Followers

Thursday, July 23, 2009

We Care We Share-Penjara Kajang

Asalamualaikum semua!

Pertama dan selamanya bersamalah kita rafa'kan kesyukuran kita kepada Allah SWT. Banyak sangat nikmat yang telah Allah bagi dekat kita, dan rasanya sedikit sangat kita (baca:aku) bersyukur kepadaNya. Apakah kita dengan bongkaknya menjadi hamba yang tidak bersyukur? Fikir-fikirkanlah. Sedangkan Rasulullah kesayangan kita semua pun sanggup bangun di tengah keheningan malam sehingga bengkak-bengkak kakinya, dan ditegur oleh isterinya Saidatina Aisyah. Lalu baginda menjawab apakah aku tidak menjadi hamba yang bersyukur? Lantas, terjah la ruang fikiran kita, sedangkan Nabi kita yang maksum itupun ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur kepada tuhanNya, apatah lagi kita (baca:aku) ni yang tersangat banyaklah dosa-dosanya. Di mana kedudukan kita, renung-renungkanlah ye!

Ok, tadi tu sekadar renungan bersama jek. Menjadi peringatan kepada diri sendiri juga kepadan sahabat-sahabat hendaknya.

Berbalik kepada tajuk posting kali ni. Mungkin agak menarik untuk diceritakan pengalaman pertama aku berprogram di Penjara Kajang. First, memang nak say thanks sesangat kat Adrian yang ajak aku untuk join program We Share We Care ni. Dulu ada gak jemputan, tapi disebabkan ade kekangan yang tak boleh dielakkan, so kena la tolak.

Ok, about the program. Hurm, program ni kitorang fokuskan kepada remaja yang umurnya 18-22 tahun. Juvenil ke? takde ar. Diorang ni dah memang akan dikenakan hukuman yang sama seperti orang dewasa sebabnya umur dah 18 tahun dan keatas. So, dah tak dikira sebagai juvenil dah. Fokus program kali ni adelah mengenai Isra' dan Mikraj nabi Muhammad SAW, dan pengisiannya adalah solat.

Alhamdulillah, walaupun pertama kali masuk ke penjara, aku dapat cepat sesuaikan diri dengan nature dalam penjara itu sendiri. Melihatkan keadaan kehidupan dalam penjara itu sendiri tak ubah seperti duduk di asrama sekolah, maka aku kira mereka ini tidak ada bezanya dengan yang lain kecuali satu aspek sahaja. Mereka ini adalah antara insan terpilih yang satu ketika dahulu pernah tersilap langkah dan akhirnya Allah pilih mereka untuk diletakkan di penjara tersebut. Aku yakin kerana kasih sayang Allah la, mereka berada di penjara ini. Lantas dapat membendung mereka dari terus melakukan perkara-perkara yang merosakkn diri dan juga masyarakat. Banyakkan hikmah nya...

Program tak makan masa yang lama, lebih kurang empat jam. Bermula dengan nyanyian nasyid demi masa, kemudian tazkirah dari ustaz dan juga LDK. Di dalam LDK inilah aku dan fasi-fasi yang datang menerangkan dengan lebih lanjut peristiwa Isra' dan Mikraj ini dan kepentingan solat sebagai salah satu tanda ketaatan hamba kepada pencipta-Nya. Alhamdulillah, setiap pertanyaan kami direspon dengan baik, malah ada segelintir antara mereka yang tahu setiap perkara dalam solat. Lantas aku titipkan pesanan agar mereka yang tahu ini untuk membantu sahabat yang lain untuk mendalami maksud sebenar mengapa Islam itu menitik beratkan solat.

Banduan-banduan yang bersama dalam kumpulan aku ni terdiri dari pelbagai latar belakang. Tak sempat untuk mengetahui semuanya. Tapi yang pasti, dari setiap raut wajah yang ada bersama aku ketika di penjara itu, ada berbunga pengharapan agar suatu hari kelak, bila mereka keluar dari penjara, mereka ingin menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Ada antara mereka yang masih lagi di peringkat tahanan reman, di mana kes mereka masih lagi dibicarakan di mahkamah. Antara kes yang sempat dikongsikan bersama dengan aku ketika di penjara itu adalah kes bunuh (tikam sehingga menyebabkan kematian), dan juga kesalahan cabul, rogol dan liwat (3 kesalahan sekaligus), yang mana dilakukan oleh banduan tersebut dalam keadaan yang tidak sedar (kerana mabuk). Tidak ada apa yang aku dapat katakan melainkan mengingatkan mereka untuk memohon keampunan kepada Allah SWT atas setiap kesilapan yang telah dilakukan. Dan akhirnya menyerahkan segala yang lain kepada kebijaksanaan Allah. Sayang dengan umur mereka yang masih muda.

Banyak sebenarnya perkara yang bermain dalam fikiran aku semasa di penjara ni. Aku ingin sekali menyelami pengalaman kehidupan mereka di penjara. Namun, dengan keterbatasan waktu dan juga kawalan yang agak ketat di situ, menyukarkan segalanya. Namun jauh di sudut hati aku mengharapkan, banduan-banduan ini mendapat pendidikan dan pendedahan yang secukupnya tentang ilmu agama. Agar nanti, apabila mereka kembali ke pangkuan masyarakat, mereka mampu untuk menjadi agen perubah masyarakat. Biarpun suatu masa mereka pernah melalui saat hitam kehidupan masing-masing, namun andai diberi peluang, mengapa tidak semua itu boleh berhasil.

Wallahua'lam.

Special thanks to Ummi (Datin Fadilah), Adrian, Abang Mail for the opportunity given. and also thanks for all the mentors for making the programme a success one.



nota kaki: banyak lagi sebenarnya benda nak tulis. Tapi takut panjang and meleret-leret la plak.heheh. (Padahal malas nak menaip pepanjang...huhuhu)

Tuesday, July 21, 2009

Ape cer ni?

“Uish, ape yang bersawang sangat tempat ni? Takde orang ke duduk kat sini?”

“Hello, anybody here???”

……………………………………………

“Oit, tak gheti nak bagi salam ke masuk laman owang?”

“Erk! Huhu. Sori bro, ingatkan takde tuan tadi laman ni, tengok cam berdebu, sawang sana sini. Hurm, saudara okay ke tak? Is anything happen to you?”

“Hurm, panjang ceritanya….”

“Pendekkan bro… no hallah….”

“Ok, macam ni ceritanya, kesian gak tengok laman aku ni bersawang. Tapi tu la. Tak menyempat-nyempat nak bagi kesegaran baru. Tapi takpela, sebab kan ko dah datang laman aku ni, aku citerkanlah ape yang dah jadi kat aku sampai bersawang laman aku ni. “

Kan aku ada cakap nak buat update pasal MIYD time by time kan? For that, for those who are waiting for my update I want to apologize for not doing so. Ok la. Ni simple update about the MIYD:

2nd day: Hari ni banyak giler lectures. Aku kira-kira, adela dalam 13 lectures. Pergh, giler pe? Dekat UIA dengar tiga lectures satu hari pun dah tepu macam ape dah. Hehe. Tapi tu aku ar. Delegasi Sri Lanka? Hurm… SAMA JEK. 2X5 kowt! Ahaha. Some of the lectures, quite interesting but most of ‘em are just so so jek. Bleh plak diorang main baca jek present paper diorang. Mau tak bosan. Keje aku menghabiskan gula-gula yang hotel provide jek kat atas meja. Mau kena kencing manis. Hehe. Kalo tak, kompom ar aku tertido masa lectures tu. About what they presented, I couldn’t share much. Sebab actually benda-benda yang diorang present ni dah lama dah diperbincangkan. And takde something new pun. Cuma yang best nye, aku dapat peluang berjumpa dengan salah sorang penggerak kempen untuk Presiden Barrack Obama, Chet Sisck. Dia ni berkongsi pengalaman dia berkempen dan macamana cara dia raise fund untuk bantu kempen diorang. Dapatla input sket sebanyak tentang macamana nak gunakan pelbagai cara untuk generate income. So, 2nd day ni, dipenuhi dengan lectures sampai la petang. Malam takde pape.







3rd day: Jumaat. Hari ni kitorang ade workshop. Untuk bincangkan peranan beberapa pihak macam kerajaan, NGOs, Media ngan society dalam menangani isu Gender Equality ni. Perbincangan yang agak menarik dalam group aku. Masing-masing menceritakan pengalaman mengenai isu tersebut di Negara masing-masing. Bukan senang sebenarnya nak dapat peluang yang macam ni. Best! Huhu. Masa ni, rasa bersyukur sangat ada kat Malaysia, yang aku kira isu diskriminasi gender dah lama diketepikan. Namun dalam masa yang sama, kita masih lagi menerima rasional bahawa tak semua perkara mampu dibuat oleh perempuan, and the same goes to the man. So, for me, first and foremost, we have to understand the differences between men and women, know the strength and weaknesses of both gender, and try to completing each other. That is the better way to look at this issue of gender equality. Perbincangan diteruskan sampai waktu nak Solat Jumaat. Kitorang yang lelaki ni dibawak ke masjid yang terdekat dengan menggunakan van hotel. Bayangkan, berapa trip kena ulang-alik amik kitorang kat hotel. Pastu betapa packnya kitorang duduk dalam van tu. Huhu. Tapi, takpe. Demi menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim. Alhamdulillah, sensitiviti ini masih dijaga oleh pihak penganjur. Walaupun sepanjang program ni, tak pernah ada sedikit pun sesiapa antara pembentang yang menyentuh tentang aspek pandangan Islam tentang gender equality ni. Hurm. Aku? Kerdilnya aku rasakan diri aku saat itu untuk berbicara mengenai isu yang tidak menjadi kepakaran aku. Ok, seterusnya nak dijadikan citer, lepas solat Jumaat, ade beberapa perkara yang aku kena selesaikan kat Bandar. Nak kena belikan nombor baru untuk delegasi Sri Lanka ni. Diorang nak guna telefon. So, kena la pegi beli SIM kad yang baru. So, aku ajak ar dua orang kawan Sri lanka baru aku, Naqeeb and Najeeb, they are both siblings actually. Huhu. Kitorang pegi la dekat Banda Hilir. Dalam otak ni dah memang bercadang nak gi tengok citer Transformers yang baru keluar semalamnya. Ahaha. Dah alang-alang ada kat Bandar, kitorang pun ambilla peluang tengok movie. Pergh! Jahat kang. Lari dari program. Hehe… Nak buat caner. Inilah yang dikatakan, sambil menyelam minum air. Dua dalam satu. Dah habis tengok movie, rush balik hotel sebab malam tu nak kena gerak awal pegi rumah Datuk Ali Rustam, ada dinner kat sana. So, malam tu dapatla masuk rumah kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka yang dah kompom terserlah kemewahannya! Huhu. Makan dengan sangat banyak! Ahaha. Keje melantak je datang program ni. Malam tu ade jugak majlis pelancaran buku pasal dadah yang merupakan resolusi yang dah dibuat pada MIYD beberapa tahun lepas. Ada jugak persembahan tarian dari penari yang datang khas dari Bangladesh. Layan kan je la… huhu.. menggeleng kepala lagi… apepun, aku ngan geng-geng Sri Lanka enjoy dengan dinner malam tu. Balik dinner tu, sempat lagi diorang bawak kitorang ni pegi MYDIN. Pergh. Dah la nak dekat tutup dah. Selamba jek kitorang delegasi yang datang MIYD ni masuk pastu baru nak shopping. Sebenarnya, Datuk Ali Rustam nak tunjuk jek yang dia ada MYDIN kat Melaka. And guess what? Dia belikan kitorang baju t-shirt sorang sehelai. Pergh! Best2. Heheh. Dapat benda free, sape tak suka kan? Ok, dah penat habiskan duit, balik hotel. Rehat!








4th day: Which was the last day of the programme. Hari ni kitorang approvekan resolusi yang dah dibincangkan dalam workshop semalam. Sepatutnya nak approvekan benda resolusi ni nak minta persetujuan jek tentang setiap inci perkara yang ada, tapi it turns out jadi macam kelas belajar bahasa Inggeris plak! Kelakar betulla. Kejap orang ni cakap perkataan ni tak sesuai guna la, pastu grammar tak betulla, better guna this word rather than that word…bla..bla..bla… Just imagine, nak pass kan one by one punya resolution. Satu sentence pun dah amik masa almost 10-20 minutes nak pass! OMG. Huhu. Layankan jela…menggeleng kepala sekali lagi. Hurm… so, sepanjang pagi sampai petang, kitorang buat benda alah tu. Sampai la semua dah passed! Lepas dah selesai dengan approval of resolution, kitorang dibawak berjalan ke Melaka. Berjalan ke? Hurm, tak la sangat. Setakat bawak kitorang pegi naik eye on Malaysia (which aku naik untuk kali ke berapa dah..tak ingat!), ngan naik menara Taming Sari (again?!). Well, sebab naik ngan different group, aku pun layankan je la. Eye on Malaysia totally bored, yet Menara Taming Sari still has something that far better view than EOM! Dah turun dari menara Taming Sari tu, terus balik ke hotel. What the heck! Kejapnya bagi kitorang jalan. Heheh..Tak bersyukur langsung kan aku ni. Maap la ye. Takpela, etang tu balik jek hotel, ape lagi, turn kola mar. Kitorang main pool. Memang best ar! And malamnya, ade farewell dinner. Dinner again! Ok… Just follow what they had planned. Jangan banyak mulut. After all, bukan senang kot nak dapat enjoy bebenda macam ni. So, LAYAN! Ok, ak tak nak komen banyak pasal dinner malam tu. Yang penting aku hanya mampu menggelengkan kepala berkali-kali dan menelan air liur entah berapa gelen. Hurm, what can I expect kan? Programme that consist of international participants, with different background and religion, of course this dinner will turn out like something really not Islamic! OMG. May Allah forgive all of my sins for being innocently unable to change the situation there. They are dancing all the nite, just like a club. Hugging here and there, luckily no wine is being served. Gosh! Ok…Enough with that. And the farewell dinner was a relieved. The programme marked it ends then. And tomorrow another programme specifically for the Sri Lankan delegation will be started. And officially, my job as tourist guider has just begins.

Last day at Melaka: As usual, pagi pegi breakfast kat café hotel. Makan sebanyak mungkin. Last day ma! Heheh. Bus was ready by 9.00 o’clock yet all the delegation are not ready. Approximatley by 10.30 o’clock, we leave Melaka and all the memory that we created there for the last four days. So, MIYD was done!

Next update will be on the Vision 2025 & Future Muslim Leaders of Sri Lanka proramme which was held at Masjid Ghufran, TTDI.








1st day of the programme: We leaved Melaka for Putrajaya in our first day of the new programme. Arrived at Putrajaya around 11.00 o’clock and we visited the Mosque of Putrajaya. Dekat masjid ni ada beberapa perkara yang aku tak puas hati dengan layanan sekuriti-sekuriti yang bertugas. Yang pada aku, seandainya ada pelawat non-muslim datang pastinya itu bukan gambaran yang terbaik bagi seorang yang memegang title Islam. Pelawat-pelawat yang datang ada antaranya yang kena marah, ditinggikan suara, terkapai-kapai berjalan area masjid tanpa ada sesape pun yang attend untuk entertain diorang. Ape yang terjadi sebenarnya. Nak kata waktu weekdays, hello, kitorang datang tu hari Ahad ye! So, u have to expect that weekends akan datang lebih ramai visitors. So, mana plan of action korang? Mana orang-orang yang sepatutnya bertanggungjawab menggunakan peluang ni untuk menyebarkan Islam? Kalau kawasan dalam masjid, ada antaranya kawasan larangan bagi non-muslim, kenapa tak diterangkan dengan lemah lembut. Perlu ke nak tinggikan suara halau?!! Aku marah giler hari tu. Dah la pelawat tu dimarah sebab masuk kawasan larangan, lepas tu tak ada sorang pun kakitangan yang bertugas datang untuk menerangkan kenapa dan mengapa larangan itu dikuatkuasakan? Tidakkah itu menonjolkan imej negatif pada ISLAM itu sendiri! Aku dah rasa tak sedap dah berada di kawasan masjid tu. Aku bawak semua delegasi Sri Lanka jalan-jalan keliling masjid, pastu terus bawak diorang keluar.

Lepas habis pusing-pusing area putrajaya, amik gambar segala, kitorang pegi shopping kat KLCC. Kat situ kitorang makan lunch kat food court yang ada kat situ. Yang bestnyer, aku tak kuar duet pun untuk lunch aku!hehe.. Auntie Fawaza belanja lunch aku walaupun puas aku menolak. Nak buat caner. Kang aku terus menolak kang, kecik ati la plak. Huhu. Layankan je la. Kitorang spent around 2 and half hours shopping area klcc. Pastu berkumpul balik kat bas. Destinasi berikutnya Masjid India. Huhu. Pepaham je ar kalo dah pegi sini. Memang shopping sakan ar diorang. Tengok je ar gambar kat bawah ni. Itu baru first day. Esok dan hari berikutnya akan ada lagi masa untuk diorang shopping. Huhu.








2nd day- aku ringkaskan perjalanan kitorang hari ni. Tak larat kot nak tulis banyak-banyak. Hehe…

Hari tu dengan menaiki Metrobus, kitorang pergi ke beberapa tempat, antaranya adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Belia Malaysia, PERKIM ngan RISEAP. Banyak dengar lecture jek kat tempat-tempat ni. Lepas habis kat RISEAP, kitorang bawak diorang pegi shopping lagi! Huhu. Memang kaya la Malaysia ni. Malamnye, ade talk by Dr Abdul Razak, dari Malaysia Relief Agency. Aku pernah jumpa dan berprogram ngan Dr Abdul Razak ni masa pegi ke orang asli Perak tiga tahun lepas kot. Memang seorang yang sangat komited ngan tugas-tugas berdakwah ni. Memang saspek ar orang macam dia. Huhu.Habis talk dari Dr. Abdul Razak, kitorang pun balik berehat untuk kumpul tenaga untuk hari esoknya.







3rd day- Ok, hari ketiga tour diorang ni, kitorang bawak pegi UIAM jumpa dengan Prof Dr Jamal Badi, lepas tu terus pegi UNISEL kat Shah Alam jumpa dengan Prof. Dr Mohd Nor Nawawi. Dengar lecture yang best gak kat sini. Lepas lunch sumer kat UNISEL, kitorang bawak diorang pegi masjid biru Shah Alam. Diorang teruja bila tengok masjid tu. Sebab kat Sri Lanka susah nak tengok masjid yang besar-besar ni. Semoga masjid ini menggambarkan bagaimana syiar Islam di Malaysia dihidup bugarkan, dan member panduan kepada mereka pulak untuk diaplikasikan kat Sri Lanka nanti. Kitorang solat sumer kat Masjid, lepas tu bergerak ke Universiti Malaya jumpa dengan DAto Dr. Osman Bakar. Talk yang baik dari dia. Aku saspek kat dia sebab mampu gak luangkan masa untuk bersama kitorang walaupun malam tu dia akan berlepas ke Jepun. Habis program kat UM, kitorang bergerak pulak ke Pejabat Milenia, ala..yang produce majalah Milenia, Aniqah ngan Forward tu. Dapatla majalah free kat sini, and berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman bersama ngan pengarang-pengarang diorang kat sana. Bebudak Sri Lanka ni dah tak sabar-sabar dah nak pergi shopping. Hari ni la hari terakhir diorang nak shopping sakan kat KL ni sebab esok dah nak balik Sri Lanka. Kali ni, kitorang pecah kepada dua tempat. Low Yat ngan Masjid India. And dah kompom ar ramai yang nak pergi Masjid India. Aku plak kena ar bawak beberapa orang yang nak pergi beli barang-barang computer ke Low Yat. Bawak diorang naik lrt. Teruja jek diorang. Hurm. Layankan je la. Lama kitorang bagi masa, adela dalam 4 jam gak untuk diorang shopping. Malam tu, balik jek tempat penginapan kat Masjid ghufran, terus dinner. Takleh tahannya lapar! Ahaha. Penat shopping, perut pun lapar ar. Malam tu takde program ape. So, diorang ni kena la berkemas. Pack-pack barang semua untuk departure esok. Macam-macam perangai la bleh tengok waktu ni. Memasing tunjuk bebarang yang diorang dah beli, pastu compare harga memasing. Yang tak muat beg pun ade gak. Puas la sumbat semua barang dalam beg. Korang bleh bayangkan la betapa besarnya beg-beg diorang ni. Huhu. Aku yang dah kepenatan, memang dah takleh tahan dah mata. Sambil-sambil burn DVD gambar diorang, sekali terlena da…huhu..Penat sangat gamaknya.







Last day- ok, hari ni mood dah tak berapa ok sangat. Ye ar. Diorang pun dah nak balik. Banyak kot kenangan ngan diorang ni. Huhu. Apepun, semuanya akan menjadi kenangan yang paling indah. Hurm, pagi tu diorang kena present tugasan yang kitorang bagi. Best gak presentation diorang ni. Tengok je la gambar-gambar yang diattachkan sekali. Selesai semua pembentangan, pastu semua orang dah cakap buat kali terakhir, ucap terima kasih ape sumer, dah masanya bergerak ke KLIA untuk balik ke Sri Lanka. Fight diorang dalam pukul 2.00 petang tapi kena check in dua jam awal. Sampai jek kat KLIA, tolng diorang check in and boarding sumer beg2 diorang, dah tiba masanya untuk berpisah. Sebelum berpisah tu, sempat lagi diorang ni belanja aku makan McDonald! (oit! Boikot ar….ooopsss!). Nak wat caner. Dah McD jek yang paling dekat ngan tempat pelepasan diorang semua. Penat dah aku menolak, tak best ar plak kena belanja ni. Huhu. Padahal dalam hati ni, macam best giler dapat appreciation macam ni. Diorang sumer macam best jek! Memang enjoy dapat kawan ngan diorang ni. So, bila dah sampai masanya, pastinya akan berlaku jugak perpisahan. Kitorang besalam and peluk sesame. Lepas tu, aku lepaskan diroang pergi. Semoga segalanya akan baek baek sahaja. InsyaAllah. Apa yang aku harapkan pengalaman yang diorang timba dekat Malaysia ni dapat memberikan manfaat yang besar kepada diorang semua. Bukan mudah untuk organize benda ni untuk mendapatkan hasil yang terbaik, terutamanya dalam melahirkan future muslim leaders yang pastinya bukan boleh d ‘groom’ dalam masa seminggu. Namun, sekurang-kurangnya, dari pengalaman yang mereka dapat sepanjang kat Malaysia ni dapat memberikan gambaran kepada mereka. InsyaALLAH, akan berjumpa lagi dengan diorang ni. Pernacangan untuk ke Sri Lanka dah ada. Cuma belum mampu untuk bergerak lagi. Semoga diberikan kelapangan. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Selesai program bersama dengan sahabat-sahabat dari Sri Lanka.





JAYA 2009

Belum pun sempat melepaskan lelah program yang lepas, kena betungkus lumus plak dengan Program Nadwah Kepimpinan JAYA 2009. Program ni memang program tahunan PPIPJ (sekarang PPMPJ) yang mengumpulkan pelajar-pelajar, particularly pimpinan PPI (Persatuan Pelajar Islam) beberapa buah sekolah sekitar Petaling Jaya. Untuk program kali ni, aku bertindak sebagai trainer. Tapi aku boleh katakan performance aku sebagai trainer untuk JAYA kali ni not as good as what I’ve been given for the last few JAYA. Maybe sebab preparation yang tak berapa baik. Aku tak ada banyak masa nak finalize semua modul. Just main cekup jek modul mana yang ada. Hurm, rasa menyesal juga sebab tak dapat berikan yang terbaik. Tapi sekurang-kurangnya, aku mengharapkan peserta JAYA 2009 kali ni dapat sedikit manfaat kalaupun tidak banyak. Peserta kali ni pun tak berapa active gak macam peserta-peserta JAYA yang lepas. Most of them are passive. So, dari segi pengawalan mood program agak sukar. Dan aku akui, aku gagal dalam mewujudkan suasana yang baik dalam program kali ni. Namun begitu, syukur, segalanya berjalan dengan baik walaupun still ade lacking here and there. Boleh improve lagi pada masa yang akan datang. InsyaAllah.

Begitulah sedikit sebanyak aktiviti aku sepanjang lebih kurang dua minggu cuti semester. Alhamdulillah, aku dapat jugak luangkan masa cuti aku bersama family aku pada minggu terakhir cuti. Walaupun tak sepenuhnya sebab ada perkara-perkara yang memerlukan aku keluar ke sana ke mari, namun sekurang-kurangnya ada masa yang aku luangkan bersama keluarga aku. Alhamdulillah,syukur sangat…

Lepas ni aku akan sambung cerita di awal semester plak. Tunggu ye!