Dah lama tak menulis....Kekok dan gagal serasanya untuk menitipkan sesuatu selama beberapa minit...kejap...hampir setengah jam ye! berhadapan dengan laptop tanpa sebarang kata diterjemahkan...melayan setiap patah lirik lagu yang diputarkan di blog dia(arina si bulat! lalalala)....
Aku ingin letak gambar ini. Sebab rasa aku macam comeyl jek! lalala...ape ade hal korang nak cakap ape... tapi sebab gambar edit jek kot yang buatkan aku yang sedia comeyl ini bertambah comeyl...ahahaha... credit to kak dyll (Si TABAH)
Jom la aku ceritakan cerita... (yang tidak ada perkaitan ye dengan gambar di atas)
Semester kedua tahun ketiga aku kat UIA dah selamat pergi dah. Keputusan aku, selamat ke tak selamat itu aku serahkan segalanya kepada DIA. Faiza Azamta Fatawakkal a'lallah.... Semester yang paling singkat aku rasa. Mungkin perasaan sahaja. Tak tercapai akal nak pikir setiap perkara yang berlaku dalam semester ni. Banyak, dan pastinya membuahkan pengajaran yang baik dalam meniti kehidupan. (oh, skema sungguh ayat aku...). Yang pasti semester depan, aku berada dalam tahun terakhir. Tak sabar plak nak selesaikan pengajian di UIA. hurm...semoga semuanya kan baek-baek sahaja...
McLEAD @ Sanctuary Resort,Cherating
First time sebenarnya join program McLead sejak masuk UIA Gombak ni. Dulu masa kat matrik PJ setiap tahun kot join. First time join as participant, second and the third time jadik komiti. Best! Sebab duduk kat tempat yang best.. hehehe... makanan dia terrbaek!
Kali ni pun jadik peserta jek. Tempat so so. tapi syukurlah ye! The best part of it, duduk dua orang kat bilik yang sepatutnya duduk untuk enam orang.. ahaks. Bermaharajalela la di dalam bilik yang dah macam peti dingin beku...yang penting selimut dia, macam kain alas meja kenduri kawen.. terrbaek tak? mahu tak mengerekot kat atas katil..adoiyai!
From the very first day kat Cherating, rahmat Allah tak pernah berhenti membasahi bumi. Kagum giler dengan kejadian alam. Terus insaf dan sedar bahawa andai Allah itu mahukan sesuatu itu berlaku, pasti ia kan berlaku kan? Kun Fayakuun... Dalam surah yaasin selalu kita baca...
Alhamdulillah, banyak pengisian yang diberi. Bermula dengan Qiamullail kat masjid UIA. Dah lama tak bangun qiam! Bersemangat! Syukur, dapat titipkan doa buat dia,dia dan dia, serta kamu, kamu dan kamu...Syahdu menghadap dia yang Maha ESA!
Antara pengisian dan ilmu yang aku dapat, pastinya cara-cara dan prosedur untuk menjalankan sesebuah organisasi. Untuk aku, khusus buat Kelab Titian Wahyu. Selain tu tahu gak serba sedikit cara nak mempengaruhi orang melalui 3 senses utama manusia. Pergh, memang terrbaek ar! Bayangkan, ada satu video yang penceramah tu tunjukkan, dia mampu untuk mempengaruhi orang sampaikan kereta dia yang warna merah pun, dia leh cakap warna hitam. Bukan sekali dua, berkali kali kot. Stylo! Benda ni bagus untuk dipraktis untuk orang-orang bisnes. Kalo dah betul-betul expert ngan ilmu ni, sesape jek yang kita offer untuk dijual barang kita, kompom dia beli! Woooot??! :-))
Dalam program ni kitorang dok dalam kumpulan memasing. Macam aku, dok bawah CENSERVE team. So, masa program ni, kitorang diberikan task untuk propose satu program. Dan perlu buat proposal paper through all the guidelines yang dah diorang bagi masa slot pengisian. Kitorang amik masa yang agak lama untuk dapatkan idea program terbaik untuk di propose. And kitorang end-up dengan program Community Service Carnival. Program yang ala-ala bakti siswa. Program ni kitorang fokuskan untuk penerapan amalan Islam di kalangan keluarga yang kurang upaya. And guess what? Team CENSERVE menang! heheh.. Jom tengok gambar kemenangan kitorang dan gambar-gambar lain sepanjang program berlangsung.
Management Training Titian Wahyu Club, Port Dickson
Balik dari Cherating, sampai lebih kurang pukul 6.00 petang kat UIA, terus amik lrt balik rumah ambil kereta. Malam tu kena bertolak terus ke Port Dickson plak untuk Management Training Titian Wahyu Club. Penat memang ar penat kan... tapi demi tanggungjawab! Kena kuat.. :-))
Bersama dengan Paan ngan Kak Dyll malam tu. Lebih kurang pukul 9.30 malam bertolak lepas amik Paan kat UIA ngan Kak Dyll kat Melati, bergerak pelan-pelan ke Port Dickson. Jam 12.30 pagi, selamat sampai. Terlajak sampai ke Teluk Kemang dah. Tu yang lambat sampai. huhu. Malam itu, sampai, rehat jap, terus berbincang perancangan kelab untuk semester yang akan datang. Alhamdulillah, semua bagi kerjasama yang baik instead of everyone pun penat. Takpe, yang penting berbaloi. Puas dan bangga dengan semua!
Perjalanan program berjalan dengan sangat baik.Semua pun give a very good cooperation. Serius rasa bersyukur sangat dengan komitmen semua dalam memastikan perjalanan kelab pada tahun depan pada tahap yang terbaik. Lega! Sebab Allah kurniakan nikmat ini. Dan aku harus BERSYUKUR!
Kitorang dah macam satu family dah waktu dekat sana. Kenangan buat BBQ dekat tepi laut, group binding, treasure hunt, bot pisang...semua itu pasti melekat dalam ingatan! Korang memang best la! Credit untuk Paan, Kak Dyll, ngan Ainun yang dah jadi mantan. Tetap memberikan komitmen yang terrrbaek untuk program kali ni... Semoga Allah mengganjari mereka dengan ganjaran yang terrbaek juga.
Apepun, dalam keseronokan menikmati keindahan alam, satu benda yang aku syukur adalah, kami dah berjaya buat planning untuk setahun. Tinggal untuk synchronize, susun balik supaya tak clash, lepas tu execute. Ya Allah, aku pohonkan agar semuanya kan berjalan dengan baek-baek sahaja! Ameeen....
Gambar di PD tak ada dalam simpanan. InsyaAllah akan diupload kemudian.
Seusai program terakhir di Port Dickson, bertolak balik dalam pukul 2.30 petang. Singgah sebebntar ke Nilai untuk ambil adik ipar Anuar. Nak dijadikan cerita dua buah kete yang lain pun berhenti jugak dekat UIA Nilai. Kaedahnya semua tak pernah sampai dekat situ kan... Huhu..Kesian betul beliau-beliau yang berkenaan. Dah alang-alang semua ada, kitorang pun pergila minum-minum kejap kat Kopitiam kat Giant. Best dapat spend masa dengan semua...
Lepas tu, berpisah lagi. Hantar Anuar ke Duta, kemudian kitorang berjumpa lagi. Lokasinya?? Mancongkam. Tau tak? Tempat nasik ayam yang popular kat Gombak tu la.. Habis dinner malam tu, maka berakhir lah perjalanan kami semua... Mengambil destinasi masing-masing.
Alhamdulillah. Syukur. Segalanya telah diaturkan oleh Allah dengan baek! Terasa tersusun sahaja perancangan Allah. Walaupun aku agak terkilan sebab tak sempat nak ziarah pusara adik, tapi semuanya terubat dengan nikmat ukhuwah yang terbina antara kitorang. Maceh semua!! THUMBS UP!!
Apepun, aku mengharapkan team yang telah ada ini akan bekerja sebaiknya untuk membawa objektif kelab ke arah yang sebetulnya. InsyaAllah, keyakinan aku semuanya akan berjalan mengikut ape yang telah diancangkan. Tinggal hanya kebergantungan kami kepada Allah SWT yang menyusun segalanya. Wamakaruu wamakarallah, Wallahu Khairan maakiriin....
Enough here.
May Allah bless all of us. And may all of us be an obedient servant to Him.
Till then...Take care...
p/s: Salam Eiduladha.
1 comment:
haru~
eh, silap...
terharu....=p
Chayok2 syah!
May Allah help us...
Kt usaha..serah pd DIa ya...
Peace! (n_n)v
Post a Comment