Followers

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, December 6, 2009

Tabah itu satu kurnia :-)

"Abang Syah, Umi ngan Ayah balik ari ahad ni, sampai dalam kul 6.30 pagi"

"Oh, yeke? Ok. InsyaAllah, ade kesempatan abang peg
i KLIA sambut umi ngan ayah sekali"

"Ok!"


Seawal pukul 4 pagi aku dah bangun. (Semangat!).. Tapi tido balik sampai pukul 5 pagi.. (oh, itu sengal!) haha...Dengan kedinginan air dinihari di UIA (sape yang dok UIA tau ar betapa dinginnya air kat UIA tuh..), aku mandi juga... Menggigil seh!

Aku memang nak sangat sambut umi ngan ayah. Sebab dulu masa umi ngan ayah buat kenduri nak pergi haji, aku tak sempat nak datang. (kalau aku datang, sempat juga aku jumpa arwah azim..oh.. :'(

Setelah sejam perjalanan meredah lebuhraya, aku sampai dekat KLIA. Terus menunaikan solat Subuh. Ramai gak sanak saudara para tetamu Allah dah berada di situ. Semuanya menanti ketibaan penerbangan dari Mekah, yang pada jangkaan akan tiba pada pukul 6.40 pagi. Usai solat subuh, call angah, angah dengan saudara ayah umi yang lain masih di masjid KLIA. Aku duduk je la lepak kat KLIA (yang dah memenangi anugerah the world's best airport untuk tahun kedua berturut2 ye..bangga jap!) sambil memerhati dan mentelaah keadaan sekeliling. Itu hobi aku! hehe.. memerhati gelagat manusia, dan cuba mentafsir sendiri apa yang mereka sedang fikir atau lakukan.

Dalam sejam setengah jugak tunggu ayah dengan u
mi keluar dari pintu ketibaan. Seawal aku sampai kat KLIA, aku tekad dalam diri aku - JANGAN NANGIS! tapi, sebaik jemaah haji yang pertama keluar dari pintu ketibaan dan disambut oleh sanak saudara, membuahkan sebak..lantas aku gagal menahan air mata.. (oh..apekah!!!)

Saat ayah dan umi tiba, seluruh sanak saudara ayah ngan umi yang ada seolah-olah dibuai perasaan sayu. Air mata tak mampu ditahan lagi... Ayah gagal menahan tangis, umi apetah lagi... Sementelah yang lain juga tewa
s dipukul pilu... Pasti orang sekeliling tidak mengerti. Mengapa ketibaan tetamu Allah berdua ini diiringi tangis pilu, bukan tangis kegembiraan. Semua ini hanya mampu dimengerti oleh kami, yang mengetahui akan pemergian anak ayah dan umi (arwah adik azim) semasa ayah dan umi masih di Mekah. Saat aku memeluk ayah yang nampak cengkung, aku gagal menahan hiba.... ku sisipkan pesan agar ayah terus tabah, dan juga pada umi. [dan juga pada diriku...aku tahu, aku juga perlu tabah!]


Aku tahu, Allah telah berikan ujian yang hebat kepada Umi dan Ayah. dan aku juga yakin, Allah pastinya telah memberikan ganjaran yang terbaik buat keduanya. Pastinya ketabahan Umi dan Ayah dalam meneruskan ibadah haji di Mekah setelah menerima berita pemergian Azim datangnya dari kurniaan Allah. Allahu Allah!

Kami semua panjatkan doa kesyukuran ke hadrat Allah, serta memohon segala yang terbaek buat semua.



Sebelum berpisah, (aku terpaksa balik semula ke KL, sebab esok dah start semester baru) ayah sempat titipkan pesan agar aku terus men
doakan arwah Azim bahagia di sana. Ya....doa itu selalu dan pasti aku titipkan buat arwah adikku...

Ayah, umi... semoga terus tabah....

Alang, Dik Mi, Ayah, Angah ngan Umi

aku bersama alang ngan dik mi

Monday, June 15, 2009

Credit to Kak Dyll...

Hurm, bukak emel hari ni. Dapat emel dari Kak Dyll. Tak tau caner nak luahkan perasaan ni. Terharu giler! Tengok la ape Kak Dyll bagi kat aku....


Gambar aku pakai spek tu macam stylo gaks! Ahahah..

Aku suka seh gambar yang paling kanan...Bila la plak kena snap gambar ni...Hurm...

Terharu ar..Heheh..Thank you Kak Dyll.. Syukur atas ukhuwah Islamiyah yang terbina...

*****************************
Alhamdulillah, SYUKUR yang tak terhingga aku panjatkan atas kurniaan nikmat Iman dan Islam. Dan terutamanya atas nikmat umur yang Allah beri kepada aku. Sungguh, masa cepat jek berlalu. Terasa masih belasan tahun lagi umur aku. (Cheh! tak sedar diri! Ahaha).

Syukur, masih dapat meraikan ulang tahun kelahiran aku dengan keluarga yang tercinta. (walaupun sehari awal) Dapat lagi merasa pelukan kasih sayang Mama ngan Abah. Terlepas segala kerinduan dan keresahan dalam diri. Tenang!

Semakin bertambah umurku, pastinya aku merasakan banyak perkara yang perlu diambil serius oleh aku. Terutama bila dikaitkan dengan kehidupan masa depan aku. Andai aku tidak serius merancang sekarang, pastinya aku akan hadapi kesukaran pada masa yang akan datang. InsyaAllah. Aku sedang meneliti beberapa perkara dalam kehidupan aku yang perlu diambil berat demi kehidupan masa depan aku. Semoga Allah terus permudahkan jalan kehidupan aku dalam mencari keredhaanNya.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua sahabat-sahabat yang mengutuskan salam ingatan pada birthday aku. Tak kesah melalui apa cara sekalipun. SMS, YM, MYSPACE, FRIENDSTER dan EMEL. Ingatan kalian membuatkan aku terharu. Thanks!

May Allah bless us always!

Thursday, March 19, 2009

Final Exam dah makin dekat...ApEkAh?

Life student (baca:aku) macam ni la kan. Setiap semester bermula pasti bersemangat untuk lakukan yang terbaik pada semester tersebut. Tak tau pun yang awal semester yang terasa lapang tu akan diisi dengan pelabagai aturcara yang bakal memendekkan masa-masa yang ada untuk menumpukan perhatian pada pelajaran. Tapi itu alasan bagi mereka (baca:aku) yang malas. huhuhu.

Aku sekali lagi terhimpit dengan persoalan yang macam ni. Waktu awal sem, punyala semangat belajar, nak target yang terbaik. (nak dapat dean list la, apela... lecturer list pun hang tak lepas! huhu). Tapi bagus gak bila ada semangat yang macam tu. Rasa segar jek untuk mulakan semester yang baru. Tapi panas yang ku harap hingga ke petang, akhirnya hujan di siang hari. Apekah??

Korang pun tahu ape terjadi seterusnya kan? Motivation untuk study pun semakin berkurangan dek kerana banyak perkara yang tengah berserabut dan tak tersusun dalam kepala. Yang sebenarnya kalau diatur betul-betul, dapat diselesaikan dengan baik. Sikap endah tak endah terkadang memberi kesan juga kepada diri aku. Bukanlah tak endah langsung, tetapi terkadang ghairah dengan sesuatu perkara, terlepas perkara yang lain. Begitula ceritanya. Dan akhirnya, memberi kesan kepada persiapan final exam yang akan datang.

Bila nak dekat final exam ni, barulah menggelabah. Tak tau mana nak start. Semuanya seakan bersusun kat depan mata. Ditambah lagi jadual final kali ini ada yang berturutan 3 hari. Sedikit beruntung takde paper yang bertindih satu hari. Mau pening dibuatnya. Hurm...

Saat ini bantuan kawan-kawan sangat diperlukan sebenarnya. Bukan nak ambil kesempatan dan sebagainya. Tetapi sekadar untuk membantu mereka yang banyak ketinggalan seperti aku ni. Hurm, tapi tak ramai sebenarnya yang mampu untuk berkorban untuk kawan-kawan mereka di saat-saat genting begini. Masing-masing lebih bersifat kepada keakuan. Dan masing-masing akan melemparkan tuduhan-tuduhan yang terkadang perit untuk menelannya. Begitulah secara biasanya akan berlaku pada waktu-waktu begini. Dan akupun, tidaklah terlalu mengharap.

Apepun. masih ada waktu untuk aku catch up balik semua pelajaran aku. InsyaAllah. Aku harap kengkawan aku boleh doakan aku. Aku taknak jatuh dan gagal. Aku tidak mahu menjadi fitnah kepada mana-mana pihak. Semoga diberikan kekuatan dan kemudahan.

Sungguh, semakin melangkah tua di bumi UIA ni, semakin hebat ujian yang diterima. Semakin banyak tanggungjawab yang digalaskan dan semakin sukar untuk mengatakan tidak kepada semua itu. Harapan mama dan abah di depan mata, namun terkadang dikaburi dengan harapan orang-orang sekeliling. Entahlah, mungkin kerana sistem pelajaran yang terlalu mengejar pointer yang baik menjadikan tekanan menuntut ilmu itu semakin berat.

Terkadang terfikir semula, apekah essence yang telah aku dapat selama aku belajar kat UIA ni. Hurm, apekah mampu untuk aku aplikasikan dalam kehidupan aku selepas aku graduate nanti?Adekah ini jalan yang benar-benar sesuai untuk diriku? Sungguh aku tak tahu perancangan Allah pada masa hadapan kehidupanku. Aku hanya mengharapkan yang terbaik.


Doakan aku sahabat, agar aku terus kuat menyelusuri kehidupan sebagai seorang pelajar di bumi taman ilmu dan budi ini. Agar aku dapat amalkan segala ilmu yang telah aku tadah sepanjang pengajian aku di sini.

InsyaAllah. Sekadar tu je kot ngomelan aku kali ni. Saje. Hehe


Nota kaki: Kaki dah semakin pulih, cuma jalan masih berhati-hati. Alhamdulillah. Syukur! Rindu ar kat mama ngan abah... huhuhu...



Thursday, March 12, 2009

Let the pictures speak!

My hAppiNesS...








BALIK RUMAH...

Total disaster..huhu..like mama said...



nota kaki:
Alhamdulillah, aku syukur sangat berkesempatan balik rumah. Walaupun rumah tengah disaster giler, tapi terasa kebahagiaan mengalir di sana. Tenang dan menyenangkan. Lagi-lagi dapat melayan kerenah anak-anak buah. Hilang segala kepenatan.

Wednesday, January 14, 2009

Kembali menerjah dunia blogging… (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog aku ni. Seperti biasa pertama sekali aku nak minta maaf kepada semua pengunjung blog ni seandainya isi kandungan blog aku ni tak berubah setiap kali korang masuk. Bukannya apa, jadual aku secara jujurnya taklah sesibuk mana pun, cumanya masa senggang yang aku ada terpaksa digunakan untuk membuat perkara-perkara yang lebih penting. Jadi, tak sempat la aku nak mendambakan diri aku kat depan laptop untuk berblog. Mohon maaf sekali lagi ye!

Alhamdulillah, bersama-samalah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang masih lagi memberikan nikmat kepada kita untuk terus bernafas di atas muka bumi-NYA yang dipinjamkan hanya untuk sementara. Sedar ataupun tidak, semakin hari kita semakin mendekati Hari yang dijanjikan oleh Allah sebagai hari di mana segala isi bumi ini akan dimusnahkan dan kemudian akan dihidupkan kembali untuk hitungan amal masing masing. Semakin kita menganjak hari, semakin itu usia akan meningkat dan semakin kita mendekati perkara yang jika kita sering memikirkan tentangnya, kita merupakan seorang yang bijak iaitu ‘AJAL @ MATI’. Semuanya itu berlaku terkadang di luar dari kesedaran diri kita. Semoga kita akan sentiasa beringat.

Hurm, terasa sedikit lain bila menulis blog. Mungkin natijah lama tidak berblog. Terasa macam skema pulak ayat yang ditaipkan. Huhu. Apepun semoga mendapat manfaat bersama. Pengisian blog aku ni mungkin agak ringan. Bermaksud segala apa yang aku bincangkan dan lampirkan di blog aku ni aku rakamkan melaului setiap saat pengalaman yang aku lalui.


Berikut aku rakamkan beberapa perkara yang telah aku lalui sepanjang sebulan yang lalu.

Sekadar untuk berkongsi pengalaman.

1. Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka

Dalam tidak sedar, dah sebulan lebih dah Misi itu berlalu. Tapi tidak bermakna kumpulan GPTD- Sri Lanka yang kami tubuhkan ini akan berkuburkan begitu sahaja. Sayang sekali saya kira andainya kumpulan ini dibiarkan sepi begitu sahaja sedangkan terlalu banyak perkara dan kerja yang perlu dilangsaikan. Setelah membuat post mortem hari tu (dah tak ingat bila), kami dah senaraikan lebih 12 perkara yang perlu kami lakukan sebagai follow up dari misi kesukarelaan kami di sana. Sungguh aku akui, perjalanan misi kami di sana dipermudahkan oleh Allah. Syukur. Allah memberikan pertolongan kepada kami satu kumpulan untuk menjalankan misi dengan baik.

Sepanjang misi aku ngan kengkawan kat sana, kitorang banyak pergi ke rumah-rumah Melayu dekat sana untuk buat banyak benda. Kitorang buat kelas Bahasa Melayu, ajar cara pakai tudung, ajar masak makanan melayu, ajar baca al-Quran dan kitorang sembahyang berjemaah sama-sama dengan penduduk melayu kat sana. Setiap kali program kami berlangsung, pastinya ramai orang-orang Melayu Sri Lanka yang akan turut serta terutama sewaktu kitorang kat Kurunegala. Pak Cik Jamalon banyak membantu dan membuka mata kami tentang bagaimana orang Melayu Sri Lanka hidup dekat sana. Pada pandangan mata kasar mungkin aku akan katakan mereka ni ok je sebenarnya. Tapi pada hakikatnya mereka ni mengalami suatu isu yang agak kritikal terutama sekali apabila usaha untuk memperjuangkan survival orang Melayu kat sana hanya didokong oleh beberapa pihak sahaja yang pastinya kurang mendapat publisiti di kalangan orang Melayu Sri Lanka itu sendiri. Seolah-olah mereka mahukan title Melayu dalam diri mereka itu dibuang. Anak-anak muda jarang sekali kelihatan bila kitorang buat program di rumah-rumah orang Melayu kat sana. Ke mana mereka pergi menjadi persoalan. Bercakap mengenai amalan agama pula, banyak perkara yang perlu disentuh. Untuk diperbincangkan dalam blog aku ni mungkin tidak sesuai. Mungkin aku boleh katakan bahawa amalan agama mereka tidak berada pada tahap yang baik. Amalan khurafat, mengharapkan karamah wali dan sebagainya masih lagi diamalkan. Pengajaran al-Quran di Madrasah pun mengalami masalah dari segi tajwid dan hukum-hukum dalam al-Quran sendiri. Kalau dikenang, terasa besar tanggungjawab aku dan kengkawan yang lain untuk menyumbang terus bakti kami di sana. Tekad kami untuk kembali semula ke Sri Lanka bagi meneruskan misi untuk menyelamatkan Melayu Islam di sana. Kalau ada yang di luar sana berminat untuk menyertai misi kitorang ni, boleh la maklumkan kepada kami ye.

Untuk laporan keseluruhan mengenai misi aku kat Sri Lanka ni, aku kira aku akan publishkan kemudian bila laporan penuh kami siap nanti. Buat masa ni, masing-masing tengah sangat sibuk dengan komitmen yang lain. Namun begitu kami masih lagi membuat perjumapaan dua minggu sekali bagi menyelesaikan segala tugasan yang telah kami senaraikan. Insya-allah, doakan kumpulan sukarelawan ke Sri Lanka ini akan terus komited dalam menjalankan da’wah di bumi asing. Semoga dengan doa kalian semua, kami akan terus bergerak dan dapat menyumbang bakti kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Insya-Allah.

Korang boleh gak tengok blog GPTD Sri Lanka untuk laporan perjalanan kami di Sri Lanka yang lepas. Semoga mendapat manfaat bersama.
http://www.gptd-srilanka.blogspot.com/

2. Bercuti dengan Family kat Sarawak

Seminggu lepas balik dari Sri Lanka, aku ngan family aku pergi bercuti kat Sarawak. Sebenarnya kitorang dapat jemputan majlis kahwin kawan kakak aku, merangkap kawan kepada mama ngan abah aku gak. So, dah alang-alang tu, kitorang pergila becuti sekali. Dah lama sebenarnya tak balik Sarawak ni. Dulu kitorang pernah dok kat Sarawak sepuluh tahun. Aku sendiri membesar di Sarawak. Darjah empat baru balik pindah KL balik. Tambahan lagi kitorang satu family dah lama tak pergi bercuti sama-sama. Kalau dulu, selalu jek kitorang gi jenjalan. Tapi skang bila memasing dah besar, and dah ada yang kahwin, dah makin kurang dah masa kitorang dok sesama. Dan aku rasakan waktu ni la waktu yang terbaik untuk kitorang rapatkan balik hubungan family. Ye la, kekadang tu, memasing busy ngan life memasing. Keje la, aku ngan program lagi. So, peluang yang ada ni kami gunakan sebaik mungkin. Kak ngah aku ngan family dia jek yang tak dapat ikut kitorang gi Sarawak. Takpela, maybe lain kali kot.

Dekat Sarawak ni, selain dari kitorang hadir majlis kahwin kawan kakak aku, kitorang ada gak pergi jenjalan kat sana. Jalan Sarawak ni tak banyak pun yang berubah. Aku siap boleh ingat lagi jalan nak pergi sekolah lama aku. Sebab aku yang jadi driver kat sana. Huhu. So, tak jadi banyak masalah sangat la dari segi jalan ni. Kalo sesat pun, senang dapat jalan pulang balik. Huhu. Rindu gile kat Sarawak. Tapi time tu kecik-kecik lagi. Tak ada apa sangat kenangan yang menarik. Huhu. Kengkawan pun dah lost contact dah. Ape pun, kitorang enjoy vacation kitorang kat sana. Aku attachkan gambar kitorang kat sana nanti…

3. Balik dari Sarawak dah mula busy dengan persiapan untuk masuk semester baru. Serius time seminggu dua minggu nak masuk sem baru sangat busy kot. Dahla time tu bilik tak siap lagi, sebab ganti perabot baru. Balik UIA awal gak. Pastu Dr. Fuzi bagi kunci rumah banglow dia kat atas bukit sebelah Zubair. Aku ngan geng-geng MRC ape lagi, lepak ar kat rumah yang besar itu. Giler best! Ahaha. Cayalah Dr. Fuzi, memang sporting giler ngan dak2 MRC ni. Memang patut pun kitorang yang MRC ni buat yang terbaik untuk mahallah dia. InsyaAllah. Awal semester sebenarnya sangat busy dengan pelbagai program. Ditambah lagi emosi kurang stabil, memang agak berat untuk meletakkan komitmen atas beberapa perkara. Maaf kepada semua yang mengharapkan aku akan beri komitmen, tapi akhirnya aku tak muncul-muncul. Perkara ni aku dah jelaskan pada semua yang terlibat and aku harap semua faham. Kalaulah mereka tahu apa yang aku hadapi sekarang ini merupakan satu ujian yang amat berat untuk aku. Acapkali sebenarnya aku diuji dengan perkara hitam yang terkadang menjengah kehidupan aku. Sungguh aku belum begitu kuat untuk melawan segala-galanya. Doakan sahaja aku akan terus tabah dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran ni. Huhu..Tetiba terfeeling syahdu lak…adoiyai!


*nantikan episod kembali menerjah dunia blogging (2).

- Kehadiran orang yang tak disangka

- Semester baru bermula

- Induction Course IMYC
- Laptop baru?

- My Evolution Camp

- Demo for Palestine

- Others related stories...


nota kaki:


Doaku agar Allah permudahkan jalan kehidupan ku, berkati setiap waktu dan rezekiku agar aku dapat terus berbakti pada jalan-Nya. Walaupun aku tahu kehidupan takkan selalunya indah, bahkan Allah akan terus memberikan ujian. Semoga aku terus tabah dan cekal.


Untukmu Palestin, aku di sini merasai keperitanmu, namun apalah dayaku... Hanya doa yang mampu aku kirimkan agar kalian di sana terus tabah.....


Thursday, October 2, 2008

Salam Lebaran Semua

Assalamualaikum, alhamdulillah, dalam sedar tak sedar Ramadhan telah pun melabuhkan tirainya. Aku sedang menulis ketika umat Islam kesemuanya di Malaysia sedang meraikan hari kedua syawal syukur aku panjatkan ke hadrat Allah SWT, kerana kita dapat meraikan kegembiraan ini dalam keadaan negara yang tenang walaupun kita dilanda badai politik dan ketidak imbangan ekonomi di Malaysia. Namun aku masih percaya, bumi bertuah Malaysia, masih mampu untuk megekalkan keamanannya bersam pelbagai kaum yang menghuni bumi bertuah ini.

Hurm, syukur juga aku panjatkan kerana masih berpeluang untuk meraikan hari bahagia ini bersama dengan keluarga yang tersayang, masih mampu untuk mengucup tangan mama ngan abah, kakak kakakku yang seramai lima orang. Riuh rendah rumah aku kali ini dengan kehadiran 4 orang anak buah. Syukur. Kegembiraan yang tak terhingga. Namun terkadang, fikiran ini terlayang juga pada mereka yang tidak mendapat kegembiraan seperti ini. Ada mereka yang di luar sana yang sudah ketiadaan ibu dan ayah, tiada kaum keluarga yang terdekat, tidak dapat beraya dengan pakaian yang baru, banyak lagi perkara yang menyebabkan mereka kurang dari segi persiapan raya. belum dikira mereka yang di luar negara yang bergelumang dengan konflik politik dan peperangan yang sangat dahsyat. Semoga Allah memberkati mereka....

Hari raya merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah menempuh cabaran Allah untuk menahan nafsu ketika bulan Ramadhan. Bertuah bagi mereka yang meninggalkan madrasah ramadhan dengan sijil yang cemerlang sebagai graduasi yang telah ditarbiyah dengan amalan-amalan yang mulia. Dan celakalah bagi mereka yang gagal mendapat sijil kelulusan dari madrasah ramadhan ini. Hurm, di manakah kedudukan aku? anda bagaimana?

Sesuatu yang perlu dimuhasabah di pagi syawal. Sejauh manakah agaknya kita mempergunakan sepenuhnya bulan Ramadhan untuk mentarbiyah diri. Dan sejauh mana terkesannya Ramadhan itu dalam kehidupan seharian kita. Di samping kegembiraan menyambut syawal, biarlah diri kita ini berada dalam keadaan yang bersederhana. Jangan terlalu ghairah sehingga melampaui batas. Seolah-olah kita terlepas dari penjara yang menyeksakan. Kita merasakan hidup kita terkongkong dan terpaksa berpura-pura sepanjang bulan Ramdhan. Hinanya ramadhan sehingga dianggap sebegitu rupa. Di mana letaknya nilai kita sebagai seorang Muslim seandainya nilaian kita terhadap bulan suci itu sebegitu rupa. Mohon allah ampunkan segala dosa kita. InsyaAllah.

Hurm, apepun segalanya itu sekadar ingatan untuk kita bersama, Sedangkan aku juga masih lagi merasai betapa kurangnya amalan yang telah aku usahakan sepanjang Ramadhan. Semoga bertemu lagi ramadhan yang akan datang, semoga Allah panjangkan umurku dlaam ketaatan kepadaNya sehingga bertemu semula dengan Ramadhan yang akan datang. Harapanku....

Di posting kali ini, aku sertakan sekali beberapa gambar di pagi raya bersama dengan keluarga ku... Sekadar ingin menitipkan kenangan di dalam blog ini, agar terus menjadi ingatan kepada diri ini, keluargaku dan sahabat-sahabat. Layaaannnnzzzz..heheh...



Friday, September 26, 2008

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR

Kisah yang ingin saya paparkan pada posting kali ini saya perolehi ketika membaca satu forum di laman sembang. Sesuatu yang sangat menyentuh hati dan perasaan saya dan memberikan kesan yang amat mendalam. Hampir menitiskan air mata. Hurm...diharap perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengajaran kepada kita semua. InsyaAllah.... (perlu diingat, kisah ini bukanlah kisah saya. Hanya kisah yang dikongsikan bersama rakan sembang di internet)

JOM BACA:

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR

Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal. Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan.
Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti.....selama nie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya...... ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang....semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak belikereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan.
Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.

Pastu...
abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan

aku.....sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali...........
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam... aku dan abang mengangkat jenazahnya...........dan mengebumikannya. hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.

Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong...... setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam....... sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan
dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa berterus terang.... seringkali tidur di peha.

Kelmarin, aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.

Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6..... abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......Abah catat Kak Se keguguran..... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua bila baca dairi tue....

Abah sayang anaknya..... tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang". Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir... aku...bukan anak yang baik.

Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"

abah gariskan perkataan ingat kubur..... dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...bawak berjalan...... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama.
Kini semuanya tiada.

YaALLAH.....
aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan...tanpa Abah.......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002..Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami.... "kubur ayah dikorek... pastu ditanam...tanahnya masih penuh kat tepi.... terlebih tandanya seorang yang pemurah....sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah." "abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"
"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih....tak der kotor najis pun takder"... perkara itulah menyedapkan hati kami..... untuk jadi seperti abah....

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid..... aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis.... "Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun....


YaAllah...
sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat abah masih segar...
"Wahai Polan Bin polan...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar" dan, kita yang hidup akan pergi juga.... Lelaki berat tanggungjawabnya....
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak.... isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma....aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah.... saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.
Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....
jadikan iktibar..... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.
Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.

Tunjukkan.....

**Sayangi lah orang tua mu selagi mereka masih ada......

Di hari lebaran yang akan tiba ini, tunjukkanlah kasih sayang kita kepada kedua ibu bapa. Sungguh kasih sayang mereka tiada ternilai. Mama, abah, Arir sayang Mama dengan Abah.


Friday, September 5, 2008

Lestari Kehidupan 3

Hari Isnin (hari pertama berpuasa), sempat bersahur dengan keluarga aku di rumah. Rindu terubat. Dapat bersama dengan semua, makan bersama. Syukur. Pagi kena balik UIA. Nak ke Johor (Endau) dengan Faruqi ( juga adik angkat aku ). Bas pukul sebelas. Tak perlu la aku menceritakan perjalanan ke Johor ini (yang sebenarnya agak memenatkan..huhu). Apa yang penting, aku dan adiq selamat sampai dan kini, dah berada semula di UIA dengan motornya. (balik rumah adiq kat johor sebab nak amik motor dia. Temankan dia balik ke KL naik motor.)

Apa yang dapat aku ceritakan di sini adalah kedua-dua keluarga, baik keluarga atif dan keluarga faruqi lebih kurang sama keadaan kasih sayang yang tercipta di dalamnya. Yang membezakan keluarga keduanya adalah taraf kehidupan. Jika keluarga Atif lebih mewah dan berada, bagi keluarga Faruqi adalah sebaliknya (walau tidak terlalu daif). Terharu aku melihatkan kegigihan ibu dan abah Faruqi dalam mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak mereka, Along (Faruqi), Angah, Ateh, Acik ngan Adik. Ibu Faruqi bekerja di klinik, pagi seawal pukul 8 sudah pergi kerja setelah selesai menghantar adik-adik Qi ke sekolah, balik ke rumah tengahari, kemudian selepas berbuka puasa, sekali lagi ke klinik untuk bekerja. Bekerja dua kali sehari. Bayangkanlah. Sempat lagi menyediakan juadah berbuka yang lazat untuk aku dan juga adik-adik. Abah Qi pulak, sewaktu aku sampai di rumah, dia tak ada. Ke Kuala Lumpur bawak lori ikan untuk diedarkan sekitar KL. Bayangkan dari Johor bawa lori sehingga ke KL. Pukul sepuluh keesokan harinya, abah Qi balik ke rumah. Sempat bersalaman dengan dia. Kemudian dia masuk berehat di biliknya. Aku pun terlena sebentar di ruang tamu lantaran kengantukan yang tak tertahan. Tau ape yang mengejutkan aku setelah bangun lebih kurang pukul 2? Abah Qi dah tak ada. Sekali lagi keluar untuk membawa lori dari Johor ke KL. Hurm… Kuat orang tua ni. Kagum aku dengan kegigihan dan ketabahan abah Qi dalam mencari sesuap rezeki untuk keluarganya. Lantas keinsafan terus menyelinap ke dalam diri. Betapa beruntungnya aku, dilahirkan dalam keadaan keluarga yang cukup serba serbi. Banyak masa yang dapat diluangkan bersama abah dan mama. Berbanding dengan adik-adik Qi, mereka banyak masa bersama dengan ibu mereka, tetapi dengan abah?? Untuk pengetahuan, aku dan adik hanya berjumpa dengan abah waktu terserempak di tengah jalan. Abah baru nak sampai Endau, dan kami telah pun bertolak untuk balik ke KL. Jumpalah sebentar di tepi jalan yang sunyi, kadangkala dilalui oleh kenderaan yang dipandu laju. Satu lagi babak yang menyebabkan aku tersentuh. Abah pun cakap, dah lepas Faruqi ni belajar, abah pun legalah sikit. Menggambarkan harapan besar yang diletakkan di bahu Adiq.

Apa yang menyebabkan aku lega sedikit apabila melihatkan Faruqi mempunyai rasa tanggungjawab sebagai anak sulung. Sayangnya adik-adik Faruqi kepadanya terserlah tatkala dia sampai ke rumah. Mereka berpelukan, cium antara satu sama lain, terserlah kerinduan dari pancaran mata kerdil mereka. Sungguh, aku cukup tersentuh dengan bibit-bibit kemesraan antara mereka. Aku bangga dengan adik aku. Lantas aku percaya dan yakin, dialah harapan keluarga untuk menjaga dan memberikan segala yang terbaik. Semoga adik terus tabah dan cekal dalam menempuh kehidupan dan akhirnya berjaya untuk mengubah nasib keluarga. Kerana itu aku tidak kisah untuk terus menjadi sahabat (abang) yang rapat dengan Qi. Aku mahu memberikan yang terbaik untuk dia sebab aku tahu kepayahan hidup dia. Betapa besar tanggungjawab terpikul di bahunya. Dia perlu memastikan dia melakukan yang terbaik sebagai role model kepada adik-adiknya. Aku berbisik di dalam hati, biarlah aku yang menjaga adik tatkala dia di KL ni menyambung pengajian, agar abah dan ibu di Endau tidak risau sangat. Sungguh, aku tahu betapa mereka sangat risau dengan diri Faruqi lantas menitipkan pesan agar aku menjaga Faruqi sebaik mungkin. Pesanan mereka akan ku simpan, dan itulah yang akan aku lakukan. InsyaAllah, moga Allah berikan aku kekuatan.

Selesai penceritaan lestari kehidupan yang ku lalui sepanjang cuti pertengahan semester yang lalu. Walaupun aku agak sedih kerana tak dapat bersama dengan keluarga aku ketika itu (mama dan abah juga mungkin merasakan perasan yang sama, maafkan anakanda mama dan abah), namun aku bersyukur kerana di sebalik itu ada hikmah yang tersembunyi. Aku belajar banyak perkara yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Mungkin juga boleh menjadi panduan tatkala aku sudah berumah tangga nanti. Menjadikan formula keluarga Atif mengukuhkan talian kekeluargaan dan menjadikan ketabahan dan kegigihan keluarga Faruqi dalam mencari rezeki sebagai pendorong semangat. Keyakinanku , kedua-duanya berupaya untuk melahirkan generasi yang baik dari segenap segi. Formula untuk generasi yang faham akan erti kehidupan yang sebenar, perjuangan kehidupan yang sebenar. Mereka inilah orang-orang yang faham keperitan kehidupan dan mereka inilah yang menghargai sebuah kehidupan. Semoga menjadi iktibar untuk kita semua.

Maafkan aku seandainya penceritaan ini tak mampu memberikan gambaran yang sebenar apa yang telah aku lalui. Sungguh, andai anda mempunyai peluang sebegini, anda akan menghargai saat-saat yang sebegitu. Anda akan lebih menghargai nilai sebuah persahabatan. Aku bersyukur, diberikan kelebihan untuk bersama-sama dengan adik-adikku, menyelami kehidupan mereka dan menghadam erti kehidupan bersama mereka. Syukurlah. Semoga kasih sayang ini terus hidup subur dalam hati-hati kami.

****************************

*Aku berkenalan dengan Faruqi ketika menjadi Komiti untuk McLead (sebuah program kepimpinan yang dianjurkan oleh Pusat Asasi UIAM, sekarang diubah kepada OMEX) lebih kurang dua tahun yang lalu.



Aku bersama dengan adik dan acik. pagi sebelum keduanya pergi ke sekolah.







Adik Qi dengan motornyer..jauh tu datang...ada kenangan..hanya aku dan adik je tahu..ahaha...



Lestari Kehidupan 2

Sambungan...

Hari Ahad (sehari sebelum puasa), dapat berita adik angkat aku di Bandar Sri Damansara kemalangan motor. Dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan (rumah keluarga angkat aku), pagi itu, aku pecut ke Kuala Lumpur. Dah beberapa kali aku ke rumah dia (Atif). Rasa mengantuk juga memandu berseorangan. Tetapi niat untuk aku pergi melawat Atif tidak tergugat. Sampai di rumahnya, barula lega sikit rasa hati melihatkan Atif masih lagi boleh berjalan dan kecederaannya tidaklah teruk mana. Hanya tangannya sedikit calar-calar kerana digilis tayar kereta yang dilanggarnya. Mujur tak patah. Badan-badan pun ada lebam-lebam sikit. Yang penting dia selamat.

Bukan aku hendak bercerita mengenai aku pergi melawat dia, tetapi ingin aku menceritakan bagaimana aku merasakan keluarga Atif ini sangat istimewa. Terasa kasih sayang dari setiap ahli keluarganya mengalir deras di dalam rumah tersebut. masing-masing menunjukkan keprihatinan kepada Atif. Memberikan perhatian yang cukup baik. Walaupun berada dalam kelompok keluarga yang mewah (ayah Atif merupakan pengusaha Bas Persiaran Kiffah, dan hampir semua ahli kelurganya bekerja dengan ayahnya), namun kehidupan mereka sangat sederhana.

Apa yang aku maksudkan dengan sederhana di sini adalah sederhana orang bandar. Mereka sangat merendah diri. Tidakpun menonjol-nonjolkan kekayaan yang dimiliki seperti kebanyakan orang kaya yang lain, hubungan kekeluargaan sangat baik, tidak seperti keluarga mewah yang lain, porak peranda, memasing dengan hal sendiri (walaupun tidak semua). Apa yang saya perhatikan ada dalam keluarga Atif ini, suatu yang unik. Yang perlu dipelajari formulanya. Terima kasih atas pengalaman yang berharga ini, yang membuatkan saya lebih memahami dan menghargai erti sebuah keluarga yang sebenar.

*aku kenal dengan Atif ketika mengendalikan program di sekolah dia. Kem Ibadah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara.

Bersambung...

Lestari Kehidupan 1

Assalamualaikum wbt...

Pada tika ini, terasa tangan ingin menulis. Ingin sekali berkongsi rasa dengan mereka yang membaca blog Pelan-pelan Kayuh ini. Semoga bersama mendapat manfaat.

Kesempatan cuti pertengahan semester baru ini telah memberikan banyak pengalaman baru kepadaku. Terlalu banyak yang dapat aku pelajari mengenai kehidupan dan kasih sayang. Betapa aku bersyukur diberikan peluang yang sebegini, yang tak mungkin dirasai kebanyakan orang.

Apa yang ingin aku sentuh pada post kali ini adalah berkenaan kekeluargaan. Kasih sayang dalam keluarga yang membuatkan aku tersentuh. Tersentuh dengan kehalusan kasih sayang yang terhubung jalin antara ahli keluarga. Aku hanya sempat berada di rumah sendiri selama sehari setengah. Sempat la jugak untuk solat tarawikh dan bersahur bersama keluarga tercinta pada hari pertama berpuasa. Cuma tak berkesempatan lagi untuk berbuka puasa bersama. InsyaAllah, dalam minggu ni akan balik berbuka bersama keluarga.

Hati aku sebenarnya agak tersentuh bila mama sendiri mengatakan betapa susahnya untuk melihat aku berada di rumah kerana kesibukan aku. Samada kesibukan yang diada-adakan atau kesibukan yang sememangnya sibuk. Terdengar juga keluhan dari mana seperti ungkapan berikut, “dah la anak laki sorang, nak nampak ada kat rumah pun susah”.

Apa perasaan anda andai terkeluar dari seorang ibu keluhan yang sebegitu. Sungguh, aku amat tersentuh. Aku tahu betapa mama mahukan aku berada di rumah lebih lama. Mahukan aku berada selalu berada di sisi mama untuk bermanja-manja. Namun tuntutan tanggungjawab melebihi segalanya. Semoga mama akan memahami. Abah pula, tak pernah pun terungkap keluhan. Tetapi jauh di raut wajahnya, aku tahu, abah juga seperti mama. Mahukan anak lakinya yang sorang ini kerap berada di rumah. Maafkan Arir mama dan abah. Tidak sesekali terniat untuk menderhaka. Mohon dijauhkan. Harapan saya agar mama dan abah akan mengerti akan perjalanan kehidupan anak mereka ini. Yang kadangkala aku pun tak mengerti apa yang aku mahukan. Jauh di sudut hati, aku tahu abah dan mama sangat menyayangi aku. Dan kerapkali aku berbisik dari kejauhan, aku sayang mama dan abah. Apa khabar mereka agaknya sekarang. Rindu tiba-tiba menyusup di kalbu…. Semoga mereka berada dalam keadaan yang baik… Hurmmm..macam nak baik pulak rasa.. Semoga Allah terus memberikan ketenangan dan kesihatan yang baik kepada mama dan abah, juga kepada kakak kakakku yang tidak jemu memberikan perhatian mereka kepadaku. Terima kasih atas kasih sayang semua….

Itu satu titipan kekeluargaan yang rapat denganku.

Bersambung...