Followers

Thursday, February 19, 2009

Kehidupan dan janji Allah

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang datang singgah dekat blog aku yang tak seberapa ni. Huhu.

Pastinya sekarang ni semua student UIA tengah bergelumang dengan buku-buku. Demam mid term masih lagi belum habis. Aku sendiri pun ada lagi satu paper untuk mid term. So far, so good la.. tapi ade gak beberapa paper yang aku tak berapa nak perform. Huhu.

Dalam kesibukan menelaah pelajaran, program pun berjalan ngan rancak gak. Dah tak cukup tangan kot nak handle semua. Tapi aku bersyukur sesangat sebab ramai kaki dan tangan aku yang lain mampu untuk memberikan komitmen dalam menjalankan program dengan baik. Baru jek selesai dengan Kem Mahabbah dan juga perjumpaan mentor mentee E.M.A.S yang pertama. Minggu ni (28/2) ngan minggu satu lagi (7/3), ade gak perjumpaan mentor dengan mentee secara formal. Bermakna kesibukan akan melanda dalam tempoh tersebut. And aku secara personalnya nak ucapkan terima kasih bebanyak kat Kak Dyll sebab banyak membantu aku untuk membawa EMAS ni dengan lebih baik. Bersyukurla... Kalau tak, aku pun tak tau ke arah mana aku nak bawak program yang aku ngan kengkawan lain dalam titian wahyu initiate kan ni. Berat sebenarnya tanggungjawab menjadi initiator ni. Nak memastikan survival program ni pada masa akan datang, bergantung kepada keberhasilan dan kejayaan program ni pada masa sekarang. Aku hanya mengharapkan yang terbaik. Insya-Allah.

Dalam kesibukan menguruskan Mentoring EMAS ngan satu program international nanti pada bulan april (International Muslim Youth Camp), sebenarnya aku hampir-hampir melupakan tanggungjawab aku yang perlu dilangsaikan bersama Grup GPTD- Sri Lanka. Sebenarnya, tak lupa pun, masih ada lagi sisi-sisi dan ruang untuk aku letakkan komitmen aku dalam grup ni. Terasa dengki melihatkan mereka yang begitu komited dengan aktiviti di dalam GPTD. Sekarang ni, Abang Suhail sedang berada di China bagi menjalankan misi dakwahnya selama SETAHUN. Setahun tu, lama kot! Huhu. Aku ni, baru je menghadapi ujian dakwah di negara orang selama 15 hari. Sebulan pun tak sampai. Apekah aku mampu untuk menjadi seperti Abang Suhail dan juga abang-abang senior lain di GPTD? Hurm, terasa begitu jauh lagi langkahku untuk menjadi seperti mereka. Banyak perkara yang perlu dipelajari jika benar-benar ingin masuk dalam arena dakwah secara universal ini. Yang paling utama adalah persiapan diri kita sendiri... Hurm, bila muhasabah balik, terasa banyak kelompongan kat dalam diri aku yang perlu diperbaiki dengan segera. Semoga Allah memberikan hidayahnya agar dipermudahkan jalan memperbaiki kelompongan diri. InsyaAllah.

Apepun, aku dan semua mungkin tahu dan sedar bahawa banyak benda yang boleh diselesaikan kalau kita berdisiplin. Tidak kiralah apa juga perkara, samada dalam menuntut ilmu, menyelesaikan kerja, memperbaiki diri, bermuamalah dengan manusia, dan yang paling penting sekali dalam menjaga hubungan kita dengan pencipta. Pendek kata sekarang ni, aku dan raamai di kalangan kita kurang disiplin dalam menjaga sesuatu perkara. Aku tak disiplin dalam menjaga hubungan aku dengan tuhan Rabbul Jalil, aku tak berdisiplin dalam menjaga hubungan aku dengan manusia dan makhluk lainnya. Aku lebih senang untuk hidup dalam dunia dan kelompok yang aku ciptakan sendiri, yang akhirnya aku sedar betapa segalanya ini menjurus kepada kehancuran yang amat dahsyat! Hahah.. Gempak tak threat tu?? Hurm, tapi kenapa ye manusia ni sering lupa atau sekadar ambil ringan dengan segala benda-benda yang pada dasarnya dia tahu dan mengerti akan sebab dan musababnya? Sungguh manusia itukan pelupa dan sentiasa lalai. Tapi perlukah itu dijadikan alasan?

Allah kan berfirman dalam al-Quran dan DIA bersumpah dengan masa dalam surah al-a'sr:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebaikan (benar) dan berpesan-pesan pada kesabaran"

Jelaskan janji Allah? Orang yang tak menjaga masanya (tak berdisiplin), pasti akan berada dalam kerugian. Dan dalam situasi aku sekarang, sungguh, aku merasakan aku tergolong dalam golongan yang dimaksudkan. Sebab, aku banyak habiskan masa dengan benda yang tak berfaedah, aku jarang melapangkan masa untuk mencari ilmu sedangkan aku tahu betapa dengkelnya ilmu agama aku.

So, untuk thread kali ni, aku sekadar nak bermuhasabah dengan diri aku dan diharap boleh menjadi muhasabah untuk diri korang gak. Betapa kita terkadang terlupa dan lalai dalam menguruskan kehidupan kita dengan baik. Jika dibandingkan umur yang kita habiskan sekarang dengan sahabat-sahabat Rasulullah, jauhnya perbedaan kita kan? Kenapa dan mengapa? Tepuk dada tanyalah diri sendiri...

Semoga menjadi pedoman bersama. InsyaAllah....

1 comment:

a.m.i.r.a.h said...

salam ...
huhu .. org bukak buku dia bukak blog ...
btw lama gak tunggu abg syah tulis post baru ... penat den tunggu .. hehe ...
btw post kali ni give meaning n memang berlaku pada umat manusia akhir zaman ini.. pada yang sedar 2 alhamdulilah tapi kalau yg x sedar 2 perlulah kita selamatkan terutama sekali umat islam ...
so teruskan usaha dakwah anda ... saya sokong dari belakang ...
cemerlang dunia akhirat