Alhamdulillah, demi untuk setiap nafas yang ku hembus ini adalah untuk Illahi. Tuhan pencipta segala. Yang Maha ESA!
Syukur, langkah di UIA ini semakin sampai ke penghujungnya. Semester terakhir, tahun yang terakhir sebagai mahasiswa rasmi UIA. Hehe! Ini anugerah yang Allah beri kepada aku. Yang suatu masa dahulu, mana pernah terfikirkan akan berada di bumi ini, mencipta memori dan pengalaman yang menjadi guru setia pada kehidupan. Allahu Allah!
Di akhir hayat di UIA ni pastinya banyak perancangan masa depan berlegar-legar dalam kepala. Nak kerja apa lepas graduasi? Nak cuti-cuti dulu ke, atau nak kerja terus?
Aku? Alhamdulillah, demi rezeki itu ada pada tangan Allah, aku dapat pergi temuduga kerja dekat RHB Banking Group. Dah lepas fasa yang kedua. Sekarang ni sedang tunggu keputusan samada diterima sebagai pekerja ataupun tidak. Doakan ye kawan-kawan! .... (dah doa belum? dah? ameeennn...)
Memang banyak perancangan aku! Hoho. Pening juga bila belum dapat memuktamadkan hati pada sesuatu perkara. Aku suka banyak perkara, dan kalau mampu, aku ingin buat kesemuanya. Katakan apa, PPIWP, GPTD, PKPIM, Training ALIA (Accelerated Learning in Action) Wosh! Belum masuk lagi perancangan untuk buka bisnes kambing! hohoho. oh, satu lagi, buka stesen minyak! oh....dan seterusnya...
Di samping itu, banyak pula datang tawaran-tawaran menarik! Dan ada di antaranya terpaksa aku lepaskan begitu sahaja.
1) Tawaran untuk pergi ke Indonesia bersama geng GPTD Unisel dalam projek Jejak Wali Songo (1-15hb Nov 2010). Sepatutnya boleh pergi menggantikan Abang Hakim (yang sekarang berada di Gaza) bersama dengan Kak Dyll untuk meninjau-ninjau peluang perniagaan untuk GPTD. Tapi kekangan ujian akhir semester pula, membuatkan aku terpaksa lupakan sahaja! Selamat lah ye Kak dyll! Main debu gunung berapi ye! bahaya tahu! (Kak Dyll cakap, tak mengapa, tahun depan boleh cuba lagi! dush!)
2) Tawaran untuk menyertai misi Kemanusiaan ke Kemboja bersama CENSERVE UIA (21-27hb November 2010). Ini yang merungsingkan aku sebenarnya. Andai kata aku dapat tawaran kerja RHB, pastinya aku terpaksa melupakan hasrat untuk sertai mereka, kerana setahu aku, latihan RHB tersebut akan bermula pada 22hb November. Hoh! (Sedang menunggu balasan e-mel dari RHB dalam usaha untuk menangguhkan latihan-itupun kalau berjaya melepasi temuduga yang kedua hari Selasa yang lepas. Kalau tidak berjaya, maka tiada masalah untuk ke Kemboja.) Lantas aku mengimani, Wa Makaruu Wa Makarallahu, Wallahu Khairan Maakirin.
3) Tawaran yang baru sangat aku terima. Dari Abang Jufitri. Untuk memberi khidmat sosial di Pulau Kokos, Australia selama 3 bulan. Subhanallah! Sesiapapun mengimpikan peluang untuk menyumbang bakti di sana. Namun aku insafi, banyak persediaan perlu dilakukan sebelum ke sana, terutama persediaan dari sudut rohani. Pastinya pengalaman Abang Suhail yang pernah ke sana selama dua bulan akan menjadi rujukan. Andai benar aku tekad untuk ke sana. InsyaAllah. Perlu adakan perbincangan lanjut dengan Abang Jufitri. Sungguh, ini anugerah yang aku tak mahu lepaskan! Allahu Allah.
Di antara mengejar habuan dunia dan habuan akhirat? Betapa sukarnya meyakinkan hati bahawa habuan akhirat itu harus dikejar! Dalam masa yang sama menggunakan habuan dunia sebaik mungkin bagi mendapat saham akhirat.
Hurm... Jadinya? Aku dan kamu perlu fikirkan...
Sesungguhnya. Habuan dunia itu nikmat Allah, apatah lagi habuan akhirat.
"Maka nikmat tuhan kamu yang manakah telah kamu dustakan?" (Dalam Surah Ar-Rahmaan banyak kali ayat ini diulang-ulang)
Betapa banyaknya nikmat yang Allah kurnia dan anugerahkan kepada kita, tapi kita masih lagi menjadi hamba yang tidak bersyukur! Jom jadi hamba yang bersyukur. Sebutkan berkali-kali, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Dan doakan agar diri kita terus dipandu untuk menggunakan nikmat ke arah mengesakan Allah dan menyeru manusia ke arahnya walau di kondisi mana pun kita.
Aku pohonkan agar kehidupan aku, kamu dan mereka dimudahkan pada setiap langkah perjalanannya.
Doakan. Semuanya kan baik-baik sahaja ya!
Kerana Allah sayangkan kalian, aku jua sayangkan kalian. Mengerti itu? :-)
9 comments:
gudluck syah....
ieyla: thanks! Gud luck to u too!
Salam..
Pulau Kokos!
Bila a.Ju bercerita, akak sudah terbayang kamu..
Benar rupanya..
JAngan tolak syah..
Hadiah Allah tu..
Subahanallah..
[perjuangan bukan sisa-sisa hidup, tetapi seluruh kehidupan itu sendiri..]
:: Allah sayang kamu..
alhamdulillah..
peluang yang byk abg syah dpt..dan masih lg terlalu byk peluang yg abg syah tak nampak sec zahir..=)
Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui segalanya..dalam keasyikan mengejar habuan akhirat, sebenarnya dunia lah ladang kita menuai hasil di sana..
manfaatkan kehidupan sebaiknya..hadiah Allah itu byk..hatta dunia ini pun hadiah Allah utk kita dan terpulang kita mahu pilih yang mana utk dimanfaatkan kpd ummat..kerana Ummat itu terlalu ramai..
di mana pun kita berada, walaupun ada ilmu secebis cuma..jika itu yang kita boleh berikan, lalu kita pertaruhkan dgn penuh keikhlasan dan sedaya upaya..tawakal shj pd Allah mengenai redhaNya..
di sini, kokos ataupun segenap dunia..di mana2 shj, pasti ada 'kerja' yang perlu kita laksanakan..
ketamakan membuat amalan itu adalah baik, namun..istiqamah dlm melakukan 'sedikit' amalan itu adalah lebih baik..
laksana memegang byk jwtn..byk taklifan..kerana post kita di bahagian A, bhgn B yang kita pegang juga terabai..berilah dan yakinlah pd insan lain yang juga mahu perbanyakkan amalan..jangan akhirnya, perkataan maaf ringan dilunturkan krn tak mampu 'perform' dlm taklifan..
Islam itu syumul..manifestasikan kesyumulan agama tercinta dengan tidak 'memilih' mad'u atau waqi utk kita buat 'kerja' kita..
ada hikmahNya knp kita lahir dan berada di Malaysia..dan ada hikmahNya knp kita diberi ruang dan rezeki utk ke luar sana..
wallahu'alam
Kak dyll: boleh meramal masa depan rupanya wanita ini! Hoho. Pastinya tak akan ditolak, cuma waktunya bila? Dalam masa terdekat atau masa-masa yang akan datang. Wallahua'lam. (sisa-sisa kehidupan di UIA..huhu)
Anon: siapa kamu ya! haip2.. hehe. Terima kasih atas panduan dan nasihat. benar, terkadang ada taklifan yang terabaikan lantaran hanya mampu memberi fokus pada sesuatu perkara pada satu masa. InsyaAllah, kerana itu selalu memanjatkan doa agar diberkati rezeki masa utk selesaikan sebaik mungkin segala taklifan. Mohon didoakan juga ye! Demi ummah untuk Islam. InsyaAllah. :-)
fokus komen ku bukan pada taklifan..tp lebih kepada peranan kita sbg hamba dan khalifah..ibadah itu boleh dilakukan di mana2 shj..dakwah itu juga boleh di mana2 shj..pastinya pengalaman yg diperoleh di setiap tmpt itu berbeza..beza rasanya di gombak, dakwah di setiawangsa hatta di keramat!
buat apa bangga dengan pengalaman berbeza waqi andai diri masih lagi ditakuk kecewa dan merintih bagaikan tiada rahmat Tuhan di sisi..
wallahu'alam
Anon: Allahu Allah, anda benar sekali.Terima kasih. :-)
sama-sama.sesungguhnya engkau memang selalu disayangi Allah sbb Allah itu Maha Penyayang.
Maha Adil dan Maha Menyayangi semua makhluk ciptaanNya.
www.pcworld1000.blogspot.com
Post a Comment