Followers

Friday, September 5, 2008

Lestari Kehidupan 1

Assalamualaikum wbt...

Pada tika ini, terasa tangan ingin menulis. Ingin sekali berkongsi rasa dengan mereka yang membaca blog Pelan-pelan Kayuh ini. Semoga bersama mendapat manfaat.

Kesempatan cuti pertengahan semester baru ini telah memberikan banyak pengalaman baru kepadaku. Terlalu banyak yang dapat aku pelajari mengenai kehidupan dan kasih sayang. Betapa aku bersyukur diberikan peluang yang sebegini, yang tak mungkin dirasai kebanyakan orang.

Apa yang ingin aku sentuh pada post kali ini adalah berkenaan kekeluargaan. Kasih sayang dalam keluarga yang membuatkan aku tersentuh. Tersentuh dengan kehalusan kasih sayang yang terhubung jalin antara ahli keluarga. Aku hanya sempat berada di rumah sendiri selama sehari setengah. Sempat la jugak untuk solat tarawikh dan bersahur bersama keluarga tercinta pada hari pertama berpuasa. Cuma tak berkesempatan lagi untuk berbuka puasa bersama. InsyaAllah, dalam minggu ni akan balik berbuka bersama keluarga.

Hati aku sebenarnya agak tersentuh bila mama sendiri mengatakan betapa susahnya untuk melihat aku berada di rumah kerana kesibukan aku. Samada kesibukan yang diada-adakan atau kesibukan yang sememangnya sibuk. Terdengar juga keluhan dari mana seperti ungkapan berikut, “dah la anak laki sorang, nak nampak ada kat rumah pun susah”.

Apa perasaan anda andai terkeluar dari seorang ibu keluhan yang sebegitu. Sungguh, aku amat tersentuh. Aku tahu betapa mama mahukan aku berada di rumah lebih lama. Mahukan aku berada selalu berada di sisi mama untuk bermanja-manja. Namun tuntutan tanggungjawab melebihi segalanya. Semoga mama akan memahami. Abah pula, tak pernah pun terungkap keluhan. Tetapi jauh di raut wajahnya, aku tahu, abah juga seperti mama. Mahukan anak lakinya yang sorang ini kerap berada di rumah. Maafkan Arir mama dan abah. Tidak sesekali terniat untuk menderhaka. Mohon dijauhkan. Harapan saya agar mama dan abah akan mengerti akan perjalanan kehidupan anak mereka ini. Yang kadangkala aku pun tak mengerti apa yang aku mahukan. Jauh di sudut hati, aku tahu abah dan mama sangat menyayangi aku. Dan kerapkali aku berbisik dari kejauhan, aku sayang mama dan abah. Apa khabar mereka agaknya sekarang. Rindu tiba-tiba menyusup di kalbu…. Semoga mereka berada dalam keadaan yang baik… Hurmmm..macam nak baik pulak rasa.. Semoga Allah terus memberikan ketenangan dan kesihatan yang baik kepada mama dan abah, juga kepada kakak kakakku yang tidak jemu memberikan perhatian mereka kepadaku. Terima kasih atas kasih sayang semua….

Itu satu titipan kekeluargaan yang rapat denganku.

Bersambung...

3 comments:

suhailie said...

Salam,
Erm…kerja memang tak pernah habis. Bak kata Hassan Al-Banna: Kewajipan lebih banyak dari waktu (alwajibat aktharu minal auqat). Tapi bergantung pada kita untuk menimbang yang lebih penting. Apa yang akak nak tulis adalah lebih kepada saranan, apapun terpulang pada yang empunya diri.
Kita Cuma ada seorang ibu dan seorang bapa, yang mana kita tak akan jumpa lagi ganti sepertinya di dunia ni, tak ada salahnya kalau skip (excuse) satu program untuk luangkan masa dengan family selain boleh rehat. Tak sedap la kalau family dah terasa hati.(pilih kewajipan yang lebih berat)
Kalau tak buat macam tu, lepas ni lagi tak ada peluang especially bila dah ada kerjaya dan keluarga. Jalan da’wah memang jalan berpahala, tapi besar lagi bila dapat gembirakan keluarga (ibubapa).
p/s: cadangan ni berdasarkan maklumat yang ada kat blog ni. Cadangan ni may not applicable sebab maybe ada personal prob yang lain. Wallahua’lam.

Nicolas Ford said...

Greeat read thank you

Nicolas Ford said...

Greatt blog you have here