Followers

Thursday, April 29, 2010

Hilang kata~

Dengan nama Allah...

Jom lakarkan senyuman! :-)

Entah, banyak yang hendak diceritakan, banyak yang hendak dikahabarkan, terkadang lenyap dimamah masa. Dan aku bukannya antara mereka yang gemar meluah rasa. Benarkah? Hanya jauhari yang kenal akan manikam. Huhu.

Apapun, demi setiap kali aku bangkit dari tidur, yang pastinya tika dan saat itu, aku panjatkan syukur padaMu ya Allah, demi setiap kali itu jualah, aku harapkan dunia ini akan bertambah kebaikanyya, bertambah orang-orang yang suka pada jalan-Mu. Dan setiap kali bukanya mataku, aku juga punya harapan agar masa silamku tak lagi menghantui perjalanan hidupku, tak lagi menjadi batu penghalang besar utk diriku menjadi insan yang bertaqwa.

Namun tuhan, aku tak punya daya apapun melainkan dengan bantuanMu.....

Aku pohonkan segala yang baek, buat kamu, dia dan mereka kesemuanya. Aku punya cita-cita. Dan aku mahukan ia menjadi kenyataan. Lima ke enam tahun aku berikan masa. InsyaAllah. aku harapkan 5-6 tahun itu cukup utk menjinakkan hati ini. Demi membina sebuah mahligai cinta abadi, insyaAllah dunia dan akhirat.

Doakan aku sahabat. Agar aku menjadi insan yang suci luhur hatinya. Yang aku takkan pernah lagi mempersoalkan itu dan ini, yang aku takkan pernah lagi merungut itu dan ini, dan aku takkan pernah lagi meminta-minta itu dan ini.

Semoga esok, hari yang lebih baek untuk kita semua. Hari yang bahagia untuk semua umat manusia, hari yang mana manusia di sekelililngku indah senyumannya. Semoga bahagia, InsyaAllah.

Terus senyum pada DONIA! Pasti.

(adeh! hurm....mengapa? aku tak pasti... untuk posting kali ini.. huhu..apa yang bermain di fikiranku? hoh! ABAIKAN!)


2 comments:

hidayatul_mardhiah said...

Semua insan punya impian yg sama, ingin melihat dunia aman damai dan bahagia.. Tp itulah janji-Nya, bhw dunia ini penjara bg org2 yg beriman.. di dlmnya penuh dgn pelbagai bentuk ujian dan cubaan.. jadikan ianya sbg pembakar semangat utk terus berjuang.. buatmu sahabat, semoga impian dan cita2mu terlaksana.. Memohon dan berharap hanya pd Yg Esa.. Setelah kau berusaha dan berdoa, juga tawakkal sbg senjata.. Smg berjaya..

suhailie said...

salam...

rasanya dah lama tak tinggalkan komen diruangan ni. saje nak menyapa...cpt btl masa berlalu. jauh di sudut hati...setiap orang Islam inginkan kebahagiaan yg abadi, cuma jln kearah sana, belum pasti. apa yang pasti pilihan di tangan kita. selamt berjuang....