Followers

Monday, June 30, 2008

Takziah buat keluarga Abang Anuar Musa (Abg Lek)

Terkedu jap pagi tadi bila dapat message ni >> Al-Fatihah kepada ayahanda Anuar Musa (Lek) atas pemergiannya ke rahmatullah awal pagi tadi.
Abang Lek antara orang yang saya kenal agak rapat, pernah berusrah bersama, makan bersama, program bersama. Bila dapat berita pemergian ayahanda dia ke rahmatullah, agak terkejut, perasaan sedih terus menyelebungi diri, terasa betapa berat ujian Allah yang ditimpakan atas beliau. Namun, itu hakikat yang kita perlu hadapi, dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...
Salam takziah buat abang lek sekeluarga, semoga roh ayahanda tercinta dirahmati oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Al-Fatihah...

2 comments:

alif zai mim ra said...

moga roh ayahanda abg lek ditempatkan bersama-sama orang2 yg beriman. aameen...

hajarJazz said...

Semoga roh ayahanda abg Nuar bersama org2 yang beriman.. Al-Fatihah.. sampaikan salam takziah kepadanya k?