Followers

Thursday, February 25, 2010

Andai kau masih begini...

Puas aku renungkan
Puas aku fikirkan
P.A.S.R.A.H

Untuk apa aku bertanya
Tika jawapannya bukanlah di mata
Sekadar lafaz sahaja
Tanpa tertanam di dalam jiwa

Mengenang saat-saat bersama
Kita berkongsi suka dan duka
Menempuh dunia
Seolah tanpa penghujungnya

Malang
Semua itu akan berakhir
Menjadi mimpi setelah realiti
Andai kau masih begini


Friday, February 19, 2010

Hey! Aku HAMBA Allah

Assalamualaikum semuanya!

Pekabar? huhu..

Hurm, ade benda nak story.

Pernah tak sesekali dalam hidup korang, korang rasakan perancangan Allah ni kekadang berlaku di luar jangkaan kita. Terkadang rasa, ya Allah, patutlah begini... sebab akan jadinya begitu selepasnya... Mesti pernah kan? Rasa perjalanan kehidupan dipermudahkan setiap masa. Ya Allah, terasa kasih sayang-Mu.

Entah, aku tidak tahu mengapa aku ingin berkongsi.

Kerna mungkin aku rasa tersentak dan aku sedar semula betapa Allah itu ada di setiap masa bersama dengan aku.

Jom bercerita:

"Assalamualaikum syah, akak nak tanya, boleh tak akak nak pinjam p.a sistem awak?"

"Bila kak nisa' nak pinjam?"

"Next week, ade program untuk halaqah sister. Kitorang tak dapat nak tempah p.a sistem kat ITD sebab dah lambat"

"Oh, ok. Boleh jek kot. Free time tu, tak ada orang tempah"

"Ada bayaran ke tak?"

"Hurm, syah kira macam ni kak, kalo ade bajet, bolehla nak bayar sewa sikit. Tapi kalau tak ada, syah kira bagi pinjam la, takdehal.."

"Ok, nanti akak tanyakan. Tapi insyaAllah, ade sket kot bajet."

"Ok!"

Syukur ya Allah, saat aku butuhkan kewangan, Allah datangkan rezeki yang entah dari mana. Kita tak merancang kan? Terbaek tak perancangan Allah? Alhamdulillah.

Habis program malam tu, rasa malas nak keluarkan p.a sistem dari kereta. So, biarkan je benda 'anak gajah' tu dalam kereta.

Keesokan harinya, selepas balik dari usrah CENSERVE, tergerak hati nak pergi ECONS LT1. WAFA ada buat talk pasal Akhlak Nabi Muhammad SAW. Sampai dekat sana:

"Assalamualaikum Kak Zura! Lamanya tak jumpa. Sehat?"

"Wa'alaikumsalam, sehat alhamdulillah. Tu la, lama gak tak nampak syah.."

"Hurm, ni boleh masuk ke tak ni? tengok semua perempuan jek..huhu"

"Ala, masuk jek syah, tapi kena dok depan sket la sebab mic rosak! Tadi elok jek. Bila nak start ceramah jek, dah tak boleh pakai mic tu."

"la, nape tak call syah? syah kan ada p.a sistem."

"Ye la akak lupa lak... hurm...tapi takkan syah nak pergi balik ambik plak?!"

"Takpe kak, benda alah tu ade jek dalam kereta!"

"Oklah kalo camtu. bolehla pasang.."

Kan? Mudahkan perancangan Allah. Aku percaya Allah yang telah gerakkan hati aku untuk ke sana, dan Allah juga yang gerakkan hati aku agar aku tak keluarkan p.a sistem tu dari kereta. Bukankah Allah dah beri kemudahan kepada aku? Dari aku perlu balik ambil p.a sistem di bilik. Subhanallah!

Sungguh ini bukan kebetulan! (aku ditegur oleh penceramah bila aku katakan bahawa adanya p.a sistem aku masa ceramah dia adalah secara kebetulan, katanya orang yang selalu cakap kebetulan itu seolah-olah dia tidak punya Tuhan. Ya Allah, tersentak aku!). Betul juga kata penceramah tu! Semuanyakan Allah telah tentukan perjalanannya!

Allahu Allah!

Sementara tunggu program WAFA habis, pegi lepak ngan Adik Qi kat Cafe Uthman. Baru aku nak message dia, dia dah message aku dulu. Hurm....

Sampai dekat sana, teman and borak-borak ngan dia. Lepas tu, Adiq kuarkan dompet and bagi duet kat aku.

"Ni bang, duet yang adeq pinjam kat abang ritu.. ade diskaun tak? hehe"

"Banyak la diskaun!" sambil tersenyum

"Abang ni pehal senyum plak?"

Dalam hati aku, Sehanyasanya, Allah itu Maha Mendengar!

Yeah, aku perlukan duit sebenarnya untuk pergi ke Morib. Subhanallah, Allah gerakkan hati adeq Qi untuk bayar duet. Lantas perkara itu membuahkan senyuman kat bibir aku.

Mudahkan perancangan Allah? DIA ada di saat aku memerlukan!

Balik dari program WAFA ambil p.a sistem, pergi lepak plak dekat Cafe Bilal. Jumpa abang wan.

"Syah, ade orang call kamu tanya pasal p.a sistem?"

"Hurm takde lagi setakat ni. Nape?"

"Nak guna untuk tamrin Qiyadi"

"Oh! Ok jek. Guna je la. P.a sistem tu dalam kereta saya jek. So, esok saya bagi kunci kereta. Abang pakai je la kereta saya tu. Saya tak pakai weekend ni. Ade program kat Morib."

"Oh yeke! Eloklah tu, kitorang pun tengah takde transport ni. Alhamdulillah!"

SEE! Dont you see that? How Allah arrange everything?

Bantuan itu datang saat kita tidak jangkakan pun.

Ya Allah!

Banyak yang terjadi dalam kehidupan aku lately ni buat aku sedar kembali makna sebenar HAMBA!

Lemahnya manusia tanpa pergantungan diri kepada Rabbul Jalil....

"La hawla wa la Quwwata Illa billahil a'liyil a'zim"

Lantas, malukah kita untuk mengaku bahawa kita HAMBA Allah??

Setelah begitu banyak bantuan tanpa jangka yang Allah berikan, mahu lagikah aku, kamu dan kamu untuk terus menjadi hamba yang bodoh sombong!

"Maka nikmat yang manakah telah kamu dustakan??"

Sungguh! Allah itu tidak pernah sedetikpun hilang penjagaanNya kepada manusia.

Tapi kenapa manusia (baca:aku) seringkali LALAI dalam menjaga hakNYA?

Jom koreksi diri!

Semoga bermanfaat.

Wallahua'lam

Senyum pada d.o.n.i.a :-)

Thursday, February 18, 2010

Hey kawan, BERSYUKURLAH!

Assalamualaikum semuanya!

I received an email forwarded from Gen4's yahoogroups of PKPIM UIAM. Normally, when I receive a forwarded email, I will just ignore it. Yeah, sometimes it is just annoying receiving forwarded email which are 'sampah'. But this forwarded email, really trigger my life perspective. We do know certain things, and we do understand. But somehow, we tend to forget. Like the one that I want to share with all of you in this posting.

It is all about being THANKFUL! It is common word right? Yet, somehow people IGNORE or just cannot apply it to their daily life, including me. We keep complaining this and that. Even we are fighting to fulfill our desire! What the heck! Oh, come on....

Hopefully, this one will keep reminding us how lucky we are, especially Malaysian people. We are living in a really harmony environment, then why should we trigger the sense of hatred?

Allah kan ada sebut dalam Al-Quran yang lebih kurang maksudnya:
Sekiranya kamu bersyukur, nescaya akan aku tambahkan nikmat kepadamu, dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab Allah itu amatlah berat!

[Kekadang rasa macam takut plak dengan realiti Malaysia sekarang. Apekah keamanan dan keharmonian yang ada sekarang mampu dipertahankan? Semuanya bergantung kepada kita kan? How we deal with certain issues. What is the right way and what is not. Hurm.. Bersyukurlah! Bersyukurlah! ALHAMDULILLAH]

Jom tengok ape yang ada dalam email tu:

If you think you are unhappy, look at them


If you think your salary is low, how about her?


When you feel like giving up, think of this man


If you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?


If you complain about your transport system, how about them?

If your society is unfair to you, how about her?


More and MORE!










How do you feel?

Quite better right?

Wanna be a thankful person!

Let us praise Allah!

ALHAMDULILLAH!


Friday, February 12, 2010

Bila seorang lelaki berjiwa jiwa

Assalamualaikum semua!!

Rindu...Rindu...
Mari kita berjiwa jiwa pada posting kali ini. hurm lagak seperti apa ya?

Adeh, sungguh, aku tak pandai mengatur buah bicara yang berjiwa jiwa,
Malah aku jarang jarang meluah perasaan (iye ke?),
Tapi mereka hadir dalam kehidupanku,
Menjadi pelembut hati yang terkadang terlalu keras untuk menerima kasih dan cinta,
Bukan kerana apa,
Kerana takut.

Pernah dulu, hati ini mudah untuk menyayangi, mudah untuk disayangi, mudah menerima cinta malah mudah untuk berkasihan,
Tapi, pernah juga hati ini hancur remuk, malah tidak mungkin bisa ketemu sisa-sisanya lagi,
Dia, kamu dan mereka mungkin pernah tahu kisah ini, atau jika tidakpun, abaikan sahaja, itu lebih mudah...
Lantas aku biarkan hati ini beku dari mencari cinta dan menerima cinta...

Tetapi mereka hadir,
Malah aku mungkin cuba menidakkan kehadiran mereka....
Dulu, ya, aku pernah endah tak endah, acuh tak acuh,
Bagiku, apa guna bermadah pujangga, berjiwa-jiwa?
Buang masa!
Tapi mereka hadir....

Ya, aku ego, aku ego untuk membuahkan kata cinta, sayang,
Aku takut pada kata-kata itu...

Tapi mereka hadir, menggugah ego itu,
Lantas terungkap jua kalimah,
Aku rindu, aku sayang....

Ohoho....entah sejak bila aku berjiwa-jiwa?
dush3...
Ini bukan diriku...
Tetapi mereka hadir....

Aku pasti akan tetap begini,
Mungkin sukar melihat aku meluahkan apa yang terbuku dalam benak sanubari,
Tapi aku tahu kalian mengerti...

...Kerana itu mereka hadir....