Followers

Friday, January 30, 2009

Diziarahi tetamu jauh.

Pertamanya aku rafa’kan kesyukuran ke hadrat Allah yang memberikan aku kekuatan terus menerus untuk hidup di dunia yang penuh cabaran ini. Huhu. Skema kan. Terasa tenang seketika bila dapat memberi ruang waktu (walaupun sekadar beberapa minit) kepada diri sendiri untuk menafsir dan menilai kembali kehidupan. Cumanya masih banyak lagi perkara yang perlu diambil ihtimam (kepentingan). Aku perlu tahu menyusun awlawiyat aku. Perlu tahu yang mana yang paling penting dan paling perlu disegerakan.


Ni nak mulakan cerita pasal tetamu dari jauh. Nak tau dari mana? Takdela jauh sangat pun. Kedah jek. Tapi dari penceritaan tetamu-tetamu aku tu, macam jauh jek. Sebabnya, diorang datang KL naik motor. (nak carik pengalaman la kata Amin) Tu sebab rasa jauh kot. Huhu. Apepun, aku bersyukur dengan kehadiran diorang ni. Sape diorang ni? Diorang ni budak junior sekolah aku dulu kat Maktab Mahmud. Time aku form 5 diorang form 1. Jauh tak beza umur kitorang? Huhu. Caner leh kenal lak? Kitorang dulu AJK Koperasi Sekolah. Aku dulu jadi S/U koop, diorang jadi ajk (selepas diinterview oleh aku dan ajk senior yang lain). So, dari situ la kitorang kenal and buat keje kat koop sesame. Lepak and ponteng kelas kat koop sesame. Ahahah..Bab yang ponteng kelas tu jangan ikut ar ek! Kitorang ponteng pun sebab ade keje kat koop tu yang penting. Hehe.. Penting la sangat. Tapi kitorang memang enjoy ar berkhidmat kat koperasi sekolah ni. Memang dah macam family dah. Lupa lak nak gitau nama diorang. Yang sorang si kecik yang perasan comel Aminuddin, sorang lagi nama Fahmie Diorang ni kira member kamceng ar. Buat bisnes sesame. Tak lama lagi nak pakai kereta katanyer! Takpe2, aku pun cabar diorang datang KL naik kete lak nanti! Amacam?! Hehe..

http://2.bp.blogspot.com/_GwKwI037XSk/SYMCdPlQcEI/AAAAAAAAARE/a6UU0J8xNaw/s320/Image%28499%29.jpg

Nama budak ni Fahmie

http://3.bp.blogspot.com/_GwKwI037XSk/SYMCdLolW0I/AAAAAAAAAQ8/4H05CixoSU0/s320/Image%28498%29.jpg

Nama budak ni plak Amin

Time aku tulis citer ni, diorang dah balik Kedah balik dah. Baru jek sampai dalam pukul 5.30 petang tadi. Bertolak dari UIA ni pukul 9 lebih gak la. Syukurla diorang sampai ngan selamat. Diorang dok kat KL dari ari Selasa lagi. Selasa malam dalm pukul 11.30 diorang sampai Kl. Aku jemput diorang kat Masjid KLCC. Pastu bawak diorang makan kat kedai mamak belakang KLCC tu. Ingat nak bawak jenjalan KL jap. Tapi aku cam malas lak. Huhu. Sori ek Amin and Fahmi! Aku bawak diorang tidor kat umah aku. Lambat gak ar bebudak ni tido, dok layan tenet, pastu dok promote bisnes diorang kat aku (yang kompomnya aku payah sket nak masuk bisnes diorang ni atas sebab tertentu). Huhu. Tengok pada keadaan la. Yang pentingnya aku kagum ngan semangat diorang untuk Berjaya dalam bisnes tu. Cumanya harapan aku, kejayaan yang akan diorang dapat nanti dpaat disalurkan pada jalan Da’wah. InsyaAllah. Dah tidor lambat malam tu, kompom ar bangun pun lambat. Alamatnya Subuh pun ala-ala lambat la.. Jauh tu diorang Qada solat. Nak tau kat mana diorang Qada solat, Tanya ar diorang sendiri. Huhu. (ooopss..sori, tercakap lak kat sini…)

Pas dah breakfast + lunch kat umah aku, aku bawak ar diorang ni jenjalan kat KL. Naik LRT ngan monorel. Kegaguman mereka dengan tren takde pemandu buatkan aku tersenyum jek! Huhu. Takpe2. Layankan jek bebudak ni. First gi Low Yat, konon nak survey laptop. Amin nak beli laptop nanti. (tak tau ar bila). Tapi banyak kedai tak bukak sebab Raya Cina. Ade beberapa jek yang bukak. Yang tak tahannya, lepak kat kedai Celcom, ade brader sorang ni bagai nak rak promote pakej Celcom baru diorang, sekali diorang blah camtu jek. Kejam ar korang ni! Berbuih kot mulut budak tu promote kat korang! Ahahah. Promoter tu lak sama jek umur cam diorang. 17 tahun. Tapi bleh tahan gak dia promote kat kitorang. Cumanya memasing macam takde duit jek, so tak jadi ar nak amik. Sori bro! takde rezeki namanya tu…


Habis pusing Low Yat and solat kat situ, aku bawak gi Times Square. Jumpa kawan diorang yang dok kat KL. Pastu aku bawak diorang gi men bowling. Boleh tahan cekap gak ar diorang ni main bowling. Lawan tuan yang bawak diorang ni. Huhu. Takpe2, lagipun aku suka bagi peluang kat orang ni. Suka menggembirakan orang. Hehe (padahal baling bola bowling pun tak pernah betul lagik!huhu, nasib badan ar…) Habis men, aku gi solat jap, pastu kitorang jalan gi KLCC. Penat tak penat tu Tanya ar bebudak nih. Huhu. Saje jek. Aku bajet nk bawak gi Pavilion, pastu diorang nak gi KLCC lak. Ape lagik, jalan je la dari Pavilion tu. Takde la jauh sangat. Tapi agak berpeluh ar. Hehe. Takpe2, exercise namanya! Dah habis lepak kat KLCC kitorang pegi la plak kat KL Sentral, jumpa Syahid. Sorang lagi budak Maahad study kat Pusat Asasi UIA Nilai. Kebetulan dia baru sampai dari Kedah. Janji ar jumpa kat KL Sentral. Tak sangka lak dia bawak seseorang. Sape orang tu, biarlah rahsia.. Huhu.. Apepun, rasa best lak dapat kumpul sesame bebudak maahad ni. Ukhwah rasa cam rapat giler. Bagus ar. Ini yang kita mahukan! Hehe. Dah penat dah ni. Nak kena balik UIA malam ni gak. Aku esok ade kelas lak pagi pukul 8.30. So, nak tak nak kena ar balik malam tu gak. Dari KL Sentral, balik umah, pastu balik UIA. Berangkut ar bebudak dua orag tu lepak kat bilik sempit aku kat UIA ni. Huhu.


Dua hari diorang lepak kat UIA. Amin suka sangat ngan chicken chop kat sini. Dua hari dok sini, dua hari makan chicken chop. Aku pun layankan je la… Kang mengidam lak. Heheh. Yang si Fahmie, ngekor jela ape yang Amin makan. Layaaaan… Diorang tak pegi mana pun masa lepak kat UIA ni. Dok lepak kat bilik aku, men tenet 24 jam (berebut2, sib bek aku tak caj amacam CC, kalo tak kaya ar aku..haha) , tidor, makan, solat. Tu je la… aku suh gi swimming malas. Ish3, ape nak jadi la… Hehe. Tapi besh gak ada diorang ni kat bilik aku. Ade gak member2 nak bawak sembang. Tapi tak dapat nak spend banyak sangat masa ngan diorang ni. Terikat ngan komitmen kelas ngan meeting. So, takdela bawak diorang jenjalan mana sangat pun. Sori ek. Lenkali ar aku bawak diorang jenjalan jauh sket. Pegi Bukit Tinggi ke, Genting ke… kena tengok bajet gak! Huhu.


Camtu la sikit sebanyak perihal dak2 junior sekolah aku datang lepak kat KL. Syukur gak aku sebab aku tahu kedatangan tetamu yang dilayan dengan baik oleh tuan rumah nanti akan dibalas dengan ganjaran yang baik. Tak tau ar layanan aku kat diorang caner. Hope diorang happy dok kat UIA ni. Walaupun jadik squatters kat bilik aku yang sempit jek. Huhu. Yang penting diorang ada tempat nak tidor.

Semuanya dah kembali seperti biasa balik. Diorang pun dah sampai Kedah dah. Aku pun dah mula sibuk balik ngan tugasan tugasan yang perlu diselesaikan. (aku hadkan banyak benda dan kerja lain sepanjang diorang ada kat sini. Mohon maaf pada semua yang memerlukan komitmen aku, tapi aku tak dapat penuhi.) Bagi aku, tetamu jauh aku ni perlu aku dahulukan berbanding perkara2 yang lain. Yang pastinya, aku akan merindui masa-masa yang kitorang spend sesame. Bukan senang sebenarnya nak dapat peluang yang macam ni. Nanti diorang dah sambung belajar ape sume, memang dah takde masa ar nak lepak macam ni lagi. InsyaAllah, Amin akan amik STAM tahun ni, nak sambung pegi Mesir lepas tu, Fahmie lak nak masuk UIA. InsyaAllah. Aku doakan kedua2nya akan berjaya dalam kehidupan memasing.

Apepun, setiap perkara aku perlu kembalikan kepada Allah SWT. Sungguh aku tak tahu apakah rahmat dan perancangan Allah di sebalik kedatangan Fahmi ngan Amin berjumpa and lepak ngan aku kat KL ni. Aku mengharapkan segala yang terbaik untuk diri aku dan juga umat Islam secara keseluruhannya. Kekadang, kita menganggapkan tetamu yang datang ni sebagai beban kepada kita. Tetapi hakikatnya, tetamu itulah nanti yang membawa kepada terbukanya jalan kemudahan kepada kita di akhirat kelak. Banyak kisah pada zaman Rasulullah yang menunjukkan macamana Rasulullah melayan tetamu yang datang ke rumah baginda. Dan bagaimana Rasulullah menjaga hati para sahabat2 baginda. Bertitik tolak dari itulah aku takkan pernah kisah walau sesiapapun datang ke bilik aku untuk ape juga perkara. Seboleh mungkin aku nak pastikan diorang ni selesa dan dapat penuhi apa yang diorang hajatkan. Walaupun terkadang banyak perkara yang kita kena korbankan temasuklah masa dan harta. Namun begitu apalah yang dipandang sangat pada harta-harta dunia berbanding dengan ganjaran yang Allah janjikan di akhirat? Sungguh janji Allah itu benar. Perlukah kita sangsi untuk berbuat kebajikan kepada setiap orang Muslim. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah….

http://2.bp.blogspot.com/_GwKwI037XSk/SYMCcz3dr2I/AAAAAAAAAQ0/ZUsHerI1_0E/s320/Image%28496%29.jpg

Breakfast (isi perut sebelum balik)

http://4.bp.blogspot.com/_GwKwI037XSk/SYMC1A8W-iI/AAAAAAAAARc/-PhFC9jjQ9E/s320/Image%28506%29.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_GwKwI037XSk/SYMCddLQUlI/AAAAAAAAARU/7OWYtIGWl1w/s320/Image%28505%29.jpg



http://1.bp.blogspot.com/_GwKwI037XSk/SYMCdDZ3knI/AAAAAAAAARM/lS72IRlqdZQ/s320/Image%28502%29.jpg

Nota kaki:

Pastinya bilik aku dah tak semeriah sebelum ni. Laptop yang aku pakai ni tak lagi jadi rebutan bebudak dua orang tu. Huhu. Dan yang pastinya aku akan merindui waktu-waktu itu. Hohoho.. Hadeh! Apekah?!!

Aku FLAT!

Tuhan, saat ini terasa lemahnya diri ini.....

Aku betul2 FLAT! Terasa betapa bebanan datang menimpa-nimpa. Aku cuba positifkan diri. Kuatkan diri, namun sungguh aku tak terdaya lagi. Terasa ingin aku lepaskan semuanya. Namun semua itu tanggungjwabku. Siapa lagi yang terdaya untuk menerima semuanya itu? Andai ada seorang yang secara sukarela membuka peluang, pastinya akan ku beri dan akan ku lepaskan semuanya. Ya Allah, berdosakah aku kerana lalai dalam tanggungjawabku? Pastinya ramai yang terkilan dengan sikap ku akhir2 ini. Tuhan, sungguh aku sangat tertekan dengan segalanya. Aku pohon untuk Kau aturkan semula hidupku agar aku merasai ketenangan dalam pelukan kasih sayang-Mu.

Aku sangat lemah. Bantu aku! Aku perlu bangun..... Banyak perkara yang perlu diselesaikan... Tapi kenapa aku sangat lemah tika ini. Aku tak mampu menggagahi lagi. Aku akui, aku jatuh untuk kesekian kalinya.... Pada-Mu ya Allah, aku pohonkan kekuatan...

Maafkan aku...

Monday, January 26, 2009

Update! Update!

Curik masa sekejap sementara tunggu member datang kat mid valley ni. Online pakai wireles kat Big Apple. (bukan antara yang kena boikot kan? kalo kena boikot gak, maklumkan ye!) Hurm, takde masa lagi nak buat sambungan kembali menerjah dunia blogging siri ke-2. Mungkin terpaksa kuburkan jek hasrat nak sambung benda alah tu. Sori ye pembaca semua. Huhu. Berikut ringkasan ape yang terjadi sepanjang minggu lepas.


1. Alhamdulillah, minggu PRK dah selesai. Bersyukur sangat dapat bekerja untuk PRK ni. Banyak pengalaman yang dapat ditimba walaupun kepenatannya agak melampau-lampau. hohoho. Apepun, PRK berjalan lancar kecuali beberapa insiden yang mencemarkan nama baik PKPIM. Kami ahli PKPIM berasa sedih dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan risalah fitnah yang memburukkan nama PKPIM. Persoalan aku, mengapa sampai begitu? Takutkah, tercabarkah atau jahil? Sungguh, aku tak dapat menerima perbuatan yang menghalalkan cara itu. Hurm.... Kepada sesiapa yang ada baca risalah mengenai PKPIM sepanjang PRK yang lepas, harap diteliti dahulu asalnya dari siapa. Semoga orang yang bertanggungjawab atas penulisan dan pengedaran risalah itu diberikan petunjuk dan rahmat dari Allah. Sungguh, bukan tarbiyah kami (PKPIM) mencaci cela pihak yang lain. Yang benar kami katakan benar, yang salah kami katakan salah. Bak kata Abang Kerol, PKPIM berasaskan kepada 'isu sentrik' bukannya 'parti sentrik' Lantas, di pihak mana pun, parti manapun, seandainya betul tindakan dan penghujahan mereka, pasti kami sokong. Biarlah dikatakan lalang sekalipun, kerana kami percaya yang benar tetap benar, dan yang salah tetap salah. Benda yang aku cakap ni, apply hanya kepada mereka yang terbuka mindanya untuk memahami. Bukan bagi mereka yang sempit pemikiran yang hanya beranggapan mereka satu-satunya yang BENAR. Astaghfirullahal 'azim....



Senarai nama calon selepas tempoh pencalonan ditutup




Awe di hari pengundian


Terjemahan kesabaran kami tercabar (Abang Saifullah mengoyakkan risalah fitnah - 'teropong' - ke atas PKPIM di hadapan hadirin selepas keputusan PRK diumumkan oleh Dato' Hamidon. Beliau meminta mereka yang bertanggungjawab atas penyebaran risalah itu untuk bersemuka dengan pimpinan PKPIM UIAM dalam tempoh 24 jam untuk clarification)



-tahniah kepada Fahmi! Berjaya mendapat undian tertinggi di Kuliyyah Ekonomi. dan tahniah juga kepada Awe yang kalah secara bermaruah!


Fahmi menerima ucapan tahniah dari Dato' Hamidon selepas majlis pengumuman pemenang PRK di Experimental Hall


2- Kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan awal banyak yang dah tertangguh. Aku masih lagi ada masalah dalam menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Beban semakin banyak. Mid-term dah dekat. Sesuatu perlu dilakukan. Hal jemaah, hal kelab, jawatan dan sebagainya. Ya Allah, adakah aku mampu untuk mengharungi segalanya dengan baik. Bercakap mengenai jawatan, baru-baru ni aku ditawarkan untuk menjadi presiden Censerve. Jauh di sudut hati aku tercari-cari apa sebenarnya yang mereka nampak pada diri aku yang kerdil ni untuk memgang jawatan yang bukan kecil tanggungjawabnya. Dan sebaiknya, aku cuba menolak untuk menerima jawatan tersebut. Sebab aku yakin ada lagi mereka yang lebih layak dan berkemampuan untuk berada di posisi tersebut. Pada masa yang sama aku tak mahu bila aku menerima jawatan tu nanti, aku terpaksa melepaskan beberapa kerja yang bagi aku sangat penting untuk aku terus berada di dalamnya. Above all, aku serahkan seglanya pada Allah. Perancangan Allah itu kan lebih baik. Semoga DIA memberi segala yang terbaik untuk aku dan juga perjuangan hidup aku.


3- Study agak bersepah skang. Huhu. Kesibukan terkadang menjadi alasan yang tak bleh diterima pakai. Dah tau kau sibuk syah, aturla jadual bagi leklok. Jangan dok lepak2 lagik! Huhu.. Susah kan bila kita dah ada komitmen ngan banyak perkara. Satu benda jek yang aku syukur, aku tak ada komitmen dengan wanita. Dan aku harap aku masih dapat berpegang teguh ngan pendirian aku untuk tidak meletakkan komitmen selagi aku belum habis study. Bila dah ada banyak komitmen ni, kekadang aku terpaksa korbankan banyak benda. Aku terpaksa menghadkan masa aku untuk leisure ngan kengkawan, terpaksa tak balik umah dua tiga minggu, kalo balik pun sebab nak amik kereta untuk pergi program (bila nak ada kete sendiri? terasa macam menyusahkan plak bila asyik meminjam ni)...terpaksa untuk menidakkan segala perkara yang penting bagi orang lain, tapi tak berapa penting bagi diri aku, dan terpaksa menjadi seorang yang sangat berkira tentang masa. Maafkan aku teman andai aku sukar untuk didekati kini. Huhu.. Adoiyai. Ngan adik aku pun dah makin jauh dah. Semoga Allah memberikan keberkatan masa untuk aku memperbaiki hubungan aku dengan manusia, dan paling penting hubungan aku dengan DIA. Kalau DIA tak pandang aku, macamana untuk aku teruskan perjuangan yang semakin menggila cabarannya nih.. Hurm.. Lepas ni, ada masa jek nak kena lepak kat library ar.. Teringat masa study kat library time nak final exam sem lepas. Best jek study kat library sebebnarnya. Sebab environment study tu ade. Kalo dok kat bilik, ape yang ade? Katil dan bantal yang menggamit2..hoho.. Pantang betulla! Masuk bilik jek, katilla arah tujuan mataku yang pertama..heheh... ditambah lagi hobiku yang memang suka tidor! Sesssuaaiii!


a) Keadaan bilik aku masa pertukaran perabot masa cuti sem lepas...







Sapela yang gatal tangah spray bilik aku ni. Angin jek! huhu...


b) Keadaan bilik lepas dah melalui proses renovation dan decoration. Hoho!






Gajet baru aku untuk sem ni, Amplifier (untuk disewakan), new laptop (acer 4935). Terletak kat hujung kaki katil aku. Huhu...

Align Center

Ni la katil tempat aku lepaskan keletihan aku. Tema hijau plak sem ni. Kalo tak kena spray bilik aku, aku biarkan jek, tapi sebab sakit mata tengok, takleh tahan ar...Cat terus!huhu...



Tempat letak buku yang limited. Tak besh. Yang dulu punya lagi best. Banyak ruang. Banyak lagi buku yang tak dapat letak kat sini. Terpaksa letak atas almari jek.


Ni la meja study aku. Tempat aku memerah otak aku. Kejap je la. Pastu katil kat belakang macam menggamit2 jek..Hampeh tulla! Huhu...


4- Aku sekarang dah mula boikot benda-benda yang kena boikot. aku dah tak pergi Mcd, KFC, Pizza, dah tak minum nestle Bliss (yang aku suka giler dulu), cuma milo jek aku selalu beli kat cafe...huhu. Kena substitute ngan benda lain nih. Apepun, mungkin usaha aku ni nampak kecil berbanding dengan penderitaan yang dialami oleh umat Islam kat Ghaza. Bila aku jenjalan kat Midvalley, saje jek aku wusha tempat2 yang disarankan untuk kita boikot, aku tengok masih ada lagi rakyat Malaysia yang Islam makan kat tempat2 tu. Hurm, tak tahukah? atau hanya sekadar memandang sepi kempen boikot yang dianjurkan. Aku rasa, dari kempen boikot yang rakyat Malaysia dah jalankan, Mcd ngan KFC dah terasa kesan dia. Buktinya, kalo tengok paper dua tiga hari lepas ada beberapa kolum khas dalam paper yang Mcd tulis memacam pasal contribution diorang kat society. Tapi takde plak sebut yang diorang takde kena mengena dalam menyumbang dana ke Israel. Hurm... Nak pancing simpati ke ape? Pastu ade plak aku baca statement dari sape tah kat Jcorp, diorang cakap yang diorang dah beli dah semua saham. so, KFC holding solely Malaysiannye company. Tapi, takde ke yuran yang diorang bayar kat puak2 yang kat 'sana' tuh? Hurm...masih lagi ada keraguan. Apepun, sejauh mana kita mampu untuk boikot bebenda yang disarankan boikot tu, BOIKOTLA! Bukannya susah pun. Nak rasa makan ayam KFC, kat pasar malam bersepah kot, burger pe sumer tu, kan ke banyak tetepi jalan. Ape salah bagi duet kat mereka2 yang memang bersungguh carik duet kan? Kalo ubat gigi, tukar jela ke Mukmin ke, terjamin gak halal dia. Ape lagi alasan kita. Bagi aku, kalolah kita merasai penderitaan mereka yang berjuang untuk hidup kat Ghaza tu, pasti kita tak terdaya nak membeli bebarang yang disarankan untuk kita boikot. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada aku dan juga semua Umat Islam yang lainnya untuk sama2 boikot. InsyaAllah. Kalo kita tak mulakan, macamana nak tau benda tu boleh jalan ke tak? So, anda fikirlah sendiri ye!



Banyak lagi benda nak citer..tapi masa tak mengizinkan. Setakat ni dulu ye...

Wallahua'lam. Assalamualaikum semua! (jawab ye!)
*Nota kaki:
Cuti raya cina ni, ramai pulak kengkawan datang KL. Kenala melayan mereka2 ni. Maaf sebab tak dapat nak pergi ke Tamrin Qiyadi adik2 matrik. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Kerja banyak lagi yang masih tertangguh. Hurm.... Semoga Allah permudahkan segala urusan aku. Ameen...

Wednesday, January 14, 2009

What is Our Stand?

Jadilah manusia yang punya hati dan perasaan Walaupun anda bukan seorang Islam, andai perkara ini terjadi di kalangan keluarga dan saudara mara anda, apekah masih dikira berperikemanusiaan? Orang ZALIM sahaja yang tidak kenal erti kemanusiaan....












Nota kaki:
Aku cemburu kerana sesungguhnya Allah telah memuliakan mereka yang berjuang di sana sebagai Syahid. Sedangkan aku di sini acapkali bergelumang dengan noda dan dosa yang tak berkesudahan. Andainya aku diberi peluang untuk bersama mereka....( terdetik pula dalam hati, kuatkah aku? andai cabaran yang sedikitpun terkadang aku tewas dengannya...) Bersama kita renungkan...
Andai anda tidak merasakan sedikitpun kesengsaraan mereka di Palestin, aku mohon untuk kalian sekurang-kurangnya menitipkan doa agar mereka terus kuat.

Kembali menerjah dunia blogging… (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog aku ni. Seperti biasa pertama sekali aku nak minta maaf kepada semua pengunjung blog ni seandainya isi kandungan blog aku ni tak berubah setiap kali korang masuk. Bukannya apa, jadual aku secara jujurnya taklah sesibuk mana pun, cumanya masa senggang yang aku ada terpaksa digunakan untuk membuat perkara-perkara yang lebih penting. Jadi, tak sempat la aku nak mendambakan diri aku kat depan laptop untuk berblog. Mohon maaf sekali lagi ye!

Alhamdulillah, bersama-samalah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang masih lagi memberikan nikmat kepada kita untuk terus bernafas di atas muka bumi-NYA yang dipinjamkan hanya untuk sementara. Sedar ataupun tidak, semakin hari kita semakin mendekati Hari yang dijanjikan oleh Allah sebagai hari di mana segala isi bumi ini akan dimusnahkan dan kemudian akan dihidupkan kembali untuk hitungan amal masing masing. Semakin kita menganjak hari, semakin itu usia akan meningkat dan semakin kita mendekati perkara yang jika kita sering memikirkan tentangnya, kita merupakan seorang yang bijak iaitu ‘AJAL @ MATI’. Semuanya itu berlaku terkadang di luar dari kesedaran diri kita. Semoga kita akan sentiasa beringat.

Hurm, terasa sedikit lain bila menulis blog. Mungkin natijah lama tidak berblog. Terasa macam skema pulak ayat yang ditaipkan. Huhu. Apepun semoga mendapat manfaat bersama. Pengisian blog aku ni mungkin agak ringan. Bermaksud segala apa yang aku bincangkan dan lampirkan di blog aku ni aku rakamkan melaului setiap saat pengalaman yang aku lalui.


Berikut aku rakamkan beberapa perkara yang telah aku lalui sepanjang sebulan yang lalu.

Sekadar untuk berkongsi pengalaman.

1. Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka

Dalam tidak sedar, dah sebulan lebih dah Misi itu berlalu. Tapi tidak bermakna kumpulan GPTD- Sri Lanka yang kami tubuhkan ini akan berkuburkan begitu sahaja. Sayang sekali saya kira andainya kumpulan ini dibiarkan sepi begitu sahaja sedangkan terlalu banyak perkara dan kerja yang perlu dilangsaikan. Setelah membuat post mortem hari tu (dah tak ingat bila), kami dah senaraikan lebih 12 perkara yang perlu kami lakukan sebagai follow up dari misi kesukarelaan kami di sana. Sungguh aku akui, perjalanan misi kami di sana dipermudahkan oleh Allah. Syukur. Allah memberikan pertolongan kepada kami satu kumpulan untuk menjalankan misi dengan baik.

Sepanjang misi aku ngan kengkawan kat sana, kitorang banyak pergi ke rumah-rumah Melayu dekat sana untuk buat banyak benda. Kitorang buat kelas Bahasa Melayu, ajar cara pakai tudung, ajar masak makanan melayu, ajar baca al-Quran dan kitorang sembahyang berjemaah sama-sama dengan penduduk melayu kat sana. Setiap kali program kami berlangsung, pastinya ramai orang-orang Melayu Sri Lanka yang akan turut serta terutama sewaktu kitorang kat Kurunegala. Pak Cik Jamalon banyak membantu dan membuka mata kami tentang bagaimana orang Melayu Sri Lanka hidup dekat sana. Pada pandangan mata kasar mungkin aku akan katakan mereka ni ok je sebenarnya. Tapi pada hakikatnya mereka ni mengalami suatu isu yang agak kritikal terutama sekali apabila usaha untuk memperjuangkan survival orang Melayu kat sana hanya didokong oleh beberapa pihak sahaja yang pastinya kurang mendapat publisiti di kalangan orang Melayu Sri Lanka itu sendiri. Seolah-olah mereka mahukan title Melayu dalam diri mereka itu dibuang. Anak-anak muda jarang sekali kelihatan bila kitorang buat program di rumah-rumah orang Melayu kat sana. Ke mana mereka pergi menjadi persoalan. Bercakap mengenai amalan agama pula, banyak perkara yang perlu disentuh. Untuk diperbincangkan dalam blog aku ni mungkin tidak sesuai. Mungkin aku boleh katakan bahawa amalan agama mereka tidak berada pada tahap yang baik. Amalan khurafat, mengharapkan karamah wali dan sebagainya masih lagi diamalkan. Pengajaran al-Quran di Madrasah pun mengalami masalah dari segi tajwid dan hukum-hukum dalam al-Quran sendiri. Kalau dikenang, terasa besar tanggungjawab aku dan kengkawan yang lain untuk menyumbang terus bakti kami di sana. Tekad kami untuk kembali semula ke Sri Lanka bagi meneruskan misi untuk menyelamatkan Melayu Islam di sana. Kalau ada yang di luar sana berminat untuk menyertai misi kitorang ni, boleh la maklumkan kepada kami ye.

Untuk laporan keseluruhan mengenai misi aku kat Sri Lanka ni, aku kira aku akan publishkan kemudian bila laporan penuh kami siap nanti. Buat masa ni, masing-masing tengah sangat sibuk dengan komitmen yang lain. Namun begitu kami masih lagi membuat perjumapaan dua minggu sekali bagi menyelesaikan segala tugasan yang telah kami senaraikan. Insya-allah, doakan kumpulan sukarelawan ke Sri Lanka ini akan terus komited dalam menjalankan da’wah di bumi asing. Semoga dengan doa kalian semua, kami akan terus bergerak dan dapat menyumbang bakti kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Insya-Allah.

Korang boleh gak tengok blog GPTD Sri Lanka untuk laporan perjalanan kami di Sri Lanka yang lepas. Semoga mendapat manfaat bersama.
http://www.gptd-srilanka.blogspot.com/

2. Bercuti dengan Family kat Sarawak

Seminggu lepas balik dari Sri Lanka, aku ngan family aku pergi bercuti kat Sarawak. Sebenarnya kitorang dapat jemputan majlis kahwin kawan kakak aku, merangkap kawan kepada mama ngan abah aku gak. So, dah alang-alang tu, kitorang pergila becuti sekali. Dah lama sebenarnya tak balik Sarawak ni. Dulu kitorang pernah dok kat Sarawak sepuluh tahun. Aku sendiri membesar di Sarawak. Darjah empat baru balik pindah KL balik. Tambahan lagi kitorang satu family dah lama tak pergi bercuti sama-sama. Kalau dulu, selalu jek kitorang gi jenjalan. Tapi skang bila memasing dah besar, and dah ada yang kahwin, dah makin kurang dah masa kitorang dok sesama. Dan aku rasakan waktu ni la waktu yang terbaik untuk kitorang rapatkan balik hubungan family. Ye la, kekadang tu, memasing busy ngan life memasing. Keje la, aku ngan program lagi. So, peluang yang ada ni kami gunakan sebaik mungkin. Kak ngah aku ngan family dia jek yang tak dapat ikut kitorang gi Sarawak. Takpela, maybe lain kali kot.

Dekat Sarawak ni, selain dari kitorang hadir majlis kahwin kawan kakak aku, kitorang ada gak pergi jenjalan kat sana. Jalan Sarawak ni tak banyak pun yang berubah. Aku siap boleh ingat lagi jalan nak pergi sekolah lama aku. Sebab aku yang jadi driver kat sana. Huhu. So, tak jadi banyak masalah sangat la dari segi jalan ni. Kalo sesat pun, senang dapat jalan pulang balik. Huhu. Rindu gile kat Sarawak. Tapi time tu kecik-kecik lagi. Tak ada apa sangat kenangan yang menarik. Huhu. Kengkawan pun dah lost contact dah. Ape pun, kitorang enjoy vacation kitorang kat sana. Aku attachkan gambar kitorang kat sana nanti…

3. Balik dari Sarawak dah mula busy dengan persiapan untuk masuk semester baru. Serius time seminggu dua minggu nak masuk sem baru sangat busy kot. Dahla time tu bilik tak siap lagi, sebab ganti perabot baru. Balik UIA awal gak. Pastu Dr. Fuzi bagi kunci rumah banglow dia kat atas bukit sebelah Zubair. Aku ngan geng-geng MRC ape lagi, lepak ar kat rumah yang besar itu. Giler best! Ahaha. Cayalah Dr. Fuzi, memang sporting giler ngan dak2 MRC ni. Memang patut pun kitorang yang MRC ni buat yang terbaik untuk mahallah dia. InsyaAllah. Awal semester sebenarnya sangat busy dengan pelbagai program. Ditambah lagi emosi kurang stabil, memang agak berat untuk meletakkan komitmen atas beberapa perkara. Maaf kepada semua yang mengharapkan aku akan beri komitmen, tapi akhirnya aku tak muncul-muncul. Perkara ni aku dah jelaskan pada semua yang terlibat and aku harap semua faham. Kalaulah mereka tahu apa yang aku hadapi sekarang ini merupakan satu ujian yang amat berat untuk aku. Acapkali sebenarnya aku diuji dengan perkara hitam yang terkadang menjengah kehidupan aku. Sungguh aku belum begitu kuat untuk melawan segala-galanya. Doakan sahaja aku akan terus tabah dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran ni. Huhu..Tetiba terfeeling syahdu lak…adoiyai!


*nantikan episod kembali menerjah dunia blogging (2).

- Kehadiran orang yang tak disangka

- Semester baru bermula

- Induction Course IMYC
- Laptop baru?

- My Evolution Camp

- Demo for Palestine

- Others related stories...


nota kaki:


Doaku agar Allah permudahkan jalan kehidupan ku, berkati setiap waktu dan rezekiku agar aku dapat terus berbakti pada jalan-Nya. Walaupun aku tahu kehidupan takkan selalunya indah, bahkan Allah akan terus memberikan ujian. Semoga aku terus tabah dan cekal.


Untukmu Palestin, aku di sini merasai keperitanmu, namun apalah dayaku... Hanya doa yang mampu aku kirimkan agar kalian di sana terus tabah.....