Followers

Friday, November 25, 2011

Baju Sekolah 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekadar bingkisan buat semua.

Suatu ketika dulu, semasa zaman persekolahan hendak bermula, kita sibuk meminta pakaian sekolah baru, kasut sekolah baru, beg sekolah baru. Segalanya baru! Tuntutan dipenuhi sang ayah dan ibu tanpa sedikitpun mengeluh. Bertuahnya kita! Bernasib baiknya kita! Walau mungkin tidak mewah, namun masih mampu memulakan tahun baru persekolahan dgn segalanya baru.

Tika itu tak pernah terlintaskan di fikiran, malah kita mungkin memperbanding-bandingkan kelengkapan sekolah kita dengan kawan-kawan yang lain.



"Aku punya baju lagi cantikkkk, kau punya tak cantik"

"Aku punya beg sekolah baru tau! Abah aku belikan. Kau pakai beg sekolah lama ek?"

"Eh kau ni, tak beli kasut sekolah baru ke? Tengok kasut sekolah aku. Cantik. Kasut lekat. Kau tak ada! Blueeeekkkk!"



Allahu Allah. Naifnya kita saat itu.

Betapa kita tidak tahu bahawa ibu bapa kawan kita itu tak mampu untuk bekalkan mereka dengan segala keperluan sekolah yang baru.

Malah kita tidak pernah ambil peduli pun.


Tidak pernah terfikirkan kehidupan mereka itu, kaisnya pagi makannya pagi, kaisnya petang, makannya petang.

Wujudkah lagi golongan miskin di kota Kuala Lumpur ini?

Hati membentak! Jawablah sendiri.

Anda yang membaca ini mungkin seorang guru, arkitek, jurutera, akauntan, auditor, pensyarah, doktor, pegawai kerajaan dan sebagainya. Anda pernah melalui saat dan ketika zaman persekolahan.

Bantulah golongan yang memerlukan bantuan perskolahan seadanya. RM1 anda bernilai bagi mereka. RM10? RM20? RM50?RM100? RM150? Anda tentukan sejauh mana komitmen anda bagi membantu anak bangsa.

Pasti mereka yang menerima sumbangan ikhlas kita akan menghargainya.

Semoga doa mereka tidak putus buat kita.

Semoga rezeki kita dipermudahkan.

Ameen thumma Ameen.

Mereka inginkan kePEDULIan kita.

Buktikan kita PEDULI nasib mereka.

Sampaikan sumbangan anda ke akaun
Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan:


Bank Islam : 14162010015805

atau Cek berpalang di atas nama Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan

*andai perlukan resit untuk pelepasan cukai sila maklumkan.

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi:

Syahrir : 0132226057
Syed Putra: 0133092726

Wallahua'lam

"Selembar Harapan, Sejuta Impian"

Saturday, October 29, 2011

Rindu seorang teman

Duduk berseorangan lagi
Tidakkah kau punyai teman?

Senyum sahaja
Perlahan lahan aku menuturkan
Sudah lama aku tidak punyai teman

Suatu ketika
Segalanya terasa begitu indah
Acapkali ditemani seseorang
Namun takdir pengakhirannya
Tidaklah seindah pertemuan
Sakitnya tuhan sahaja Maha Tahu

Lantas
Biarlah
Tidak pula aku mati walau tidak punya teman
Walau terkadang hati merintih

Aku mahu terus hargai
Mereka yg berada di sekelilingku
Baikkah mereka
Jahatkah mereka
Mereka tahu dan kenal aku
Walau mungkin tidak selalu bersama
Namun itu lebih baik dari setiap masa bersama

Akuilah sahaja
Aku mudah letakkan syg
Namun acapkali pula
Aku dikecewakan
Sakit itu telah lali
Sygkah kau pd aku
Bencikah kau
Aku tetap syg

Buat, dia,dia.dia dan dia dia yg seterusnya
Aku yaqen kalian pasti bahagia kini
Dulu kita pernah nangis bersama, tertawa bersama
Bekerja bersama,makan bersama,
Malah mungkin antara kalian yg lelaki pernah tidur satu bantal bersama, (kesat air mata, eratnya ikatan persahabatan tika itu)
Aku mahu kalian tahu
Walau satu ketika pernah kau buang aku
Andai pula satu ketika
Kau hilang mereka di sekelilingmu
Kau pasti tahu di mana bisa mencari aku
Di mana sahaja
InsyaAllah
Aku ada utk kau selagi hayat masih berdetik

Dan utk dia, bakal suri hidupku
Ketahuilah
Aku ini tiada punyanya apa
Malah mungkin byk tikanya
Kau memupuk sabar atas tingkahku
Bakal peneman hidupku
Aku mahu kau tahu
Aku ini milikmu
Selagi tuhan mengizinkan
Aku mahu kembali belajar
Utk terus menghargai apa yg di hadapan mataku
Aku mahu kembali belajar
Utk punyai seorg teman
Yg bakal mengenaliku
Luar dan dalam

Tuhan dtgkan dikau
Tuhan dtgkan dikau
Dlm kekacauan aku mencari diri
Syukur
Syukur

Temani aku, aku rindu utk berteman. :')




Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, July 11, 2011

Terimalah seadanya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Terima kasih buat anda,dan anda yg masih sudi membuka ruang ini.

Dalam hidup kita ini,serasanya kita banyak menerima atau memberi?

Teringat sebuah ungkapan kata dlm filem laskar pelangi "hiduplah utk memberi sebanyak banyaknya bukan utk meminta sebanyak banyaknya"

Sedar atau tidak sedar,terlalu banyak kita ini menjadi org yg menerima,dan jarang jarang sekali kita ini menjadi di kalangan mereka yang memberi.

Dan sedar atau tidak sedar, ada di antara kita ini banyak pula soalannya tentang apa yg diterima. Mempersoalkan itu dan ini. Malah merasakan setiap perkara yg diterima itu takkan pernah cukup dgn kehendak diri.

Hey! Mana perginya rasa syukur kita?

Sesungguhnya apa jua yg kita terima itu adalah pemberian dan anugerah tuhan. Dan Allah sendiri menyebutkan, sekiranya kita bersyukur maka akan ditambahkan nikmatNya kepada kita. Maka apa perlu digusarkan apabila pemberian itu tidak seperti yg dijangkakan? Apa dirunsingkan akan cacat celanya sesuatu perkara yg kita terima. Apa kita tidak redha dengan pemberian tuhan?

Yang pasti Allah tidak akan pernah kedekut dalam memberikan apa sahaja permintaan hambaNya. Allah sebutkan dlm alQuran,dan apabila hambaNya meminta,sesungguhnya Allah itu dekat. Dan Allah juga menyebutkan, berdoalah,nescaya Allah akan perkenankan. Subhanallah, Maha Pemurahnya Allah!

Menerima seadanya itu menunjukkan tanda redha kita kepada Allah, syukur kita kepadaNya.

Sihatnya kita,sakitnya kita, byk dan sedikitnya rezeki kita, cantik dan moleknya bakal peneman suri hidup kita, gembira dan sedihnya perjalanan hidup kita, pandai atau kurang pandainya kita, semuanya dlm pengetahuan dan kebijaksanan Allah. Dia tahu apa yg terbaik buat hambaNya. Sedang kita jarang sekali memberi yang terbaik, tidak malukah kita utk meminta-minta sesuatu yg sempurna?

Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, July 4, 2011

Takkan pernah menoleh lagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Senyum sket! Masam jek muka tu. Hehe.

Alhamdulillah, zikir yang selayaknya dipanjatkan buat rabbul jalil,tuhan yang menciptakan aku.kau,dia,mereka dan kesemua makhluk di dunia ini. Subhanallah! Maha suci Allah.

Bersyukur ke hadrat Allah.setelah sekian lama merancang utk menubuhkan satu syarikat pemilikan tunggal, akhirnya impian itu tercapai pada hari ini. Walaupun agak kecewa apabila nama pilihan pertama SyahNaaz Ent telah diambil org, namun SasNaaz Ent pun sudah memadai. Masih ada bunyinya. Hehe.

Sekali lagi, ini langkah pertama menuju kepada impian yang lebih besar. Yang pasti jalan jalan yang bakal dilalui pasti berliku. Lantas jalan ini memerlukan kalian utk menjadi tunggak motivasi diri. Semoga pada akhirnya akan dapat menyumbang terus kepada ummat. InsyaAllah.

Terima kasih buat semua yang ucapkan selamat di FB. Siapa pun anda, ketahuilah kalian kurniaan tuhan yang terbaik buat aku.

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah.

Pastinya,aku takkan pernah menoleh lagi. Cuma yang perlu aku pastikan pada setiap langkah biarpun terpaksa bertatih, ianya cermat dan berhati-hati.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 1, 2011

Langkah pertama

Alhamdulillah.pujian yg hanya selayaknya ditujukan buat rabbuljalil. Subhanallah. Walau siapa pun kita,semoga zikir memuji Allah ini subur dlm hidup kita. InsyaAllah. Ingatan buat aku,kamu,dia dan mereka semuanya.

Berusaha semula utk menapakkan kaki atau lebih tepatnya mengaktifkan semula diri ini dlm penulisan blog. Dengan menginsafi bahawa diri ini kerdil sahaja,namun aku yakin dan percaya, mereka yang kininya menjadi penulis yang baik juga mulanya seperti aku jua. Yang penting ialah langkah pertama.

Ya,langkah pertama.

Ramai manusia yang banyak angannya.

"aku nak jadi mcm ni lah nanti "

"aku nak buat itulah, nak buat inilah."

Banyak kan?

Tetapi berapa ramai di antara kita yang mengambil tekad yg penuh utk memulakan langkah yg pertama? Sedang langkah pertama itulah permulaan segalanya.

Jika tidak dimulakan dahulu, bagaimana hendak mendapatkan hasil? Kan? Kan? Kan?

InsyaAllah, inilah langkah pertamaku utk kembali menarikan jari jemari,melakar sesuatu yg dtg bertandang dm pemikiran. Semoga kan istiqamah. Doakan ye kawan-kawan.

Dan ya. Aku perlu khabarkan ini pada dunia, aku sedang menjalani proses utk mengurangkan lebihan berat badan. Hehe. Malulah! Haha ( kita lihat hasilnya dlm 2-3 bulan )

Semoga amanlah dunia,semoga bebahagialah penduduk dunia dilimpahi dgn kasih sayang.

Semoga ketemu lagi.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Saturday, June 25, 2011

Memulakan langkah semula.InsyaAllah. :-)

Sekadar mencuba aplikasi. Jika percubaan ini berhasil,insyaAllah akan mencuba utk kembali bersiaran secara aktif di laman blog. Hehe. Semoga selamat kesemuanya.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Saturday, January 15, 2011

Tentang Kehidupan

Assalamualaikum! Salam bahagia ye semua.

Alhamdulillah, tiada siapa lagi yang selayaknya aku panjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang aku perolehi ini melainkan pada tuhan Rabbul Jalil, Allah SWT. Dia tuhan yang ciptakan aku, kamu, mereka dan kesemuanya. Oksigen tanpa berbayar ini, DIA lah penciptaNya, tubuh badan pinjaman ini, DIA yang menjadikan, kacak atau comotnye aku dan kamu, terimalah seadanya. Akhirnya kan kembali pada tanah jua. Begitulah kehidupan, menerima apa jua seadanya. Menjadikan diri serba sederhana dalam setiap perkara. Bukankah seorang Mukmin itu perlu menjadi seorang yang 'wasotiyyah'? Tidak ekstrem!

Kehidupan pastinya akan berubah seiring gerakan masa.

Jika dulu,
aku seorang yang masih bertatih,
kemudian sudah pandai berdiri dan berlari,
kemudian pelbagai pengalaman zaman persekolahan yang mematangkan diri menghadapi kehidupan,
terus kepada pengajian di peringkat tinggi dan
seterusnya melangkah dengan penuh yakin ke alam pekerjaan.

Selepas itu?......

Ianya akan terus berjalan dan berjalan sehingga akhirnya nanti kita disatukan dengan bumi. Namun barang diingat, ada di antara kita yang perjalanannya hanya singkat sahaja. Dalam keghairahan menikmati habuan dunia mungkin pada saat itu jua, Allah tarik segalanya. Allahu Allah. Bagaimana persiapan kita sebagai hambaNya? Apa pernah kita terfikirkan? Buat aku, kamu dan dia, tafakur sejenak. Selami rasa itu.

Ada manusia dalam kehidupannya, selesa bermain dengan keadaan sekelilingnya sahaja, tidak dihirau apa jua perkara lain,

Ada manusia yang kehidupannya ditumpahkan pada mencari habuan dunia, tidak diimbangkan dengan mencari habuan akhirat.

Ada manusia yang tiada langsung dalam pemikirannya utk menjadi insan yang sempurna dan menyempurnakan manusia lainnya. Malah ramai pula manusia yang bobrok yang terus membobrokkan manusia lainnya. Mohon terhindar.

Manusia jenis apakah kita ini? aku dan kamu, mari tafakkur..

Tentang cinta? Ah, ramai mungkin ada falsafah cintanya tersendiri.

Bagi aku, biarlah ianya datang secara azali. Tidak perlu dicari. Pastikan ia dtg.

Seperti kasihnya seorang hamba kepada Allah,
kasihnya pengikut kepada Rasulullah,
kasihnya seorang ibu kepada anak-anaknya,
kasihnya seorang sahabat kepada temannya.

Semua itu tak perlu dicarikan. Ianya kan datang. Kasih itu akan sampai jua. Yakin pada aturan kehidupan yang Allah dah tetapkan. Yakinkan sahaja! Allah sudah aturkan segala.

Kehidupan ini pastikan lebih mudah jika manusia itu tahu akan takdir penghidupannya. Tetapi kenapa Allah sorokkan takdir itu, kenapa Allah hijabkan ia?

Dan saat itu, tersampailah makna sebuah khauf dan raja'. Takut dan berharap. Rujuk di sini. : http://3p4h.blogspot.com/2011/01/yakin-dan-berharap.html

Aku, kamu dan mereka kesemuanya, ini sebuah kehidupan yang padanya menjadi tempat bercucuk tanam yang hasil tuainnya hanya akan diperolehi di akhirat kelak. Percaya atau tidak?

PERCAYALAH, IMANILAH!

Ini rukun IMAN yang perlu diyakini bukan sahaja seorang ISLAM, tetapi buat mereka yang masih tercari-cari hidayah. Semoga mereka dipertemukan dengan HIDAYAH Allah. Ameen thumma Ameen!

Entah apa sahaja yang aku coretkan. Semoga bermanfaat. Saat masa terluang ini, baru aku terfikirkan betapa banyaknya peluang-peluang utk memperbaiki diri. Andai dibiarkan berlalu begitu sahaja, alangkah ruginya seorang yang bernama insan.

Jangan dilupa, pada setiap detik yang berlalu,

ada manusia yang semakin dekat dirinya dengan tuhan yang maha ESA,
ada manusia yang telah temui cintanya setelah mengharap pada yang ESA
ada manusia yang berjaya dalam perniagaan hasil usaha yang tiada putus asa dan raja' kepada Allah,
ada manusia yang berjaya memuhasabahkan dirinya, dan memulakan langkah utk menjadi diri yang lebih baik kehidupannya dari hari semalam,
ada manusia yang terus mencipta bahagia dengan kehidupan yang dihadkan pada syariat Allah,

Semuanya pasti dengan penghidupan yang terarahkan pada mengejar akhirat yang abadie! Itu janjiNya. "Wa man yattaqillaha yaj'allahu makhraja, wa yarzuqhu min haithu la yahtasib"

Jangan gusar dengan rezeki, sihat itu rezeki, anak-anak yang baik itu rezeki, oksigen itu rezeki, kawan-kawan yang baik dan memahami itu rezeki, pelajaran dan kerja yang baik itu rezeki.
Tidak perlu dihadkan rezeki itu pada nilai material semata-mata. Aku punya kamu yang membaca juga adalah rezeki.

Rezeki itu di mana-mana!

Tentang kehidupan, banyak yang nak diceritakan. Tapi semuanya pasti indah dan tertatur setelah disuahakan sebaik mungkin kemudian segalanya diserahkan pada DIA pencipta segala.

Allah itu maha ADIL. Percayalah.

Noktah.