbagai pengalaman bersama mereka. Saya amat menghargai setiap saat saya bersama mereka dan diharapkan ukhuwah yang terbina akan terus mekar bersama tautan kasih sayang Illahi. Insya-Allah. Syukran jazilan saya ucapkan atas layanan yang mesra sepanjang keberadaan saya di sana.

Dan tika tangan ini ligat menaip, saya sedang berada di UIA. Menunggu detik 10.00 pagi. Kelas akan bermula. Harapan saya semester baru ini memberikan seribu satu makna. Ada banyak perkara dan tanggungjwab yang perlu diselesaikan, dan semoga Allah memberikan ruang waktu untuk saya menyelesaikan semuanya dengan sempurna.

Akhir kata, Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar UIA. Kita mulakan langkah pertama pada hari ini dengan semangat dan aspirasi yang baru!Chaiyok!

~Hidup Biar Berjasa~

Friday, July 4, 2008

New Semester is Around the Roundabout..eheh! Around the Corner la...


Assalamualaikum and welcome to my blog...


To all my frens, how the web-course registration goes so far? Any problem with the online registration. I received lots of comment from my fellow friends according to this pre-reg thing...heheh..should I call it competition? It should be a competition..why i said so? It is because, each of us (IIUM students, might applicable to others universities students also) has to compete to ensure our place for the intended subject. As the clock passed 12.00 a.m in the morning, everybody were busy clicking here and there..haha..what a funny phenomena. Just wondering why it must be at 12.00 o'clock in the morning? hurm...any answer please...

Well then, as the pre-reg is going on, what does it means? New semester is just around the corner right? Hurm, are we ready yet? Well friends, hope this coming new semester will be the best semester ever. If you are frustrated with your performance last semester, this semester is the time to pay back. (macam kena batang hidung sendiri jek! hampeh!). The most important is u had to be focus. (As what Fahri told me-my unpaid motivator). Hurm... can I? Yeah! InsyaALLAh...

My pray is that I will be given ability and strength to undertakes all the 'mehnah and tribulasi' in my life. Which I know and really understood that to live without being tested by Allah is nothing, life is just to be tested. The way you deal with it will determine how strong your faith is.

And life going to be harder as the time goes by. If I don’t prepare myself to face the challenge, I might be the one who fail before the battle starts. I have to be strong enough as I know my responsibility is not just for myself but it has been widen up to my responsibility to my family and ummah generally. If I don’t change, who will? And this will always be true as if one person think that others could has done it for them, and why should I, then at the end of the day, everybody does nothing. You and I should know what must we do towards the betterment of ummah. (fikir-fikirkanlah...)

Its 3.20 in the morning, and I'm still sitting in front of computer. Others might have been slept tightly, and maybe some of us had woke up to do the 'qiyammullail'. Alhamdulillah.

Till then, see you in the next post.

Nite all. May tomorrow will be a better day than yesterday.

Assalamualaikum.

Wednesday, July 2, 2008

Restoran Francais Masuk Kampus??WiFi??Apekah??




Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang sedang mmbaca blog saya ni. Hurm, isu ini sebenarnya bermula dalam minggu lepas bila menteri di pengajian tinggi membenarkan kemasukan starbucks dan dunkin donut ke kampus-kampus seluruh Malaysia dengan kebenaran Naib Canselor universiti masing-masing. Relevannya, bagi memudahkan akses internet (WiFi) di kampus. Hurm...terpaksa berfikir panjang sejenak, menggunakan mesin-mesin di otak untuk melihat kebaikan dan keburukan dari keputusan ini.


Ligat kepala saya memikirkan akan 'kerelevanannya' restoran-restoran francais ini diwujudkan di kampus. Dan saya tidak memahami apakah kepentingan yang mendesak keputusan in dibuat. Belum ada laungan dari suara pelajar yang inginkan restoran-restoran ini dibuka cawangannya di kampus. Mungkin ada tetapi hanya mereka yang minoriti. Golongan mereka yang berada atau 'punyai duit' pastinya menyambut baik keputusan ini. Pastinya akan wujud nanti golongan yang eksklusif di mana pelajar yang berbelanja mewah ini akan hanya menikmati juadah mereka di restoran-restoran ini, dan akhirnya mengundang rasa rendah diri pada rakna-rakan lain yang tidak mampu. Yang makannya hanya sekali sehari, yang hidupnya berbantukan wang zakat atau pinjaman PTPTN. Dan akan berlakulah rentetan gejala yang merosak fokus pelajar di kampus. (Kes curi, bekerja 'part time', fikiran menjurus kepada materialistik dan sebagainya-hanya mengambil beberapa contoh)


Niatnya mungkin baik, dan istilah 'lepak sihat' yang digunakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun secara peribadinya tidak dipersetujui oleh fikiran rasional saya. Perkataan lepak itu sendiri menggambarkan suatu yang negatif, justeru bagaimana untuk kita positifkan lepak itu sebagai lepak yang sihat? Hanya sekadar mengambil dua tiga contoh pelajar menyiapkan tugasan kuliah di kafe francais ini sambil melepak bersama kawan-kawan mereka? Apakah jaminan bahawa tugasan mereka akan siap pada waktu yang ditetapkan? Apakah jaminan yang masa mereka tidak dibazirkan dengan melepak di kafe ini kerana keselesaan dan boleh berborak kosong dengan kawan-kawan mereka. Belum lagi menyentuh bab berdua-duaan antara laki dan perempuan, kefe yang diwujudkan ini, pada akhirnya akan menjadi tempat atau 'port dating' untuk pasangan-pasangan ini memadu kasih. Hurm, tidak terbayangkan betapa kita akan menuju satu tahap di mana setiap pelajar di kampus akan terpengaruh dengan budaya suka berpasangan kerana sudah ada tempat yang dekat, selesa dan eksklusif untuk berdua-duaan. Mohon dihindari dari budaya yang negatif ini.


Ada beberapa perkara lagi yang perlu dibincangkan lebih lanjut mengenai kewujudan kafe francais ini di kampus. dan pastinya akan panjang lebar hasil perbincangan itu nanti. Saya merasakan perlu ada beberapa kajian dan perkara yang perlu kita telusi terlebih dahulu sebelum membenarkan kafe francais ini 'menerjah' ke kampus-kampus, yang mana saya pasti saat ini, berpuluh-puluh permohonan dari kafe-kafe francais ini telah sampai ke pihak Naib Canselor universiti.


Pendirian saya, saya lebih bersetuju untuk setiap universiti menaik taraf perkhidmatan WiFi atau wireless mencakupi seluruh universiti dan kolej kediaman. Dan ucapan tahniah kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang telah mengambil langkah proaktif untuk menyediakan pelajar dengan akses internet setelah beberapa kali disuarakan oleh perwakilan pelajar. Saya yakin, semua pelajar di UIA akan mendapat manfaat yang baik dari usaha yang dijalankan oleh pentadbiran UIA ini lantas menjadikan keputusan untuk mewujudkan kafe francais di kampus mungkin tidak relevan dengan keadaan kampus itu sendiri.