Followers

Showing posts with label IMYC. Show all posts
Showing posts with label IMYC. Show all posts

Wednesday, May 6, 2009

Update! Update!

Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga aku panjatkan kerana atas kurnian dan keredhaan-Nya, dapat juga aku habiskan semester 2 08/09 kat UIA ni. Bermakna, semester depan aku akan berada pada tahun ketiga semester kedua. hurm, semakin singkat rasanya perjalanan di UIA ni, dan sesungguhnya aku akui perjalanan yang aku lalui di bumi Taman Ilmu dan Budi ini semakin sukar langkahnya.Berikut aku coretkan beberapa ringkasan sepanjang perjalanan semester lepas berlalu pergi:

1. Seperti biasa, awal semester, semangat membara untuk mulakan pembelajaran dengan baik. Targetnya untuk naikkan pointer sem lepas yang jatuh sedikit. Terasa jugak semangat tu membara di awal semester. Awal semester ni busy dengan Pilihanraya Kampus. Banyak jugak yang aku belajar sebenarnya bila melibatkan diri aku sebagai campaign manager kepada YB awe dan juga secara tak langsung kepada YB Fahmi. Terdapat banyak gak kontroversi sepanjang PRK berlangsung kali ni terutama apabila ia melibatkan fitnah yang besar terhadap PKPIM. Apepun, tahniah dan takziah diucapkan kepada YB Fahmi yang mendapat kerusi di ekonomi dan juga tahniah dan takziah juga kepada YB Awe yang tidak berjaya mendapat kerusi di kuliyyah, tetapi kalah secara bermaruah. Mabruk untuk kedua-duanya! http://adeqashah.blogspot.com/2009/01/curik-masa-sekejap-sementara-tunggu.html

2. Semakin hari yang berlalu, terkadang menyesakkan ruang kehidupan. Aku boleh katakan, hampir setiap hari, tak kira petang atau malam, jadual aku dipenuhi dengan meeting-meeting persatuan dan juga kelab. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dan diperbaiki untuk semester kali ni. Lantas ruang untuk berlibur-liburan pastinya telah kurang. Rumah pun jarang-jarang jenguk. huhu. http://adeqashah.blogspot.com/2009/03/mama-cakap-tak-payah-la-balik-rumah.html Apepun, inilah kehidupan yang aku redhakan berada di sekitar ku. Lebih baik aku sibukkan diri dengan perkara yang boleh mendatangkan manfaat yang besar kepada ku. Pengalaman yang aku kutip sepanjang semester lepas dengan pelbagai program yang aku sertai menjadi permata berharga yang tak mungkin aku dapat di dalam kelas secara formal.
http://adeqashah.blogspot.com/2009/02/kehidupan-dan-janji-allah.html
http://adeqashah.blogspot.com/2009/03/utusan-kepada-diri-sendiri-dan-juga.html

3. Ada satu atau dua ketika atau lebih-lebih tika (heh!) aku jatuh dengan pelbagai tekanan dan juga tanggugjawab yang tergalas di atas bahuku. Tika itu teras lemahnya diri ini kerana tidak mampu bangkit semula dan menguatkan iltizam untuk teruskan perjuangan sebagai seorang pelajar dan juga aktivis sukarelawan. Entah mengapa saat itu, aku merasakan bebanan yang menimpa-nimpa seakan tidak memberikan aku sedikit ruang pun untuk bernafas. Harapan yang diletakkan kepada aku saat itu, terpaksa aku hampakan kerana aku perlu membina kembali kekuatan diri yang susut. Alhamdulillah, setelah memberi ruang untuk diriku bersendiri selama beberapa hari (tika ini, setiap perkara yang berlaku di sekeliling aku, tidak aku endahkan. Maafkan aku sahabat-sahabat yang mungkin terasa dengan tindakan aku), aku berjaya membina kembali kekuatan dalam diri aku untuk terus tegak berdiri dan memandang ke hadapan, terus kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
http://adeqashah.blogspot.com/2009/01/aku-flat.html
http://adeqashah.blogspot.com/2009/03/diuji-lagi.html

3. Semester ini juga sebenarnya banyak mengajar aku untuk menilai semula erti persahabatan. Entah mengapa aku merasakan sehingga saat ini aku tidak punya seorang sahabat yang rapat denganku. Mengapa? Sedang banyak orang mengatakan kita perlu mempunyai sahabat untuk kita berkongsi rasa. Tetapi bagi aku, aku memilih untuk bersendirian. Bukan menidakkan peranan sahabat. Cuma bagiku, andai seusatu perkara dapat diselesaikan dengan sendiri, mengapa perlu disusahkan orang lain. Aku lebih senang untuk independant dalam setiap langkahku. Sebab aku tahu, setiap perkara yang berlaku pasti akan ada kesan dan akibatnya. Aku tak pantas untuk menerima kehadiran sesorang dalam hidup aku untuk dijadikan sebagai teman rapatku. Mungkin kerana pengalaman dan kesakitan masa lalu yang buatkan aku tidak tegar untuk punyai sahabat. Dan begitu juga aku tahu orang tidak mudah untuk merapati diriku. Aku sedar semuanya itu berlegar di sekeliling kehidupanku. Jadi, andai ada orang memerhatikan aku sering bersendirian, biarkan sahaja. Malah aku lebih senang untuk berkeadaan yang sedemikian. Sekurang-kurangnya, buat masa sekarang.

4. Saat aku rajinkan tanganku menulis ini, IMYC (International Muslim Youth Camp) sudahpun berakhir. Antara program terbesar yang julung-julung kali diadakan oleh perwakilan asrama pelajar. Alhamdulillah, syukur aku panjatkan kepada Allah atas segalanya. DIA benarkan program ini berjalan dengan baik. Dan aku banyak mengutip permata berharga dari pengalaman menjadi event coordinator untuk program ini. Namun begitu, timbul sedikit kekesalan dalam diri aku sebab gagal menjadi seorang pembawa obor agama yang baik dalam program ini. Maafkan aku. Mungkin ramai yang menyanggahku. Malah aku sedar yang terkadang aku melebihi batasan. Samada secara sedar ataupun tidak. Itu kesilapanku. Menjadikan diri aku begitu bertoleransi dengan banyak perkara sehinggakan aku mengabaikan perkara-perkara asas yang seharusnya menjadi keutamaan. Hurm, bila difikir balik, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam program ni yang perlu diperbetulkan. Agar ianya selari dengan tuntutan objektif yang sebenar. Semoga perkara ini menjadi pedoman buatku untuk masa hadapan. Apepun, secara keseluruhannya, aku boleh katakan IMYC ini adalah percubaan yang baik bagi MRC UIA untuk mengadakan lebih banyak program yang melibatkan penglibatan semua pelajar terutama sekali pelajar-pelajar antarabangsa. Program seperti inilah sebenarnya yang boleh merapatkan hubungan dan mewujudkan suatu interaksi yang baik antara pelajar tempatan dan juga antarabangsa sebab interaksi yang berlaku semasa program berbeza naturenya dari interaksi sesame mereka sewaktu proses pembelajaran. Interaksi secara informal, aku fikirkan lebih mudah membentuk suatu suasana kemesraan yang jarang berlaku semasa proses pembelajaran. Sekadar pandangan peribadi. Huhu. Rindu untuk bekerja dalam program yang seperti ini. Suasana kemesraan antara komiti-komiti yang ada membuatkan keletihan menguruskan program langsung tak terasa.(Yeke? Ahaha.. padahal, kalo letak kepala je, kompom terus tidonye..) To all committees of IMYC, you all rock! Huhu…

5. Result sem lepas boleh la. Tapi satu paper aku sangkut. So, kena repeat ar short sem kali ni. Segan pun ade, sebab amik ngan lecturer yang sama. Apepun, aku dah memang expect pun yang aku akan repeat subject yang satu tu. Hurm.. Sedih-sedih pun takde guna. Teruskan jela kehidupan. Pointer biasa la, jatuh lagi. Walaupun sangat sedikit. Alhamdulillah, subjek-subjek aku yang lain takde la teruk sangat. Sebab tu pointer still leh ok lagi. Tapi dalam keadaan berjaga-jaga la. Short sem ni pastinya aku kena berusaha dengan lebih kuat lagi. Insyaallah akan aku usahakan yang terbaik. Banyak perkara sebenarnya perlu diambil kira. Kesibukan menguruskan aktiviti dan program seharusnya menjadi pendorong untuk aku menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Aku tahu, aku tak punya masa yang banyak. So, I have to start from now! Huhu…

6. Banyak benda yang nak diceloteh. Tapi aku kira, cukupla setakat ni dulu. Nanti aku update kan lagi. Heheh. (padahal dah kering idea dah ni..)

* Semoga semester pendek kali ni dapat memberikan aku ruang untuk lebih mengenali diri aku yang sebenar. Kehidupan perlu diuruskan dengan lebih baik. Pandangan masa hadapan perlu lebih terang dan jelas. Aku perlu bersedia untuk tidak bersedia. Ujian Allah akan datang bebiler masa sahaja. Hanya kekuatan Iman yang dapat menjamin ketahanan aku pada setiap perkara yang datang. Kuatkah Iman aku? Hurm..

Saturday, March 14, 2009

IMYC Riki Program in Malacca

Assalamualaikum semua. Kali ni aku attachkan gambar-gambar perjalanan aku dengan mainboard International Muslim Youth Camp 2009 ke Melaka untuk adakan meeting bersama dengan Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Melaka, Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd Ali b. Mohd Rustam. Selain dari meeting, kitorang survey tempat-tempat yang mungkin akan kitorang bawak participants IMYC 2009 ni. Alhamdulillah, banyak perkara yang dapat diselesaikan masa kat sana. Aku ngan semua yang pergi enjoy dengan trip kali ni. Selain selesaikan kerja yang kitorang kena buat, kitorang belajar banyak benda terutama cara-cara berurusan dengan orang-orang yang ada 'title' ni. Hurm... what a nice experience.... Yang penting kitorang punya belanja kat sana semua settle! Alhamdulillah....

Berikut gambar-gambar perjalanan kami kat Melaka:

Lunch bersama S/U Sulit Ketua Menteri Melaka. Bersama dengan En. Amran, orang yang bertanggungjawab untuk uruskan perjalanan kami di Melaka dan juga orang yang banyak membantu kami dalam program IMYC 2009. Thanks En. Amran!

Meeting di pejabat S/U Sulit Ketua Menteri. A very nice experience. Fatherly approached by En. Mozaini.

Di Pejabat Majlis Agama Islam Melaka. From left: Nurul, Encik Amran, Abang Nik (Fellow Sidiq), aku ngan Dr. Fuzi (Proncipal Sidiq).

The picture said where I am. Nak minta sponsor untuk naik Cruise secara percuma. Tapi dapat 50% off jek. Syukur laaa!

Dekat pejabat pelancongan. Nak minta sponsor goodies bag for the participants.

Dekat ofis Haji Borhanudin, nak deal harga naik cruise. Diorang discuss, aku dok lepak dengar jek. Huhu..

Beca kat Melaka. Sinonimlah Melaka ni ngan beca. Diorang dapat peruntukan dari kerajaan negeri untuk hias beca memasing.

Time ni nak bagi surat untuk naik Menara Taming Sari for free.

Kat depan Menara Taming Sari. (Tempat tinjau yang berpusing-pusing)

Superwomen and superman of the program. From left, me, Amad and Nurul. Kat Ancasa Hotel before gi dinner kat the most popular place for ikan bakar.

Dinner kat sini. Banyak giler seafood yang kitorang makan malam tu. Memacam jenis ade. Yang penting all sponsored. Nak tau berapa belanja malam tu sahaja? Almost RM500! Hohoho... But, we are really satisfied. Besh giler! Puas makan seafood.

Habis dinner, kitorang pegi try naik cruise kat sungai Melaka. Time tu dah pukul 12.00 am kot! Huhu.. Naik for free sebab dapat surat dari SU Sulit Ketua Menteri Melaka. Senangnya la hai hidup. Syukur dapat peluang yang macam ni.

Atas cruise. Memang best perjalanan malam tu naik boat. Hurm.. what a nice memory....

Esoknya (Jumaat), pergi Utem, nak jumpa SRC sana untuk discuss tourist guide untuk tourism kitorang nanti. Tapi kitorang pulang nagan hampa sebab orang yang ditunggu-tunggu tak sampai. Huhu... (pengajarannya: buat appointment awal2)

Kat Muzium, nak minta untuk masuk free masa IMYC program nanti.

Hahah.. Akhirnya dapat gak naik Menara Taming Sari ni. From left: Mohamad, aku, Kak Ina, Nurul and Ahmad

Kat atas menara taming sari. Tak silap aku, time ni kitorang kat ketinggian 650 meter kot. Nampak tempat-tempat area Melaka ni. Memang besh!

Lepas naik Menara Taming Sari, kitorang pun bertolak balik KL. Sepanjang perjalanan penuh dengan gelak tawa. Hilang tension aku. Hehe. Credit to Encik Amran, Encik Zawawi yang banyak sponsor perjalanan kitorang kat Melaka. Rasanya kitorang tak kuar satu sen pun. Huhu.. Termasuklah nak ucap terima kasih kat Kak Ina yang menceriakan keadaan kami. Sanggup sacrifice masa untuk bersama dengan kitorang. Kalo tak ada Kak Ina, susah gak kami nak bergerak. Anyhow, thanks to all. May Allah give rewards for all good deeds.

Nota kaki:
Terpaksa ponteng kelas hari Khamis. Adoiyai. Dah la banyak kali dah ponteng kelas ari khamis ni. Huhu. Caner la nak kejar study ni.

Dah cuak dengan final exam sebenarnya ni. Cool, cool Syah! huhu..