Followers

Saturday, October 18, 2008

CINTA??

Cinta?

Beberapa kali sebenarnya aku disapa dengan persoalan sperti berikut:

“ko ni takde awek ke?”

“amacam awek ko?”

“tak kuar gi dating ngan makwe ke?”

“Best ke kuar ngan awek tadi?”

Paling tak boleh blah ade gak soklan camni:
“Bila nak kawen?”

Meh sini aku nak jawab…
1. Aku takde awek
2. Aku takleh nak gitau caner awek aku sebab aku tak de awek
3. Kalo aku kuar jek, mesti kuar ngan awek ke?takleh kuar ngan kengkawan ek?hurm…ape daaa….
4. Kawen? Hidup pun tak stabil lagik, berangan je la nak kawen….

Tak pernah rasa ke nak bercintan cintun?

Tak! Sebab aku belum bersedia untuk letakkan perasaan sayang aku ni. And aku tak tau aku nak sayang perempuan ni sebab ape. Nafsu ke ape ke? Hurm…Sendiri mau ingat ar kan…

Nape lak tak bersedia? Bukanke umur umur cenggini dah kena pikir benda2 nih?

Aku nak tau ar statement tu kuar dari mana? hurm…aku dah letakkan target dalam life aku…and aku taknak terlibat dengan sebarang komitmen selagi aku tak selesai study. Biarlah orang nak cakap best couple time study ni, leh study sesame, leh kuar sesame…tengok wayang sesame….hurm…itu korang! Aku ni rilek rilek sudah…Kalo takde orang nak kuar ngan aku, aku kuar ar sengsorang…Nak study? Ramai jek kawan laki yang leh study sesame ngan aku? Whats the problem with that? Tengok wayang? Salah ke tengok wayang reramai or tengok wayang ngan kengkawan laki? Aku tengok ngan adik angkat aku ok jek! Huhu… ape ape aje la korang nih..

Tak jelez ke tengok kengkawan lain ade awek?

Honestly, jelez gak. Tapi firm ar ngan diri sendirik! Ko nak ikut orang wat ape? Ko ade stand ko sendirik. Stay firm with it! Jangan la jadik lalang. Kejap cakap nak, kejap cakap tak nak.. Memasing punya cara tersendiri. And this is my way!

• Korang punya hak untuk setuju or tidak bersetuju ngan aku. Aku juz nak paparkan kat sini agar ada yang akan mengerti pendirian aku. Bukan aku tak nak bercinta or anything, aku nak letakkan diri aku dalam keadaan yang betul-betul bersedia untuk satu komitmen yang bukan calang-calang. Bagi aku bercinta untuk berkahwin. And aku really serious about it. So, for the time being, aku malas nak pikir sape calon yang sesuai. Better focus on my study. Duit pun tak banyak habis. Tapi habis gak kat benda lain…huhuhu..

• And, to be honest, aku masih menanti jawapan. Yang sebenarnya aku boleh carik jawapan tu anytime. Tapi aku hold dulu. Biar masa yang menentukan. Andai dia adalah jodohku, maka dialah orangnya! Jika saat aku bertemu dengan dia semula nanti, dia sudah berpunya, saat itu mungkin baru aku bukak hati aku untuk orang lain. Ini janjiku. Tak siapa mungkin dapat mengubahnya kecuali takdir Allah.


• Maafkan aku andai tak mampu untuk membalas kasih sayang dan cinta dari sesiapa. Bukan aku menidakkan perasaan itu, perasaan itu tetap ade, namun aku biarkan ia berlalu dan hilang. Kerana aku masih menanti jawapan….

• Sori gak kat orang-orang yang baca benda ni pastu rasa menyampah kat aku. Or rasa aku ni bagus sangat ke ape ke.. Say whatever u wanna say. Tak siapa halang. Pendirianku adalah begitu. Biar terkadang orang akan pikir aku ni banyak mempermainkan perasaan orang la, meletakkan harapan la ape la…. Honestly, cara aku melayan seseorang mungkin berbeza. Mungkin ade ter’over’ sayang sayang nih, or ter’over’ lak kasar-kasar ni… it depends on how comfort I feel when I am with somebody.


• Sori banyak-banyak kalau aku ni dah sentuh hati anybody, mungkin secara tak sengaja, then all of the sudden, aku tetiba lari or hilang or dingin. Aku juz taknak perasaan itu terus mekar. Sebab aku ada janji. Aku tak mungkin mungkirinya sehingga sampai waktunya. Aku masih menanti ‘dia’ dan aku masih dalam meneruskan pengajian. Maafkan aku, bukan aku membuang sesiapa dari hidup aku, in fact kita masih lagi boleh berkawan dengan keterbatasan perasaan. Harap sangat faham. Sorry kalo korang rasa aku ni pentingkan diri aku.

• Tu jek kot. Hidup ni kena diteruskan walau ape pun jadik. Kesian ar tengok orang-orang yang frust cinta gegiler nih. Siap nak bunuh diri lagik. Murahnye la hai harga diri manusia. Pastu jadikkan alasan takleh perform dalam study la apela. TOLONGLAH! Take it easy. Fahami kaedah Qada’ dan Qadar Allah. Aku bukan cakap kosong. Sebab aku pernah alami penderitaan yang sama kerana kasih sayang. Siap sakit lagik sampai masuk spital. Then aku realize balik diri aku. Dalam hidup biar berpada. Sayang biar berpada. Dalam sayang ade sikap berhati-hati. Sebab hati manusia bukan kita yang pegang, Allah yang pegang.

Semoga mendapat info yang bermanfaat ye. Serba sedikit tentang diri aku. Maaf atas kekasaran bahasa dan penggunaan bahasa yang tak betul ejaanya ye. (mohon maaf pada pejuang Bahasa Melayu) Juz wanna make it simple and understandable. And I don’t like to be a ‘skema’ person! huhu… It is juz me. My own way and lifestyle. As long as I know what is wrong and what is not. Don’t bother to ask me to change my way.

12 comments:

a.m.i.r.a.h said...

salam ....
artikel yang sangat - sangat baik ...
saya setuju dengan segala yang abg syah tulis ...
keluar dengan kawan adalah perkara yg paling best kan coz nanti habis study mana leh selalu kuar ngan diaorg .. suma ada kerja rite ..
ye lar buat apa nak couple masa belajar ..
1. membazir duit
2. boleh hilang fokus
3. boleh mengundang kepada maksiat
4. mak ayah hantar pergi u bukan
untuk bercinta tp untuk belajar
5. cinta pada yang maha esa baik
kerana dia sentiasa ada untuk
kita
buat apa lar nak frust tonggang terbalik rite . buang masa jew ...
apa kata abg syah ikut motto yang saya pegang that is :
couple is haram in islam ,
everyone is a sahabat to me and the greatest love is to almighty ALLAH ...
kalau macam saya suka kat someone saya akan gtau kat org tu tapi selepas satu ketika saya sedar yg saya x suka kat dia , huhuhu ...
erm apapun study come first what ...
saya dalam group yang setuju dengan artikel yg abg syah tulis ...
CEMERLANG DUNIA AKHIRAT

suhailie said...

laaa...siannyer...sampai masuk hospital. erm...apepun at the end syah dapat berjaya hadapinya. nasib baik tak sampai bunuh diri yek...akak gurau jek...jangan marah ek. hari tu baru minta maaf ni.
akak selalu ikuti jugs discussion tentang cinta kat ukhwah.com. (tapi laman ni bukan pasal cinta semata-mata)

ada yang menyokong untuk 'couple' asal tak buat perkara yang bertentangan dengan syariah. ada yang membangkang sekeras-kerasnya dengan dalil jangan mendekati zina. sebab zina ada berbagai jenis, zina mata yang melihat, zina telinga yang mendengar dan zina lain2 yang boleh membawa kepada zina sebenar.

apa peranan kita? jadi, kita cari dalil2 samada boleh ke tak couple...kalau kita yakin dengan dalil tu, teruskan dengan pegangan kita sendiri samada menyokong atau membangkang. tapi biarlah dalil itu dari sumber yang sahih.

kawan akak pernah mengaku: bila dah couple, susah nak jaga (untuk tidak berlebih2). dia tanya akak nak buat macamana? akak jawab: kalau ada kekuatan putuskan dulu, sambung lepas kawen. kalau tak, minta ampun la dengan Tuhan, cepat2 kawen.

alamak tertaip panjang la plak. maaf salah silap.

@deQashaH said...

thanks amirah and kak suhailie for the sincere komen...

at first takot gak nak post kan bende nih...dah siap lama dah menaipnye...semalam baru rasa nak publish...

hurm, apepun syah tetap percaya pada Jodoh yang Allah dah tetapkan...kalo kita jumpa somebody, pastu tetiba rasa cam ade chemistry yang sangat rapat, pastu hati pun mengiya kan..pastu dah buat istikharah sumer...mungkin itulah jodoh yang Allah nak tunjukkan..

InsyaAllah, semoga terpelihara dari segala perbuatan yang mendatangkan dosa maksiat...

biarlah perjumpaan kita dengan bakal isteri di tempat yang baik..sebab permulaan yang baik membawa kepada pengakhiran yang baik..insyaAllah...sebab tu niat penting...

hurm...dah berceramah lak ni...huhu...

Anonymous said...

patut la saya approach aritu awak tolak~
nape xckp awal2..
Nway, i still waitin' 4 u..
hohoho~
adeh~

@deQashaH said...

hadoi...ni nani mana la plak ni...cuba kenalkan diri..mane la tau tetiba sangkut ke...huhu...

Allah pemegang segala hati, kalo takdir Allah tentukan hati ni tersentuh, bebila masa jek kan...

suhailie said...

akak setuju part yang istikharah tu. tanya pendapat Tuhan dulu. tu yang sepatutnya. tapi tak ramai yang buat macam tu, main redah je.

selain istikharah, jangan lupe minta pendapat parent n keluarga plak, 'dia' akan hidup lama dengan family. sebolehnya, biar diberkati Allah dan diterima oleh family.

lagipun redha ibubapa membawa kepada redha Tuhan.....

a.m.i.r.a.h said...

agak hangat isu ni yea ..
sabar je lar

Anonymous said...

Semoga Allah terus teguhkan iltizam supaya tetap dengan poendirian ini. Dalam situasi remaja muda mudi Malaysia yang membudayakan couple sekarang, cabaran yang besar bagi kita to go against the flow. So, I salute you for being one.

@deQashaH said...

THANKS HAMRA'!

Doakan agar diri ini terus tegas dengan pendirian n tak menjadi seperti lalang.

banyak dugaan bila kita menongkah arus...

Anonymous said...

salam..
entri yg bagus..
tambahan ckit...
3 perkara yg mesti dipercepatkan urusannya:
1)solat
2)jenazah
3)kawen

ieJan said...
This comment has been removed by the author.
Dr Zahau said...

salam..haha..

serius..saya tergelak besar bc posting bro ni..

btw..best artikel ni..

nasihat secara santai dan logik akal..