Followers

Thursday, January 28, 2010

S.E.N.Y.U.M jom!

Assalamualaikum semuanya…

Jom sama-sama rafa’kan kesyukuran ke hadrat Allah. Siapa kita tanpa pengharapan kepada Allah kan?

Allah tak perlukan kita, tak perlukan ibadah dan amal baik kita, sebab Allah takkan pernah berharap kepada manusia atau makhluk ciptaanNya, malah, makhluk itulah yang lebih berhak untuk berharap kepada PENCIPTANYA! Tahu itu? Jangan pernah lagi berharap pada manusia. Serahkan segalanya pada Allah setelah meletakkan usaha sebagai langkah pertama. Let the rest be to Allah. The only GOD!

Alhamdulillah, syukur aku panjatkan. Dalam kepayahan menempuh kehidupan. Allah tetap berikan aku kekuatan. Namun aku tahu, pasti adakalanya Allah itu pastikan menguji manusia. Itu biasa bagi mereka yang memahami sunnatullah. Anda faham? :-)

Aku suka senyum pada d.o.n.i.a sekarang. Jangan ditanya mengapa.

Aku sayang mama, abah, Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang, Kak The, Kak Cik dan diriku sendiri.. huhu..

Aku juga sayang mereka, mereka dan mereka mereka yang hadir dalam hidupku. Ini bukan berjiwa-jiwa ye… Rasa sayang itu perlu diluahkan agar mereka TAHU, dan membuahkan PENGERTIAN.

Sibuk dan menyibuk… Itu kegemaran ku.. Telah aku janjikan pengabdian diri aku pada usaha memartabatkan Islam. Tapi aku terkadang gusar. Takut dan cuak! Kerna aku tidak sempurna. Banyak cacat celanya. Malah aku mungkin tidak nampak pun seperti pembawa obor Islam. [ah! Persetankan alasan jumud itu!]

Tetapi, sungguh, terkadang konflik jiwa menjadi penghalang dalam meneruskan perjuangan. Haish! Lantas, kita kena buat ape adik-adik, kakak-kakak, abang-abang??

YA! Kita kena K.U.A.T.

Jangan M.E.N.G.A.L.A.H! Sebab sedari sebelum alam rahim lagi kita telah menjadi P.E.M.E.N.A.N.G.

Pernah dengar cerita bagaimana kita berlumba-lumba dengan ‘benih-benih’ yang lain untuk sampai ke tempat yang dituju (dah lupa dah nama tempat yang dituju tu ape dia… huhu). Kalau kita kalah, adekah kita di dunia ini? Jom FIKIR!

Jadi, apepun yang terjadi, pandang segalanya itu pada sisi yang positif. Jangan REAKTIF pada sesuatu perkara. Tapi kita kena PROAKTIF ye! Contoh: Gagal mendapatkan bajet untuk sesuatu program, jangan rasa mengalah, fikir kenapa tak dapat bajet dan sebagainya. Sebaliknya kita kena fikirkan secara proaktif! Dengan cara fikirkan bagaimana nak mendapatkan bajet. Cara-cara lain yang mungkin boleh membantu. Ye, itulah dikatakan proaktif. Bertindak menangani sesuatu dengan tindakan yang membantu, bukan membantut! Faham itu!

Ok, aku tidak mahu menulis lagi…

Jom tengok gambar pula!

Ini gambar waktu Kempen Baca@LRT: 16 Januari 2010, yang aku kira sesuatu yang sangat baek untuk diteruskan. Layan jom!

Seterusnya, dijemput menjadi Fasilitator untuk Sekolah Menengah Agama Ulu Dong, Raub, Pahang. (24 Januari 2010) Credit to KARISMA Club of IIUM for giving me the opportunity. It was a great program! Well done.. :-)


PPIWP?... Hurm, satu lagi tanggungjawab yang aku rasa sedikit terabai. Maafkan aku. Aku sedang belajar. Belajar untuk memberikan perhatian dan fokusku kepada banyak perkara. Sebab aku bukannya seorang yang boleh fokus kepada banyak perkara. huhu. Di situ kelemahan aku. Okay! Abaikan kemerepekan aku ye! Ape hal dengan PPIWP? Untuk makluman, kami sekarang dah berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Ade tiga cawangan, Putrajaya, Cheras dan Pantai Dalam. InsyaALLAH, akan bergerak lebih aktif selepas ini. Kami pergi menghantar laporan kepada KBS, Putrajaya hari Selasa (26 Januari 2010), untuk mengelakkan pembatalan pendaftaran ROY. Jom layan gambar kitorang edit-edit laporan di KBS sebelum hantar. Siap bukak kedai printing ye! hehe.. :-)

Credit to: Abang Dat, Wafi, Fara and Lina Mursyidah :-). Paling best, Wafi belanja Sate Hj Samuri! slurrrrpppp! Naheed, jangan jelez tahu! :p

Dan terakhir sekali, aku berkesempatan temankan YB Fahmi untuk rakaman siaran langsung Suara Siswa dekat RTM. Alhamdulillah, pengalaman pertama aku terlibat dengan rakaman yang sebegitu. Lebih teruja dapat berbual mesra dengan Dr Fazley Yaakob. It was a great opportunity ever to meet such successful man like him!


Ok. Enough. :-)

Semoga semuanya kan baek-baek sahaja. Doaku buat semua!

Sunday, January 10, 2010

Aku Pohonkan yang BAEK :-)

Saat ini, apa yang termampu aku panjatkan doa agar segalanya datang dan pergi dengan baek baek sahaja. Banyak sungguh perkara dan kejadian yang berlaku. Datang dan pergi, mengundang bahagia, derita. Itukan lumrah manusia. Apepun jua seperti kata ramai orang, Hidup Perlu Diteruskan. Tidak perlu merungut pada kejadian yang Allah takdirkan buat kita. Hikmah itu PASTINYA ada. Jangan dipertikai....

2009 telah ditinggalkan dengan dengan sejuta kenangan. Biarkan sahaja ianya berlalu. Aku takkan pernah menoleh ke belakang, malah mungkin takkan pernah menyesali ape yang telah berlaku. Segalanya adalah ketentuan dari DIA. DIA yang SATU, tiada DUA atau TIGA. Yang menyalahi konsep TRINITY puak Kristian. Yang pastinya takkan pernah boleh DISAMAKAN dengan agama yang lain. Katakan Muhammad: Dialah Allah tuhan yang ESA!

Biar terkadang aku terduduk diam tanpa kata, biar terkadang aku hilang mencari diri, biar terkadang aku hanya mampu tersenyum melihat sesuatu perkara atau bisu tanpa sebarang kata, sungguh aku sedang menafsir erti kehidupan, mencari-cari makna kehidupan diri. Yang padanya pasti ada hikmah yang mematangkan diri.

Aku doakan agar 2010 ini membawa sinar yang lebih menyerlah. 2010 inilah tahunnya aku akan mula melangkah berhadapan dengan dunia realiti. InsyaAllah pada bulan 11. Saat ini, mempersiap diri, memperkukuh jatidiri agar bila tiba saat nanti, aku tidak mudah tergugah dengan lempias nafsu dunia. Sungguh aku takut, kerna aku akui, aku sedang alaminya.... Aku perlu lebih bersedia dan kuat!

Jom sama-sama kita berdoa untuk kebaikan bersama. Kebaikan umat Islam secara keseluruhannya, tidak memadai hanya di Malaysia, malah seluruh dunia. Semoga 2010 menjanjikan suatu yang lebih membahagiakan buat diriku, buat semua.

Jom REMAJA! Jadi manusia yang lebih prihatin pada isu semasa. Berpartisipasi dalam isu-isu dunia, menjadi lebih kritikal, kerna kita punya kekuatan fikiran. Jangan sia-siakan!

Semoga segalanya kan baek-baek sahaja.. Itu sahaja doaku...

Senyum sket pada DONIA! :-))