Followers

Saturday, January 15, 2011

Tentang Kehidupan

Assalamualaikum! Salam bahagia ye semua.

Alhamdulillah, tiada siapa lagi yang selayaknya aku panjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang aku perolehi ini melainkan pada tuhan Rabbul Jalil, Allah SWT. Dia tuhan yang ciptakan aku, kamu, mereka dan kesemuanya. Oksigen tanpa berbayar ini, DIA lah penciptaNya, tubuh badan pinjaman ini, DIA yang menjadikan, kacak atau comotnye aku dan kamu, terimalah seadanya. Akhirnya kan kembali pada tanah jua. Begitulah kehidupan, menerima apa jua seadanya. Menjadikan diri serba sederhana dalam setiap perkara. Bukankah seorang Mukmin itu perlu menjadi seorang yang 'wasotiyyah'? Tidak ekstrem!

Kehidupan pastinya akan berubah seiring gerakan masa.

Jika dulu,
aku seorang yang masih bertatih,
kemudian sudah pandai berdiri dan berlari,
kemudian pelbagai pengalaman zaman persekolahan yang mematangkan diri menghadapi kehidupan,
terus kepada pengajian di peringkat tinggi dan
seterusnya melangkah dengan penuh yakin ke alam pekerjaan.

Selepas itu?......

Ianya akan terus berjalan dan berjalan sehingga akhirnya nanti kita disatukan dengan bumi. Namun barang diingat, ada di antara kita yang perjalanannya hanya singkat sahaja. Dalam keghairahan menikmati habuan dunia mungkin pada saat itu jua, Allah tarik segalanya. Allahu Allah. Bagaimana persiapan kita sebagai hambaNya? Apa pernah kita terfikirkan? Buat aku, kamu dan dia, tafakur sejenak. Selami rasa itu.

Ada manusia dalam kehidupannya, selesa bermain dengan keadaan sekelilingnya sahaja, tidak dihirau apa jua perkara lain,

Ada manusia yang kehidupannya ditumpahkan pada mencari habuan dunia, tidak diimbangkan dengan mencari habuan akhirat.

Ada manusia yang tiada langsung dalam pemikirannya utk menjadi insan yang sempurna dan menyempurnakan manusia lainnya. Malah ramai pula manusia yang bobrok yang terus membobrokkan manusia lainnya. Mohon terhindar.

Manusia jenis apakah kita ini? aku dan kamu, mari tafakkur..

Tentang cinta? Ah, ramai mungkin ada falsafah cintanya tersendiri.

Bagi aku, biarlah ianya datang secara azali. Tidak perlu dicari. Pastikan ia dtg.

Seperti kasihnya seorang hamba kepada Allah,
kasihnya pengikut kepada Rasulullah,
kasihnya seorang ibu kepada anak-anaknya,
kasihnya seorang sahabat kepada temannya.

Semua itu tak perlu dicarikan. Ianya kan datang. Kasih itu akan sampai jua. Yakin pada aturan kehidupan yang Allah dah tetapkan. Yakinkan sahaja! Allah sudah aturkan segala.

Kehidupan ini pastikan lebih mudah jika manusia itu tahu akan takdir penghidupannya. Tetapi kenapa Allah sorokkan takdir itu, kenapa Allah hijabkan ia?

Dan saat itu, tersampailah makna sebuah khauf dan raja'. Takut dan berharap. Rujuk di sini. : http://3p4h.blogspot.com/2011/01/yakin-dan-berharap.html

Aku, kamu dan mereka kesemuanya, ini sebuah kehidupan yang padanya menjadi tempat bercucuk tanam yang hasil tuainnya hanya akan diperolehi di akhirat kelak. Percaya atau tidak?

PERCAYALAH, IMANILAH!

Ini rukun IMAN yang perlu diyakini bukan sahaja seorang ISLAM, tetapi buat mereka yang masih tercari-cari hidayah. Semoga mereka dipertemukan dengan HIDAYAH Allah. Ameen thumma Ameen!

Entah apa sahaja yang aku coretkan. Semoga bermanfaat. Saat masa terluang ini, baru aku terfikirkan betapa banyaknya peluang-peluang utk memperbaiki diri. Andai dibiarkan berlalu begitu sahaja, alangkah ruginya seorang yang bernama insan.

Jangan dilupa, pada setiap detik yang berlalu,

ada manusia yang semakin dekat dirinya dengan tuhan yang maha ESA,
ada manusia yang telah temui cintanya setelah mengharap pada yang ESA
ada manusia yang berjaya dalam perniagaan hasil usaha yang tiada putus asa dan raja' kepada Allah,
ada manusia yang berjaya memuhasabahkan dirinya, dan memulakan langkah utk menjadi diri yang lebih baik kehidupannya dari hari semalam,
ada manusia yang terus mencipta bahagia dengan kehidupan yang dihadkan pada syariat Allah,

Semuanya pasti dengan penghidupan yang terarahkan pada mengejar akhirat yang abadie! Itu janjiNya. "Wa man yattaqillaha yaj'allahu makhraja, wa yarzuqhu min haithu la yahtasib"

Jangan gusar dengan rezeki, sihat itu rezeki, anak-anak yang baik itu rezeki, oksigen itu rezeki, kawan-kawan yang baik dan memahami itu rezeki, pelajaran dan kerja yang baik itu rezeki.
Tidak perlu dihadkan rezeki itu pada nilai material semata-mata. Aku punya kamu yang membaca juga adalah rezeki.

Rezeki itu di mana-mana!

Tentang kehidupan, banyak yang nak diceritakan. Tapi semuanya pasti indah dan tertatur setelah disuahakan sebaik mungkin kemudian segalanya diserahkan pada DIA pencipta segala.

Allah itu maha ADIL. Percayalah.

Noktah.