Followers

Monday, December 28, 2009

Speechless~

Aku mati dalam lamunan jiwa
Sungguh aku rindukan dia
Lantas aku biarkan sahaja kenangan itu berlegar dalam benak fikiranku...

Aku tahu aku perlu teruskan hidup...
tetapi apabila ia menyapa...
aku gagal menahan tangis...
oh...

rapuh ya hati seorang insan...
baru ku tahu...
aku tidaklah sekuat mana..
malah aku biarkan diri dibuai perasaan...

...biarkan, aku perlu berseorangan tika ini...

aku tahu aku perlu bangun...
yang pergi tetapkan pergi...
doakan sahaja...

Friday, December 18, 2009

1 Bulan 1 Adab: Stop Car Litter!



Assalamualaikum semuanya… :-)

Jom kita bercerita dan memahami apa yang ingin disampaikan:

Situasinya adalah di dalam kereta, sekeluarga sedang dalam perjalanan ke Melaka untuk bercuti. Menaiki kereta Mercedes baru.

“Angah, bukakkan roti tu, Ayah laparla” berkata ayah sambil memandu kereta

Angah pun memberikan roti tersebut kepada ayahnya.

“Ayah, nak buang dekat mana plastic roti ni?”

“Ala, bukak tingkap tu, buang jek kat luar.”

Si ibu pun mengiyakan.

“Ye angah, buang jek kat luar. Nanti semak pulak kereta baru ayah ni”

Apa perasaan anda?

Jom kita labelkan mereka ini. Terutama si ayah dan di ibu.

Kalau korang taknak labelkan, meh sini aku labelkan diorang ni sebagai orang yang berada di kelas yang PERTAMA tapi masih lagi bermentaliti kelas KETIGA! Aku cukup marah bila tengok orang buang sampah dari kereta depan mata aku. Kalau kereta tu ade dekat sebelah aku, memang aku suruh dia kutip balik. Haish!

Ini yang dikatakan masyarakat yang tidak bertamaduntidak sivik….tidak beradab dan menghasilkan baka dan waris yang juga lebih lebih tidak bertamadun, lebih lebih lagi tidak sivik dan lebih-lebih lagi kurang adabnya!

Kenapa terjadi seperti perihal di atas?

Tidak ada common sense! Tidak tahu ADAB!

Hey, come on la! Setakat nak SIMPAN SEKEJAP sampah dalam kereta, ape ade hal? Nanti sampai dekat tempat rehat ke, sampai kat rumah ke, boleh jek buang dekat tong sampah kan? Saish!

Kalaulah semua orang berfikiran macam ni (boleh sewenang-wenangnya membuang sampah keluar dari kereta atau any kenderan lain macam bas dan pengangkutan awam), tidakkah itu menyusahkan banyak pihak?

Si tukang sapu akan menjadi mangsa, malah terpaksa meletakkan diri dalam keadaan yang berisiko dek kerana ingin membersihkan sampah yang dibuang oleh mereka yang berfikiran ‘sampah’! Bayangkan ketika menyapu sampah yang kita buang, datang satu kereta yang sangat laju, merempuh si tukang sapu…

Jalan raya menjadi ‘tong sampah raya’! bukan sahaja menyakitkan mata yang memandang, malah memberikan kesan imej yang negatif oleh masyarakat luar kepada masyarakat Malaysia. Malu seh kalo orang cakap, orang Malaysia ni tak bertamadun, masih lagi buang sampah merata-rata!

Dush3… nak lari jejauh, nak sorok muka!

Pendidikan secara tak formal kepada orang lain. Mengapa tidak? Kitakan masyarakat yang suka mengikut dan menduplicate apa sahaja perkara. Perkara baek mahupun tidak. Malah masyarakat kita lebih cepat dan mudah terpengaruh dengan benda yang negatif! Ini fakta. Bayangkan majority masyarakat memikirkan… “oh, tidak mengapa, bukan aku jek yang buang sampah keluar kereta, tengok la tu, orang lain juga buat perkara yang sama.” Dush3… Rasa nak lempang jek laju-laju orang yang macam ni. Saish!

Hey, come on la!

Takde ruginya simpan dulu sampah dalam kereta. Nanti2 buangla. Kalau nampak sampah macam menyemakkan pemandangan dalam kereta, cuba gunakan plastic yang ada, simpan leklok. Jangan la sepah-sepahkan. SIMPLE!

Jom kita menjadi masyarakat yang beradab!

Sunday, December 6, 2009

Kembali ke sekolah :-))

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah…

Dah nak start semester baru dah! Apekah??! Cheh, wat2 terkejut2 plak..dush3..hehe…

Ape yang penting? Aku dah masuk tahun keempat pengajian ye kat UIA ni.. TUA! Ape ade hal kan? Pejam celik, pejam celik. Serius, kejap jek… (ayat drama takleh blah! Padehal dah tak terdaya lagi menahan kesabaran nak habiskan belajar…lalalala)

Aku sebenarnya syukur sangat aku dapat terus berada dekat Taman Ilmu dan Budi ni. Walaupun keputusan periksa aku sederhana sahaja, tapi aku belajar banyak perkara sepanjang berada kat sini. Saaaangaaat banyak… yang membuatkan aku lebih matang dalam menghadapi kehidupan. Experience is the best teacher rite??! (Oh YESSSS!)

Ok, new semester will normally comes with a new spirit of being the best and also all the promises to study harder than before. That is NORMAL! And you know what happen next.. hehe… Hope for this semester it will not turn out like a few semesters before. HOPEFULLY!

I received an email from Kak Nani (BAKA or so called PIBG SRI Al-Huda, the school that we organize EMAS’s programmes)

Waalaikumsalam,

Walaupun ucapan Terima kasih tak memadai buat Shah and team Titian Wahyu, tapi akak kena juga ucapkan - "TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK".

Akak sempat drop ke blog Dalila tempoh hari dan tahu serba sedikit ttg perkembangan EMAS yg telah bertukar struktur organisasinya. Kursus Induksi di PD juga ada diceritakan .Akak harap organisasi yag baru dapat meneruskan kesinambungan kepimpinan yg dipelopori Shah dan Adrian 2 tahun lepas. InsyaAllah sekolah juga akan memberikan komitmen yang berterusan kepada program sebegini.

Seperkara lagi utk pengetahun Shah, murid-murid yg mendapat 5A dlm UPSR 2009 (19 org semuanya ) - hampir kesemuanya peserta EMAS 2008 dan 10 org yg mendapat Mumtaz dalam UPKK 2009 , kesemuanya adalah peserta EMAS 2009.

Kami doakan Shah dan rakan yang lain lebih fokus pada akademik di tahun akhir ini, semuga kejayaan sentiasa bersama hambaNya yang sentiasa berusaha dan bertawakkal.

Terima Kasih dan Wassalam.

Alhamdulillah, syukur! Walaupun kejayaan itu bukanlah sangat disumbangkan oleh usaha kami (hakikatnya diberi oleh Allah SWT), tetapi ia tetap memberi makna yang tersendiri. Lantas, aku merasakan usaha yang diiringi dengan pengharapan untuk mendapat natijah yang terbaek telah membuahkan hasil. “Khairul Bidayah tadullu a’la Khairun Nihayah itu keyakinanku….

Semoga EMAS akan terus berkembang dengan baek agar dapat terus menyumbang kepada pembangunan modal insan sesuai dengan objektif projek ini bagi melahirkan seorang insan yang kolektif sifatnya. All the best for the new line up of EMAS’s management board!

Board EMAS 2009/2010 (credit to kak dyll)


Baeklah! Jom bersedia untuk ke sekolah esok hari…

Senyum sikit pada donia! :-))

Tabah itu satu kurnia :-)

"Abang Syah, Umi ngan Ayah balik ari ahad ni, sampai dalam kul 6.30 pagi"

"Oh, yeke? Ok. InsyaAllah, ade kesempatan abang peg
i KLIA sambut umi ngan ayah sekali"

"Ok!"


Seawal pukul 4 pagi aku dah bangun. (Semangat!).. Tapi tido balik sampai pukul 5 pagi.. (oh, itu sengal!) haha...Dengan kedinginan air dinihari di UIA (sape yang dok UIA tau ar betapa dinginnya air kat UIA tuh..), aku mandi juga... Menggigil seh!

Aku memang nak sangat sambut umi ngan ayah. Sebab dulu masa umi ngan ayah buat kenduri nak pergi haji, aku tak sempat nak datang. (kalau aku datang, sempat juga aku jumpa arwah azim..oh.. :'(

Setelah sejam perjalanan meredah lebuhraya, aku sampai dekat KLIA. Terus menunaikan solat Subuh. Ramai gak sanak saudara para tetamu Allah dah berada di situ. Semuanya menanti ketibaan penerbangan dari Mekah, yang pada jangkaan akan tiba pada pukul 6.40 pagi. Usai solat subuh, call angah, angah dengan saudara ayah umi yang lain masih di masjid KLIA. Aku duduk je la lepak kat KLIA (yang dah memenangi anugerah the world's best airport untuk tahun kedua berturut2 ye..bangga jap!) sambil memerhati dan mentelaah keadaan sekeliling. Itu hobi aku! hehe.. memerhati gelagat manusia, dan cuba mentafsir sendiri apa yang mereka sedang fikir atau lakukan.

Dalam sejam setengah jugak tunggu ayah dengan u
mi keluar dari pintu ketibaan. Seawal aku sampai kat KLIA, aku tekad dalam diri aku - JANGAN NANGIS! tapi, sebaik jemaah haji yang pertama keluar dari pintu ketibaan dan disambut oleh sanak saudara, membuahkan sebak..lantas aku gagal menahan air mata.. (oh..apekah!!!)

Saat ayah dan umi tiba, seluruh sanak saudara ayah ngan umi yang ada seolah-olah dibuai perasaan sayu. Air mata tak mampu ditahan lagi... Ayah gagal menahan tangis, umi apetah lagi... Sementelah yang lain juga tewa
s dipukul pilu... Pasti orang sekeliling tidak mengerti. Mengapa ketibaan tetamu Allah berdua ini diiringi tangis pilu, bukan tangis kegembiraan. Semua ini hanya mampu dimengerti oleh kami, yang mengetahui akan pemergian anak ayah dan umi (arwah adik azim) semasa ayah dan umi masih di Mekah. Saat aku memeluk ayah yang nampak cengkung, aku gagal menahan hiba.... ku sisipkan pesan agar ayah terus tabah, dan juga pada umi. [dan juga pada diriku...aku tahu, aku juga perlu tabah!]


Aku tahu, Allah telah berikan ujian yang hebat kepada Umi dan Ayah. dan aku juga yakin, Allah pastinya telah memberikan ganjaran yang terbaik buat keduanya. Pastinya ketabahan Umi dan Ayah dalam meneruskan ibadah haji di Mekah setelah menerima berita pemergian Azim datangnya dari kurniaan Allah. Allahu Allah!

Kami semua panjatkan doa kesyukuran ke hadrat Allah, serta memohon segala yang terbaek buat semua.



Sebelum berpisah, (aku terpaksa balik semula ke KL, sebab esok dah start semester baru) ayah sempat titipkan pesan agar aku terus men
doakan arwah Azim bahagia di sana. Ya....doa itu selalu dan pasti aku titipkan buat arwah adikku...

Ayah, umi... semoga terus tabah....

Alang, Dik Mi, Ayah, Angah ngan Umi

aku bersama alang ngan dik mi

Wednesday, December 2, 2009

Selesai penantian...

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah....

Selepas menunggu beberapa lama, terkeluar jugak result aku. Berapa pointer? Biarlah menjadi simpanan peribadi. Hehe. Yang penting, aku masih boleh senyum. :-))

Well, kejadian hari ini (susah nak access result), banyak membuatkan pelajar hampa. Hampa dan kecewa dengan sistem yang digunakan UIA. Tengok je ar kat facebook. Berbakul2 UIA menerima cacian dan kejian termasuk juga carutan. Dan aku hanya mampu tersenyum. yeah senyum lagik! :-))




Lantas aku konklusikan ia:

UIA saje jek tu nak uji kesabaran pelajar-pelajarnya.[sinis itu!]

Tapi, sesuatu perlu dilakukan dari segi sistem pengumuman keputusan exam. Sian plak dekat orang2 yang pergi cyber cafe semata2 nak tengok result seawal pukul 4. tapi pulang hampa. Malah mungkin terpaksa menanggung kos yang banyak kerana terpaksa tunggu selama beberapa jam, dengan harapan dapat tengok result. tapi, apa yang mereka dapat? kekesalan, kehampaan, malah cacian dan makian ditujukan khas untuk UIA. [matila aku kena tendang ngan UIA dengan statement macam ni]. Tapi itulah hakikat kan?

Takkan la kita nak puji sesuatu perkara yang sememangnya dan terang-terangan gagal menjalankan fungsi dengan baek? Itu mengampu namanya,seperti mana ahli-ahli politik negara yang suka mengampu dan melobi untuk kepentingan diri sendiri. Aku bukan seperti itu. Lantas nanti akan keluarlah kenyataan bahawa server lagging sebab ramai student access la, server down la..bla bla bla and bla...

Stop BANGAUING! (padahal, aku yang membangau nih...agak2 ITD UIA membangau macam ni tak??)

Sekadar untuk menyedapkan hati kan...

Well, kalau merasakan itu punca utamanya, DO SOMETHING!

Ini salah satu dari kepentingan dan kebajikan pelajar. Jangan pandang sebelah mata. Bagaimana bagi mereka yang tak berkemampuan bila hadapi situasi yang aku ceritakan dekat atas?? (pergi CC semata2 nak check result)....Kalau mereka duduk jauh di pedalaman? "Owh, mana ada pelajar yang macam tu lagi skang..." Oh really??! Berjambul sungguh.. Haish...Sod Ba Ro...

Aku bukan beremosi. Tetapi aku merasakan something should have been done! We are no more living in the 10th century or what not... We are now living in the 20th century... Everything being evolved. And the system MUST be evolved too.. What happen? (this is what I call, dont make me speak English.. heheh.. )

Ok. Terluah jua perasaan.. Huh..lega!

Kepada yang berjaya dapat Dean's List aku ucapkan tahniah. (salah satu impian aku yang sukar untuk dicapai..)

Dan kepada mereka yang lain.. Jom kita berusaha lebih gigih ye! Chaiyok! Ganbate!

Wassalam....

While waiting~

...Penantian itu suatu penyeksaan ye kawan2...

P.E.A.C.E sket pada dunia!


Jangan pening2 pikir motif posting kali ini...

Sajer2 bosan menunggu server UIA (yang dah berbakul2 dicar*t oleh students) mengeluarkan al-hasil keputusan semester lepas..hadoi..

betul-betul menguji kesabaran ye kawan-kawan...

takpe2, jangan mencar*t dah...Berzikirlah! dapat gak pahala.. Mana tau sambil2 zikir, tup, kuar result depan mata...! pergh!

Berusahalah!

All the Best :-)

Tuesday, December 1, 2009

Hari Semalam~

"Mama ngan abah bawak kete hang ke pergi Segamat rini?"

"Takde ar, mama tak jadi pegi Segamat rini, pegi esok baik hari..."

"Oh yeke...nape tak gitau awal2..(aku yang tak tanya awal2..sengal!)..huhu.."

"nape?"

"ye ar, nak gi tengok kakak senior excident minggu lepas kat JB..."

"Oh..nak bawak kete ke?"

"Eh, takde ar... tengok ar, kalo ada kosong kat kete lain, tumpang kete diorang jek....kalo tak kite lenjan kete hang k..."

"Cheh! Yela...bawak leklok...."

Ade style lah kakak aku ni! hehehe....

Sampai jek rumah terus terkam (uish ganasnya!) mama nak dapatkan kesahihan berita. Mana la tau Kak Lang ni propa jek... lalalala [matilaaaa..tak percaya ngan kakak sendirik...dush3...]

dan mama pun mengesahkan...

"Ye, berita itu sangat benar wahai anakku. (lol...apekah?) Mama pegi balik ari jek selasa nanti"

Yezza! Terus bersyukur.. (yezza itu tanda bersyukur ke?... Ok la.. ALHAMDULILAH...)

Senang sahaja kan perancangan Allah. Malam sebelumnya ramai merancang nak pergi melawat kak diba kat Hospital JB. Tapi aku tak dapat lesen pergi sebab mama ngan abah nak pergi segamat. Ade kenduri kawen.. (apekah kawen di hari Selasa?? Pelik sungguh..) So, aku kena jadi driver kat umah ni..menghantar dan mengambil kakak-kakakku dari keje ye! Best tak keje part time tanpa gaji aku...hohoho...

So, aku pun takdela kompom nak pergi. Lepas dapat pengesahan SIRIM dari mama, terus aku call abang lek...

"Abang, kete abang kosong lagi tak?"

"Baaaanyaaaak kosong agi!" sambil tergelak... (apekah kaitan gelak itu..aku pun konpius..)

"Cantek ar bang! Eh, bukan abang yang cantek.. Maksud saya, saya nak itot! bleh ke?"

"Jom ar!"

la la tu gak aku bersiap... Memang style lah...

Alhamdulillah, setelah melalui perjalanan hampir 4 jam, (singgah ke Bukit Mahkota amik abang wan, kemudian ke Seremban amik abang Abu Qasim, pastu singgah Simpang Renggam amik Kak Dyll) sampai la kami semua kat Hospital Sultanah Aminah. Kat sinila episod kesayuan bermula...

Aku memang tak dapat bayangkan ape yang Kak Diba sedang hadapi saat itu. Saat dia buka mata jek, dia mengaduh sakit. Bila ditanya sakit dekat mana, dia tak tau....

"Sakiiit....! Ya Allah sakiitnyee..." rintihan itu menggugah jiwa tabah...

Air dititiskan di mulut diluahkan balik... Oh..apekah ujian ini.. Semoga Kak Diba tabah dan kuat menghadapi kesakitan yang dialami. Ye, aku tau, cakap itu kan semudah ABC, kita tidak merasa, namun aku harapkan setiap titip doaku dapat meringankan bebanan kesakitan Kak Diba...InsyaAllah...

Yang pasti, untuk pulih seperti sediakala akan memakan masa yang lama.. Apetah lagi apabila ia dikaitkan dengan emosi dan trauma... Itu pasti lebih memakan masa. Doktor pun bagitau yang Kak Diba sebenarnya trauma. Allahu Allah...Semoga dipermudahkan segala...

Alhamdulillah, ramai yang datang berziarah, antaranya, abang Naim dan isteri, kak dyll, kak syafa, kak sumayyah, lina mursyidah, siti, athirah, mui dan ada beberapa sahabat yang lain. Indahnya ukhuwah!

Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan kepada Kak Diba agar dia dapat terus berjuang pada jalanmu. Kuatkanlah dia untuk menghadapi ujian-Mu ini.. ameennnn...

InsyaAllah, segalanya akan baek2 sahaja...

Kami pulang malam setelah dinner di Danga Bay... berganti driver. syukur, aku selamat sampai di rumah dalam pukul 1.30 pagi...

Wa makaruu wamakarallah....Aku benar2 terkesan dengan ayat ini...

Semoga mendapat manfaat bersama dan doakan semua yang baek2 untuk kita semua..

Wallahua'lam..