Followers

Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Baju Sekolah 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekadar bingkisan buat semua.

Suatu ketika dulu, semasa zaman persekolahan hendak bermula, kita sibuk meminta pakaian sekolah baru, kasut sekolah baru, beg sekolah baru. Segalanya baru! Tuntutan dipenuhi sang ayah dan ibu tanpa sedikitpun mengeluh. Bertuahnya kita! Bernasib baiknya kita! Walau mungkin tidak mewah, namun masih mampu memulakan tahun baru persekolahan dgn segalanya baru.

Tika itu tak pernah terlintaskan di fikiran, malah kita mungkin memperbanding-bandingkan kelengkapan sekolah kita dengan kawan-kawan yang lain.



"Aku punya baju lagi cantikkkk, kau punya tak cantik"

"Aku punya beg sekolah baru tau! Abah aku belikan. Kau pakai beg sekolah lama ek?"

"Eh kau ni, tak beli kasut sekolah baru ke? Tengok kasut sekolah aku. Cantik. Kasut lekat. Kau tak ada! Blueeeekkkk!"



Allahu Allah. Naifnya kita saat itu.

Betapa kita tidak tahu bahawa ibu bapa kawan kita itu tak mampu untuk bekalkan mereka dengan segala keperluan sekolah yang baru.

Malah kita tidak pernah ambil peduli pun.


Tidak pernah terfikirkan kehidupan mereka itu, kaisnya pagi makannya pagi, kaisnya petang, makannya petang.

Wujudkah lagi golongan miskin di kota Kuala Lumpur ini?

Hati membentak! Jawablah sendiri.

Anda yang membaca ini mungkin seorang guru, arkitek, jurutera, akauntan, auditor, pensyarah, doktor, pegawai kerajaan dan sebagainya. Anda pernah melalui saat dan ketika zaman persekolahan.

Bantulah golongan yang memerlukan bantuan perskolahan seadanya. RM1 anda bernilai bagi mereka. RM10? RM20? RM50?RM100? RM150? Anda tentukan sejauh mana komitmen anda bagi membantu anak bangsa.

Pasti mereka yang menerima sumbangan ikhlas kita akan menghargainya.

Semoga doa mereka tidak putus buat kita.

Semoga rezeki kita dipermudahkan.

Ameen thumma Ameen.

Mereka inginkan kePEDULIan kita.

Buktikan kita PEDULI nasib mereka.

Sampaikan sumbangan anda ke akaun
Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan:


Bank Islam : 14162010015805

atau Cek berpalang di atas nama Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan

*andai perlukan resit untuk pelepasan cukai sila maklumkan.

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi:

Syahrir : 0132226057
Syed Putra: 0133092726

Wallahua'lam

"Selembar Harapan, Sejuta Impian"

Saturday, January 15, 2011

Tentang Kehidupan

Assalamualaikum! Salam bahagia ye semua.

Alhamdulillah, tiada siapa lagi yang selayaknya aku panjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang aku perolehi ini melainkan pada tuhan Rabbul Jalil, Allah SWT. Dia tuhan yang ciptakan aku, kamu, mereka dan kesemuanya. Oksigen tanpa berbayar ini, DIA lah penciptaNya, tubuh badan pinjaman ini, DIA yang menjadikan, kacak atau comotnye aku dan kamu, terimalah seadanya. Akhirnya kan kembali pada tanah jua. Begitulah kehidupan, menerima apa jua seadanya. Menjadikan diri serba sederhana dalam setiap perkara. Bukankah seorang Mukmin itu perlu menjadi seorang yang 'wasotiyyah'? Tidak ekstrem!

Kehidupan pastinya akan berubah seiring gerakan masa.

Jika dulu,
aku seorang yang masih bertatih,
kemudian sudah pandai berdiri dan berlari,
kemudian pelbagai pengalaman zaman persekolahan yang mematangkan diri menghadapi kehidupan,
terus kepada pengajian di peringkat tinggi dan
seterusnya melangkah dengan penuh yakin ke alam pekerjaan.

Selepas itu?......

Ianya akan terus berjalan dan berjalan sehingga akhirnya nanti kita disatukan dengan bumi. Namun barang diingat, ada di antara kita yang perjalanannya hanya singkat sahaja. Dalam keghairahan menikmati habuan dunia mungkin pada saat itu jua, Allah tarik segalanya. Allahu Allah. Bagaimana persiapan kita sebagai hambaNya? Apa pernah kita terfikirkan? Buat aku, kamu dan dia, tafakur sejenak. Selami rasa itu.

Ada manusia dalam kehidupannya, selesa bermain dengan keadaan sekelilingnya sahaja, tidak dihirau apa jua perkara lain,

Ada manusia yang kehidupannya ditumpahkan pada mencari habuan dunia, tidak diimbangkan dengan mencari habuan akhirat.

Ada manusia yang tiada langsung dalam pemikirannya utk menjadi insan yang sempurna dan menyempurnakan manusia lainnya. Malah ramai pula manusia yang bobrok yang terus membobrokkan manusia lainnya. Mohon terhindar.

Manusia jenis apakah kita ini? aku dan kamu, mari tafakkur..

Tentang cinta? Ah, ramai mungkin ada falsafah cintanya tersendiri.

Bagi aku, biarlah ianya datang secara azali. Tidak perlu dicari. Pastikan ia dtg.

Seperti kasihnya seorang hamba kepada Allah,
kasihnya pengikut kepada Rasulullah,
kasihnya seorang ibu kepada anak-anaknya,
kasihnya seorang sahabat kepada temannya.

Semua itu tak perlu dicarikan. Ianya kan datang. Kasih itu akan sampai jua. Yakin pada aturan kehidupan yang Allah dah tetapkan. Yakinkan sahaja! Allah sudah aturkan segala.

Kehidupan ini pastikan lebih mudah jika manusia itu tahu akan takdir penghidupannya. Tetapi kenapa Allah sorokkan takdir itu, kenapa Allah hijabkan ia?

Dan saat itu, tersampailah makna sebuah khauf dan raja'. Takut dan berharap. Rujuk di sini. : http://3p4h.blogspot.com/2011/01/yakin-dan-berharap.html

Aku, kamu dan mereka kesemuanya, ini sebuah kehidupan yang padanya menjadi tempat bercucuk tanam yang hasil tuainnya hanya akan diperolehi di akhirat kelak. Percaya atau tidak?

PERCAYALAH, IMANILAH!

Ini rukun IMAN yang perlu diyakini bukan sahaja seorang ISLAM, tetapi buat mereka yang masih tercari-cari hidayah. Semoga mereka dipertemukan dengan HIDAYAH Allah. Ameen thumma Ameen!

Entah apa sahaja yang aku coretkan. Semoga bermanfaat. Saat masa terluang ini, baru aku terfikirkan betapa banyaknya peluang-peluang utk memperbaiki diri. Andai dibiarkan berlalu begitu sahaja, alangkah ruginya seorang yang bernama insan.

Jangan dilupa, pada setiap detik yang berlalu,

ada manusia yang semakin dekat dirinya dengan tuhan yang maha ESA,
ada manusia yang telah temui cintanya setelah mengharap pada yang ESA
ada manusia yang berjaya dalam perniagaan hasil usaha yang tiada putus asa dan raja' kepada Allah,
ada manusia yang berjaya memuhasabahkan dirinya, dan memulakan langkah utk menjadi diri yang lebih baik kehidupannya dari hari semalam,
ada manusia yang terus mencipta bahagia dengan kehidupan yang dihadkan pada syariat Allah,

Semuanya pasti dengan penghidupan yang terarahkan pada mengejar akhirat yang abadie! Itu janjiNya. "Wa man yattaqillaha yaj'allahu makhraja, wa yarzuqhu min haithu la yahtasib"

Jangan gusar dengan rezeki, sihat itu rezeki, anak-anak yang baik itu rezeki, oksigen itu rezeki, kawan-kawan yang baik dan memahami itu rezeki, pelajaran dan kerja yang baik itu rezeki.
Tidak perlu dihadkan rezeki itu pada nilai material semata-mata. Aku punya kamu yang membaca juga adalah rezeki.

Rezeki itu di mana-mana!

Tentang kehidupan, banyak yang nak diceritakan. Tapi semuanya pasti indah dan tertatur setelah disuahakan sebaik mungkin kemudian segalanya diserahkan pada DIA pencipta segala.

Allah itu maha ADIL. Percayalah.

Noktah.

Tuesday, August 17, 2010

Jom Tambah Ilmu Pasal Puasa :-)

Assalamualaikum kawan2. Alhamdulillah, dah masuk hari ke-7 berpuasa Ramadhan. Cepat kan masa berlalu.

Ok, sepanjang berpuasa ni, kadang-kadang kita puasa membuta tuli tanpa tahu hukum hakam dan hikmah yang ada dalam berpuasa. Sungguh, Islam itu mudah, dan ianya tidak akan menyusahkan melainkan kita sendiri yang menyusah2kan perkara yang mudah. hehe. Walau mungkin ada kepayaha, percayalah dengan janji Allah yang mengatakan "Inna Ma'al 'usri yusra, fa inna ma'al 'usri yusra"

Jom baca artikel Ustaz Zaharuddin mengenai amalan puasa (khususnya pada meletakkan puasa itu batal ataupun tidak). www.zaharuddin.net

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.

Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam.

Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)

Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-

1) Raih Taqwa : Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.

2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.

3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.

4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.

Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.

Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.

Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya 'yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd 'Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :

Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :

Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.

Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd 'Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; 'Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.

Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat :

Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa

Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.

Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-

كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ

Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : -

فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام

Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-

"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)

Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.

9) Wanita tamat haid

Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.

Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)

Dalilnya adalah :-

من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له

Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi

Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?

Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.

Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh

Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)

Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.

Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak

Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untuk menjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahakyang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitumasih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan.Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampaipada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Adapendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal.Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalahkotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampaike mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa.Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidakmembatalkan puasa.

13 ) Mandi

Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/595/72/

Alhamdulillah. Terus mencari rahmat dan keampunan Allah dalam bulan Ramadhan ini. Masih belum terlewat, malah pengampunan Allah itu terbuka seluas-luasnya. Jom semarakkan bulan IBADAH! :-)

Sunday, July 25, 2010

Lama sudah~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur terus dipanjatkan,
Buat DIA Rabbul A'lamin...dulu, kini dan selamanya...

Langkah demi langkah,
terkadang tersadung menyumpah diri,
hoh, bukan senang perteguhkan hati,
bagi mencari makna hakiki...

Tuhan, langkah ini terkadang penuh duri,
untuk aku, mereka dan semua yang yakin pada jalan-Mu,
namun tuhan, janji-Mu itu pasti,
Intansurullah yan surukum wa yuthabbit aqdamakum...
Subhanallah...

Beranikah hati mengobah diri?
Kuatkah langkah menongkah arus?
Dia punya segala...
Yakin...
Hati ini punyanya DIA...

Tuhan,
Lama sudah....
Dosa ini bersemadi...
Lama sudah...berhipokrasi..
Lama sudah...hidup dalam dilema sendiri ciptaan duniawi...
Mohon terus dikuatkan hati, dijauhkan dari segala punca maksiat itu...aku mahu lari...

Allahu Allah...
Ingatkan aku kala aku alpa,
barang sedikit musibah, barang sedikit sakit, barang apa jua pun...
Agar aku tahu, hidup ini punya Tuhan yang mengaturkan...
Tuhan Rabbul Jalil...
Tiada kuasa selain-Mu ya ALLAH...

Hoh! berkali kali meretorik kata..
bahkan diri tak punya apa...
entah ianya hanya sekadar rasa,
tanpa tertanam di dalam jiwa...

Terus, sokongan kamu, kamu, kau dia dan semuanya....
Yang aku sayang...sungguh aku sayang, mahu dipeluk erat!
Semoga kalian beroleh rahmat...

Lama....
Cukup lama rasa itu...cukup lama...
Mohon terus dihilangkan, agar terus tenang dalam dakapan kasih Illahi...
Allah...



Sunday, June 13, 2010

State of Denial??

Assalamualaikum semuanya. Doaku agar kalian bahagia dengan kehidupan di dalam redha-Nya.

Hidup itu tidak akan selalunya indah bukan?. Teringat masa sekolah dekat SMI Seremban dulu, Teacher Sukasih ade coretkan lagu ni dalam buku ‘chatting’ kitorang. (buku chatting ni is one of the method used by Teacher utk student luahkan masalah or anything,lepas tu teacher akan bagi nasihat dalam buku tu. Sangat bagus kot!)

Teacher Sukasih coretkan lirik lagu ini:

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Sampai sekarang lagu ni jadi sumber motivasi buat diri aku. Yang terkadang aku jatuh terduduk dengan ujian Allah, yang tika mana aku rasakan akulah manusia yang paling tak guna hidup dekat dunia, yang tika saat aku rasa putus asa utk meneruskan perjuangan, tika detik aku hilang arah kehidupan….

Lagu itu, lirik itu.. Motivasi diri.

Senyum. Aku rindukan saat-saat gembira, duka masa di SMI Seremban dulu…..
Lagenda budak setan di situlah kisahnya aku baca. Bermula dari aku, kemudian merebak ke kawan-kawan aku yang lain. Muahahaha! Laki layan novel tuuuu… Besar tidak besar pengaruh novel itu pada aku? Lihat pada alamat emel aku,lihat pada alamat blog aku (adeqashah, ahmad_adikasyah etc2). Aku membesar dengan impian mahu menjadi penunggu cinta yang setia seperti kasyah. :-) (ok, aku dah mengarut!)

Berbalik pada kisah suka duka tangis kehidupan, semua pun akan rasa. Semua pun akan lalui, malah semua pun akan pernah sampai pada tahap ‘aku dah putus asa!’.

Untuk sampai pada tahap. Oh, tidak mengapa, aku redha dengan ketetapan ini, oh,aku okay2 sahaja,oh ya, ini takdir aku-Allah telah tetapkan…. Ya, ini mungkin balasan kekhilafan aku….. SUKAR! Tidak semua yang merasakan UJIAN itu rahmat dari ALLAH. Rahmat Allah itukan pelbagai.

Aku membesar dengan begitu banyak ujian. Dan aku yakin, ujian-ujian itulah yang menjadikan aku seperti sekarang. Ujian-ujian yang dulu pada anggapan aku ianya tak patut jadi begini dan begitu, kenapa aku sahaja ditimpa ujian, beratnya ujian dan sebagainya, hakikatnya-Allah mahu berikan sesuatu di sebalik ujian itu. Berhikmah Allah mendidik manusia. Subhanallah!

Aku tonton Karate Kid. Pengajaran dari cerita itu sangat baek! Silalah menonton. Tidak rugi. Pengajaran untuk berhadapan dengan kehidupan.

Semasa ke CFS UIA Nilai utk bersama adik2 yang baru daftar dekat sana, berlaku perbincangan mengenai cara menghadapi sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan. Isu nya adalah: terkadang perlu juga mengekspresi diri mengikut situasi. Contohnya, kalau dapat berita sedih-menangis, result tak bagus-sedih, dapat berita gembira-bergelak tawa dsb. Tidak perlu hidup dalam ‘denial’, contohnya, dapat berita sedih, buat2 macam tak ada apa, buat2 cool. Bagi aku benar! Kita perlu mengekspresi diri mengikut keadaan. Tetapi yang sebenarnya, ekspresi diri itu menggambarkan bagaimana kita menerima sesuatu keadaan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Bagaimana penerimaan kita pada Qada’ dan Qadr Allah. Bergembiralah tika mana Allah memberikan ujian yang berat, dan banyakkan istighfar saat Allah berikan pelbagai kesenangan. Jadinya, bagaimana ekspresi yang sepatutnya. Anda jawab.

Ramai manusia hebat yang lahir dari jeriji besi bukan? Banyaknya manusia yang berjaya kerana pernah ditimpa masalah yang berat bukan? Mereka ini mereka yang berjiwa besar! Mereka takkan pernah mengalah pada dugaan, kerana mereka faham sunnatullah! Namun, begitu banyaknya manusia termasuk aku yang terkadang gagal utk memahami perkara ini sehinggakan tergamak menyalahkan takdir! Mengambil jalan singkat utk selesaikan masalah seperti membunuh diri. Sejengkal sungguh akal.

Lantas, jangan dikeluh kesahkan apa sahaja yang datang kepada kita. Aku akui, terkadang aku ‘ter’keluh kesah jua dek kerana beratnya ujian. [garu kepala!] Namun hakikatnya, ia bergantung dengan cara kita menghadapi masalah itu. Aku sudah terangkan di atas. Kembalilah semula pada pencipta yang tahu segala. Bahawa DIA tidak akan timpakan manusia dengan dugaan yang takkan mampu ditanggung makhluk ciptanNYA. Allah itukan PENCIPTA kita. DIA Maha Tahu segala.

Kuatnya manusia itu, apabila ditimpa ujian kesusahan, dia masih mampu lagi utk tersenyum walau kelat. Melambangkan hatinya kuat, jiwanya besar dan juga mengharapkan hikmah Allah dalam mengajar manusia. Kuatnya manusia itu bilamana Allah datangkan ujian kesenangan, lafaz istighfar sering bermain di bibirnya, lafaz Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan tidak dilupa, dalam masa yang sama memohon agar kesenangan itu tidak akan memesongkan pendirian. State of denial kah ini? Anda fikirkan…..

Saturday, April 3, 2010

Tanpa Arah

Terkadang tanpa sedar, kita dah terlalu banyak menyusahkan orang di sekeliling kita. Namun, masih lagi merasakan yang terkadang manusia itu belum cukup faham akan diri kita.

Cukup-cukuplah. Hidup kita ini tak lama. Sampai bila nak mengharap? Sampai bila nak terus bergantung pada orang?

Belajar!

Tak tahu?

ALASAN.

Ini bukan lagi zaman kuno! Hoh!

Entah esok atau lusa, orang yang kita letakkan segalanya hilang. Apa jadi pada kita? Terkontang kanting? Sebab sebelum ini segalanya diuruskan manusia lain dari A-Z?

Aku lebih suka dengan manusia yang tegar!

Aku suka pada mereka yang tidak takut pada segala kemungkinan..

Aku suka pada mereka yang tidak menjadikan masalah remeh sebagai masalah besar! Take it easy…. Every lock comes with a key. (aku jarang2 pinjamkan diri aku utk dengar masalah remeh. MAAF!)

Aku suka pada manusia yang kurang mengadunya pada manusia...

Biar pening, sakit atau apa sahaja, ditanggung sendiri, tak perlu menagih simpati, sehingga terkadang manusia pun muak utk membantu lantaran terlalu melampau…

Biar diri yang menjadi tempat utk berkongsi cerita dari yang lain, biar diri sakit kerana orang lain, biar diri yang banyak berkorban utk orang lain, malah segalanya itu biar tersimpan rapi, tak perlu diungkitkan sehingga heboh sekalian alam. Lagaknya seperti superman, penyelamat dunia! Hoh.

Biar…. (itukan lebih dihargai, walau bukan oleh manusia, Janji DIA kan ada. Apa diharap pada balasan baek dari manusia. Itu tidak ikhlas namanya)

Satu kata-kata pernah sebut:

“Bila buat baik pada manusia, jangan lekatkan dalam ingatan kebaikan yang telah kita lakukan itu, biar hilang ditiup angin, biar sayup disepoi masa. Tapi INGAT kebaikan manusia lainnya pada kita. Biar kekal terpahat, agar nanti tidak lupa pelindung yang namanya kulit.”

Dari menyusahkan manusia yang lainnya….

Biar diri yang merasai susahnya manusia lain….

Jangan banyak mengeluh! Jangan banyak beralasan, jauh dari rahmat tuhan kelak…

Ajarkan juga pada mereka yang banyak keluhnya banyak mengadunya kepadamu…agar mereka juga kuat, agar mereka mampu untuk berfikir, gunakan kurniaan Allah tidak terhingga- AKAL.

Aku: diri, jadilah manusia yang bersyukur! Apa tidak cukup nikmat yang ada pada diri sehingga menagih nikmat dari manusia yang lainnya?

“Be yourself, but be the best of yourself”- kata kakak itu.

Yes! Itu sangat betul tahu!

Diri takkan tahu mana kekuatan sebenar andai terlalu berharap. Ini dan itu perlu ditunjuki berkali kali… Ini dan itu perlu diberi di hadapan mata….

Percaya diri!

Tidak tahu? Tanya. Minta pedoman.

Tidak tahu lagi? Cari sumber lain.

Mahu atau tidak mahu? Pilihan!

Diri: kau cakap besar! Hoh.

Mungkin. Ya atau tidak? Hanya diri yang tahu…

Diri, kau rasa bagus?

Tidak! Tidak sedarkah kekurangan diri yang bercompang camping, yang manusia lain tidak pun betah untuk kerling?

Hidup dalam kehidupan dan dunia sendiri? Tidak mesra!

Siapa yang kata? Kenal dahulu sebelum mengata!

Tak perlu bertoleransi pada mereka yang mampu utk berfikir, yang YAKINnya kita dia boleh berfikir, buat justifikasi dengan baik.

Bayangkan ini: Diri, mengadu pada seseorang dia lapar. Sedang dia tahu, bila lapar, perlu makan. Mengadu kawan di sekolah curi pemadam. Mengadu mengantuk tika memandu. Mengadu sakit dada kalau hisap rokok. Mengadu lampu di tandas rumah terbakar sedang dia sendiri pun mampu utk menukarkannya. Mengadu..mengadu…mengadu…. Dengan harapan ade orang tolong belikan makanan untuknya, manusia yang diadukan akan pergi jumpa si pencuri pemadam dan minta dipulangkan, mengantuk akan hilang dengan terus memandu, ubat mampu kurangkan sakit dada dan lampu yang baru itu punya kaki untuk berjalan dan terpasang dengan sendirinya. Hoh!

Bermanja2? Mungkin boleh. Tapi jangan sampai MUAK! Berpada-pada.

Perkara itu mudah bukan? Boleh diselesaikan, tanpa menyusahkan manusia lainnya…

Hey, dalam kubur itukan berseorangan! Kalo sempit kubur itu bagaimana? Masih minta tolong? (Apa kaitannya? Anda fikirkan)

Sehingga mati pun, susahkan manusia. Minta simpang!

Berhenti sejenak, tarik nafas! Dalam dalam…

Baek… menghela nafas…

Sisi yang lain….

Toleransi itu pada mereka yang berhak! Bukan toleransi yang bukan-bukan…

Contoh: toleransi pada mereka yang rosak akhlak akibat lalai ibu bapa, kurang ilmu agamanya, tidak pernah sentuh mashaf suci itu….

Tidak pada remaja yang tahu ilmu agama, belajar tinggi-tinggi, faham dan sampai ilmunya, tapi masih merogol anak sendiri! Masih berzina! Kemudian buang! Masih itu, masih ini, sedang dalam jiwa dan hati bergelodak segala ilmu. Kemudian akui, keliru dengan pilihan! Itu bukan pilihan. PANDAI!

Murka DIA itukan lebih ringannya pada mereka yang JAHIL (jahil mutlak, lantaran tidak ada mereka yang pandai menanggapi mereka) berbanding mereka yang PANDAI tapi mungkar? (betulkan aku andai aku silap)

Andaikan ini, siapakah yang lebih berat dosanya bagi si orang asli yang berpegangan tangan dengan seseorang yang tidak halal baginya, sedang dia tidak pernah tahu itu HARAM dengan mereka yang tahu dengan jelas itu HARAM? Mereka jahil kerna tidak sampai kepada mereka ilmu itu. Lantas, mereka yang berilmu, sampaikan. Jadilah mereka itu mereka yang berilmu, dan samalah mungkin dosanya selepas dari itu, andai masih berulang.

Yang pandai, jangan susahkan org lain. Fikir!

“Zahirnya kefasadan bila wujudnya titik hitam pada hati mereka yang pandai”- aku olah sedikit kata adik itu.

Pening juga bila orang pandai, berlagak seperti si jahil…

Dan pening juga, bila si mereka yang lebih ‘matured’ umurnya, lagaknya kalah remaja belasan tahun…

Yang kurang kepandaian, andai punya peluang, grab the chance. Jangan jadi bodoh sombong. (Ustaz Ayob di SMI Seremban dulu selalu katakan ini.)

Matured is means to be matured!

Fikir….

Diri, kenapa ni?

Entah, aku menulis tanpa arah…

Sungguh, tiba2..

Terzahir dari keadaan sekeliling mungkin…

Apa yang ingin aku sampaikan?

Tafsir kan…

Pasti, kefahaman manusia itu berbeda! Aku tidak punya sanggah. Bebas dengan kritikan. Sila.

Don’t put a simple judgement… Because it is complicated!

Really? Hurm…

Aku tidak sempurna, kamu juga. Tahu itu?

Salam.

Sunday, March 21, 2010

What else that you want God to show?

I had come across this video several times, but I tend to just simply ignore it. I don’t know why. I saw somebody post it on their FB’s wall, blogs and what not. Still, I don’t care much. Hurm, until the last nite, during Haflah Wada’ Ex-Maahadian (Maktab Mahmud) at edu square, the committee showed this video while waiting for the guests to come.

It’s quite windy at that time and it was really a different feeling. Sitting alone at the back while others sit on the chair provided. It was really a calm feeling that I haven’t experienced before.

It was a music video of Maher Zain-Open your Eyes.


It makes me thinking….Allah’s guidance comes in the shape that we don’t even ever think of. And slowly I said to myself… Allah has shown me enough evidence of His Mercy and Gratefulness. Why don’t I show Him a true obedience?!

There is a story included in that music video. The story is about how an Aussie found his true Religion (Islam) through unexpected experience. That experience triggers me to think. I just like feeling WOW! It is only the chosen one can experience such event. He has been chosen by Allah to receive Hidayah. O Allah, you are the greatest GOD! No other god except Allah! The one and the ONLY!

That night, I downloaded the video, and keep playing it over and over again, especially the story of that Aussie’s part. It directly touched my heart, I cried for God sake! The way that Allah shows the sign indirectly portray the Almighty God! Yeah, definitely, the signs of existence of Allah are all around me, the ignorance of me blinded everything.

This song urges us to open our eyes! See around us! It is the sign of ALLAH!

It is never too late to realize that we are living in this world is not for nothing, it is for something. Something in the Hereafter that we don’t even imagine how it could be.

Live as if Allah is watching us. Yes, definitely He watches us, every single minute, without fail!

Realize that every single thing in this world is created for something. Allah will never create something that is useless. All life on this earth has its own purposes of living. Some of it, we don’t even care of, and we tend to ignore it! Human is so ignorance! Huh… (It’s me, not you.)

Thank you Allah! :-)


Open your Eyes-Maher Zain

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah