Followers

Wednesday, November 17, 2010

Setahun yang lalu

Setahun yang lalu,
Ye, seperti hari ini..
Di waktu pagi...

Masih aku ingat, waktu tu, aku tak tidur malam sebab temankan kawan aku belajar..
Sedang aku dah selesai dengan peperiksaan akhir semester...

Pagi itu, saat aku mahu lelapkan mata,
Deringan telefon menyapa telinga...

diam..

menekap telefon dekat pada telinga...

mendengar khabar

dan.....

aku tangis semahu mungkin!

Ye, setahun yang lalu, adik angkat aku Mohd Azim bin Haji Mohd Lotpi menyahut seruan illahi pada malam 16 November 2009.

Aku dapat berita pemergiannya pagi 17 November 2009. Dia pergi dalam satu nahas kemalangan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di Senaling.

Saat dan tika itu juga adalah menghampiri kepada Raya Aidil Adha, dan tika itu, ayah dan ummi azim sedang mengerjakan Haji.

Allahu Allah! Berat serasanya menerima hakikat...

Namun, yang pergi tetapkan pergi.takkan pernah berubah takdir Allah andai aku tangiskan semahu mungkin.

Doakan sahaja.

Allah sayangkan DIA, begitu juga aku sayangkan dia, walau tiada talian darah, dia adik angkat aku untuk 5 tahun yang sudah.

Pernah tidak aku ceritakan aku mimpikan dia?

:'(

7 November 2010, aku mimpikan dia. Sehari sebelum tarikh kelahiran dia ke-19. (8 November 1991). Dia umpama kanak-kanak kecil, memakai baju putih bersih berlari-larian dengan gembira bersama kawan-kawan. Dia melintasi hadapanku, aku panggil namanya dan dia berpaling sambil tersenyum. Subhanallah! Manis sekali, terpancar kegembiraan. pada wajah dia Semoga itulah kegembiraan Azim di alam kubur. Kekesalanku, aku tidak rangkul dan peluk tubuh dia saat mimpi itu. Tersedar dari mimpi, aku nangis semahu mungkin!! Sungguh, saat dan tika itu aku rindukan dia!

Seka air mata...

Semoga Azim aman di sana. Sehingga ketemu di alam syurga. InsyaAllah.

Salam Aidil Adha buat semua.

*saat pengorbanan itu terasa bila kita tidak lagi berkira-kira dengan manusia dalam menabur bakti, juga tika mana kita tidak mengharapkan balasan atas kebaikan kepada manusia. Semoga tergolong dalam kalangan mereka yang disayangi Allah.

Rujuk entri setahun yang lepas. Klik sini.

1 comment:

Amir Rayyan said...

Moga Allah rahmatinya...Moga Allah berkati semua...jg diri ya.....