Followers

Friday, May 8, 2009

I just dicovered something..Something that i didnt expect!

Assalamualaikum wrt. wbt.

Perkataan pertama aku.. AKU TAK FAHAM! heheh... macam post sebelum ni jek...eheh..

takde, takde, kali ni post pasal benda lain plak...

pasal kehidupan aku dan juga orang sekeliling aku...

Kekadang kan, aku tak tau ar nape ade sesetengah orang ni suka sangat bermain dengan perasaan. Maksud aku bukan mainkan perasaan orang lain. Tapi berperasaan perasan sesuatu. But before that, aku nak minta maaf kepada sesiapa yang terasa ye. Aku nak bagitau je, betapa aku dah penat dah dengan orang yang suka bermain dengan perasaan ni.

Kenapa ek, orang suka berperasaan perasan? Perasan macam kasar sangat plak. Hurm, ape ye word yang elok sket. Ok la, aku gunakan terasa. Bleh tak? Hehe. Ok la, aku bukan nak up kan sesape dalam hal ni. Cuma aku tak tahu la kenapa ade segelintir orang yang selalu berhubungan dengan aku (sms, call, ym) boleh berubah perasaan mereka. Maksud aku, dari perasaan biasa kepada sesuatu yang lebih dari kebiasaan ('terlebey sudaah'). Korang faham tak ni?? huhu... Aku rasa aku layan kesemuanya equal jek. Takde la lebih-lebih pun. And sesungguhnya aku tak pernah ada intention untuk menyentuh hati sesiapa, sedang aku belum bersedia untuk itu, malah tak pernah terlintas pun ape-ape perasaan 'terlebey sudaah' dekat mereka-mereka ini. Sekadar kawan biasa dan tempat berkongsi rasa. Itu sahaja. Tetapi aku tak faham kenapa perlu melibatkan perasaan yang terlebih tu? Adoiyai!

Yang tu tak ape lagi (aku masih boleh terima dengan berbaik sangka), tapi yang aku tak boleh terima, kalau nak salahkan aku sebab diorang ade terasa 'terlebey sudaah' tu. What??! Apekah motifnya? Aku tak pernah rasa pape, tetiba nak salahkan aku sebab takde perasaan pape kepada mereka-mereka ni. Caner tu? Korang yang baca ni pening tak? Pening tak? Hurm...

Maaf, aku bukan nak burukkan sesape. Aku cuma dah penat dah kot. Lepas sorang, sorang. Pastu muncul plak yang sorang lagi. Adoiyai! Macamana ek? Aku minta maaf sangat-sangat kat mereka-mereka yang aku dengan hormatnya terpaksa menidakkan perasaan aku pada mereka (yang sebenarnya tak pernah wujud, melainkan hanya sebagai kawan), dan mereka menyangkakan aku buang mereka dan tak suka dengan mereka (ade yang cakap, aku ni memilih, dan mereka tak sepadan dengan aku), and aku cakap, WHAT THE HECK?! Hurm... Susahnya nak bagi orang faham. (aku tak pasti korang yang baca ni faham ke tak ape yang aku cuba sampaikan)

And, sekarang ni, pada post kali ni, aku nak tegaskan, tolongla jangan bermain perasaan or terasa pape yang istimewa dengan segala tindakan aku samada melalui SMS, YM, Myspace, Friendster, Facebook, Tagged, Call or anything else. Mungkin kekadang aku bagi something kat mereka-mereka ni. Tapi itu hanya pemberian kawan kepada kawan ye. Tidak bermaksudkan kawan kepada yang lebih dari kawan. Bukan..Bukan... Aku tak bermaksud begitu. Tolongla memahami, bahawa aku tak fikir dah sampai masa untuk aku mencari sesiapa yang istimewa dalam hidup aku. Tanggungjawab aku sebagai anak tunggal lelaki dalam family aku perlu diutamakan dahulu. Buah hati pengarang jantung aku sekarang adelah family aku. Mama, abah and kakak-kakakku....

Aku rasa aku bagus sangat ke?? Oh TIDAK sama sekali... Hanya Syahrir Azfar yang hidupnya seperti korang yang sedang baca ni. Tidak terlalu sempurna, dan tidaklah kekurangan segalanya. Bersederhana dalam kehidupan itukan lebih baik... :-)

Aku tak kisah pun lepas ni ramai yang akan membenci aku sebab statement aku kali ni. Itu lebih baik dari meletakkan perasaan 'terlebey sudaah' kepada aku. Sebab aku tak terdaya lagi untuk kecewakan sesiapa, sedang aku tak bersalah pun dalam hal ni. Kalo ade tindakan-tindakan aku yang 'over', tolongla tegur aku. Tak tegur, sampai bila pun aku akan ulang perkara yang sama. Aku taknak dah benda-benda macam ni jadi lagi. Aku punya kakak-kakakku, and aku faham ape itu perasaan kecewa. So, tolong jangan mulakan ape-ape yang membawa kepada kekecewaan itu. Jangan meletakkan harapan pada suatu yang tidak pasti, jangan begitu berani meluahkan sesuatu perkara yang kita tak pasti kesan dan akibatnya. Berfikiranlah dengan waras. Jangan memaksa aku untuk berlaku tidak sopan. Aku hormati anda, anda dan anda yang diluar sana sebagai kawan-kawan aku. And biarkan segalanya berjalan seperti biasa. Masanya akan sampai juga. Tetapi BUKAN SEKARANG.. BUKAN..

Aku harap penjelasan aku kali ni dapat berikan gambaran jelas kepada mereka-mereka ini. Maafkan aku atas segala keterlanjuran tindakan aku, dan atas ketidakmampuan aku dalam menunaikan kehendak perasaan yang belum tercipta dalam diri aku.

Aku telah mengatur perjalanan kehidupanku, dan hanyasanya Allah sahaja yang berhak untuk mengubah perancanganku. "Wa makaruu, wa makarallah, Wallahu khairan maakiriin.."

Aku akhiri dengan perasaan rendah diri dan menyedari bahawa segala kelebihan dalam diri datangnya dari Allah SWT, dan kekurangan diri aku, datang nya dari kelemahan diri aku yang gagal menguruskan amanah kehidupan yang telah Allah berikan.

Dengan penuh keinsafan, aku mengakui bahawa setiap langkahku, setiap pergerakan dan tindak tandukku, Allah itu lebih mengetahui. Kerana segalanya itu berada di dalam pengetahuanNYA..

Wallahua'lam...

p/s: Mohon maaf...

3 comments:

a.m.i.r.a.h said...

salam ...
hurm nice 1 ...
kenapa x post awal2 lagi ???
no worries saya pun hanya anggap abg syah like my own bro bcoz perjalanan saya masih jauh n nak sambung cari ilmu ... bg mereka yg terover dgn u 2 den x tau nak watpe ....
nways sabar je la ...
biarkan mereka terbuka sikit mata pasni ...

suhailie said...

wa'alaikumslm.

complicated jg ni. patutla perkataan pertama 'aku tak faham'.

tapi insyaAllah boleh faham. benda2 perasaan ni normal la. terlebih...terkurang...kita hanya manusia biasa.

akak tengok kat sini, syah dah ada target tersendiri, ada kepentingan yang perlu diutamakan. cuma mungkin resaan2 ni ada mengganggu sedikit. ape yang blh akak bgtau disini, cume bgtau yang sebenarnya kat diorang dgn harapan diorang boleh terima. kita dah buat bhgian kita, jadi terpulang pada pihak lagi satu.

apepun, gud luck la ye. ni pun salah satu ujian yang perlu dihadapi. Tuhan tak berikan sesutu tu sia2.

@deQashaH said...

Amirah: Kenapa tak post awal2 lagi? Hurm...Before this, it is not that worst...lately...it getting worse..so, i decided to post this..with hope that all parties involve will understood...

Kak suhailie:Complicated gak ar benda macam ni...Kita memang sentiasa nak menjaga perasaan orang.tapi sampai satu tahap, andai benda tu akan memberikan kesan yang lebih buruk, saat itu mungkin menjaga perasaan tidak lagi boleh diaplikasi...Kita dah terangkan seterang-terangnya, tapi andai pihak yang satu lagi masih tidak mahu menerima hakikat, nak buat caner lagi? hurm...