Followers

Monday, October 13, 2008

Gathering Raya Ex-SMI Seremban

Aku kembali menulis stelah agak lama tak update blog aku nih..

Ok, kali ni aku nak abadikan citer pasal Gathering Raya bebudak sekolah SMi Seremban. Ari raya ke-12. 12 hb Oktober 2008.

First aku nak say thanks kat sumer kengkawan aku yang sacrifice masa untuk gathering kali ni. Ade yang kena paksa ngan aku, walaupun banyak keje, asimen la, test la ape jadahnyer…. Thanks giler ar kat korang sebab leh sacrifice. Tapi ade gak yang takleh nak join sebab ade projek or ntah pape hal yang sengaja atau tidak disengajakan. Ade yang antara hidup ngan mati, so, sebabkan aku ni sayangkan kengkawan aku, taknak diorang mati, takpe ar kalo tak join pon! (dedicated to hakim rostam!). yang lain yang banyak alasan tuh, aku tak tau ar. Korang sendirik pikir la ek. Sebab bukan senang nak kumpul reramai. Kalo opportunity macam ni tak amik, rugi ar kan…

Ok ar, aku just jot down jek ape benda yang berlaku masa gathering ritu:

· Janji semua berkumpul pukul 10 kat KTM Seremban, tahniah kepada yang menepati masa especially aku ngan laili..ahaha…credit gak kat izyan ngan anis…sampai lebih kurang sama ngan aku..kita memang pandai menghargai masa…ahaha…masuk bakul angkat sendirik…sebab aku dah janji…so, kena ar tunaikan janji. (Aku rasa macam kena speed trap jek…sabar jap ar, nanti sampai surat cinta kat umah aku…)


· Aku sampai seremban, call Ghazali, dia cakap baru bangun tido..hampeh ko!


· Yang lain-lain sumer on the way..ade sejam gak ar tunggu bebudak nih.


· Ni aku listkan nama orang-orang yang ade masa gathering:


o Aku (syah)

o Izyan

o Anis

o Lylie

o Awie

o Syazwan

o Razi

o Hajar and her boyfriend!

o Lyeza and her friend

o Ikhwan

o Hapis ngan tunangnyer…


· Yang atas tu batch kekiter jek. Ade gak batch bawah dua tahun dari kitorang:

o Dino

o Syaza

o Syara

o Alin

o Sape lagik ek?tak ingat da…huhu



· Ramai yang bawak kete. Ade lebih kurang lapan kete gak ar…yang dok dalam kete tu takla ramai pun…menghabiskan minyak jek!cheh! (aku-wira,lyeza-kancil, anis-kelisa, ikhwan-VIVA, ghazali-perdana, syara-MyVi, Razi-Kelisa, Apis-unser, Dino-motor kriss)


· First house, umah ustaz ayob, tengok baby gurl dia nama Nur Liyana Anis..ade gak nama anis tuh…hurm…makan sedaaap…!huhu..


· Pastu gi umah ikhwan, makan mi ape ntah nama dia..huhu..


· Pastu gi umah Apis


· Pastu umah Ustazah Zubaidah


· Nak gi umah Cikgu Rashidah, tapi tak angkat fon…so, cancel.


· Pastu kitorang gerak balik Kl, nak gi umah Lyeza kat Pantai Dalam ngan umah Syazwan kat Shah Alam.


· Best gak konvoi reramai ni walopun agak ngantuk ar drive sengsorang…ahahah…(untuk syazwan, berhati-hati ye bawak kete pasni, lyeza, jangan bawak kete cam pelesit…contohilah gaya ghazali, membawa kete sambil menghisap rokok…ahahah..sempoi jek!)


· Kitorang sampai umah syazwan dalam kul 9.30 gak ar…


· Sempat jumpa cikgu nik yang tak nak singgah umah syazwan...sebabnye nak kena drive balik kuantan…iyo kan jela…sempat la jumpa tepi jalan…huhu…


· Balik dalam pukul 10.00…12 jam beraya..giler ar..


· Penat tu memang ar penat tapi aku puas sebab dapat gak buat gathering nih..pastu ramai yang attend. Best best best! Korang memang best ar!


· So, awie akan fly awal pagi esok (14.10), syazwan ari jumaat nih. Apis tak ingat ar bila..Ok la tu, hajat dah sampai jumpa semua orang. Bila nak jumpa semua lgik, aku pun tak tau. Tapi nanti aku roger ar sumer orang kalo ade lagik. Cadang nak wat bermalam. Maybe kat PD kot…so, be alert ar k!


· Memasing pasni dah busy balik ngan study and EXAM!argggh!


· Apepun, gathering kali ni, aku rasa success sebab ramai yang join. And aku puas sebab keje aku berbaloi. Credit to izyan anis gak sebab bantu aku seba serbi…dalam keadaan yang sesangat busy ngan asimen, exam ape jadah lagik…kita managed buat gathering..THANKS ALL!


· Kat bawah ni aku letak gambar-gambar yang aku ade. Korang grab la ek.


· Last but not least, nak say thanks bebanyak sekali lagi pastu sorry gak kalo ade benda yang tak best jadik…aku minta maap bebanyak pada kengkorang yang kena paksa ngan aku…sampai tak siap asimen or projek memasing, sori k! thanks gak kat ikhwan (ngan kete VIVA baru dia..perghh!), jadik penunjuk arah kat seremban tuh,kalo tak memang sesat ar…yang lelain kalo tak tersebut tu mintak mahap la ek!


· Apepun, wish all of you all the best for the future undertakings. Pada yang akan fly tuh, jaga ar diri leklok kat sana. Korang cuti nanti roger ar aku. Aku arrangekan lagik gathering…takde korang macam tak complete lak gathering….


· Sekian kisah gathering…huhu..

Monday, October 6, 2008

Kembali Melangkah


Kaki kembali menjejak di Taman Ilmu dan Budi....
Bermulalah perjuangan yang masih belum berkesudahan....
Banyak benda, perkara, kerja yang nak kena buat...
Banyak yang nak kena pikir!
Banyak benda yang perlu diperbaiki...
Semoga terus diberikan kekuatan...



Kuatkah kakiku? Kuatkah azam ku?
Hurm....
Masa pastinya akan terus berlalu...meninggalkan mereka yang lalai...
Semoga aku bukan dari kalangan mereka...
dan semoga mereka tidak terus leka...


Aku kan terus melangkah...
Dalam sejuta kepayahan, walau terus dilandai badai yang menggugah....
Mungkin terkadang aku tewas, namun berikan aku peluang...
Aku hanya insan biasa....
Yang tak lepas dari permainan dunia...

Jujurnya, aku belum pasti hala tuju perjalanan ini...
Entah ke mana akan ku bawa...
Ku harapkan ianya tidak mengalpakan....

Tuhan,padamu aku berserah segalanya...
Sungguh Kau pemegang segala hati...
Tetapkanlah hatiku pada jalan Mu...
Sungguh aku lemah....sangat lemah pada saat ini...
Untuk melawan gejolak nafsu yang menggila...

Abah, Mama,
Terima kasih atas kasih sayang...
Walau mungkin aku bukan yang terbaik, namun aku usahakan yang terbaik...

Sahabat, dekatlah denganku...
Pernah aku ungkapkan, aku takut aku terus hanyut...
Berusahalah tarik aku kembali...
Kerana sejujurnya aku tak berdaya...
Bukan aku menyerah kalah....
Sunggguh, andailah kau tahu apa yang sedang ku tempuh...
Ianya tak semudah kata-kata...

Wahai nafsu dunia, mungkin kau telah berjaya melalaikan aku,
Tapi kau perlu tahu, Allah Maha Kuasa...
Aku masih punya kekuatan kasih sayang Mama dan Abah...
Aku masih punya kekuatan ukhuwah sahabat-sahabatku....
Hayatmu mungkin tak lama...
Aku akan pastikan kau TEWAS!

Friday, October 3, 2008

Hari ketiga Raya

Cepat kan masa berlalu....kejap jek dah hari ketiga raya puasa...

*cuti dah makin singkat....
*dah nak masuk study balik...
*final exam dah dekat...huhu
*tak start study lagik nih....
*emosi so far ok...
*masih lagi bersemangat!
*banyak benda yang nak kena buat...
*kena arrange kan timetable betul2...
*pasni kena FOKUS!FOKUS!FOKUS!
*doakan ye kejayaan diri ini...
*semoga semua berada dalam ketenanagan dan di bawah lindungan Allah...
*Selamat Hari Raya!

Thursday, October 2, 2008

Salam Lebaran Semua

Assalamualaikum, alhamdulillah, dalam sedar tak sedar Ramadhan telah pun melabuhkan tirainya. Aku sedang menulis ketika umat Islam kesemuanya di Malaysia sedang meraikan hari kedua syawal syukur aku panjatkan ke hadrat Allah SWT, kerana kita dapat meraikan kegembiraan ini dalam keadaan negara yang tenang walaupun kita dilanda badai politik dan ketidak imbangan ekonomi di Malaysia. Namun aku masih percaya, bumi bertuah Malaysia, masih mampu untuk megekalkan keamanannya bersam pelbagai kaum yang menghuni bumi bertuah ini.

Hurm, syukur juga aku panjatkan kerana masih berpeluang untuk meraikan hari bahagia ini bersama dengan keluarga yang tersayang, masih mampu untuk mengucup tangan mama ngan abah, kakak kakakku yang seramai lima orang. Riuh rendah rumah aku kali ini dengan kehadiran 4 orang anak buah. Syukur. Kegembiraan yang tak terhingga. Namun terkadang, fikiran ini terlayang juga pada mereka yang tidak mendapat kegembiraan seperti ini. Ada mereka yang di luar sana yang sudah ketiadaan ibu dan ayah, tiada kaum keluarga yang terdekat, tidak dapat beraya dengan pakaian yang baru, banyak lagi perkara yang menyebabkan mereka kurang dari segi persiapan raya. belum dikira mereka yang di luar negara yang bergelumang dengan konflik politik dan peperangan yang sangat dahsyat. Semoga Allah memberkati mereka....

Hari raya merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah menempuh cabaran Allah untuk menahan nafsu ketika bulan Ramadhan. Bertuah bagi mereka yang meninggalkan madrasah ramadhan dengan sijil yang cemerlang sebagai graduasi yang telah ditarbiyah dengan amalan-amalan yang mulia. Dan celakalah bagi mereka yang gagal mendapat sijil kelulusan dari madrasah ramadhan ini. Hurm, di manakah kedudukan aku? anda bagaimana?

Sesuatu yang perlu dimuhasabah di pagi syawal. Sejauh manakah agaknya kita mempergunakan sepenuhnya bulan Ramadhan untuk mentarbiyah diri. Dan sejauh mana terkesannya Ramadhan itu dalam kehidupan seharian kita. Di samping kegembiraan menyambut syawal, biarlah diri kita ini berada dalam keadaan yang bersederhana. Jangan terlalu ghairah sehingga melampaui batas. Seolah-olah kita terlepas dari penjara yang menyeksakan. Kita merasakan hidup kita terkongkong dan terpaksa berpura-pura sepanjang bulan Ramdhan. Hinanya ramadhan sehingga dianggap sebegitu rupa. Di mana letaknya nilai kita sebagai seorang Muslim seandainya nilaian kita terhadap bulan suci itu sebegitu rupa. Mohon allah ampunkan segala dosa kita. InsyaAllah.

Hurm, apepun segalanya itu sekadar ingatan untuk kita bersama, Sedangkan aku juga masih lagi merasai betapa kurangnya amalan yang telah aku usahakan sepanjang Ramadhan. Semoga bertemu lagi ramadhan yang akan datang, semoga Allah panjangkan umurku dlaam ketaatan kepadaNya sehingga bertemu semula dengan Ramadhan yang akan datang. Harapanku....

Di posting kali ini, aku sertakan sekali beberapa gambar di pagi raya bersama dengan keluarga ku... Sekadar ingin menitipkan kenangan di dalam blog ini, agar terus menjadi ingatan kepada diri ini, keluargaku dan sahabat-sahabat. Layaaannnnzzzz..heheh...



Friday, September 26, 2008

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR

Kisah yang ingin saya paparkan pada posting kali ini saya perolehi ketika membaca satu forum di laman sembang. Sesuatu yang sangat menyentuh hati dan perasaan saya dan memberikan kesan yang amat mendalam. Hampir menitiskan air mata. Hurm...diharap perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengajaran kepada kita semua. InsyaAllah.... (perlu diingat, kisah ini bukanlah kisah saya. Hanya kisah yang dikongsikan bersama rakan sembang di internet)

JOM BACA:

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR

Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal. Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan.
Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti.....selama nie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya...... ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang....semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak belikereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan.
Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.

Pastu...
abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan

aku.....sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali...........
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam... aku dan abang mengangkat jenazahnya...........dan mengebumikannya. hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.

Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong...... setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam....... sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan
dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa berterus terang.... seringkali tidur di peha.

Kelmarin, aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.

Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6..... abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......Abah catat Kak Se keguguran..... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua bila baca dairi tue....

Abah sayang anaknya..... tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang". Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir... aku...bukan anak yang baik.

Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"

abah gariskan perkataan ingat kubur..... dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...bawak berjalan...... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama.
Kini semuanya tiada.

YaALLAH.....
aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan...tanpa Abah.......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002..Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami.... "kubur ayah dikorek... pastu ditanam...tanahnya masih penuh kat tepi.... terlebih tandanya seorang yang pemurah....sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah." "abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"
"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih....tak der kotor najis pun takder"... perkara itulah menyedapkan hati kami..... untuk jadi seperti abah....

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid..... aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis.... "Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun....


YaAllah...
sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat abah masih segar...
"Wahai Polan Bin polan...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar" dan, kita yang hidup akan pergi juga.... Lelaki berat tanggungjawabnya....
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak.... isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma....aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah.... saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.
Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....
jadikan iktibar..... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.
Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.

Tunjukkan.....

**Sayangi lah orang tua mu selagi mereka masih ada......

Di hari lebaran yang akan tiba ini, tunjukkanlah kasih sayang kita kepada kedua ibu bapa. Sungguh kasih sayang mereka tiada ternilai. Mama, abah, Arir sayang Mama dengan Abah.