Assalamualaikum semua...
Mungkin ada yang menantikan cerita dari aku tentang pengalaman menjalankan misi kesukarelaan ke Sri Lanka yang lepas. Buat masa ni, aku masih lagi belum berkesempatan untuk menulis mengenai pengalaman itu. Tunggukan kemunculannya nanti ye. Harap boleh bersabar. Huhu.
Esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji. Hari kebesaran untuk umat Islam. Bayangkan berapa juta umat manusia skang berada di tanah haram untuk mengerjakan rukun Islam yang ke lima. Entah bila giliran aku kan tiba untuk menjadi tetamu Allah di sana.
Dan seperti biasa, bila nak raya haji ni, semua akan bercerita mengenai pengorbanan. Banyak orang mentafsirkan pengorbanan dalam pelbagai bentuk. Pengorbanan harta, masa dan sebagainya. Dan bagi aku, pengorbanan merupakan satu perkara yang sukar dilakukan bagi mereka yang tak punya perasaan belas kasihan. Maksud aku, mereka yang tidak meletakkan prinsip sayang menyayangi kerana Allah akan sukar melakukan pengorbanan yang berlandaskan syariat Islam itu sendiri. Mungkin ramai yang merasakan diri mereka dah banyak berkorban untuk seseorang, dah banyak menghabiskan waktu dan wang ringgit untuk melakukan itu dan ini. Tetapi atas sandaran apakah pengorbanan itu. Adakah untuk mendapatkan cinta dan nama? Lantas, apakah pengorbanan yang sebegini diambil oleh Allah sebagai amal ibadat kita? Wallahua'lam.
Bagi aku, dalam sedar tak sedar, banyak juga sebenarnya benda yang terlepas pandang bila berbicara soal pengorbanan ini. Kita terkadang merasakan yang kita sahajalah yang buat itu dan ini. Orang lain hanya duduk bergoyang kaki. Kita merasakan hanya kita sahaja yang layak untuk buat kerja tersebut, hakikatnya kita tak pernah mengajak orang untuk turut serta bersama kita. Kita mengharapkan orang lain akan memandang segala pengorbanan kita dalam memastikan sesuatu perkara itu berjalan lancar, tetapi bila manusia tidak memandang dan memuji segalanya, kita bersungut pula. Menuduh orang lain tidak meghargai pengorbanan kita. Persoalan aku adalah, perlukah dalam setiap pengorbanan itu dituruti dengan sebuah penghargaan yang menggunung tinggi? Dan perlukah kita bersungut apabila tiada seorang pun yang memandang setiap perkara yang kita lakukan? Di mana kita meletakkan prinsip melakukan sesuatu itu ikhlas kerana Allah taa'la dan lupakah kita bahawa Allah itu Maha Melihat setiap perkara yang dilakukan oleh Hamba-Nya? Hurm..sesuatu yang perlu difikirkan oleh kita semua....
Semoga kita dapat menyucikan kembali niat kita dalam melakukan sesuatu perkara yang memerlukan pengorbanan. Tidak kiralah pengorbanan yang kita lakukan itu sebesar mana sekalipun. Walau tiada insan yang memberikan ganjaran, yakinlah ganjaran yang menanti di alam 'sana' itu lebih besar dan tinggi nilainya.
Masih banyak lagi perkara dan kerja yang perlu dilaksanakan yang pastinya menuntut pengorbanan yang bukan calang-calang. Aku juga masih belum berkesempatan untuk merealisasikan semuanya. Aku mahu melihat muda mudi kini sekurang-kurangnya tahu akan kepentingan menjaga akidah mereka. Namun kudratku terbatas. Sedang aku juga perlu memperbaiki diri yang serba kekurangan. Semoga Allah menetapkan hatiku dan semua hati pejuang Islam untuk terus berjihad menjadikan Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi melainkannya!
Salam Aidil-Adha buat semua!

4 comments:
salam ..
saya harap ramai muda mudi di luar sana dapat membaca artikel ini ..
artikel terbaru memberi seribu satu keinsafan pada hari yang mulia ..
kita sebagai hamba ALLAH yang sedar dan mengetahui apa yg akan diterima di alam selepas kematian perlulah berganding bahu untuk menyedarkan mereka yang belum sedar dari hasutan dan keseronokan dunia sehingga terlupa tentang hari akhirat yang mendatang ...
bukan semua kita boleh ubah cukuplah sekadar yang termampu ..
insyaallah saya akan berada bersama - sama menyertai gerakan menyedarkan mereka yang belum sedar ini ..
salam aidiladha..
CEMERLANG DUNIA AKHIRAT
thanks amirah for all of ur support... u always be the first to give comment about my post..though it is not that good..abang harap ramai lagi yang mempunyai semangat seperti amirah. dan pesanan abang saat dah menjejakkan kaki di universiti nanti, tak kiralah di mana sahaja, attachkan diri dengan jemaah. Semoga diri terus dibentuk menjadi muslimah yang sejati...
thanx ...
jangan lupa lawat blog saya kugak k ..
hehehe (n_n)
gambar tu penting hehe
Post a Comment