Followers

Thursday, January 28, 2010

S.E.N.Y.U.M jom!

Assalamualaikum semuanya…

Jom sama-sama rafa’kan kesyukuran ke hadrat Allah. Siapa kita tanpa pengharapan kepada Allah kan?

Allah tak perlukan kita, tak perlukan ibadah dan amal baik kita, sebab Allah takkan pernah berharap kepada manusia atau makhluk ciptaanNya, malah, makhluk itulah yang lebih berhak untuk berharap kepada PENCIPTANYA! Tahu itu? Jangan pernah lagi berharap pada manusia. Serahkan segalanya pada Allah setelah meletakkan usaha sebagai langkah pertama. Let the rest be to Allah. The only GOD!

Alhamdulillah, syukur aku panjatkan. Dalam kepayahan menempuh kehidupan. Allah tetap berikan aku kekuatan. Namun aku tahu, pasti adakalanya Allah itu pastikan menguji manusia. Itu biasa bagi mereka yang memahami sunnatullah. Anda faham? :-)

Aku suka senyum pada d.o.n.i.a sekarang. Jangan ditanya mengapa.

Aku sayang mama, abah, Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang, Kak The, Kak Cik dan diriku sendiri.. huhu..

Aku juga sayang mereka, mereka dan mereka mereka yang hadir dalam hidupku. Ini bukan berjiwa-jiwa ye… Rasa sayang itu perlu diluahkan agar mereka TAHU, dan membuahkan PENGERTIAN.

Sibuk dan menyibuk… Itu kegemaran ku.. Telah aku janjikan pengabdian diri aku pada usaha memartabatkan Islam. Tapi aku terkadang gusar. Takut dan cuak! Kerna aku tidak sempurna. Banyak cacat celanya. Malah aku mungkin tidak nampak pun seperti pembawa obor Islam. [ah! Persetankan alasan jumud itu!]

Tetapi, sungguh, terkadang konflik jiwa menjadi penghalang dalam meneruskan perjuangan. Haish! Lantas, kita kena buat ape adik-adik, kakak-kakak, abang-abang??

YA! Kita kena K.U.A.T.

Jangan M.E.N.G.A.L.A.H! Sebab sedari sebelum alam rahim lagi kita telah menjadi P.E.M.E.N.A.N.G.

Pernah dengar cerita bagaimana kita berlumba-lumba dengan ‘benih-benih’ yang lain untuk sampai ke tempat yang dituju (dah lupa dah nama tempat yang dituju tu ape dia… huhu). Kalau kita kalah, adekah kita di dunia ini? Jom FIKIR!

Jadi, apepun yang terjadi, pandang segalanya itu pada sisi yang positif. Jangan REAKTIF pada sesuatu perkara. Tapi kita kena PROAKTIF ye! Contoh: Gagal mendapatkan bajet untuk sesuatu program, jangan rasa mengalah, fikir kenapa tak dapat bajet dan sebagainya. Sebaliknya kita kena fikirkan secara proaktif! Dengan cara fikirkan bagaimana nak mendapatkan bajet. Cara-cara lain yang mungkin boleh membantu. Ye, itulah dikatakan proaktif. Bertindak menangani sesuatu dengan tindakan yang membantu, bukan membantut! Faham itu!

Ok, aku tidak mahu menulis lagi…

Jom tengok gambar pula!

Ini gambar waktu Kempen Baca@LRT: 16 Januari 2010, yang aku kira sesuatu yang sangat baek untuk diteruskan. Layan jom!

Seterusnya, dijemput menjadi Fasilitator untuk Sekolah Menengah Agama Ulu Dong, Raub, Pahang. (24 Januari 2010) Credit to KARISMA Club of IIUM for giving me the opportunity. It was a great program! Well done.. :-)


PPIWP?... Hurm, satu lagi tanggungjawab yang aku rasa sedikit terabai. Maafkan aku. Aku sedang belajar. Belajar untuk memberikan perhatian dan fokusku kepada banyak perkara. Sebab aku bukannya seorang yang boleh fokus kepada banyak perkara. huhu. Di situ kelemahan aku. Okay! Abaikan kemerepekan aku ye! Ape hal dengan PPIWP? Untuk makluman, kami sekarang dah berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Ade tiga cawangan, Putrajaya, Cheras dan Pantai Dalam. InsyaALLAH, akan bergerak lebih aktif selepas ini. Kami pergi menghantar laporan kepada KBS, Putrajaya hari Selasa (26 Januari 2010), untuk mengelakkan pembatalan pendaftaran ROY. Jom layan gambar kitorang edit-edit laporan di KBS sebelum hantar. Siap bukak kedai printing ye! hehe.. :-)

Credit to: Abang Dat, Wafi, Fara and Lina Mursyidah :-). Paling best, Wafi belanja Sate Hj Samuri! slurrrrpppp! Naheed, jangan jelez tahu! :p

Dan terakhir sekali, aku berkesempatan temankan YB Fahmi untuk rakaman siaran langsung Suara Siswa dekat RTM. Alhamdulillah, pengalaman pertama aku terlibat dengan rakaman yang sebegitu. Lebih teruja dapat berbual mesra dengan Dr Fazley Yaakob. It was a great opportunity ever to meet such successful man like him!


Ok. Enough. :-)

Semoga semuanya kan baek-baek sahaja. Doaku buat semua!

1 comment:

Ummu Najla said...

Hah!
Tak jelez! Terkilan tahu. Tak dapat sama-sama turun. Padahal sudah ada dalam perncangan.

Anyway family is always first. Mak lebih afdhal di'aula'kan berbanding sesiapa saja kecuali Dia dan Rasul-Nya.

Abg Syah, thx for putting my name in this entry. such a credit!

Abg Ngah saya memang hebat!
Naheed doakan abg terus kuat dan cekal hati atas jalan ini.

Ini jalan yg kita pilih. Ini wasilah untuk kita dekat dengan Dia. Moga ALlah terima segala amal kebajikan ikhlas yang kita semua kerjakan.

Salam Semangat!
Adik yang C.O.M.E.L :)