Aku benci apabila terpaksa untuk melukai hati orang lain,
Aku benci melihatkan orang lain merasa terluka kerana aku,
Aku benci tatkala aku tak mampu untuk memenuhi hajat orang lain,
Aku benci bila melihat sahabat aku terkapai-kapai meminta pertolongan, tetapi aku tak mampu untuk membantu,
Aku benci kerana aku hanya mampu melihat kesukaran hidup orang lain dan aku tidak dapat membantu mereka secukupnya,
Aku benci melihat segala kemungkaran yang berlaku di hadapan mataku dan aku hanya mampu memandang,
Aku benci pabila terkadang aku turut sama terlibat dengan segala kemungkaran yang membinasakan,
Aku benci orang meletakkan diriku sebagai seorang yang sempurna segalanya,
Aku benci kerana aku tak mampu memberitahu dunia bahawa aku inginkan segala isi buminya bahagia dan tenang....
Aku benci bukan kerana aku insan yang tidak bersyukur,
Keyakinanku, "Seandainya kamu bersyukur, akan Kami tambahkan nikmat kepada kamu, Andai kamu Kufur, nescaya azab Allah sangatlah pedih!"
Hakikatnya,
Aku bukan insan sempurna,
Aku banyak kelemahan,
Maafkan aku atas segala kekurangan itu,
Aku tak mampu untuk tewaskan nafsu menggila,
Aku tak mampu menjaga hati dan perasaan orang lain,
Aku tak mampu memenuhi setiap hajat kerana kudratku terbatas,
Apa yang aku mampu, mengharapkan kasih sayang dan rahmat Allah dalam setiap inci pergerakan ku,
MurkaNya merupakan bala buat aku,
Sedang aku sedar aku tak mampu menahan seksaan api nerakaNya kelak,
aku tak mampu,
sungguh,
aku malu untuk menghadapNya nanti,
Banyaknya dosaku pada manusia,
Pada Allah apatah lagi...
Oh tuhan, apakah masih punya ruang untuk aku kembali dalam pelukan kasih sayang Mu,
Sedang aku semakin jauh mengejar alpa dunia,
Aku buntu mencari jalan keluar pada semua ini,
Bantu aku wahai Tuhan...
Maafkanku sahabat andai aku gagal dalam menjaga persahabatan kita,
Aku bukan sahabat yang baik, sahabat yang apabila dilihat wajahnya maka akan teringatlah akan Tuhan,
Jauh sekali aku untuk dibandingkan seperti itu.....
Semoga, hari-hari mendatang lebih memberikan ruang cahaya kehidupan yang lebih ceria,
Aku mahu mereka yang berada di sekelilingku bahagia, sering tersenyum dan tertawa,
Terpancar nur keimanan dalam setiap tutur bicara,
Semoga hari esok menjelma dengan sempurna,
Oh tuhan, ampunkanlah dosa diriku dan semua umat Islam....