Followers

Friday, January 30, 2009

Aku FLAT!

Tuhan, saat ini terasa lemahnya diri ini.....

Aku betul2 FLAT! Terasa betapa bebanan datang menimpa-nimpa. Aku cuba positifkan diri. Kuatkan diri, namun sungguh aku tak terdaya lagi. Terasa ingin aku lepaskan semuanya. Namun semua itu tanggungjwabku. Siapa lagi yang terdaya untuk menerima semuanya itu? Andai ada seorang yang secara sukarela membuka peluang, pastinya akan ku beri dan akan ku lepaskan semuanya. Ya Allah, berdosakah aku kerana lalai dalam tanggungjawabku? Pastinya ramai yang terkilan dengan sikap ku akhir2 ini. Tuhan, sungguh aku sangat tertekan dengan segalanya. Aku pohon untuk Kau aturkan semula hidupku agar aku merasai ketenangan dalam pelukan kasih sayang-Mu.

Aku sangat lemah. Bantu aku! Aku perlu bangun..... Banyak perkara yang perlu diselesaikan... Tapi kenapa aku sangat lemah tika ini. Aku tak mampu menggagahi lagi. Aku akui, aku jatuh untuk kesekian kalinya.... Pada-Mu ya Allah, aku pohonkan kekuatan...

Maafkan aku...

2 comments:

suhailie said...

erm...perasaan ni adalah biasa bagi orang yang terlibat dlm banyak cabang aktiviti.

nasihat dari salah seorang kawan akak, istikharah bukan sekadar untuk pilih pasangan. tapi istikharah untuk setiap perkara. kita berdepan dengan banyak cabaran dalam hidup. akak sendiri pun tak buat juga, tapi bila akak fikir balik, dengan itu kita akan lebih kuat dan yakin kerana itu pilihan Tuhan untuk kita.

jadi, pilihan ini bukan kerana kita yang tersalah pilih, tapi Tuhan dah tetapkan bahagian kita diuji. kita juga akan lebih bersedia.
tu pendapat akak disebalik amalan istikharah.
akak pernah terbaca, istikharah tak semestinya diiringi dengan solat dua rakaat, tapi boleh juga melalui doa.
seperti juga pendapat yang mengtakan, ia tak semestinya datang menerusi mimpi, tapi menerusi kayakinan seseorang. erm...

kawan akak juga pernah cakap, kalau nak terima tawaran ape2, kene pertimbangkan betul2. ikut kemampuan kita, bukan keinginan orang lain. kadang2 susah nak tolak permintaan, tapi kena tetap pendirian, ikut kemampuan kita.

bagus juga rasa macam ni, sebab masa ni la nak mengadu dengan yang selayaknya. tempat mengadu yang hakiki, pencipta kita.

apapun, kuatkan diri. teruskan sampai akhir....

Anonymous said...

Sebagai renungan..

"Kita TIDAK GAGAL setelah kita jatuh, tetapi kita dikira gagal jika kita jatuh dan tidak bangun semula. BERAPA KALI kita jatuh tidak penting, yang pentingnya ialah BAGAIMANA KITA BANGUN semula setelah kita jatuh.."

from: A.