Followers

Tuesday, May 26, 2009

Menjengah Sebentar

Assalamualaikum semua.

Mengambil masa sedikit menjengah ke blog aku yang lama dah tak update update. Maaf ye kat semua yang masuk blog aku ni, tapi masih tak berubah isinya.

Secara jujurnya, kehidupan aku sekarang ni agak busy dengan kelas dan tugasan pembelajaran. Assignment yang agak banyak dan dekat-dekat tarikh due nye buatkan aku tak berapa bleh nak enjoy sangat. Kelas pun rapat-rapat. Dari hari Selasa sampai hari Khamis, kelas pagi dan petang sampai pukul 5.30. Tak bagi can nak lepak-lepak. Kalo nasib tak baik, hari Jumaat pun ade replacement cluz. So, memang masa agak terbatas untuk uruskan pelbagai perkara yang lain. Yang mana sempat jek. Huhu.

Hurm, tak sempat nak buat entry khas sempena hari guru yang lepas. Maaf, bukan lupa, cuma tak berkesempatan. Kepada guru-guru semua, Selamat Hari Guru. Jasamu guru akan dikenang sehingga habis hayat di dunia ini. InsyaAllah. Banyak nak verita tentang pengalaman bersama guru-guru ni. Tapi aku perlukan masa yang agak panjang untuk mengarang. Semoga di lain masa aku punyai peluang untuk berkongsi rasa ini bersama korang.

Banyak isu-isu yang sedang berlegar di sekeliling kita sekarang ni. Dan aku pun sekadar ambil tahu sahaja. Belum sampai tahap untuk aku memaksa diri untuk menganalisa dengan lebih mendalam sebab dan akibat sesuatu isu itu berlaku.

Minggu ni ade Kem Survival EMAS dekat Kem Rimba Ria, Sungai Congkak. Antara program besar untuk Biro Mentor Mentee Emas Titian Wahyu. Semoga segalanya berjalan dengan baik, walaupun shingga saat ini, banyak lagi perkara yang perlu diambil kira. Insyaallah, semoga Allah memberikan kesempatan kepadaku dan juga semua komiti-komiti lain untuk menyelesaikan segala tugasan yang dah diberi. Doakan ye!

Cukupla ek update ringkas. InsyaAllah, andai ada kelapangan lagi nanti-nanti aku update lagi. Teruskan berjasa selagi hidup. Jaga diri dan iman!

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku dan juga dosa sekalian ummat manusia.

Assalamualaikum!

Friday, May 15, 2009

Perkampungan Menara Gading Kebangsaan

Assalamualaikum...

Perkampungan Menara Gading Kebangsaan akan diadakan dan maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh: 5-7 Jun 2009

Tempat:Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,UIAM

Bayaran: RM20 sahaja

Anjuran : Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Sasaran : Peserta terdiri daripada pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM 2007 yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT dan IPTS

Objektif:

1. Mengubah paradigma para pelajar ke arah yang lebih positif seiring dengan arus pembangunan dan perkembangan intelektual pada hari ini.

2. Mendedahkan kepada para pelajar tentang kehidupan di kampus serta sistem pendidikannya.

3. Membantu para peserta dalam mengenali potensi diri seterusnya mampu membuat pilihan yang tepat mengenai kerjaya dan masa depan.

4. Menyemai satu idealisme bagi membudayakan ilmu dalam setiap tindakan dan perancangan.

5. Memberi satu bentuk latihan kepimpinan dan keperibadian Islam.

6. Memantapkan pembangunan diri dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelektual.

Berminat?

SMS kan nama, no.ic dan no.tel anda kpd saudara Khairullah(013-2229724) @ saudari Azimah (013-3746380)

Tarikh tutup penyertaan adalah pd 29 mei 2009.

Sunday, May 10, 2009

Untukmu...

Wanita itu....

Seraut wajahnya yang tenang sungguh mendamaikan hati...
Saat keserabutan melanda benak fikiran, suaranya datang menenangkan...
Tika aku jatuh, dia datang menghulur tangan memberi doa semangat...
Sungguh, dia wanita hebat dalam kehidupan ku...

Mama, Arir jarang menggambarkan betapa kasih dan cintanya Arir pada mama,
Arir terkadang jarang-jarang berhubung dengan mama kala kehidupan terlalu sibuk...
Tapi mama, tetap cool jek...
Kalo Arir buat hal ke, apa sahaja benda yang tak best, Mama lah yang menitipkan nasihat, walau tidak secara terang, namun Arir faham...
Raut wajah Mama menceritakan segalanya...


Mama, di hari ini, Arir nak Mama tahu, Arir SAYANG Mama...
Semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik kepada Mama...
Semoga kehidupan Mama akan terus bahagia...
InsyaALLAH, suatu masa nanti, kala Arir dah berjaya capai cita-cita, akan Arir lengkapkan segala impian mama...
Semoga Allah terus menjaga Mama, dan memberikan pengampunan berterusan kepada Mama...

Sayang Mama... SELALU... :-)


p/s: Tak pernah sebenarnya meraikan Hari Ibu ini, tapi kali ni, terasa seperti hari ini terlalu istimewa. Perasaan sayang kat mama menggunung tinggi. Mungkin kerana aku makin jarang meluangkan masa bersama ngan mama. Nak balik... Jumpa mama... Nak peluk and cium mama... Tunggu Arir balik ye mama... I have something for you...

Friday, May 8, 2009

I just dicovered something..Something that i didnt expect!

Assalamualaikum wrt. wbt.

Perkataan pertama aku.. AKU TAK FAHAM! heheh... macam post sebelum ni jek...eheh..

takde, takde, kali ni post pasal benda lain plak...

pasal kehidupan aku dan juga orang sekeliling aku...

Kekadang kan, aku tak tau ar nape ade sesetengah orang ni suka sangat bermain dengan perasaan. Maksud aku bukan mainkan perasaan orang lain. Tapi berperasaan perasan sesuatu. But before that, aku nak minta maaf kepada sesiapa yang terasa ye. Aku nak bagitau je, betapa aku dah penat dah dengan orang yang suka bermain dengan perasaan ni.

Kenapa ek, orang suka berperasaan perasan? Perasan macam kasar sangat plak. Hurm, ape ye word yang elok sket. Ok la, aku gunakan terasa. Bleh tak? Hehe. Ok la, aku bukan nak up kan sesape dalam hal ni. Cuma aku tak tahu la kenapa ade segelintir orang yang selalu berhubungan dengan aku (sms, call, ym) boleh berubah perasaan mereka. Maksud aku, dari perasaan biasa kepada sesuatu yang lebih dari kebiasaan ('terlebey sudaah'). Korang faham tak ni?? huhu... Aku rasa aku layan kesemuanya equal jek. Takde la lebih-lebih pun. And sesungguhnya aku tak pernah ada intention untuk menyentuh hati sesiapa, sedang aku belum bersedia untuk itu, malah tak pernah terlintas pun ape-ape perasaan 'terlebey sudaah' dekat mereka-mereka ini. Sekadar kawan biasa dan tempat berkongsi rasa. Itu sahaja. Tetapi aku tak faham kenapa perlu melibatkan perasaan yang terlebih tu? Adoiyai!

Yang tu tak ape lagi (aku masih boleh terima dengan berbaik sangka), tapi yang aku tak boleh terima, kalau nak salahkan aku sebab diorang ade terasa 'terlebey sudaah' tu. What??! Apekah motifnya? Aku tak pernah rasa pape, tetiba nak salahkan aku sebab takde perasaan pape kepada mereka-mereka ni. Caner tu? Korang yang baca ni pening tak? Pening tak? Hurm...

Maaf, aku bukan nak burukkan sesape. Aku cuma dah penat dah kot. Lepas sorang, sorang. Pastu muncul plak yang sorang lagi. Adoiyai! Macamana ek? Aku minta maaf sangat-sangat kat mereka-mereka yang aku dengan hormatnya terpaksa menidakkan perasaan aku pada mereka (yang sebenarnya tak pernah wujud, melainkan hanya sebagai kawan), dan mereka menyangkakan aku buang mereka dan tak suka dengan mereka (ade yang cakap, aku ni memilih, dan mereka tak sepadan dengan aku), and aku cakap, WHAT THE HECK?! Hurm... Susahnya nak bagi orang faham. (aku tak pasti korang yang baca ni faham ke tak ape yang aku cuba sampaikan)

And, sekarang ni, pada post kali ni, aku nak tegaskan, tolongla jangan bermain perasaan or terasa pape yang istimewa dengan segala tindakan aku samada melalui SMS, YM, Myspace, Friendster, Facebook, Tagged, Call or anything else. Mungkin kekadang aku bagi something kat mereka-mereka ni. Tapi itu hanya pemberian kawan kepada kawan ye. Tidak bermaksudkan kawan kepada yang lebih dari kawan. Bukan..Bukan... Aku tak bermaksud begitu. Tolongla memahami, bahawa aku tak fikir dah sampai masa untuk aku mencari sesiapa yang istimewa dalam hidup aku. Tanggungjawab aku sebagai anak tunggal lelaki dalam family aku perlu diutamakan dahulu. Buah hati pengarang jantung aku sekarang adelah family aku. Mama, abah and kakak-kakakku....

Aku rasa aku bagus sangat ke?? Oh TIDAK sama sekali... Hanya Syahrir Azfar yang hidupnya seperti korang yang sedang baca ni. Tidak terlalu sempurna, dan tidaklah kekurangan segalanya. Bersederhana dalam kehidupan itukan lebih baik... :-)

Aku tak kisah pun lepas ni ramai yang akan membenci aku sebab statement aku kali ni. Itu lebih baik dari meletakkan perasaan 'terlebey sudaah' kepada aku. Sebab aku tak terdaya lagi untuk kecewakan sesiapa, sedang aku tak bersalah pun dalam hal ni. Kalo ade tindakan-tindakan aku yang 'over', tolongla tegur aku. Tak tegur, sampai bila pun aku akan ulang perkara yang sama. Aku taknak dah benda-benda macam ni jadi lagi. Aku punya kakak-kakakku, and aku faham ape itu perasaan kecewa. So, tolong jangan mulakan ape-ape yang membawa kepada kekecewaan itu. Jangan meletakkan harapan pada suatu yang tidak pasti, jangan begitu berani meluahkan sesuatu perkara yang kita tak pasti kesan dan akibatnya. Berfikiranlah dengan waras. Jangan memaksa aku untuk berlaku tidak sopan. Aku hormati anda, anda dan anda yang diluar sana sebagai kawan-kawan aku. And biarkan segalanya berjalan seperti biasa. Masanya akan sampai juga. Tetapi BUKAN SEKARANG.. BUKAN..

Aku harap penjelasan aku kali ni dapat berikan gambaran jelas kepada mereka-mereka ini. Maafkan aku atas segala keterlanjuran tindakan aku, dan atas ketidakmampuan aku dalam menunaikan kehendak perasaan yang belum tercipta dalam diri aku.

Aku telah mengatur perjalanan kehidupanku, dan hanyasanya Allah sahaja yang berhak untuk mengubah perancanganku. "Wa makaruu, wa makarallah, Wallahu khairan maakiriin.."

Aku akhiri dengan perasaan rendah diri dan menyedari bahawa segala kelebihan dalam diri datangnya dari Allah SWT, dan kekurangan diri aku, datang nya dari kelemahan diri aku yang gagal menguruskan amanah kehidupan yang telah Allah berikan.

Dengan penuh keinsafan, aku mengakui bahawa setiap langkahku, setiap pergerakan dan tindak tandukku, Allah itu lebih mengetahui. Kerana segalanya itu berada di dalam pengetahuanNYA..

Wallahua'lam...

p/s: Mohon maaf...

Thursday, May 7, 2009

Sedar atau sengaja tidak ambil endah?Mana Common Sense Anda?

Assalamualaikum..

Agak
beremosi sebenarnya waktu aku tulis blog kali ni. Tak tau kenapa, semakin hari bila aku selak jek paper, banyak jenayah yang berlaku di sekeliling aku Nyawa manusia menjadi semakin murah hari demi hari. Kenapa dan mengapa? Sungguh, aku gambarkan semuanya ini akan menjadi lebih parah. Aku tak tahu berapa ramai lagi anak-anak yang akan menjadi yatim, berapa ramai lagi anak-anak dara yang jadi mangsa, yang teruna pun tak terlepas. SAMA JEK! Semuanya dek kerakusan manusia bernama REMAJA!

Sedih sebenarnya aku hendak mengakui mereka yang banyak terlibat dengan jenayah yang saban hari aku baca kat surat khabar, majoritinya melibatkan REMAJA! Aku malu mengaku bahawa aku adalah anak remaja di dalam kelompok masyarakat yang
parah sosialnya. Apa mereka tak punya akal? Desperate sangatkah kehidupan sekarang sehingga memaksa REMAJA REMAJA sekarang terlibat dengan perkara-perkara yang macam ni!!! Sungguh.. Aku tak faham... Aku remaja gak, aku pernah hidup dan dikelilingi dengan pelbagai remaja yang nakal. Tetapi mengapa kerakusan nafsu yang menjadi tuhan REMAJA sekarang.. Pergh! Ape nak jadi ar..Sungguh.. Aku SEDIH, MARAH, BENCI dengan keadaan REMAJA sekarang!

Oit REMAJA! Mana pergi common sense korang ha?! Agak-agak ar kalo nak jadi jahat pun. Susahkan diri sendiri dah ar. Tak payah ar nak susahkan orang lain. Ko nak berdikari kan? Berdikari ar. Dah taknak sambung belajar kan? Nak hidup sendiri kan? Pastu tak perlukan bantuan mak bapak kan? Tapi korang ni, pegi ar
carik duet cara halal.. Apehal ko nak gi rompak, ragut sana sini? Ko dapat duet ciput je la weyh! Yang ko gi cederakan orang lain watpe? Sampai mati mak orang.. Apesalla korang ni??! Pergh... Pastu yang ko bernafsu binatang sangat ni apehal... Sesedap jek ko nak 'main' ngan anak orang. Ko bajet ko dah power ar? Leh citer kat memember ko yang ko dah pernah main? Ko rosakkan anak dara orang watpe weyh? Bebudak pun ko tibai gak, tu yang aku tak bleh blah. Korang punya 'barang' tu dah ar gabak! Ko nak tibai budak kecik.. Apehalla korang ni takde otak sangat? Kata awek-awek korang bersepah. Tak puas ke? Korang ni giler ar weyh! Siyes.

Aku bukan baik sangat nak memarah korang ni. Tapi aku REMAJA gak! Kena tempias perangai-perangai huduh yang korang buat tu. Aku budak jahat gak la weyh. Tapi
pakai akal ar sket nak buat jahat pun. Nak tunjuk power ape sangat la weyh? Sampai masa, aku ngan ko akan jatuh gak bebiler. Nak jadi hero camana lagi? Ape masalah korang ha? Korang pernah pikir tak benda baik buruk kalo nak wat sesuatu benda. Kalo korang tak pandai agama pun, aku rasa bebenda macam ni COMMON SENSE kot! COMMON SENSE! Cuba ar korang relatekan balik ape yang dah korang buat ngan kehidupan korang. Mak korang mati kat jalan kena ragut ngan bebudak sebaya korang, adik pempuan ko kena rogol ngan bebudak sekolah menengah...Ape korang rasa?? Sakit tak? Sedih tak? Korang pun bengang jek rasa kan? Tapi apesalla bila buat benda jahat, korang tak pikir? Adoiyai...

Beragak- agak ar dalam nak jadi jahat pun! Tu jek yang aku leh gitau kat diri aku ngan korang sumer. Benda-benda sumer ni nanti Allah juga yang akan jadi penentunya nanti. Aku sedar akan benda ni, and aku harap korang sedar gak...

Kat semua yang lain yang rasa diri dah baik sangat, dah
kompom dapat syurga. Teruskanlah ngan kehidupan korang. Hidup dalam kelompok korang jek. Nak kawan ngan bebudak baik jek. Bebudak jahat and nakal ni, korang pandang je la sebelah mata. Diorang ni kompom masuk neraka. Korang duduk je la kat bilik korang, pastu wat keje-keje kelompok korang.. buat tak tau je la kat member-member korang "yang tengah sedap-sedap ngan awek, ngah merempit bagai nak gile kat dataran merdeka, ngah sibuk kira-kira duet rompakan dan ragutan, ngah berbangga-bangga tunjuk video 'permainan' diorang kat kengkawan lain, tengah sedap minum arak, berjoget sakan kat kelab-kelab malam, yang tengah bercumbu-cumbuan ngan pasangan sejenis!" Korang tengok jela! Tak payah turun padang pun. Paling habis korang doakan jela diorang ni insap. Dapat gak pahala.

Sedar? Sengaja tak ambil endah?

Itu aku dan korang pikirlah sendiri!

Nak tengok Malaysia ni suatu hari dipimpin oleh kaki judi ngan arak, perogol bersiri, perompak, peragut, pembunuh?? teruskanlah.. Tak payahla approvekan sumer benda-benda baik... Reject jek semua proposal yang ada kaitan dengan nak terapkan ajaran Islam pada anak-anak remaja. Banyakkanlah lagi hiburan-hiburan. Sebab tu ar bebudak remaja skang nak. Ahahah. Pandainye la hai akal!

Kalo ade benda agama-agama sket, terus tolak tepi. Ape punya akalla??! Sedangakan benda-benda macam tu la yang mampu untuk ubahkan segala benda yang jadi sekarang ni.
Allah tu maha AGUNG la! Korang tak percaya ke ngan agama?? Apesal yang korang takut sangat kalo sebut bab2 agama ni kat khalayak ramai? Aku tak FAHAM!

Marah-marah gak.
Aku wusha gak diri aku ni. Masih banyak lagi yang aku perlu baiki diri. Aku just nak korang yang dekat luar sana faham, benda-benda macam ni jadi sebab kita tak bertindak. Kita malu dan kita takut. Kita tak nak keluar dan turun padang selagi ilmu tak cukup kat dada. Weyh! Pegi balik kampung tanam padi la. Ade gak pekdah. Korang cuba celup jari kelingking korang kat laut. Pastu tengok ar banyak mana air yang lekat kat jari korang. Banyak tu jek sebenarnya ilmu yang korang ada. Seluas lautan lagi ilmu ALLAH. Nak tunggu dapat semua baru korang nak gerak, tak payah mimpi la! Ape yang aku ade, ape yang korang ade, gabung kan jela.. Ape yang susah sangat bila nak ajak pergi program bantu budak-budak sekolah. Siap nak minta duet lagi. Pergh! Allah bagi ilmu free jek kat korang. Korang plak nak berkira. Adoiyai!

Tolong ar weyh buang benda-benda
kepentingan diri ni. Masyarakat kat luar and sekeliling korang tu dah makin parah. Korang sedar ke tak?

So, ape next step?

Jom ar gerak sesama. Amar ma'ruf Nahi Mungkar!

Hurm...

p/s: Aku luahkan semua ni sebab aku dah takleh tahan. Sorry kalo ade yang tersinggung and kalo kata-kata aku ni over! Kalo benda-benda dah jadi parah macam ni pun nak kena cakap leklok, tak tau ar aku. Sorry ar... Ini pun berhikmah la ni... Aku tulis dalam blog jek. Cuba aku maki jek remaja-remaja luar sana. Mau aku masuk paper esok! Ahahah....

Wednesday, May 6, 2009

Update! Update!

Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga aku panjatkan kerana atas kurnian dan keredhaan-Nya, dapat juga aku habiskan semester 2 08/09 kat UIA ni. Bermakna, semester depan aku akan berada pada tahun ketiga semester kedua. hurm, semakin singkat rasanya perjalanan di UIA ni, dan sesungguhnya aku akui perjalanan yang aku lalui di bumi Taman Ilmu dan Budi ini semakin sukar langkahnya.Berikut aku coretkan beberapa ringkasan sepanjang perjalanan semester lepas berlalu pergi:

1. Seperti biasa, awal semester, semangat membara untuk mulakan pembelajaran dengan baik. Targetnya untuk naikkan pointer sem lepas yang jatuh sedikit. Terasa jugak semangat tu membara di awal semester. Awal semester ni busy dengan Pilihanraya Kampus. Banyak jugak yang aku belajar sebenarnya bila melibatkan diri aku sebagai campaign manager kepada YB awe dan juga secara tak langsung kepada YB Fahmi. Terdapat banyak gak kontroversi sepanjang PRK berlangsung kali ni terutama apabila ia melibatkan fitnah yang besar terhadap PKPIM. Apepun, tahniah dan takziah diucapkan kepada YB Fahmi yang mendapat kerusi di ekonomi dan juga tahniah dan takziah juga kepada YB Awe yang tidak berjaya mendapat kerusi di kuliyyah, tetapi kalah secara bermaruah. Mabruk untuk kedua-duanya! http://adeqashah.blogspot.com/2009/01/curik-masa-sekejap-sementara-tunggu.html

2. Semakin hari yang berlalu, terkadang menyesakkan ruang kehidupan. Aku boleh katakan, hampir setiap hari, tak kira petang atau malam, jadual aku dipenuhi dengan meeting-meeting persatuan dan juga kelab. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dan diperbaiki untuk semester kali ni. Lantas ruang untuk berlibur-liburan pastinya telah kurang. Rumah pun jarang-jarang jenguk. huhu. http://adeqashah.blogspot.com/2009/03/mama-cakap-tak-payah-la-balik-rumah.html Apepun, inilah kehidupan yang aku redhakan berada di sekitar ku. Lebih baik aku sibukkan diri dengan perkara yang boleh mendatangkan manfaat yang besar kepada ku. Pengalaman yang aku kutip sepanjang semester lepas dengan pelbagai program yang aku sertai menjadi permata berharga yang tak mungkin aku dapat di dalam kelas secara formal.
http://adeqashah.blogspot.com/2009/02/kehidupan-dan-janji-allah.html
http://adeqashah.blogspot.com/2009/03/utusan-kepada-diri-sendiri-dan-juga.html

3. Ada satu atau dua ketika atau lebih-lebih tika (heh!) aku jatuh dengan pelbagai tekanan dan juga tanggugjawab yang tergalas di atas bahuku. Tika itu teras lemahnya diri ini kerana tidak mampu bangkit semula dan menguatkan iltizam untuk teruskan perjuangan sebagai seorang pelajar dan juga aktivis sukarelawan. Entah mengapa saat itu, aku merasakan bebanan yang menimpa-nimpa seakan tidak memberikan aku sedikit ruang pun untuk bernafas. Harapan yang diletakkan kepada aku saat itu, terpaksa aku hampakan kerana aku perlu membina kembali kekuatan diri yang susut. Alhamdulillah, setelah memberi ruang untuk diriku bersendiri selama beberapa hari (tika ini, setiap perkara yang berlaku di sekeliling aku, tidak aku endahkan. Maafkan aku sahabat-sahabat yang mungkin terasa dengan tindakan aku), aku berjaya membina kembali kekuatan dalam diri aku untuk terus tegak berdiri dan memandang ke hadapan, terus kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
http://adeqashah.blogspot.com/2009/01/aku-flat.html
http://adeqashah.blogspot.com/2009/03/diuji-lagi.html

3. Semester ini juga sebenarnya banyak mengajar aku untuk menilai semula erti persahabatan. Entah mengapa aku merasakan sehingga saat ini aku tidak punya seorang sahabat yang rapat denganku. Mengapa? Sedang banyak orang mengatakan kita perlu mempunyai sahabat untuk kita berkongsi rasa. Tetapi bagi aku, aku memilih untuk bersendirian. Bukan menidakkan peranan sahabat. Cuma bagiku, andai seusatu perkara dapat diselesaikan dengan sendiri, mengapa perlu disusahkan orang lain. Aku lebih senang untuk independant dalam setiap langkahku. Sebab aku tahu, setiap perkara yang berlaku pasti akan ada kesan dan akibatnya. Aku tak pantas untuk menerima kehadiran sesorang dalam hidup aku untuk dijadikan sebagai teman rapatku. Mungkin kerana pengalaman dan kesakitan masa lalu yang buatkan aku tidak tegar untuk punyai sahabat. Dan begitu juga aku tahu orang tidak mudah untuk merapati diriku. Aku sedar semuanya itu berlegar di sekeliling kehidupanku. Jadi, andai ada orang memerhatikan aku sering bersendirian, biarkan sahaja. Malah aku lebih senang untuk berkeadaan yang sedemikian. Sekurang-kurangnya, buat masa sekarang.

4. Saat aku rajinkan tanganku menulis ini, IMYC (International Muslim Youth Camp) sudahpun berakhir. Antara program terbesar yang julung-julung kali diadakan oleh perwakilan asrama pelajar. Alhamdulillah, syukur aku panjatkan kepada Allah atas segalanya. DIA benarkan program ini berjalan dengan baik. Dan aku banyak mengutip permata berharga dari pengalaman menjadi event coordinator untuk program ini. Namun begitu, timbul sedikit kekesalan dalam diri aku sebab gagal menjadi seorang pembawa obor agama yang baik dalam program ini. Maafkan aku. Mungkin ramai yang menyanggahku. Malah aku sedar yang terkadang aku melebihi batasan. Samada secara sedar ataupun tidak. Itu kesilapanku. Menjadikan diri aku begitu bertoleransi dengan banyak perkara sehinggakan aku mengabaikan perkara-perkara asas yang seharusnya menjadi keutamaan. Hurm, bila difikir balik, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam program ni yang perlu diperbetulkan. Agar ianya selari dengan tuntutan objektif yang sebenar. Semoga perkara ini menjadi pedoman buatku untuk masa hadapan. Apepun, secara keseluruhannya, aku boleh katakan IMYC ini adalah percubaan yang baik bagi MRC UIA untuk mengadakan lebih banyak program yang melibatkan penglibatan semua pelajar terutama sekali pelajar-pelajar antarabangsa. Program seperti inilah sebenarnya yang boleh merapatkan hubungan dan mewujudkan suatu interaksi yang baik antara pelajar tempatan dan juga antarabangsa sebab interaksi yang berlaku semasa program berbeza naturenya dari interaksi sesame mereka sewaktu proses pembelajaran. Interaksi secara informal, aku fikirkan lebih mudah membentuk suatu suasana kemesraan yang jarang berlaku semasa proses pembelajaran. Sekadar pandangan peribadi. Huhu. Rindu untuk bekerja dalam program yang seperti ini. Suasana kemesraan antara komiti-komiti yang ada membuatkan keletihan menguruskan program langsung tak terasa.(Yeke? Ahaha.. padahal, kalo letak kepala je, kompom terus tidonye..) To all committees of IMYC, you all rock! Huhu…

5. Result sem lepas boleh la. Tapi satu paper aku sangkut. So, kena repeat ar short sem kali ni. Segan pun ade, sebab amik ngan lecturer yang sama. Apepun, aku dah memang expect pun yang aku akan repeat subject yang satu tu. Hurm.. Sedih-sedih pun takde guna. Teruskan jela kehidupan. Pointer biasa la, jatuh lagi. Walaupun sangat sedikit. Alhamdulillah, subjek-subjek aku yang lain takde la teruk sangat. Sebab tu pointer still leh ok lagi. Tapi dalam keadaan berjaga-jaga la. Short sem ni pastinya aku kena berusaha dengan lebih kuat lagi. Insyaallah akan aku usahakan yang terbaik. Banyak perkara sebenarnya perlu diambil kira. Kesibukan menguruskan aktiviti dan program seharusnya menjadi pendorong untuk aku menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Aku tahu, aku tak punya masa yang banyak. So, I have to start from now! Huhu…

6. Banyak benda yang nak diceloteh. Tapi aku kira, cukupla setakat ni dulu. Nanti aku update kan lagi. Heheh. (padahal dah kering idea dah ni..)

* Semoga semester pendek kali ni dapat memberikan aku ruang untuk lebih mengenali diri aku yang sebenar. Kehidupan perlu diuruskan dengan lebih baik. Pandangan masa hadapan perlu lebih terang dan jelas. Aku perlu bersedia untuk tidak bersedia. Ujian Allah akan datang bebiler masa sahaja. Hanya kekuatan Iman yang dapat menjamin ketahanan aku pada setiap perkara yang datang. Kuatkah Iman aku? Hurm..