Followers

Thursday, July 23, 2009

We Care We Share-Penjara Kajang

Asalamualaikum semua!

Pertama dan selamanya bersamalah kita rafa'kan kesyukuran kita kepada Allah SWT. Banyak sangat nikmat yang telah Allah bagi dekat kita, dan rasanya sedikit sangat kita (baca:aku) bersyukur kepadaNya. Apakah kita dengan bongkaknya menjadi hamba yang tidak bersyukur? Fikir-fikirkanlah. Sedangkan Rasulullah kesayangan kita semua pun sanggup bangun di tengah keheningan malam sehingga bengkak-bengkak kakinya, dan ditegur oleh isterinya Saidatina Aisyah. Lalu baginda menjawab apakah aku tidak menjadi hamba yang bersyukur? Lantas, terjah la ruang fikiran kita, sedangkan Nabi kita yang maksum itupun ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur kepada tuhanNya, apatah lagi kita (baca:aku) ni yang tersangat banyaklah dosa-dosanya. Di mana kedudukan kita, renung-renungkanlah ye!

Ok, tadi tu sekadar renungan bersama jek. Menjadi peringatan kepada diri sendiri juga kepadan sahabat-sahabat hendaknya.

Berbalik kepada tajuk posting kali ni. Mungkin agak menarik untuk diceritakan pengalaman pertama aku berprogram di Penjara Kajang. First, memang nak say thanks sesangat kat Adrian yang ajak aku untuk join program We Share We Care ni. Dulu ada gak jemputan, tapi disebabkan ade kekangan yang tak boleh dielakkan, so kena la tolak.

Ok, about the program. Hurm, program ni kitorang fokuskan kepada remaja yang umurnya 18-22 tahun. Juvenil ke? takde ar. Diorang ni dah memang akan dikenakan hukuman yang sama seperti orang dewasa sebabnya umur dah 18 tahun dan keatas. So, dah tak dikira sebagai juvenil dah. Fokus program kali ni adelah mengenai Isra' dan Mikraj nabi Muhammad SAW, dan pengisiannya adalah solat.

Alhamdulillah, walaupun pertama kali masuk ke penjara, aku dapat cepat sesuaikan diri dengan nature dalam penjara itu sendiri. Melihatkan keadaan kehidupan dalam penjara itu sendiri tak ubah seperti duduk di asrama sekolah, maka aku kira mereka ini tidak ada bezanya dengan yang lain kecuali satu aspek sahaja. Mereka ini adalah antara insan terpilih yang satu ketika dahulu pernah tersilap langkah dan akhirnya Allah pilih mereka untuk diletakkan di penjara tersebut. Aku yakin kerana kasih sayang Allah la, mereka berada di penjara ini. Lantas dapat membendung mereka dari terus melakukan perkara-perkara yang merosakkn diri dan juga masyarakat. Banyakkan hikmah nya...

Program tak makan masa yang lama, lebih kurang empat jam. Bermula dengan nyanyian nasyid demi masa, kemudian tazkirah dari ustaz dan juga LDK. Di dalam LDK inilah aku dan fasi-fasi yang datang menerangkan dengan lebih lanjut peristiwa Isra' dan Mikraj ini dan kepentingan solat sebagai salah satu tanda ketaatan hamba kepada pencipta-Nya. Alhamdulillah, setiap pertanyaan kami direspon dengan baik, malah ada segelintir antara mereka yang tahu setiap perkara dalam solat. Lantas aku titipkan pesanan agar mereka yang tahu ini untuk membantu sahabat yang lain untuk mendalami maksud sebenar mengapa Islam itu menitik beratkan solat.

Banduan-banduan yang bersama dalam kumpulan aku ni terdiri dari pelbagai latar belakang. Tak sempat untuk mengetahui semuanya. Tapi yang pasti, dari setiap raut wajah yang ada bersama aku ketika di penjara itu, ada berbunga pengharapan agar suatu hari kelak, bila mereka keluar dari penjara, mereka ingin menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Ada antara mereka yang masih lagi di peringkat tahanan reman, di mana kes mereka masih lagi dibicarakan di mahkamah. Antara kes yang sempat dikongsikan bersama dengan aku ketika di penjara itu adalah kes bunuh (tikam sehingga menyebabkan kematian), dan juga kesalahan cabul, rogol dan liwat (3 kesalahan sekaligus), yang mana dilakukan oleh banduan tersebut dalam keadaan yang tidak sedar (kerana mabuk). Tidak ada apa yang aku dapat katakan melainkan mengingatkan mereka untuk memohon keampunan kepada Allah SWT atas setiap kesilapan yang telah dilakukan. Dan akhirnya menyerahkan segala yang lain kepada kebijaksanaan Allah. Sayang dengan umur mereka yang masih muda.

Banyak sebenarnya perkara yang bermain dalam fikiran aku semasa di penjara ni. Aku ingin sekali menyelami pengalaman kehidupan mereka di penjara. Namun, dengan keterbatasan waktu dan juga kawalan yang agak ketat di situ, menyukarkan segalanya. Namun jauh di sudut hati aku mengharapkan, banduan-banduan ini mendapat pendidikan dan pendedahan yang secukupnya tentang ilmu agama. Agar nanti, apabila mereka kembali ke pangkuan masyarakat, mereka mampu untuk menjadi agen perubah masyarakat. Biarpun suatu masa mereka pernah melalui saat hitam kehidupan masing-masing, namun andai diberi peluang, mengapa tidak semua itu boleh berhasil.

Wallahua'lam.

Special thanks to Ummi (Datin Fadilah), Adrian, Abang Mail for the opportunity given. and also thanks for all the mentors for making the programme a success one.



nota kaki: banyak lagi sebenarnya benda nak tulis. Tapi takut panjang and meleret-leret la plak.heheh. (Padahal malas nak menaip pepanjang...huhuhu)

2 comments:

suhailie said...

erm...mereka mmg insan terpilih. tak semua orang mampu menanggung ujian seberat itu. mungkin akak blh ckp mereka bertuah sebenarnya. Tuhan masih bg peluang untuk muhasabah diri. akak percaya setiap orang ada sisi gelap masing2 , cuma bezanya..sisi gelap mereka melibatkan undang2 di dunia ini. sisi gelap ni bagi akak adalah ujian yang mana bergantung pada kita untuk menjadikannya sebagai pengajaran atau terus leka dengannya.
itulah manusia. sisi gelap ni sebenarnya untuk mengelakkan diri dari riak dengan ibadah kita (suci dari dosa kononnya). orang yang merasa berdosa ni lebih takut pada Tuhannya...lebih besar harapannya supaya Tuhan menerimanya.
ya muqollibal qulub, thabbit qulubana ala dinik.

Anonymous said...

ape jek aktviti dorang ek..??