Followers

Sunday, December 6, 2009

Kembali ke sekolah :-))

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah…

Dah nak start semester baru dah! Apekah??! Cheh, wat2 terkejut2 plak..dush3..hehe…

Ape yang penting? Aku dah masuk tahun keempat pengajian ye kat UIA ni.. TUA! Ape ade hal kan? Pejam celik, pejam celik. Serius, kejap jek… (ayat drama takleh blah! Padehal dah tak terdaya lagi menahan kesabaran nak habiskan belajar…lalalala)

Aku sebenarnya syukur sangat aku dapat terus berada dekat Taman Ilmu dan Budi ni. Walaupun keputusan periksa aku sederhana sahaja, tapi aku belajar banyak perkara sepanjang berada kat sini. Saaaangaaat banyak… yang membuatkan aku lebih matang dalam menghadapi kehidupan. Experience is the best teacher rite??! (Oh YESSSS!)

Ok, new semester will normally comes with a new spirit of being the best and also all the promises to study harder than before. That is NORMAL! And you know what happen next.. hehe… Hope for this semester it will not turn out like a few semesters before. HOPEFULLY!

I received an email from Kak Nani (BAKA or so called PIBG SRI Al-Huda, the school that we organize EMAS’s programmes)

Waalaikumsalam,

Walaupun ucapan Terima kasih tak memadai buat Shah and team Titian Wahyu, tapi akak kena juga ucapkan - "TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK".

Akak sempat drop ke blog Dalila tempoh hari dan tahu serba sedikit ttg perkembangan EMAS yg telah bertukar struktur organisasinya. Kursus Induksi di PD juga ada diceritakan .Akak harap organisasi yag baru dapat meneruskan kesinambungan kepimpinan yg dipelopori Shah dan Adrian 2 tahun lepas. InsyaAllah sekolah juga akan memberikan komitmen yang berterusan kepada program sebegini.

Seperkara lagi utk pengetahun Shah, murid-murid yg mendapat 5A dlm UPSR 2009 (19 org semuanya ) - hampir kesemuanya peserta EMAS 2008 dan 10 org yg mendapat Mumtaz dalam UPKK 2009 , kesemuanya adalah peserta EMAS 2009.

Kami doakan Shah dan rakan yang lain lebih fokus pada akademik di tahun akhir ini, semuga kejayaan sentiasa bersama hambaNya yang sentiasa berusaha dan bertawakkal.

Terima Kasih dan Wassalam.

Alhamdulillah, syukur! Walaupun kejayaan itu bukanlah sangat disumbangkan oleh usaha kami (hakikatnya diberi oleh Allah SWT), tetapi ia tetap memberi makna yang tersendiri. Lantas, aku merasakan usaha yang diiringi dengan pengharapan untuk mendapat natijah yang terbaek telah membuahkan hasil. “Khairul Bidayah tadullu a’la Khairun Nihayah itu keyakinanku….

Semoga EMAS akan terus berkembang dengan baek agar dapat terus menyumbang kepada pembangunan modal insan sesuai dengan objektif projek ini bagi melahirkan seorang insan yang kolektif sifatnya. All the best for the new line up of EMAS’s management board!

Board EMAS 2009/2010 (credit to kak dyll)


Baeklah! Jom bersedia untuk ke sekolah esok hari…

Senyum sikit pada donia! :-))

No comments: