Followers

Sunday, March 1, 2009

Utusan kepada diri sendiri dan juga mentor

Assalamualaikum wrt. Wbt.

Pertamanya nak ucap terima kasih kepada semua mentor yang terus memberikan komitmen yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Semoga Allah membalas segala pengorbanan yang telah anda semua lakukan dengan ganjaran yang setimpal. InsyaAllah. Seandainya ikhlas ada ganjarannya.

Seterusnya, nak bagitau, untuk program minggu ni, ade sedikit kelainan yang akan kita buat. Memandangkan minggu ini merupakan minggu terakhir untuk program mentor mentee dan ramai antara mentor-mentor yang tak dapat nak berikan komitmen untuk program minggu ni, jadi kitorang mainboard dah buat meeting tentang perjalanan program minggu ni. So, berikut adalah tentative program untuk dis week.

Tarikh : 7 Mac 2009

Tempat: Kuliyyah of Architecture and Environmental Design

Waktu : 8.00 pagi – 5.30 petang

8.00 pagi : Pendaftaran Mentee

8.30 pagi : Mass Games

9.30 pagi : Ujian Matematik

11.00 pagi : Minum pagi

11.30 pagi : Group discussion

12.45 t/hari : Makan tengahari

: Solat Zuhur

2.30 ptg : English : “Tell me a Story”

4.00 ptg : Modul Matlamat

4.30 ptg : Jamuan dan tayangan multimedia

5.00 ptg : Solat Asar

5.20 ptg : Penutup dan konklusi

5.30 ptg : Bersurai

Apekah kelainannya?

1) Kite akan adakan ujian matematik kepada mentee-mentee ni. Mentee akan diberikan 100 soalan matematik. Dan mereka perlu menjawab kesemua soalan dalam masa satu jam setengah. Objektif ujian ni adalah untuk menilai sejauh mana tahap pencapaian mentee dalam matematik. Setiap soalan punyai tahap kesukaran tertentu dan ini akan akan dijadikan batu pengukur untuk melihat tahap mentee dalam subjek matematik. Dah selesai jawab matematik, mentee akan minum pagi, dan mentor-mentor akan tandakan kertas jawapan mentee. Lepas tu, kita akan pecahkan mentee mengikut tahap pencapaian, yang OK dan yang lemah. Kemudian, mentee akan diletakkan dalam kelas yang berbeza, dan mereka akan teruskan menjawab soalan matematik yang belum dijawab (pastinya tak semua dapat jawab 100 soalan dlaam masa satu setngah jam) dengan bantuan dari mentor. Maksudnya, kalau mentee tak tau nak jawab, mentor kena bantu mentee untuk jawab soalan yang dia tak tau nak buat.


2) Tell me a story. Mentee akan duduk dalam kumpulan yang sama (pecahan kumpulan yang kita buat masa matematik). Dan dalam kelas tu akan dipecahkan beberapa kumpulan kecil dalam tiga orang dalam satu kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan diberikan satu cerita dalam bahasa inggeris, dan diorang diminta untuk fahamkan apa yang diorang baca dengan berbincang antara ahli kumpulan. Seterusnya, setiap kumpulan akan buat presentation dekat depan mengenai apa yang mereka faham melalui cerita yang kita bagi. Siapa yang nak bantu cari cerita yang best-best, bagitau pada kak dil ye! Objektifnya, nak pastikan mentee ni faham dengan ape yang diorang baca dan mampu untuk berfikir lebih luas dan kritis. Dari pemahaman diorang dari cerita yang kita bagi, kita dapat menilai sejauh mana sebenarnya mereka memahami petikan bahasa Inggeris. Dari situ kita dapat hasil kajian yang agak baik untuk kita rancangkan program yang akan datang.


3) Habis English punya part, kita akan bawa mentee ke LT3 untuk modul matlamat. Untuk modul ni, mentee akan diberikan gambaran mengenai matlamat kehidupan yang mereka perlu capai. Modul ni nak membuka sikit scope pandangan mentee tentang kehidupan diorang, supaya diorang ni lebih terarah dan tau tujuan diorang belajar dan sebagainya. Modul ni akan diconduct oleh saya sendiri dengan bantuan dari mentor-mentor semuanya.


4) Seterusnya, ini part yang best sket. So, minta maaf dulu pada yang tak dapat nak meghadirkan diri ye! Huhu. Selepas tamat modul matlamat, kita akan adakan sedikit jamuan kepada mentee-mentee ni. Termasuk mentor sekali la ye! Jamuan ni, kita akan bagi mentee makan sedap-sedap sebab lepas ni lambat lagi nak jumpa balik. So, macam jamuan perpisahan kejap la. Masa jamuan ni, akan ditayangkan slide show perjalanan program kita. Mentor pun ambilla peluang ni untuk bersama dengan mentee untuk berikan semangat untuk teruskan belajar dan belajar ye! Jamuan ni kita akan buat dengan agak meriah. So, kalau ada idea yang cambest, sampai-sampaikan kepada board ye.


5) Lepas habis jamuan dalam pukul 5, kita akan bawa mentee untuk solat, dan kemudian kita akan buat sikit majlis penutup dan kemudian mentee akan balik la… Selepas itu tamatla sudah program mentor mentee untuk semester kali ni. Kejap je kan? Huhu.

Apepun, saya mengharapkan mentor-mentor dapat memberikan sepenuh komitmen untuk program yang akhir untuk sem ni. And perlu diingat, kita masih ada lagi program berbaki untuk tahun ni. Kekalkan komitmen anda untuk program yang akan datang. Mohon maaf sebab program kali ni berturutan setiap minggu yang menyebabkan ada di antara mentor rasa penat dan sebagainya. InsyaALLAH, untuk yang akan datang kita buat dua minggu sekali untuk beri peluang kepada mentor tarik nafas sket! Huhu. After all, saya rasakan, kalo mentor punya enthusisastic dalam kerja yang kita buat ni, semua perkara ni tak menjadi masalah. Kita sanggup untuk berkorban untuk buat benda yang kita suka dan kita tak kisah pun and kita tak banyak berkira. Selagi mana kita boleh berikan masa dan tenaga kita untuk program ni, buatlah sehabis baik.

Program ni hanya sedikit sahaja dari sumbangan kita kepada masyarakat. Ramai lagi masyarakat di luar sana yang menagih pengorbanan kita untuk membentuk mereka. Sedar ataupun tidak, tepuk dada tanyala diri sendiri. Kita dapat offer yang banyak dari parents untuk kembangkan program kita ni. Tapi buat masa ni, saya katakan tidak lagi. Kita perlu sama-sama pastikan program yang baru menganjak ke tahun ke dua ni, kukuh dulu substance nyer sebelum boleh beredar untuk fasa seterusnya. And siapakah yang akan bertanggungjawab untuk menggerakkan terus program ni, jawapannya adalah anda-anda semua. Mentor yang dah berada dalam program ni. Yang saya kira sebagai keluarga besar saya. Kalaulah anda nampak betapa program mentoring ini mempunyai masa depan yang baik dalam menjadi agen perubah masyarakat, pastinya anda takkan pernah merungut malah terus bersemangat untuk terus menyumbang. Untuk meletakkan harapan hanya pada saya, Kak Dil, Ainun dan Paan, mungkin kami takkan mampu untuk bawa program ini dengan lebih baik. Kami terbuka untuk sebarang pendapat dari mentor-mentor semua untuk menjayakan misi membina Remaja Islam yang Unggul. Ini misi dan matlamat utama program mentor mentee emas. Andai anda sedar. So, kami sangat2 memerlukan idea anda dalam membentuk program ini menjadi lebih baik. Banyak medium untuk anda sampaikan. Melalui emel, message, ataupun terus sampaikan ketika kita buat post mortem. Dan pastinya tenaga yang diperlukan untuk melakukan perubahan bukan hanya terletak kepada mainboard semata-mata. Ianya terletak juga pada tangan-tangan mentor semua.

InsyaAllah, saya optimis untuk menjadikan program mentor mentee emas ini sebagai penggerak agen perubah masyarakat. Dan tidak mustahil, suatu hari nanti kita dapat perkembangkan program ni ke peringkat sekolah menengah pula. Kita punyai mentee yang ada potensi menjadi pemimpin masa hadapan. Mereka ada substance agama yang baik, dan mereka inilah yang perlu kita bentuk menjadi seorang yang punyai ciri kepimpinan yang baik. Bantu saya dan mainboard yang lain untuk memandu bahtera mentor-mentee emas ini kearah yang terbaik. Semoga bersama mendapat keredhaan dari-Nya. InsyaAllah.

Satu sahaja harapan saya kepada semua mentor, untuk memastikan hubungan yang telah kita bina bersama dengan mentee terus berkekalan sehingga ke akhirnya. Jangan matikan hubungan ukhuwah islamiyyah ini setelah tamatnya program kita. Letakkan matlamat anda pula untuk mentee anda. Sejauh mana anda ingin melihat mentee anda berjaya. Berusahalah sebaiknya sehingga mereka ini mencapai lebih baik dari pencapaian yang kita dapat. Dan saya pasti, ketika itu anda mampu untuk tersenyum kepuasan dan gembira dengan pancapaian mereka. Above all, pastikan segalanya kita sandarkan kepada Allah SWT. Kita hanya bertindak sebagai khalifah di muka bumi yang bertugas untuk menjadi agen pemakmur bumi. Dan ini adalah antara tugas-tugasnya. Andai anda bertanya apakah dakwah anda kepada umat manusia, mentor mentee emas ini adalah antara jawapannya. Anda tidak perlu menjadi seorang yang begitu sempurna segalanya untuk anda berdakwah kepada umat manusia. Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat, kata Rasulullah. Apa yang kita sampaikan kepada mentee, selagi itu mampu untuk memandu mentee ke arah kebaikan, dan itu yang menjadi amalannya, selagi itulah pahala amalan mereka mengalir dalam saham akhirat kita.

Dan akhirnya, bersama kita doakan agar program yang telah kita jalankan ini mendapat keredhaan dari Allah SWT. Dan kita minta perlindungan daripada Allah dari segala kesilapan kata yang mungkin membawa mentee kearah yang tidak baik. Niyazubillah min zaalik. All the best!

Dari UIA ke Lapangan Masyarakat.

Hidup Biar Berjasa!

Syahrir Azfar bin Saleh

No comments: