Followers

Tuesday, June 22, 2010

Dia

Assalamualaikum...
Benarkan aku meluah kata...

Dia,
Entah di mana silapnya,
Semakin jauh....

Dia,
yang dahulunya tawa gelaknya penghibur lara,
Kini sepi tanpa suara...

Sepi tanpa kata, hilang tanpa bayang,
Meninggalkan persoalan tanpa jawapan...

Kecil hatikah dia? Marahkah dia? Suka kah dia? Bencikah dia?
Tidak....
Aku tidak tahu asbabnya...

Puas aku renungkan, apa mungkin ada silap kataku,
Apa mungkin ada silap tingkahku,
Apa mungkin khilaf pentafsiran ku...
Sungguh....aku pohonkan maaf utk itu...

Namun, jangan terusan begini....
Ego itu tidak ke mana...malah ego itu sakiti kau, aku, dia dan mereka...

Ah, janggal rasanya....

Kerna aku tidak tahu mana puncanya...

Sunday, June 13, 2010

State of Denial??

Assalamualaikum semuanya. Doaku agar kalian bahagia dengan kehidupan di dalam redha-Nya.

Hidup itu tidak akan selalunya indah bukan?. Teringat masa sekolah dekat SMI Seremban dulu, Teacher Sukasih ade coretkan lagu ni dalam buku ‘chatting’ kitorang. (buku chatting ni is one of the method used by Teacher utk student luahkan masalah or anything,lepas tu teacher akan bagi nasihat dalam buku tu. Sangat bagus kot!)

Teacher Sukasih coretkan lirik lagu ini:

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Sampai sekarang lagu ni jadi sumber motivasi buat diri aku. Yang terkadang aku jatuh terduduk dengan ujian Allah, yang tika mana aku rasakan akulah manusia yang paling tak guna hidup dekat dunia, yang tika saat aku rasa putus asa utk meneruskan perjuangan, tika detik aku hilang arah kehidupan….

Lagu itu, lirik itu.. Motivasi diri.

Senyum. Aku rindukan saat-saat gembira, duka masa di SMI Seremban dulu…..
Lagenda budak setan di situlah kisahnya aku baca. Bermula dari aku, kemudian merebak ke kawan-kawan aku yang lain. Muahahaha! Laki layan novel tuuuu… Besar tidak besar pengaruh novel itu pada aku? Lihat pada alamat emel aku,lihat pada alamat blog aku (adeqashah, ahmad_adikasyah etc2). Aku membesar dengan impian mahu menjadi penunggu cinta yang setia seperti kasyah. :-) (ok, aku dah mengarut!)

Berbalik pada kisah suka duka tangis kehidupan, semua pun akan rasa. Semua pun akan lalui, malah semua pun akan pernah sampai pada tahap ‘aku dah putus asa!’.

Untuk sampai pada tahap. Oh, tidak mengapa, aku redha dengan ketetapan ini, oh,aku okay2 sahaja,oh ya, ini takdir aku-Allah telah tetapkan…. Ya, ini mungkin balasan kekhilafan aku….. SUKAR! Tidak semua yang merasakan UJIAN itu rahmat dari ALLAH. Rahmat Allah itukan pelbagai.

Aku membesar dengan begitu banyak ujian. Dan aku yakin, ujian-ujian itulah yang menjadikan aku seperti sekarang. Ujian-ujian yang dulu pada anggapan aku ianya tak patut jadi begini dan begitu, kenapa aku sahaja ditimpa ujian, beratnya ujian dan sebagainya, hakikatnya-Allah mahu berikan sesuatu di sebalik ujian itu. Berhikmah Allah mendidik manusia. Subhanallah!

Aku tonton Karate Kid. Pengajaran dari cerita itu sangat baek! Silalah menonton. Tidak rugi. Pengajaran untuk berhadapan dengan kehidupan.

Semasa ke CFS UIA Nilai utk bersama adik2 yang baru daftar dekat sana, berlaku perbincangan mengenai cara menghadapi sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan. Isu nya adalah: terkadang perlu juga mengekspresi diri mengikut situasi. Contohnya, kalau dapat berita sedih-menangis, result tak bagus-sedih, dapat berita gembira-bergelak tawa dsb. Tidak perlu hidup dalam ‘denial’, contohnya, dapat berita sedih, buat2 macam tak ada apa, buat2 cool. Bagi aku benar! Kita perlu mengekspresi diri mengikut keadaan. Tetapi yang sebenarnya, ekspresi diri itu menggambarkan bagaimana kita menerima sesuatu keadaan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Bagaimana penerimaan kita pada Qada’ dan Qadr Allah. Bergembiralah tika mana Allah memberikan ujian yang berat, dan banyakkan istighfar saat Allah berikan pelbagai kesenangan. Jadinya, bagaimana ekspresi yang sepatutnya. Anda jawab.

Ramai manusia hebat yang lahir dari jeriji besi bukan? Banyaknya manusia yang berjaya kerana pernah ditimpa masalah yang berat bukan? Mereka ini mereka yang berjiwa besar! Mereka takkan pernah mengalah pada dugaan, kerana mereka faham sunnatullah! Namun, begitu banyaknya manusia termasuk aku yang terkadang gagal utk memahami perkara ini sehinggakan tergamak menyalahkan takdir! Mengambil jalan singkat utk selesaikan masalah seperti membunuh diri. Sejengkal sungguh akal.

Lantas, jangan dikeluh kesahkan apa sahaja yang datang kepada kita. Aku akui, terkadang aku ‘ter’keluh kesah jua dek kerana beratnya ujian. [garu kepala!] Namun hakikatnya, ia bergantung dengan cara kita menghadapi masalah itu. Aku sudah terangkan di atas. Kembalilah semula pada pencipta yang tahu segala. Bahawa DIA tidak akan timpakan manusia dengan dugaan yang takkan mampu ditanggung makhluk ciptanNYA. Allah itukan PENCIPTA kita. DIA Maha Tahu segala.

Kuatnya manusia itu, apabila ditimpa ujian kesusahan, dia masih mampu lagi utk tersenyum walau kelat. Melambangkan hatinya kuat, jiwanya besar dan juga mengharapkan hikmah Allah dalam mengajar manusia. Kuatnya manusia itu bilamana Allah datangkan ujian kesenangan, lafaz istighfar sering bermain di bibirnya, lafaz Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan tidak dilupa, dalam masa yang sama memohon agar kesenangan itu tidak akan memesongkan pendirian. State of denial kah ini? Anda fikirkan…..