Followers

Wednesday, January 14, 2009

Kembali menerjah dunia blogging… (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog aku ni. Seperti biasa pertama sekali aku nak minta maaf kepada semua pengunjung blog ni seandainya isi kandungan blog aku ni tak berubah setiap kali korang masuk. Bukannya apa, jadual aku secara jujurnya taklah sesibuk mana pun, cumanya masa senggang yang aku ada terpaksa digunakan untuk membuat perkara-perkara yang lebih penting. Jadi, tak sempat la aku nak mendambakan diri aku kat depan laptop untuk berblog. Mohon maaf sekali lagi ye!

Alhamdulillah, bersama-samalah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang masih lagi memberikan nikmat kepada kita untuk terus bernafas di atas muka bumi-NYA yang dipinjamkan hanya untuk sementara. Sedar ataupun tidak, semakin hari kita semakin mendekati Hari yang dijanjikan oleh Allah sebagai hari di mana segala isi bumi ini akan dimusnahkan dan kemudian akan dihidupkan kembali untuk hitungan amal masing masing. Semakin kita menganjak hari, semakin itu usia akan meningkat dan semakin kita mendekati perkara yang jika kita sering memikirkan tentangnya, kita merupakan seorang yang bijak iaitu ‘AJAL @ MATI’. Semuanya itu berlaku terkadang di luar dari kesedaran diri kita. Semoga kita akan sentiasa beringat.

Hurm, terasa sedikit lain bila menulis blog. Mungkin natijah lama tidak berblog. Terasa macam skema pulak ayat yang ditaipkan. Huhu. Apepun semoga mendapat manfaat bersama. Pengisian blog aku ni mungkin agak ringan. Bermaksud segala apa yang aku bincangkan dan lampirkan di blog aku ni aku rakamkan melaului setiap saat pengalaman yang aku lalui.


Berikut aku rakamkan beberapa perkara yang telah aku lalui sepanjang sebulan yang lalu.

Sekadar untuk berkongsi pengalaman.

1. Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka

Dalam tidak sedar, dah sebulan lebih dah Misi itu berlalu. Tapi tidak bermakna kumpulan GPTD- Sri Lanka yang kami tubuhkan ini akan berkuburkan begitu sahaja. Sayang sekali saya kira andainya kumpulan ini dibiarkan sepi begitu sahaja sedangkan terlalu banyak perkara dan kerja yang perlu dilangsaikan. Setelah membuat post mortem hari tu (dah tak ingat bila), kami dah senaraikan lebih 12 perkara yang perlu kami lakukan sebagai follow up dari misi kesukarelaan kami di sana. Sungguh aku akui, perjalanan misi kami di sana dipermudahkan oleh Allah. Syukur. Allah memberikan pertolongan kepada kami satu kumpulan untuk menjalankan misi dengan baik.

Sepanjang misi aku ngan kengkawan kat sana, kitorang banyak pergi ke rumah-rumah Melayu dekat sana untuk buat banyak benda. Kitorang buat kelas Bahasa Melayu, ajar cara pakai tudung, ajar masak makanan melayu, ajar baca al-Quran dan kitorang sembahyang berjemaah sama-sama dengan penduduk melayu kat sana. Setiap kali program kami berlangsung, pastinya ramai orang-orang Melayu Sri Lanka yang akan turut serta terutama sewaktu kitorang kat Kurunegala. Pak Cik Jamalon banyak membantu dan membuka mata kami tentang bagaimana orang Melayu Sri Lanka hidup dekat sana. Pada pandangan mata kasar mungkin aku akan katakan mereka ni ok je sebenarnya. Tapi pada hakikatnya mereka ni mengalami suatu isu yang agak kritikal terutama sekali apabila usaha untuk memperjuangkan survival orang Melayu kat sana hanya didokong oleh beberapa pihak sahaja yang pastinya kurang mendapat publisiti di kalangan orang Melayu Sri Lanka itu sendiri. Seolah-olah mereka mahukan title Melayu dalam diri mereka itu dibuang. Anak-anak muda jarang sekali kelihatan bila kitorang buat program di rumah-rumah orang Melayu kat sana. Ke mana mereka pergi menjadi persoalan. Bercakap mengenai amalan agama pula, banyak perkara yang perlu disentuh. Untuk diperbincangkan dalam blog aku ni mungkin tidak sesuai. Mungkin aku boleh katakan bahawa amalan agama mereka tidak berada pada tahap yang baik. Amalan khurafat, mengharapkan karamah wali dan sebagainya masih lagi diamalkan. Pengajaran al-Quran di Madrasah pun mengalami masalah dari segi tajwid dan hukum-hukum dalam al-Quran sendiri. Kalau dikenang, terasa besar tanggungjawab aku dan kengkawan yang lain untuk menyumbang terus bakti kami di sana. Tekad kami untuk kembali semula ke Sri Lanka bagi meneruskan misi untuk menyelamatkan Melayu Islam di sana. Kalau ada yang di luar sana berminat untuk menyertai misi kitorang ni, boleh la maklumkan kepada kami ye.

Untuk laporan keseluruhan mengenai misi aku kat Sri Lanka ni, aku kira aku akan publishkan kemudian bila laporan penuh kami siap nanti. Buat masa ni, masing-masing tengah sangat sibuk dengan komitmen yang lain. Namun begitu kami masih lagi membuat perjumapaan dua minggu sekali bagi menyelesaikan segala tugasan yang telah kami senaraikan. Insya-allah, doakan kumpulan sukarelawan ke Sri Lanka ini akan terus komited dalam menjalankan da’wah di bumi asing. Semoga dengan doa kalian semua, kami akan terus bergerak dan dapat menyumbang bakti kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Insya-Allah.

Korang boleh gak tengok blog GPTD Sri Lanka untuk laporan perjalanan kami di Sri Lanka yang lepas. Semoga mendapat manfaat bersama.
http://www.gptd-srilanka.blogspot.com/

2. Bercuti dengan Family kat Sarawak

Seminggu lepas balik dari Sri Lanka, aku ngan family aku pergi bercuti kat Sarawak. Sebenarnya kitorang dapat jemputan majlis kahwin kawan kakak aku, merangkap kawan kepada mama ngan abah aku gak. So, dah alang-alang tu, kitorang pergila becuti sekali. Dah lama sebenarnya tak balik Sarawak ni. Dulu kitorang pernah dok kat Sarawak sepuluh tahun. Aku sendiri membesar di Sarawak. Darjah empat baru balik pindah KL balik. Tambahan lagi kitorang satu family dah lama tak pergi bercuti sama-sama. Kalau dulu, selalu jek kitorang gi jenjalan. Tapi skang bila memasing dah besar, and dah ada yang kahwin, dah makin kurang dah masa kitorang dok sesama. Dan aku rasakan waktu ni la waktu yang terbaik untuk kitorang rapatkan balik hubungan family. Ye la, kekadang tu, memasing busy ngan life memasing. Keje la, aku ngan program lagi. So, peluang yang ada ni kami gunakan sebaik mungkin. Kak ngah aku ngan family dia jek yang tak dapat ikut kitorang gi Sarawak. Takpela, maybe lain kali kot.

Dekat Sarawak ni, selain dari kitorang hadir majlis kahwin kawan kakak aku, kitorang ada gak pergi jenjalan kat sana. Jalan Sarawak ni tak banyak pun yang berubah. Aku siap boleh ingat lagi jalan nak pergi sekolah lama aku. Sebab aku yang jadi driver kat sana. Huhu. So, tak jadi banyak masalah sangat la dari segi jalan ni. Kalo sesat pun, senang dapat jalan pulang balik. Huhu. Rindu gile kat Sarawak. Tapi time tu kecik-kecik lagi. Tak ada apa sangat kenangan yang menarik. Huhu. Kengkawan pun dah lost contact dah. Ape pun, kitorang enjoy vacation kitorang kat sana. Aku attachkan gambar kitorang kat sana nanti…

3. Balik dari Sarawak dah mula busy dengan persiapan untuk masuk semester baru. Serius time seminggu dua minggu nak masuk sem baru sangat busy kot. Dahla time tu bilik tak siap lagi, sebab ganti perabot baru. Balik UIA awal gak. Pastu Dr. Fuzi bagi kunci rumah banglow dia kat atas bukit sebelah Zubair. Aku ngan geng-geng MRC ape lagi, lepak ar kat rumah yang besar itu. Giler best! Ahaha. Cayalah Dr. Fuzi, memang sporting giler ngan dak2 MRC ni. Memang patut pun kitorang yang MRC ni buat yang terbaik untuk mahallah dia. InsyaAllah. Awal semester sebenarnya sangat busy dengan pelbagai program. Ditambah lagi emosi kurang stabil, memang agak berat untuk meletakkan komitmen atas beberapa perkara. Maaf kepada semua yang mengharapkan aku akan beri komitmen, tapi akhirnya aku tak muncul-muncul. Perkara ni aku dah jelaskan pada semua yang terlibat and aku harap semua faham. Kalaulah mereka tahu apa yang aku hadapi sekarang ini merupakan satu ujian yang amat berat untuk aku. Acapkali sebenarnya aku diuji dengan perkara hitam yang terkadang menjengah kehidupan aku. Sungguh aku belum begitu kuat untuk melawan segala-galanya. Doakan sahaja aku akan terus tabah dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran ni. Huhu..Tetiba terfeeling syahdu lak…adoiyai!


*nantikan episod kembali menerjah dunia blogging (2).

- Kehadiran orang yang tak disangka

- Semester baru bermula

- Induction Course IMYC
- Laptop baru?

- My Evolution Camp

- Demo for Palestine

- Others related stories...


nota kaki:


Doaku agar Allah permudahkan jalan kehidupan ku, berkati setiap waktu dan rezekiku agar aku dapat terus berbakti pada jalan-Nya. Walaupun aku tahu kehidupan takkan selalunya indah, bahkan Allah akan terus memberikan ujian. Semoga aku terus tabah dan cekal.


Untukmu Palestin, aku di sini merasai keperitanmu, namun apalah dayaku... Hanya doa yang mampu aku kirimkan agar kalian di sana terus tabah.....


Saturday, December 27, 2008

Mohon kemaafan...

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih kepada semua pengunjung blog aku ni. For the meantime I couldn't update my blog for some reasons. The most ultimate reason is that I am being busy with lots of stuff! Seriously, can't focus. My life is teribly miserable! Ahaha... what a life.

anyhow, I will be updating my blog as I have arrange everything accordingly. Especially bout my studies, programmes and societies. Its hard though! Need to have proper planning for this semester. Please pray that I can get trough all these with success.

Thank you all.

*banyak benda yang berlaku dengan life aku lately. tak sempat nak kongsikan bersama. mohon maaf atas ketidak konstentasinya blog ini. Semoga Allah memberikan ruang waktu dan rezeki yang berkat agar aku dapat menyelesaikan segalanya dengan baik dan sempurna.


Sunday, December 7, 2008

Masih belum berkesempatan....

Assalamualaikum semua...

Mungkin ada yang menantikan cerita dari aku tentang pengalaman menjalankan misi kesukarelaan ke Sri Lanka yang lepas. Buat masa ni, aku masih lagi belum berkesempatan untuk menulis mengenai pengalaman itu. Tunggukan kemunculannya nanti ye. Harap boleh bersabar. Huhu.

Esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji. Hari kebesaran untuk umat Islam. Bayangkan berapa juta umat manusia skang berada di tanah haram untuk mengerjakan rukun Islam yang ke lima. Entah bila giliran aku kan tiba untuk menjadi tetamu Allah di sana.

Dan seperti biasa, bila nak raya haji ni, semua akan bercerita mengenai pengorbanan. Banyak orang mentafsirkan pengorbanan dalam pelbagai bentuk. Pengorbanan harta, masa dan sebagainya. Dan bagi aku, pengorbanan merupakan satu perkara yang sukar dilakukan bagi mereka yang tak punya perasaan belas kasihan. Maksud aku, mereka yang tidak meletakkan prinsip sayang menyayangi kerana Allah akan sukar melakukan pengorbanan yang berlandaskan syariat Islam itu sendiri. Mungkin ramai yang merasakan diri mereka dah banyak berkorban untuk seseorang, dah banyak menghabiskan waktu dan wang ringgit untuk melakukan itu dan ini. Tetapi atas sandaran apakah pengorbanan itu. Adakah untuk mendapatkan cinta dan nama? Lantas, apakah pengorbanan yang sebegini diambil oleh Allah sebagai amal ibadat kita? Wallahua'lam.

Bagi aku, dalam sedar tak sedar, banyak juga sebenarnya benda yang terlepas pandang bila berbicara soal pengorbanan ini. Kita terkadang merasakan yang kita sahajalah yang buat itu dan ini. Orang lain hanya duduk bergoyang kaki. Kita merasakan hanya kita sahaja yang layak untuk buat kerja tersebut, hakikatnya kita tak pernah mengajak orang untuk turut serta bersama kita. Kita mengharapkan orang lain akan memandang segala pengorbanan kita dalam memastikan sesuatu perkara itu berjalan lancar, tetapi bila manusia tidak memandang dan memuji segalanya, kita bersungut pula. Menuduh orang lain tidak meghargai pengorbanan kita. Persoalan aku adalah, perlukah dalam setiap pengorbanan itu dituruti dengan sebuah penghargaan yang menggunung tinggi? Dan perlukah kita bersungut apabila tiada seorang pun yang memandang setiap perkara yang kita lakukan? Di mana kita meletakkan prinsip melakukan sesuatu itu ikhlas kerana Allah taa'la dan lupakah kita bahawa Allah itu Maha Melihat setiap perkara yang dilakukan oleh Hamba-Nya? Hurm..sesuatu yang perlu difikirkan oleh kita semua....

Semoga kita dapat menyucikan kembali niat kita dalam melakukan sesuatu perkara yang memerlukan pengorbanan. Tidak kiralah pengorbanan yang kita lakukan itu sebesar mana sekalipun. Walau tiada insan yang memberikan ganjaran, yakinlah ganjaran yang menanti di alam 'sana' itu lebih besar dan tinggi nilainya.


Masih banyak lagi perkara dan kerja yang perlu dilaksanakan yang pastinya menuntut pengorbanan yang bukan calang-calang. Aku juga masih belum berkesempatan untuk merealisasikan semuanya. Aku mahu melihat muda mudi kini sekurang-kurangnya tahu akan kepentingan menjaga akidah mereka. Namun kudratku terbatas. Sedang aku juga perlu memperbaiki diri yang serba kekurangan. Semoga Allah menetapkan hatiku dan semua hati pejuang Islam untuk terus berjihad menjadikan Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi melainkannya!


Salam Aidil-Adha buat semua!

Wednesday, December 3, 2008

Aku benci!

Aku benci apabila terpaksa untuk melukai hati orang lain,
Aku benci melihatkan orang lain merasa terluka kerana aku,
Aku benci tatkala aku tak mampu untuk memenuhi hajat orang lain,
Aku benci bila melihat sahabat aku terkapai-kapai meminta pertolongan, tetapi aku tak mampu untuk membantu,
Aku benci kerana aku hanya mampu melihat kesukaran hidup orang lain dan aku tidak dapat membantu mereka secukupnya,
Aku benci melihat segala kemungkaran yang berlaku di hadapan mataku dan aku hanya mampu memandang,
Aku benci pabila terkadang aku turut sama terlibat dengan segala kemungkaran yang membinasakan,
Aku benci orang meletakkan diriku sebagai seorang yang sempurna segalanya,
Aku benci kerana aku tak mampu memberitahu dunia bahawa aku inginkan segala isi buminya bahagia dan tenang....
Aku benci bukan kerana aku insan yang tidak bersyukur,
Keyakinanku, "Seandainya kamu bersyukur, akan Kami tambahkan nikmat kepada kamu, Andai kamu Kufur, nescaya azab Allah sangatlah pedih!"


Hakikatnya,
Aku bukan insan sempurna,
Aku banyak kelemahan,
Maafkan aku atas segala kekurangan itu,
Aku tak mampu untuk tewaskan nafsu menggila,
Aku tak mampu menjaga hati dan perasaan orang lain,
Aku tak mampu memenuhi setiap hajat kerana kudratku terbatas,
Apa yang aku mampu, mengharapkan kasih sayang dan rahmat Allah dalam setiap inci pergerakan ku,
MurkaNya merupakan bala buat aku,
Sedang aku sedar aku tak mampu menahan seksaan api nerakaNya kelak,
aku tak mampu,
sungguh,
aku malu untuk menghadapNya nanti,
Banyaknya dosaku pada manusia,
Pada Allah apatah lagi...
Oh tuhan, apakah masih punya ruang untuk aku kembali dalam pelukan kasih sayang Mu,
Sedang aku semakin jauh mengejar alpa dunia,
Aku buntu mencari jalan keluar pada semua ini,
Bantu aku wahai Tuhan...


Maafkanku sahabat andai aku gagal dalam menjaga persahabatan kita,
Aku bukan sahabat yang baik, sahabat yang apabila dilihat wajahnya maka akan teringatlah akan Tuhan,
Jauh sekali aku untuk dibandingkan seperti itu.....
Semoga, hari-hari mendatang lebih memberikan ruang cahaya kehidupan yang lebih ceria,
Aku mahu mereka yang berada di sekelilingku bahagia, sering tersenyum dan tertawa,
Terpancar nur keimanan dalam setiap tutur bicara,
Semoga hari esok menjelma dengan sempurna,
Oh tuhan, ampunkanlah dosa diriku dan semua umat Islam....

Sunday, November 16, 2008

Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka

Assalamualaikum semua!

Aku kini sedang berada di Sri Lanka. Menjalankan Misi Kesukarelaan di sini. Sebarang update boleh tengok dekat link kat bawah ni. Tunggu aku update aku punya blog sendiri bila ada masa nanti ye! Doakan kami semua berada dalam kesihatan yang baik dan terus bersemangat untuk meneruskan misi ini. InsyaAllah!

click link Grup GPTD Sri Lanka:

Wednesday, November 12, 2008

Latest Progress on Sri Lanka Voluntary Mission

First of all we would like to thank all the contributors and those who donated for our Voluntary Mission to Sri Lanka. As for now, we are able to get sufficient fund for the ticket. But for our pocket money, it is still in progress. Hope we are able to have enough pocket money in case of emergency. May Allah preserve us from any problem which may distract our mission there.

Currently, our flight is delayed to the 15th of November due to some technical problem. That is the finalized date and we really hope that there would not be any more delay. We are also indebted to our new Sri Lankan Malay frens, Ameen (MMU) and Ayeshah (Sunway College) for helping us getting much cheaper ticket rate wich saved us RM500 per ticket.


Earlier before, we had made some discussion regarding our mission. Currently, they are here for their studies. Ameen is taking Master in Knowledge Management, while his sister is studying at the Sunway college, taking ACCA (Certified Accountant Course). We had a very great discussion with them and they shared a lot of information regarding the Malay community in Sri Lanka. We know briefly the demography in terms of social, economics, and politics. So far, we know that we have a big responsibility to bring the Malay community in Sri Lanka back to the original teaching of Islam and to the culture of Malay itself. The Malay culture and Islam itself has been blended with the cultures and religions in Sri Lanka.

Besides, we also had a language class with bro Ahmad, a Sri Lankan student who is currently studying in IIUM. We are very thankful to him for being such a helpful person especially when it comes to the basic knowledge about Sri Lanka. Ahmed shared his experience of living as a Sri Lankan Malay and gave a lot of information about his country. And he tought us the Sinhala language. Thus, we know how to greet people of Sri Lanka when we meet them, we know how to count in sinhalese language, and lots of new things. Credit to Ahmed! We will see you in Colombo soon!

The discussion with those Sri Lankan people is mainly on the issues on how we can help or contribute to the Malay society. We would like to leave something useful that can be practiced by the communities once we leave Sri Lanka. Our mission is to grab lots of information about the Malay community in Sri Lanka and find the best way to help them. Especially in the development of their youth. In the future, we would like to bring potential Sri Lankan Malay youths to Malaysia to be trained by ABIM to be a qualified da'ie. These youths will have proper training to develop the practices of Islam among Malay society and preserve the custom of our decent Malay life in Sri Lanka.

This is not a short-term or 'touch-n-go' type of program. This mission has a really big goal in achieving the development of the youth and strengthening the Muslim. So, we would like to have your support, physically and spiritually.

We have two more days to countdown. This Friday we will be having an Induction course with the chairman of Grup Pengkaji Tamadun Dunia, Bro. Jufitri Joha. We pray for Allah's guidance throughout this mission. May Allah bless us and all of the Muslims around the world. Insya-Allah!

Till we meet again. We will be updating our blog regularly. Keep on track with us ok!

Assalamualaikum!

Tuesday, November 11, 2008

Ada Apa dengan Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka?

Sepertimana yang dijanjikan, kali ni, aku nak bincangkan mengenai kerelevanan misi ke Sri Lanka ni. Maaf kerana agak lambat. Cumanya ape yang nak aku katakan untuk posting kali ni adelah dari ape yang aku faham dan aku mengerti mengenai misi dan objektif pemergian aku ke sana. Maksudnya, ini berdasarkan pwnilaian dan pemahaman aku mengenai misi ini secara personal:

1) Melayu Sri Lanka vs Melayu di Malaysia.

Ada yang mempertikaikan pemergian kami ke Sri Lanka untuk membantu Melayu di sana agak tidak relevan sebab Melayu di Malaysia sendiri masih banyak memerlukan bantuan. Kenapa seolah-olah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan? Ok, mari kita lihat dari sudut perbezaan antara kita di Malaysia dan mereka di Sri Lanka

a) Melayu Islam di Malaysia adalah 60 peratus dari penduduk Malaysia di mana boleh dikatakan sebagai golongan majoroti di sini. Sedangkan Melayu Islam di Sri Lanka hanyalah berjumlah 50,000 orang sahaja dan merupakan kumpulan kecil yang sangat minoriti bilangannya jika dibandingkan denga jumlah penduduknya sendiri.

b) Apabila dikatakan sebagai golongan minoriti ini, sudah pasti kelengkapan dan pelbagai perkara asas mengenai kehidupan merupakan antara perkara sukar yang dihadapi oleh masyarakat Melayu disana. Mereka kurang dari pelbagai segi kerana mereka tak ada ‘sense of power’ dalam masyarakat. Mereka tidak ada kuasa dalam pentadbiran Sri Lanka, malah suara mereka dalam menegakkan hak mereka umpama ditiup angin sepoi-sepoi sahaja. Tak siapa yang akan endah. Sedangkan di Malaysia, perkara asas mengenai kehidupan bukanlah masalah yang kritikal. Melayu Malaysia diberikan pelbagai keistimewaan dari kerajaan sehinggakn mereka tidak nampak dan masih lagi meminta-minta. Sekurang-kurangnya, masih lagi ada ruang untuk suara Melayu di Malaysia untuk didengari di peringkat pentadbiran.

c) Kami ke sana dengan membawa harapan agar kami dapat memberikan nafas dan ruang baru kepada mereka agar mereka dapat terus membangun. Fokus kami adalah belia-belia muda di sana. Kami mahu melihat belia di sana membangun dan menjadi antara yang terbaik sehinggakan mereka mampu untuk menjadi sebahagian dari orang yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu di sana secara khasnya dan masyarkat Sri Lanka secara amnya.

2) Misi kesukarelaan vs Melancong @ berjalan-jalan

Tujuan kami ke sana tidak lain dan tidak bukan untuk menjadi agen dalam penyebaran risalah Allah SWT. Kami ingin berdakwah kepada masyarakat di sana. Layakkah kami? Itu persoalan yang lain. Jika kami tidak ke sana, siapa lagi? Kami tidak punya perancangan untuk berjalan-jalan di sana. Jadual kami di sana nanti diuruskan oleh pihak sana di mana kebanyakan aktiviti kami kelak adalah perbincangan dengan pelbagai organisasi masyarakat dan komuniti Melayu di sana di samping membuat kajian mengenai keadaan masyarakat melayu di sana. Kami juga akan tinggal bersama dengan masyarakat Melayu di sana untuk merasai bagaimana menjadi masyarakat Melayu di Sri Lanka di samping membuat kajian. Kajian yang diperolehi nanti akan dibawa pulang ke Malaysia untuk diperbincangkan dan diperhalusi yang akhirnya nanti akan membawa kepada satu keputusan mengenai pelbagai cara yang boleh kami bantu bagi membangunkan masyarakat Melayu di sana.

3) Kenapa 19 hari? Kenapa tak sebulan ke dua bulan ke….

Ok, kumpulan kami adalah kumpulan yang kedua ke sana. Masih banyak perkara yang perlu diteliti termasuklah membuat beberapa kajian mengenai penduduk Melayu di sana. Justeru, perbincangan bersama dengan pihak sana amatlah penting buat kami di samping memberikan gambaran sebenar keadaan mereka di sana. Dan jangka masa 19 hari, mungkin memadai untuk kami mendapatkan seberapa banyak maklumat untuk memberikan kami sedikit idea untuk diperkembangkan dan dijadikan sebagai batu loncatan untuk misi yang seterusnya. Sekurang-kurangnya bila dah ada idea kasar mengenai keadaan di sana, kami dah boleh membuat perancangan yang lebih baik berbanding kali ini. Insya-Allah, segala hasil yang diperolehi dari sana akan dibukukan dan dijadikan panduan untuk misi yang akan datang. Matlamat akhir kami adalah memastikan Melayu di sana terus hidup subur dengan amalan Islam yang mantap, dan mewujudkan satu pusat latihan belia Islam. Mungkin terlalu ambitious, tetapi itulah yang akan diusahakan oleh Grup Pengkaji Tamadun Dunia! Nothing impossible.

4) Misi Rahmatan Lil A’lamiin

Dan ini adalah perkara yang paling utama dalam misi kami ini. Semua yang membaca mungkin telah faham akan maksud rahamatan lil a’lamin. Perkara ini telah di sebut dalam Al-Quran yang mana Allah berfirman antara lain maksudnya “tidak Allah mengutuskan Rasulullah itu melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam”. Dan ini menjadi pendorong kepada GPTD untuk bergerak seiring dengan tujuan diutuskan Rasulullah kepada umat manusia. Pastinya semua tahu bagaimana Islam mampu untuk menguasai sepertiga dunia. Keberkesanan risalah dakwah yang dibawa Rasulullah, memberikan impak yang baik sehinggakan mereka yang hadir dalam khutbah terakhir baginda, hanya 10 peratus sahaja menghabiskan hayat mereka di Madinah. Sementara sahabat lainnya, bertebaran ke seluruh pelosok dunia bagi menyampaikan seruan Islam. Lantas ungkapan ‘Sampaikan dariku walaupun satu ayat’ menjadi pendorong semangat kepada kami untuk menjalankan misi ini. Atas dasar memahami bahawa Islam wujud untuk membawa rahmat dan keamanan ke seluruh pelosok dunia, lantas mengapa kita hanya fokus di dalam negara sahaja, adakah kerana kita merasakan selesa berada dalam negara yang mengamalkan Islam, atau kita belum lagi bersedia untuk memegang amanah sebagai khalifah Allah dan penyambung risalah Rasulullah?

Tidak bersifat compleasant dengan situasi yang ada di Malaysia, grup Sri Lanka ini menyahut cabaran untuk berada di bumi asing bagi merasai pengalaman mengamalkan dan menyebarkan Islam di negara orang di samping mencari alternatif untuk membangunkan umat melayu yang kian terhakis budaya kemelayuannya. Takkan Melayu Hilang di Dunia. Pastinya kita akan berbangga andai umat Melayu yang bertebaran di seluruh dunia ini, mampu menjadi umat yang kuat. Seterusnya menjadi agen kepada penyatuan ummat yang lainnya.

Doakan segalanya akan berjalan dengan sempurna. Niat kami hanya ingin menyampaikan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah kepada umatnya. Kerana baginda bersabda bahawa umatnya tidak akan sesat untuk selamanya jika mereka berpegang kepada dua perkara, Al-Quran dan juga sunnah Rasulullah. Semoga misi kesukarelaan ke Sri Lanka ini mampu mencapai objektifnya. InsyaAllah.

*penjelasan mengenai kerelevanan misi ini mungkin ada percanggahan. Dan ingin ditegaskan sekali lagi, penjelasan ini adalah datang dari diri aku, dalam memahami matlamat sebenar misi ini. Semoga Allah perbetulkan niatku agar tidak tersimpang. Biarlah pemergianku ke sana menjadi satu titik permulaan untuk aku meletakkan diri aku sebagai seorang Hamba yang memegang amanah sebagai khalifah di muka bumi Allah. Walau untuk jangka masa yang singkat, sungguh, aku merasakan betapa kerdilnya diri aku yang banyak dosa ini untuk menggalas tanggungjawab yang bukan calang-calang. Macam nak pergi Haji plak rasa. Huhu..