Followers

Sunday, October 31, 2010

Peluang

Senafas ini, Subhanallah!

Kita manusia bukan? Atau anda bukan manusia?
Kita bukan Malaikat mahupun Nabi...
Dosa bukan lagi berbakul-bakul, malah mungkin sudah menggunung...
Sampai bila?

Acapkali terfikirkan, apa yang kita (aku) mahukan dalam penghidupan dunia,
Menarik dunia ini kan? Tanpa ada ragu-ragu, kerna ianya ciptaan Tuhan Maha Esa
Mereka yang faham, pasti mengatakan, ini dunia semata, buat bertani untuk hasil di akhirat, alam yang kekal abadi,
Mereka yang tidak faham, atau samar-samar? bagaimana mereka melihatnya?

Kenapa masih berbeza-beza ya fahamnya manusia?
Kerna peluang kita berbeza-beza,
Hanya untuk mereka yang diizinkan Allah,
buat mereka yang mencari,
buat mereka yang mahu,
dan juga buat mereka yang didekati (didakwah),
Mereka yang punya peluang, fahamnya lain pada sesuatu perkara, yang tidak punya peluang?

Contoh, aku punya peluang untuk menuntut di universiti,
Bagaimana dengan mereka yang tidak berpeluang?
Pengalaman dan fahamnya pasti berbeza

Aku punya peluang untuk ikuti majlis ilmu? (kerana Allah izinkan, kerana aku mencari, kerana aku mahu dan mungkin juga kerana aku didakwahi atau diajak-didakwah)
Bagaimana yang tidak punya peluang? (Kerana Allah tak izinkan, kerana mereka tak mencari, mereka tak mahu dan mereka tidak didekati-didakwah?)

Pastinya, di setiap peluang yang datang itu ada kos lepasnya, dapat peluang yang satu, peluang yang lainnya terpaksa dilepaskan,
Contohnya, merebut peluang untuk menghadiri perjumpaan penting ketika ujian semester akhir akan berlangsung esok hari, kos lepasnya adalah terlepas beberapa jam untuk ulangkaji pelajaran.

Namun, di sebalik setiap peluang yang diperoleh seseorang itu, banyak lagi peluang-peluang lain yang menanti untuk diambil manusia yang lainnya.

Pokoknya, Allah izinkan.
Pokoknya, kita mencari,
Pokoknya, kita mahu!
Dan pokoknya, para pendakwah menjalankan tugasnya...

Agar peluang-peluang, dapat disamaratakan...
Semua boleh merasa...
Kerana Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana..

Wallhua'lam

No comments: