Followers

Monday, June 30, 2008

Salam Perkenalan kepada Dunia Blog

Assalamualaikum WBT

Pertamanya dan selamanya, saya ingin panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT di atas nikmat Iman dan Islam serta nikmat kesihatan dan waktu sehinggakan saya mampu untuk melahirkan blog saya sendiri yang dinamakan Pelan-Pelan Kayuh. Motif penggunaan nama tersebut yang juga kerap kali menjadi 'trademark' saya bila berkata-kata adalah untuk menyampaikan maksud bahawa kita sememangnya tak dapat nak buat semua benda dalam satu masa, tak boleh nak capai cita-cita dan matlamat dalam jangka masa yang singkat. setiap satu perkara pasti kena lalui jalan-jalan tertentu untuk sampai ke arah matlamat yang sebenar, dan tika jalan-jalan itu dilalui pasti akan ada onak dan duri yang terpaksa ditempuh, lantas dengan mengambil sikap pelan-pelan kayuh (sekadar menggambarkan kita melalui jalan itu dengan mengayuh basikal), sudah pasti setiap halangan dan dugaan yang datang, akan dapat ditempuh dengan selamat, lantas dapat sampai kepada pengakhirannya dengan selamat.

Penggunanan petikan 'Khayrul Bidayah Tadullu a'la Khayrul Nihayah' yang bermaksud permulaan yang baik akan membawa kepada pengakhiran yang baik pula adalah sebagai harapan bahawa permulaan tangan saya membuka blog ini, diharapkan dapat memberikan manfaat kepada diri saya dan juga sahabat-sahabat yang datang berkunjung dan melawati blog saya. Lantas saya memohon sumbangan idea, kritikan yang membina serta pandangan dalam usaha kecil saya ini bagi memastikan ianya terus segar dan relevan kepada semua.

Untuk akhirnya, sama-sama kita mendoakan kesejahteraan umat Islam, semoga kita terus diberikan kekuatan untuk menempuhi dugaan dan cabaran dunia yang semakin menggugah keimanan. Semoga, gerakan da'wah kita takkan pernah lemah, lantas akan tetap terus memberikan JASA kepada semua. Ameen ya Rabbal A'lameen.

"Hidup Biar Berjasa"

3 comments:

alifzaimimra said...

slm syah...

chaiyok2..pelan-pelan kayuh..moge kite semua selamat ke destinasi yg dituju. Hidup Biar Berjasa!! ;)

izuqila said...

salam shah..
izu & qila nie..tahniah jgk ats kewujudan blog pengayuh ni..hehe..

p/s: jgn lupe ltak link kitorg kt blog..

Atiqah Talib said...

salam, syah..
tahniah! hehe dh jumpe blog..
jom same2 'kayuh' blog masing2!

agi idup agi berjasa..