Followers

Saturday, January 15, 2011

Tentang Kehidupan

Assalamualaikum! Salam bahagia ye semua.

Alhamdulillah, tiada siapa lagi yang selayaknya aku panjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang aku perolehi ini melainkan pada tuhan Rabbul Jalil, Allah SWT. Dia tuhan yang ciptakan aku, kamu, mereka dan kesemuanya. Oksigen tanpa berbayar ini, DIA lah penciptaNya, tubuh badan pinjaman ini, DIA yang menjadikan, kacak atau comotnye aku dan kamu, terimalah seadanya. Akhirnya kan kembali pada tanah jua. Begitulah kehidupan, menerima apa jua seadanya. Menjadikan diri serba sederhana dalam setiap perkara. Bukankah seorang Mukmin itu perlu menjadi seorang yang 'wasotiyyah'? Tidak ekstrem!

Kehidupan pastinya akan berubah seiring gerakan masa.

Jika dulu,
aku seorang yang masih bertatih,
kemudian sudah pandai berdiri dan berlari,
kemudian pelbagai pengalaman zaman persekolahan yang mematangkan diri menghadapi kehidupan,
terus kepada pengajian di peringkat tinggi dan
seterusnya melangkah dengan penuh yakin ke alam pekerjaan.

Selepas itu?......

Ianya akan terus berjalan dan berjalan sehingga akhirnya nanti kita disatukan dengan bumi. Namun barang diingat, ada di antara kita yang perjalanannya hanya singkat sahaja. Dalam keghairahan menikmati habuan dunia mungkin pada saat itu jua, Allah tarik segalanya. Allahu Allah. Bagaimana persiapan kita sebagai hambaNya? Apa pernah kita terfikirkan? Buat aku, kamu dan dia, tafakur sejenak. Selami rasa itu.

Ada manusia dalam kehidupannya, selesa bermain dengan keadaan sekelilingnya sahaja, tidak dihirau apa jua perkara lain,

Ada manusia yang kehidupannya ditumpahkan pada mencari habuan dunia, tidak diimbangkan dengan mencari habuan akhirat.

Ada manusia yang tiada langsung dalam pemikirannya utk menjadi insan yang sempurna dan menyempurnakan manusia lainnya. Malah ramai pula manusia yang bobrok yang terus membobrokkan manusia lainnya. Mohon terhindar.

Manusia jenis apakah kita ini? aku dan kamu, mari tafakkur..

Tentang cinta? Ah, ramai mungkin ada falsafah cintanya tersendiri.

Bagi aku, biarlah ianya datang secara azali. Tidak perlu dicari. Pastikan ia dtg.

Seperti kasihnya seorang hamba kepada Allah,
kasihnya pengikut kepada Rasulullah,
kasihnya seorang ibu kepada anak-anaknya,
kasihnya seorang sahabat kepada temannya.

Semua itu tak perlu dicarikan. Ianya kan datang. Kasih itu akan sampai jua. Yakin pada aturan kehidupan yang Allah dah tetapkan. Yakinkan sahaja! Allah sudah aturkan segala.

Kehidupan ini pastikan lebih mudah jika manusia itu tahu akan takdir penghidupannya. Tetapi kenapa Allah sorokkan takdir itu, kenapa Allah hijabkan ia?

Dan saat itu, tersampailah makna sebuah khauf dan raja'. Takut dan berharap. Rujuk di sini. : http://3p4h.blogspot.com/2011/01/yakin-dan-berharap.html

Aku, kamu dan mereka kesemuanya, ini sebuah kehidupan yang padanya menjadi tempat bercucuk tanam yang hasil tuainnya hanya akan diperolehi di akhirat kelak. Percaya atau tidak?

PERCAYALAH, IMANILAH!

Ini rukun IMAN yang perlu diyakini bukan sahaja seorang ISLAM, tetapi buat mereka yang masih tercari-cari hidayah. Semoga mereka dipertemukan dengan HIDAYAH Allah. Ameen thumma Ameen!

Entah apa sahaja yang aku coretkan. Semoga bermanfaat. Saat masa terluang ini, baru aku terfikirkan betapa banyaknya peluang-peluang utk memperbaiki diri. Andai dibiarkan berlalu begitu sahaja, alangkah ruginya seorang yang bernama insan.

Jangan dilupa, pada setiap detik yang berlalu,

ada manusia yang semakin dekat dirinya dengan tuhan yang maha ESA,
ada manusia yang telah temui cintanya setelah mengharap pada yang ESA
ada manusia yang berjaya dalam perniagaan hasil usaha yang tiada putus asa dan raja' kepada Allah,
ada manusia yang berjaya memuhasabahkan dirinya, dan memulakan langkah utk menjadi diri yang lebih baik kehidupannya dari hari semalam,
ada manusia yang terus mencipta bahagia dengan kehidupan yang dihadkan pada syariat Allah,

Semuanya pasti dengan penghidupan yang terarahkan pada mengejar akhirat yang abadie! Itu janjiNya. "Wa man yattaqillaha yaj'allahu makhraja, wa yarzuqhu min haithu la yahtasib"

Jangan gusar dengan rezeki, sihat itu rezeki, anak-anak yang baik itu rezeki, oksigen itu rezeki, kawan-kawan yang baik dan memahami itu rezeki, pelajaran dan kerja yang baik itu rezeki.
Tidak perlu dihadkan rezeki itu pada nilai material semata-mata. Aku punya kamu yang membaca juga adalah rezeki.

Rezeki itu di mana-mana!

Tentang kehidupan, banyak yang nak diceritakan. Tapi semuanya pasti indah dan tertatur setelah disuahakan sebaik mungkin kemudian segalanya diserahkan pada DIA pencipta segala.

Allah itu maha ADIL. Percayalah.

Noktah.

Saturday, December 18, 2010

Rasa itu

Sudah lama aku biarkan hati ini dari memiliki rasa sayang,
Dah lama aku abaikan dan tidak aku endahkan keinginan utk menyayangi,
Aku takut...

Saat ini, aku tahu, aku perlu utk menyayangi,
aku perlu seseorang utk menyayangi aku...

sudah lama aku tak punya sahabat, yang boleh berkongsi segala....
bukan tidak ada yang menghulur tawaran, tapi entah kenapa aku lebih suka biarkan ia sebagai tawaran tanpa berbalas...

hakikatnya, aku bukan tak mahu menerima,
cuma aku takut utk menyayangi
atau mungkin aku takut utk menghadapi kehilangan utk kesekian kalinya

maafkanku buat mereka yang aku abaikan
yang aku tidak ambil berat pada setiap jerih sakit dan kepayahan
jauh di sudut hati aku, aku sayang kalian
mahu kalian duduk hampir berkongsi rasa denganku

andai waktu-waktu dahulu boleh kembali...

:'(

Saturday, December 4, 2010

Taklimat Baca@LRT 2010 terakhir dan paling spontan!

Assalamualaikum. :-)

Khusus kepada mereka yang pertama kali akan turun ke Baca@LRT. Taklimat ini adalah penting.

Mohon izin hebahan ke emel, blog dan Facebook

Bayangkan pada hari Ahad ini, kejutan kepada rakyat Malaysia yang menggunakan LRT. Mereka tidak tahu Baca@LRT akan berlaku di dalam gerabak dan mereka akan terkejut melihat sekeliling orang sedang membaca!

Satu kesan psikologi yang mendalam!

Baca@LRT 'Massa'
Jam 10 pagi dan 2.00 petang (pilih salah satu masa)
Bermula Terminal Putra Gombak
Berakhir Terminal Taman Jaya (berdekatan Amcorp Mall)

Semua orang spontan , melakukan hal masing-masing. Tidak ada ucapan, perhimpunan dan acara 'memotong reben'. Sangat natural!

------

Assalamualaikum wbt


Pada Ahad 5 Disember 2010, Baca@LRT bertemakan Massa yang terakhir edisi 2010 akan diadakan.

------

Apakah itu Baca@LRT?

Ia adalah aktiviti spontan membaca di dalam LRT bermula dari Terminal Putra Gombak sehingga LRT Taman Jaya.

Para penyokong akan membawa buku kegemaran masing-masing dan membaca sepanjang perjalanan.

Mereka yang tidak menahu akan program ini akan dikelilingi pembaca buku pada hari itu.

Nota: Mohon sharekan link event in di FB dan blog. Terima kasih :)

-------

Tentatif

Ia akan diadakan pada dua masa iaitu pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang. Pilih masa yang bersesuaian antara kedua-dua masa ini.

Baca@LRT tiada sebarang perhimpunan rasmi, ucapan atau apa-apa berbentuk majlis.

Ia spontan tidak ada apa-apa berlaku. Penyokong hanya dikenali melalui buku yang dibawanya. Malah ada yang tidak kenal satu sama lain.

Pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang, kita akan beramai-ramai menaiki LRT. Keadaan akan menjadi pelik di kalangan mereka yang tidak tahu Baca@LRT ini sedang berlangsung.

Tiba di Taman Jaya, para peserta bersurai ke Amcorp Mall.

Jika LRT pertama penuh, naik LRT seterusnya.

----

Apa yang ada di Amcorp Mall?

Pada hari itu akan ada jualan buku baru dan terpakai serta terdapat beberapa kedai buku termasuk kedai buku BookXcess di tingkat empat yang menjual buku baru pada harga amat rendah.

----

Apakah kesan program ini?

Ia menggalakan budaya gila-gila membaca di tempat awam.

----


Laporan Baca@LRT sebelum ini dapat diikuti di sini

(1) Membuat kejutan dan telah berjaya membawa perubahan budaya membaca seperti ini Buktinya klik di sini http://on.fb.me/gEobkF


(2) Menunjukkan bahawa rakyat dengan tindakan kecil dapat membawa perubahan dalam amalan membaca klik di sini http://on.fb.me/fClOIC



(3) Mendorong gerakan rakyat Malaysia di negara lain percaya ada perubahan budaya membaca berlaku di Malaysia kerana Tuan dan Cik Puan. Buktinya klik di sini http://on.fb.me/eh7lrO


(4) Kejutan bacaan spontan akan memberi kesan psikologi mendalam kepada mereka yang tidak menahu program ini berlangsung. Ia akan mendorong mereka membawa bahan bacaan pada masa akan datang. Insya Allah.

(5) Mereka yang pernah membaca tetapi berhenti membaca di tempat awam akan mendapat keyakinan kerana Baca@LRT

(6) Pendidikan awal kepada kanak-kanak dan remaja bahawa membaca di tempat awam itu cool!

Pengesahan kehadiran klik di sini http://bit.ly/bacalrt5disember

*aku sokong sangat gerakan indie yang macam ni. Sangat positif dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat. Dan secara peribadinya, aku pernah sertai gerakan pertama sekali untuk baca@lrt ni. InsyaAllah akan turut serta juga untuk esok!! Jom kawan-kawan!


Wednesday, November 17, 2010

Setahun yang lalu

Setahun yang lalu,
Ye, seperti hari ini..
Di waktu pagi...

Masih aku ingat, waktu tu, aku tak tidur malam sebab temankan kawan aku belajar..
Sedang aku dah selesai dengan peperiksaan akhir semester...

Pagi itu, saat aku mahu lelapkan mata,
Deringan telefon menyapa telinga...

diam..

menekap telefon dekat pada telinga...

mendengar khabar

dan.....

aku tangis semahu mungkin!

Ye, setahun yang lalu, adik angkat aku Mohd Azim bin Haji Mohd Lotpi menyahut seruan illahi pada malam 16 November 2009.

Aku dapat berita pemergiannya pagi 17 November 2009. Dia pergi dalam satu nahas kemalangan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di Senaling.

Saat dan tika itu juga adalah menghampiri kepada Raya Aidil Adha, dan tika itu, ayah dan ummi azim sedang mengerjakan Haji.

Allahu Allah! Berat serasanya menerima hakikat...

Namun, yang pergi tetapkan pergi.takkan pernah berubah takdir Allah andai aku tangiskan semahu mungkin.

Doakan sahaja.

Allah sayangkan DIA, begitu juga aku sayangkan dia, walau tiada talian darah, dia adik angkat aku untuk 5 tahun yang sudah.

Pernah tidak aku ceritakan aku mimpikan dia?

:'(

7 November 2010, aku mimpikan dia. Sehari sebelum tarikh kelahiran dia ke-19. (8 November 1991). Dia umpama kanak-kanak kecil, memakai baju putih bersih berlari-larian dengan gembira bersama kawan-kawan. Dia melintasi hadapanku, aku panggil namanya dan dia berpaling sambil tersenyum. Subhanallah! Manis sekali, terpancar kegembiraan. pada wajah dia Semoga itulah kegembiraan Azim di alam kubur. Kekesalanku, aku tidak rangkul dan peluk tubuh dia saat mimpi itu. Tersedar dari mimpi, aku nangis semahu mungkin!! Sungguh, saat dan tika itu aku rindukan dia!

Seka air mata...

Semoga Azim aman di sana. Sehingga ketemu di alam syurga. InsyaAllah.

Salam Aidil Adha buat semua.

*saat pengorbanan itu terasa bila kita tidak lagi berkira-kira dengan manusia dalam menabur bakti, juga tika mana kita tidak mengharapkan balasan atas kebaikan kepada manusia. Semoga tergolong dalam kalangan mereka yang disayangi Allah.

Rujuk entri setahun yang lepas. Klik sini.

Thursday, November 4, 2010

Rashid Hussein?

Tarik nafas sedalam-dalamnya...
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Terima Kasih Allah.

Saja menggatalkan tangan menulis walaupun ada paper pukul 9 pagi nanti. Sekarang pukul 2 pagi. Kertas apa adik-adik? Kertas English for Occupational Purposes. Ye, Pandai! Hehe.

Ok, sila jawab soalan di bawah ini,

Change the active sentence below to the passive sentence:

We won the match.
_______________________

Jawapannya nanti, di akhir cerita. Hehe. Senang je kan? Saja jek bagi peluang.

Sekadar pendahuluan. Doakan aku ye agar boleh menjawab dengan tenang dan tepat esok!

************

Aku panjatkaan kesyukuran yang tak terhingga. Penantian akhirnya terjawab. Dapat panggilan pagi tadi dari Encik Hasmawi (RHB Banking Group). Aku ditawarkan untuk bekerja di bawah RHB dan perlu menjalani latihan di Bangi selama lebih kurang 2-3 minggu sebelum dihantar ke cawangan RHB (akan ditentukan kemudian).

Tiada apa yang dapat aku katakan melainkan Alhamdulillah! Allahu Akbar! Dia yang mengatur segala. Sungguh benar, Allah itu dekat walau ketika kita menjauhiNya. Allahu Allah. Malu serasanya pada tuhan yang memberikan aku segala macam nikmat. Satu dan demi satu. Semuanya menggembirakan aku. Tapi aku! Allah! Malunya!

Sujud syukur pada-Nya.

Melapor pada Mama dan Abah :-)

Mama mesej: Alhamdulillah, InshaAllah. Mama ngan Abah pun sayang Arir. Sentiasalah bertawakal pada Allah. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. (ye! aku sebak! seka air mata cepat!)

Abah pun mesej juga: Waalaikumsalam, Ok, syukur. Alhamdulillah. (ringkas, padat, tapi sampai dalam kalbuku)

Seperti biasa, pastinya ada beza antara mama dan abah. :-)

Melapor di FB. Hehe. Pastinya pengomen setia, Amir Rayyan ada pada setiap kalinya. Terima kasih atas sokongan anda! Dan pastinya, tanpa doa-doa sahabat-sahabat setia di sisi, terutama Dr. Khairiah dan mereka yang ada dalam kelas terakhir EOP pada hari temuduga hari tu, mungkin aku tak dapat tawaran. (Atas kapasiti doa mereka dimakbulkan Allah) Sungguh aku sayang kalian! Demi kerana Allah jua sayangkan kalian. :-) Oh ya! Kawan baik aku juga dapat tawaran yang sama iaitu Encik Mohamad Sulaiman bin Mohamad. Tahniah!!

Oh, kenapa dengan Rashid Hussein?? Sila google sendiri ya! Jangan malas-malas! hihi.

Ok, ini jawapan untuk ayat aktif di atas:

The match was won by us.

Ada yang betul?? Bagus! Gantikan aku untuk exam pagi ni. Hehe.

Oh ya, aku telah batalkan penyertaan ke Kemboja (walaupun tiket dah tempah atas nama aku. sedih kot!), tapi aku yakin, Allah nak berikan peluang pada insan lain. Aku pernah ceritakan tentang peluang pada posting yang lepas. Tidak mengapa, aku yakin pada perancangan Allah.

Keinginan untuk membantu mangsa banjir membuak-buak, insyaAllah akan ke Derang, Kedah 19hb November 2010. Kalau nak hulurkan bantuan, sila-sila. Jangan segan-segan ye!

Sehingga bertemu lagi. :-)

Sunday, October 31, 2010

Peluang

Senafas ini, Subhanallah!

Kita manusia bukan? Atau anda bukan manusia?
Kita bukan Malaikat mahupun Nabi...
Dosa bukan lagi berbakul-bakul, malah mungkin sudah menggunung...
Sampai bila?

Acapkali terfikirkan, apa yang kita (aku) mahukan dalam penghidupan dunia,
Menarik dunia ini kan? Tanpa ada ragu-ragu, kerna ianya ciptaan Tuhan Maha Esa
Mereka yang faham, pasti mengatakan, ini dunia semata, buat bertani untuk hasil di akhirat, alam yang kekal abadi,
Mereka yang tidak faham, atau samar-samar? bagaimana mereka melihatnya?

Kenapa masih berbeza-beza ya fahamnya manusia?
Kerna peluang kita berbeza-beza,
Hanya untuk mereka yang diizinkan Allah,
buat mereka yang mencari,
buat mereka yang mahu,
dan juga buat mereka yang didekati (didakwah),
Mereka yang punya peluang, fahamnya lain pada sesuatu perkara, yang tidak punya peluang?

Contoh, aku punya peluang untuk menuntut di universiti,
Bagaimana dengan mereka yang tidak berpeluang?
Pengalaman dan fahamnya pasti berbeza

Aku punya peluang untuk ikuti majlis ilmu? (kerana Allah izinkan, kerana aku mencari, kerana aku mahu dan mungkin juga kerana aku didakwahi atau diajak-didakwah)
Bagaimana yang tidak punya peluang? (Kerana Allah tak izinkan, kerana mereka tak mencari, mereka tak mahu dan mereka tidak didekati-didakwah?)

Pastinya, di setiap peluang yang datang itu ada kos lepasnya, dapat peluang yang satu, peluang yang lainnya terpaksa dilepaskan,
Contohnya, merebut peluang untuk menghadiri perjumpaan penting ketika ujian semester akhir akan berlangsung esok hari, kos lepasnya adalah terlepas beberapa jam untuk ulangkaji pelajaran.

Namun, di sebalik setiap peluang yang diperoleh seseorang itu, banyak lagi peluang-peluang lain yang menanti untuk diambil manusia yang lainnya.

Pokoknya, Allah izinkan.
Pokoknya, kita mencari,
Pokoknya, kita mahu!
Dan pokoknya, para pendakwah menjalankan tugasnya...

Agar peluang-peluang, dapat disamaratakan...
Semua boleh merasa...
Kerana Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana..

Wallhua'lam

Thursday, October 28, 2010

Sisa-sisa Perjalanan dan Masa Hadapan

Alhamdulillah, demi untuk setiap nafas yang ku hembus ini adalah untuk Illahi. Tuhan pencipta segala. Yang Maha ESA!

Syukur, langkah di UIA ini semakin sampai ke penghujungnya. Semester terakhir, tahun yang terakhir sebagai mahasiswa rasmi UIA. Hehe! Ini anugerah yang Allah beri kepada aku. Yang suatu masa dahulu, mana pernah terfikirkan akan berada di bumi ini, mencipta memori dan pengalaman yang menjadi guru setia pada kehidupan. Allahu Allah!

Di akhir hayat di UIA ni pastinya banyak perancangan masa depan berlegar-legar dalam kepala. Nak kerja apa lepas graduasi? Nak cuti-cuti dulu ke, atau nak kerja terus?

Aku? Alhamdulillah, demi rezeki itu ada pada tangan Allah, aku dapat pergi temuduga kerja dekat RHB Banking Group. Dah lepas fasa yang kedua. Sekarang ni sedang tunggu keputusan samada diterima sebagai pekerja ataupun tidak. Doakan ye kawan-kawan! .... (dah doa belum? dah? ameeennn...)

Memang banyak perancangan aku! Hoho. Pening juga bila belum dapat memuktamadkan hati pada sesuatu perkara. Aku suka banyak perkara, dan kalau mampu, aku ingin buat kesemuanya. Katakan apa, PPIWP, GPTD, PKPIM, Training ALIA (Accelerated Learning in Action) Wosh! Belum masuk lagi perancangan untuk buka bisnes kambing! hohoho. oh, satu lagi, buka stesen minyak! oh....dan seterusnya...

Di samping itu, banyak pula datang tawaran-tawaran menarik! Dan ada di antaranya terpaksa aku lepaskan begitu sahaja.

1) Tawaran untuk pergi ke Indonesia bersama geng GPTD Unisel dalam projek Jejak Wali Songo (1-15hb Nov 2010). Sepatutnya boleh pergi menggantikan Abang Hakim (yang sekarang berada di Gaza) bersama dengan Kak Dyll untuk meninjau-ninjau peluang perniagaan untuk GPTD. Tapi kekangan ujian akhir semester pula, membuatkan aku terpaksa lupakan sahaja! Selamat lah ye Kak dyll! Main debu gunung berapi ye! bahaya tahu! (Kak Dyll cakap, tak mengapa, tahun depan boleh cuba lagi! dush!)


2) Tawaran untuk menyertai misi Kemanusiaan ke Kemboja bersama CENSERVE UIA (21-27hb November 2010). Ini yang merungsingkan aku sebenarnya. Andai kata aku dapat tawaran kerja RHB, pastinya aku terpaksa melupakan hasrat untuk sertai mereka, kerana setahu aku, latihan RHB tersebut akan bermula pada 22hb November. Hoh! (Sedang menunggu balasan e-mel dari RHB dalam usaha untuk menangguhkan latihan-itupun kalau berjaya melepasi temuduga yang kedua hari Selasa yang lepas. Kalau tidak berjaya, maka tiada masalah untuk ke Kemboja.) Lantas aku mengimani, Wa Makaruu Wa Makarallahu, Wallahu Khairan Maakirin.


3) Tawaran yang baru sangat aku terima. Dari Abang Jufitri. Untuk memberi khidmat sosial di Pulau Kokos, Australia selama 3 bulan. Subhanallah! Sesiapapun mengimpikan peluang untuk menyumbang bakti di sana. Namun aku insafi, banyak persediaan perlu dilakukan sebelum ke sana, terutama persediaan dari sudut rohani. Pastinya pengalaman Abang Suhail yang pernah ke sana selama dua bulan akan menjadi rujukan. Andai benar aku tekad untuk ke sana. InsyaAllah. Perlu adakan perbincangan lanjut dengan Abang Jufitri. Sungguh, ini anugerah yang aku tak mahu lepaskan! Allahu Allah.


Di antara mengejar habuan dunia dan habuan akhirat? Betapa sukarnya meyakinkan hati bahawa habuan akhirat itu harus dikejar! Dalam masa yang sama menggunakan habuan dunia sebaik mungkin bagi mendapat saham akhirat.

Hurm... Jadinya? Aku dan kamu perlu fikirkan...

Sesungguhnya. Habuan dunia itu nikmat Allah, apatah lagi habuan akhirat.

"Maka nikmat tuhan kamu yang manakah telah kamu dustakan?" (Dalam Surah Ar-Rahmaan banyak kali ayat ini diulang-ulang)

Betapa banyaknya nikmat yang Allah kurnia dan anugerahkan kepada kita, tapi kita masih lagi menjadi hamba yang tidak bersyukur! Jom jadi hamba yang bersyukur. Sebutkan berkali-kali, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Dan doakan agar diri kita terus dipandu untuk menggunakan nikmat ke arah mengesakan Allah dan menyeru manusia ke arahnya walau di kondisi mana pun kita.

Aku pohonkan agar kehidupan aku, kamu dan mereka dimudahkan pada setiap langkah perjalanannya.


Doakan. Semuanya kan baik-baik sahaja ya!

Kerana Allah sayangkan kalian, aku jua sayangkan kalian. Mengerti itu? :-)