Followers

Wednesday, December 3, 2008

Aku benci!

Aku benci apabila terpaksa untuk melukai hati orang lain,
Aku benci melihatkan orang lain merasa terluka kerana aku,
Aku benci tatkala aku tak mampu untuk memenuhi hajat orang lain,
Aku benci bila melihat sahabat aku terkapai-kapai meminta pertolongan, tetapi aku tak mampu untuk membantu,
Aku benci kerana aku hanya mampu melihat kesukaran hidup orang lain dan aku tidak dapat membantu mereka secukupnya,
Aku benci melihat segala kemungkaran yang berlaku di hadapan mataku dan aku hanya mampu memandang,
Aku benci pabila terkadang aku turut sama terlibat dengan segala kemungkaran yang membinasakan,
Aku benci orang meletakkan diriku sebagai seorang yang sempurna segalanya,
Aku benci kerana aku tak mampu memberitahu dunia bahawa aku inginkan segala isi buminya bahagia dan tenang....
Aku benci bukan kerana aku insan yang tidak bersyukur,
Keyakinanku, "Seandainya kamu bersyukur, akan Kami tambahkan nikmat kepada kamu, Andai kamu Kufur, nescaya azab Allah sangatlah pedih!"


Hakikatnya,
Aku bukan insan sempurna,
Aku banyak kelemahan,
Maafkan aku atas segala kekurangan itu,
Aku tak mampu untuk tewaskan nafsu menggila,
Aku tak mampu menjaga hati dan perasaan orang lain,
Aku tak mampu memenuhi setiap hajat kerana kudratku terbatas,
Apa yang aku mampu, mengharapkan kasih sayang dan rahmat Allah dalam setiap inci pergerakan ku,
MurkaNya merupakan bala buat aku,
Sedang aku sedar aku tak mampu menahan seksaan api nerakaNya kelak,
aku tak mampu,
sungguh,
aku malu untuk menghadapNya nanti,
Banyaknya dosaku pada manusia,
Pada Allah apatah lagi...
Oh tuhan, apakah masih punya ruang untuk aku kembali dalam pelukan kasih sayang Mu,
Sedang aku semakin jauh mengejar alpa dunia,
Aku buntu mencari jalan keluar pada semua ini,
Bantu aku wahai Tuhan...


Maafkanku sahabat andai aku gagal dalam menjaga persahabatan kita,
Aku bukan sahabat yang baik, sahabat yang apabila dilihat wajahnya maka akan teringatlah akan Tuhan,
Jauh sekali aku untuk dibandingkan seperti itu.....
Semoga, hari-hari mendatang lebih memberikan ruang cahaya kehidupan yang lebih ceria,
Aku mahu mereka yang berada di sekelilingku bahagia, sering tersenyum dan tertawa,
Terpancar nur keimanan dalam setiap tutur bicara,
Semoga hari esok menjelma dengan sempurna,
Oh tuhan, ampunkanlah dosa diriku dan semua umat Islam....

5 comments:

a.m.i.r.a.h said...

salam ...
bersabarlah sahabatku ...
setiap orang ada kelemahan ..
tiada yang sempurna di dalam dunia ini ..
sekiranya kau tidak dapat memenuhi hajat atau permintaan sahabatmu anggap sahaja kau telah klakukan yang terbaik dan termampu dan berserah pada ALLAH untuk menentukannya ..
kau tidak boleh terus memberi harapan dan hanya memikirkan tentang yang lain sehingga terlupa dirimu dan hatimu sendiri ..
saya berbangga mendapat seorang rakan , sahabat dan abang sepertimu ..
teruskan berjuang don't give up i know u can do it ...
any problem saya sedia membantu dan mendengar sekiranya abg memerlukan sahabat untuk berkata-kata dan berbicara ...
kuatkan semangat dan hatimu sahabatku ...

@deQashaH said...

thanks amirah.pada abang, abang meletakkan sahabat sebagai orang penting dalam hidup abang. biar abang terpaksa berkorban banyak benda.yang banyak membentuk peribadi kita adalah sahabat di samping kedua ibu bapa.Jadi mencari sahabat yang baik adalah sangat penting, dan berusaha untuk melakukan yang terbaik kepada sahabat merupakan satu kemestian.

alifzaimimra said...

hmm..terlepas peluang syah nak g jungle-trekking kt belakang rumah hari tu..

*saja nak buat syah rasa bersalah..hohoho*

@deQashaH said...

uiks...huhu...takpe2..pasni kita wat liqa kat umah hawa...pastu pepagi kita gi trekking belakang umah hawa..kang takde orang guna, bersemak balik plak...huhu//

Dendei said...

hmm..pahit manis persahabatan...

yang penting ada persefahaman...

InsyaAllah...moga ada hikmah di sebaliknya...