Followers

Friday, March 6, 2009

Mama cakap tak payah la balik rumah!


Dimulakan dengan Bismillahirrahmaniraahiim...

Assalaamualaikum semua! Hope semua sihat-sihat belaka ye.

Nak cerita ni...

Malam tadi, lepas je aku selesai menunaikan solat Isya', mama aku telefon. (jauh di sudut hati, aku sangat merindui suara mama, and rindu nak tatap wajah mama ngan abah).Aku dah pelik dah. Aik, tetiba call. Selalu mama akan call time weekend kalo aku tak balik umah and pastinya mama akan tanya aku balik umah ke tak. And jawapan aku mestilah tak, sebab aku ada program. Huhu. Kalo mama tak call, aku yang akan call bagitau aku ada program, so tak dapat nak balik.

Al-kisah mama call nak tanya benda yang sama la. Aku balik ke tak minggu ni sebab hari sabtu paklong aku ada buat kenduri akikah. Hurm, aku dah serba salah dah nak gitau yang aku ada program Mentor Mentee EMAS minggu ni. Adoi, nak tak nak terpaksa ar gak bagitau yang aku ada program. Huhu. Ikut hati memang nak pegi jek kenduri tu. Dah banyak kali gak sebenarnya aku terlepas kenduri-kenduri kat rumah saudara mara aku ni. And mama ngan abah pun dah faham dah nape aku tak dapat pergi. Yang pastinya, kalo aku takde pape, memang aku akan pegi. Takpe2.

Kembali pada perbualan aku ngan mama aku.. Hurm, mama cakap takpe la kalo tak dapat pegi. Mama just nak bagitau jek. Huhu.(huhu, dialog tambahan aku) Pastu aku cakapla aku maybe balik esok (Jumaat) sebab nak pinjam kete Kak Long aku untuk aku guna time program nanti.

Pastu tetiba lak mak aku cakap
tak payah la balik rumah...


Adoi, nape lak ni. Aku dah pikir memacam dah. Mama aku ni merajuk ke ape ngan aku ni. kalo merajuk payah kes nye ni... Hurm, aku dah cuak dah sebenarnya. Aku pun tanyela, nape lak tak payah balik? (dalam hati ni berdebar-debar nih...huhu)



Pastu, mama cakap.......



"Rumah tengah pecah!"



PECAH?? Apekah? Pelik bunyinya ni, aku tanya balik, kena pecah sebab pencuri masuk ke ape? Mama aku cakap, pecah sebab buat renovation. Pergh! Lega hati aku... ape daaa.... bikin cuak je mama aku ni... huhu.. Renovation lagi, kata aku. Mama cakap nak tambah bilik lagi. Lagipun kakak aku nak kahwin bulan sepuluh ni. Setiap sorang kena ada bilik sendiri nanti kalo dah kawen (adik beradik aku ade 6 orang campur bilik mama ngan abah, so ade tujuh bilik la.) Dan yang penting mak aku cakap, abah gitau yang bilik aku nanti kat belakang sekali. Abah cakap, anak laki sorang kena dok belakang sekali. Huhu. Adoi.. Apekah diskriminasi ini.?Hehe.. Aku tak kisah pun sebenarnya.Ok jek pape. Lagipun abah yang banyak merancang pelan renovation rumah. Aku, layankan sahaja.. Tak sabar nak tengok ape jadik kat umah aku yang pecah itu. Kalo Mama yang cakap 'pecah', thats mean a real punya pecah. Macam tongkang pecah gamaknya kot..huhu..



Hurm, rindunya kat mama, abah ngan semua family aku. Masuk minggu ni dah hampir sebulan dah aku tak balik. Padahal rumah sekangkang kera jek. Kalo naik LRT tu, 10 minit dah sampai dah. Tapi sebab kekangan masa, dengan mid term tetiap minggu, disambung dengan program menyebabkan aku tak dapat nak balik rumah. Maafkan Arir ye mama and abah. Minggu ni balik, sebab nak amik kereta, nak guna masa program. Hari Ahad ada meeting kat PJ pasal IMYC, Hari Isnin maybe ade meeting gak ngan Pertubuhan Nida' kat PJ gak. Balik rumah amik kete kejap, pastu balik pulak hantar kete kejap, pastu balik UIA. Bila masanya aku lepak kat umah?? Huhu. Semoga Allah memberikan kefahaman kat mama dan abah atas kesibukan aku ke sana dan kemari. Terasa gak kekadang bila kengkawan tegur, sesibuk mana pun, jangan lupa kat family. Yes, aku akui. Aku sibuk. Jarang balik rumah. Tapi aku selalu call mama. Tanya khabar. And aku cerita semua benda. Aku nak masuk exam mid term pun aku call or message mama ngan abah minta doa restu. Memang itu tak memadai bagi seorang anak melayan ibunya, tetapi sekadar itu yang aku mampu. Aku bukan tak balik sebab aku sesajer nak lepak kat UIA, nak spend masa ngan kengkawan pegi tengok wayang ke ape ke setiap weekend, tapi aku terikat dengan pelbagai program. Ade bezakan dua tu? Tepuk dada tanyala diri sendiri.
Apepun, aku akan pastikan aku dapat balas jasa mama ngan abah yang bersabar dengan kerenah aku selama ni. Biasala, anak bongsu, banyak kerenahnya. Lagi pulak aku jek lelaki, yang lain semua perempuan (aku ada lima orang kakak..huhu..ade sesape nak challenge?!heheh..). cuma satu jek aku syukur, sebab aku mampu untuk berdikari.



Abah yang banyak ajar aku untuk menjadi seorang yang berdikari, yang mampu untuk berhadapan dengan semua masalah dengan gentleman. Abah sumber kekuatan aku. Walaupun hubungan kitorang tak berapa rapat, aku dapat rasakan kasih sayang abah terus panas mengalir dalam setiap pelosok nadi aku.
Dah jauh dah perjalanan kehidupan aku ni..Lagi setahun lagi nak habis belajar. Selepas ini, kemanakah aku? Semoga perjalanan hidupku dipandu dengan suluhan sinar Rabbul Jalil agar aku tidak salah memilih jalan. Sungguh aku tak tahu ape yang ada di hadapan aku selepas ini. Yang pastinya aku pohonkan yang terbaik untukku, untuk mama ngan abah, untuk kak long, kak ngah, kak lang, kak teh ngan kak cik, serta umat Islam keseluruhannya.


Syahdunya rasa...adoi....




Kenangan bercuti bersama family kat Sarawak. Gambar ni ambil kat Kampung Budaya Sarawak. Dah lama tak bercuti sama-sama macam ni. Besh!

Nota kaki: Mama dah pencen dah sekarang. Alhamdulillah, bolehla temankan abah dekat rumah. Syukur sangat, abah ngan mama dapat enjoy life sesama. Masing-masing saling sayang menyayangi. Respect giler aku kat mama ngan abah. Semoga Allah terus memberikan ketenangan dalam setiap perjalanan yang ditempuh oleh keluarga aku. InsyaAllah....


No comments: