Followers

Wednesday, November 17, 2010

Setahun yang lalu

Setahun yang lalu,
Ye, seperti hari ini..
Di waktu pagi...

Masih aku ingat, waktu tu, aku tak tidur malam sebab temankan kawan aku belajar..
Sedang aku dah selesai dengan peperiksaan akhir semester...

Pagi itu, saat aku mahu lelapkan mata,
Deringan telefon menyapa telinga...

diam..

menekap telefon dekat pada telinga...

mendengar khabar

dan.....

aku tangis semahu mungkin!

Ye, setahun yang lalu, adik angkat aku Mohd Azim bin Haji Mohd Lotpi menyahut seruan illahi pada malam 16 November 2009.

Aku dapat berita pemergiannya pagi 17 November 2009. Dia pergi dalam satu nahas kemalangan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di Senaling.

Saat dan tika itu juga adalah menghampiri kepada Raya Aidil Adha, dan tika itu, ayah dan ummi azim sedang mengerjakan Haji.

Allahu Allah! Berat serasanya menerima hakikat...

Namun, yang pergi tetapkan pergi.takkan pernah berubah takdir Allah andai aku tangiskan semahu mungkin.

Doakan sahaja.

Allah sayangkan DIA, begitu juga aku sayangkan dia, walau tiada talian darah, dia adik angkat aku untuk 5 tahun yang sudah.

Pernah tidak aku ceritakan aku mimpikan dia?

:'(

7 November 2010, aku mimpikan dia. Sehari sebelum tarikh kelahiran dia ke-19. (8 November 1991). Dia umpama kanak-kanak kecil, memakai baju putih bersih berlari-larian dengan gembira bersama kawan-kawan. Dia melintasi hadapanku, aku panggil namanya dan dia berpaling sambil tersenyum. Subhanallah! Manis sekali, terpancar kegembiraan. pada wajah dia Semoga itulah kegembiraan Azim di alam kubur. Kekesalanku, aku tidak rangkul dan peluk tubuh dia saat mimpi itu. Tersedar dari mimpi, aku nangis semahu mungkin!! Sungguh, saat dan tika itu aku rindukan dia!

Seka air mata...

Semoga Azim aman di sana. Sehingga ketemu di alam syurga. InsyaAllah.

Salam Aidil Adha buat semua.

*saat pengorbanan itu terasa bila kita tidak lagi berkira-kira dengan manusia dalam menabur bakti, juga tika mana kita tidak mengharapkan balasan atas kebaikan kepada manusia. Semoga tergolong dalam kalangan mereka yang disayangi Allah.

Rujuk entri setahun yang lepas. Klik sini.

Thursday, November 4, 2010

Rashid Hussein?

Tarik nafas sedalam-dalamnya...
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Terima Kasih Allah.

Saja menggatalkan tangan menulis walaupun ada paper pukul 9 pagi nanti. Sekarang pukul 2 pagi. Kertas apa adik-adik? Kertas English for Occupational Purposes. Ye, Pandai! Hehe.

Ok, sila jawab soalan di bawah ini,

Change the active sentence below to the passive sentence:

We won the match.
_______________________

Jawapannya nanti, di akhir cerita. Hehe. Senang je kan? Saja jek bagi peluang.

Sekadar pendahuluan. Doakan aku ye agar boleh menjawab dengan tenang dan tepat esok!

************

Aku panjatkaan kesyukuran yang tak terhingga. Penantian akhirnya terjawab. Dapat panggilan pagi tadi dari Encik Hasmawi (RHB Banking Group). Aku ditawarkan untuk bekerja di bawah RHB dan perlu menjalani latihan di Bangi selama lebih kurang 2-3 minggu sebelum dihantar ke cawangan RHB (akan ditentukan kemudian).

Tiada apa yang dapat aku katakan melainkan Alhamdulillah! Allahu Akbar! Dia yang mengatur segala. Sungguh benar, Allah itu dekat walau ketika kita menjauhiNya. Allahu Allah. Malu serasanya pada tuhan yang memberikan aku segala macam nikmat. Satu dan demi satu. Semuanya menggembirakan aku. Tapi aku! Allah! Malunya!

Sujud syukur pada-Nya.

Melapor pada Mama dan Abah :-)

Mama mesej: Alhamdulillah, InshaAllah. Mama ngan Abah pun sayang Arir. Sentiasalah bertawakal pada Allah. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. (ye! aku sebak! seka air mata cepat!)

Abah pun mesej juga: Waalaikumsalam, Ok, syukur. Alhamdulillah. (ringkas, padat, tapi sampai dalam kalbuku)

Seperti biasa, pastinya ada beza antara mama dan abah. :-)

Melapor di FB. Hehe. Pastinya pengomen setia, Amir Rayyan ada pada setiap kalinya. Terima kasih atas sokongan anda! Dan pastinya, tanpa doa-doa sahabat-sahabat setia di sisi, terutama Dr. Khairiah dan mereka yang ada dalam kelas terakhir EOP pada hari temuduga hari tu, mungkin aku tak dapat tawaran. (Atas kapasiti doa mereka dimakbulkan Allah) Sungguh aku sayang kalian! Demi kerana Allah jua sayangkan kalian. :-) Oh ya! Kawan baik aku juga dapat tawaran yang sama iaitu Encik Mohamad Sulaiman bin Mohamad. Tahniah!!

Oh, kenapa dengan Rashid Hussein?? Sila google sendiri ya! Jangan malas-malas! hihi.

Ok, ini jawapan untuk ayat aktif di atas:

The match was won by us.

Ada yang betul?? Bagus! Gantikan aku untuk exam pagi ni. Hehe.

Oh ya, aku telah batalkan penyertaan ke Kemboja (walaupun tiket dah tempah atas nama aku. sedih kot!), tapi aku yakin, Allah nak berikan peluang pada insan lain. Aku pernah ceritakan tentang peluang pada posting yang lepas. Tidak mengapa, aku yakin pada perancangan Allah.

Keinginan untuk membantu mangsa banjir membuak-buak, insyaAllah akan ke Derang, Kedah 19hb November 2010. Kalau nak hulurkan bantuan, sila-sila. Jangan segan-segan ye!

Sehingga bertemu lagi. :-)