Followers

Thursday, May 7, 2009

Sedar atau sengaja tidak ambil endah?Mana Common Sense Anda?

Assalamualaikum..

Agak
beremosi sebenarnya waktu aku tulis blog kali ni. Tak tau kenapa, semakin hari bila aku selak jek paper, banyak jenayah yang berlaku di sekeliling aku Nyawa manusia menjadi semakin murah hari demi hari. Kenapa dan mengapa? Sungguh, aku gambarkan semuanya ini akan menjadi lebih parah. Aku tak tahu berapa ramai lagi anak-anak yang akan menjadi yatim, berapa ramai lagi anak-anak dara yang jadi mangsa, yang teruna pun tak terlepas. SAMA JEK! Semuanya dek kerakusan manusia bernama REMAJA!

Sedih sebenarnya aku hendak mengakui mereka yang banyak terlibat dengan jenayah yang saban hari aku baca kat surat khabar, majoritinya melibatkan REMAJA! Aku malu mengaku bahawa aku adalah anak remaja di dalam kelompok masyarakat yang
parah sosialnya. Apa mereka tak punya akal? Desperate sangatkah kehidupan sekarang sehingga memaksa REMAJA REMAJA sekarang terlibat dengan perkara-perkara yang macam ni!!! Sungguh.. Aku tak faham... Aku remaja gak, aku pernah hidup dan dikelilingi dengan pelbagai remaja yang nakal. Tetapi mengapa kerakusan nafsu yang menjadi tuhan REMAJA sekarang.. Pergh! Ape nak jadi ar..Sungguh.. Aku SEDIH, MARAH, BENCI dengan keadaan REMAJA sekarang!

Oit REMAJA! Mana pergi common sense korang ha?! Agak-agak ar kalo nak jadi jahat pun. Susahkan diri sendiri dah ar. Tak payah ar nak susahkan orang lain. Ko nak berdikari kan? Berdikari ar. Dah taknak sambung belajar kan? Nak hidup sendiri kan? Pastu tak perlukan bantuan mak bapak kan? Tapi korang ni, pegi ar
carik duet cara halal.. Apehal ko nak gi rompak, ragut sana sini? Ko dapat duet ciput je la weyh! Yang ko gi cederakan orang lain watpe? Sampai mati mak orang.. Apesalla korang ni??! Pergh... Pastu yang ko bernafsu binatang sangat ni apehal... Sesedap jek ko nak 'main' ngan anak orang. Ko bajet ko dah power ar? Leh citer kat memember ko yang ko dah pernah main? Ko rosakkan anak dara orang watpe weyh? Bebudak pun ko tibai gak, tu yang aku tak bleh blah. Korang punya 'barang' tu dah ar gabak! Ko nak tibai budak kecik.. Apehalla korang ni takde otak sangat? Kata awek-awek korang bersepah. Tak puas ke? Korang ni giler ar weyh! Siyes.

Aku bukan baik sangat nak memarah korang ni. Tapi aku REMAJA gak! Kena tempias perangai-perangai huduh yang korang buat tu. Aku budak jahat gak la weyh. Tapi
pakai akal ar sket nak buat jahat pun. Nak tunjuk power ape sangat la weyh? Sampai masa, aku ngan ko akan jatuh gak bebiler. Nak jadi hero camana lagi? Ape masalah korang ha? Korang pernah pikir tak benda baik buruk kalo nak wat sesuatu benda. Kalo korang tak pandai agama pun, aku rasa bebenda macam ni COMMON SENSE kot! COMMON SENSE! Cuba ar korang relatekan balik ape yang dah korang buat ngan kehidupan korang. Mak korang mati kat jalan kena ragut ngan bebudak sebaya korang, adik pempuan ko kena rogol ngan bebudak sekolah menengah...Ape korang rasa?? Sakit tak? Sedih tak? Korang pun bengang jek rasa kan? Tapi apesalla bila buat benda jahat, korang tak pikir? Adoiyai...

Beragak- agak ar dalam nak jadi jahat pun! Tu jek yang aku leh gitau kat diri aku ngan korang sumer. Benda-benda sumer ni nanti Allah juga yang akan jadi penentunya nanti. Aku sedar akan benda ni, and aku harap korang sedar gak...

Kat semua yang lain yang rasa diri dah baik sangat, dah
kompom dapat syurga. Teruskanlah ngan kehidupan korang. Hidup dalam kelompok korang jek. Nak kawan ngan bebudak baik jek. Bebudak jahat and nakal ni, korang pandang je la sebelah mata. Diorang ni kompom masuk neraka. Korang duduk je la kat bilik korang, pastu wat keje-keje kelompok korang.. buat tak tau je la kat member-member korang "yang tengah sedap-sedap ngan awek, ngah merempit bagai nak gile kat dataran merdeka, ngah sibuk kira-kira duet rompakan dan ragutan, ngah berbangga-bangga tunjuk video 'permainan' diorang kat kengkawan lain, tengah sedap minum arak, berjoget sakan kat kelab-kelab malam, yang tengah bercumbu-cumbuan ngan pasangan sejenis!" Korang tengok jela! Tak payah turun padang pun. Paling habis korang doakan jela diorang ni insap. Dapat gak pahala.

Sedar? Sengaja tak ambil endah?

Itu aku dan korang pikirlah sendiri!

Nak tengok Malaysia ni suatu hari dipimpin oleh kaki judi ngan arak, perogol bersiri, perompak, peragut, pembunuh?? teruskanlah.. Tak payahla approvekan sumer benda-benda baik... Reject jek semua proposal yang ada kaitan dengan nak terapkan ajaran Islam pada anak-anak remaja. Banyakkanlah lagi hiburan-hiburan. Sebab tu ar bebudak remaja skang nak. Ahahah. Pandainye la hai akal!

Kalo ade benda agama-agama sket, terus tolak tepi. Ape punya akalla??! Sedangakan benda-benda macam tu la yang mampu untuk ubahkan segala benda yang jadi sekarang ni.
Allah tu maha AGUNG la! Korang tak percaya ke ngan agama?? Apesal yang korang takut sangat kalo sebut bab2 agama ni kat khalayak ramai? Aku tak FAHAM!

Marah-marah gak.
Aku wusha gak diri aku ni. Masih banyak lagi yang aku perlu baiki diri. Aku just nak korang yang dekat luar sana faham, benda-benda macam ni jadi sebab kita tak bertindak. Kita malu dan kita takut. Kita tak nak keluar dan turun padang selagi ilmu tak cukup kat dada. Weyh! Pegi balik kampung tanam padi la. Ade gak pekdah. Korang cuba celup jari kelingking korang kat laut. Pastu tengok ar banyak mana air yang lekat kat jari korang. Banyak tu jek sebenarnya ilmu yang korang ada. Seluas lautan lagi ilmu ALLAH. Nak tunggu dapat semua baru korang nak gerak, tak payah mimpi la! Ape yang aku ade, ape yang korang ade, gabung kan jela.. Ape yang susah sangat bila nak ajak pergi program bantu budak-budak sekolah. Siap nak minta duet lagi. Pergh! Allah bagi ilmu free jek kat korang. Korang plak nak berkira. Adoiyai!

Tolong ar weyh buang benda-benda
kepentingan diri ni. Masyarakat kat luar and sekeliling korang tu dah makin parah. Korang sedar ke tak?

So, ape next step?

Jom ar gerak sesama. Amar ma'ruf Nahi Mungkar!

Hurm...

p/s: Aku luahkan semua ni sebab aku dah takleh tahan. Sorry kalo ade yang tersinggung and kalo kata-kata aku ni over! Kalo benda-benda dah jadi parah macam ni pun nak kena cakap leklok, tak tau ar aku. Sorry ar... Ini pun berhikmah la ni... Aku tulis dalam blog jek. Cuba aku maki jek remaja-remaja luar sana. Mau aku masuk paper esok! Ahahah....

3 comments:

a.m.i.r.a.h said...

hurm ...
u should post all ur word in paper .. biar diaorg kat luar sana tu sedar sikit ...
all ur words are so true ..
abg syah x de ke anything kita leh buat untuk selamatkan diaorg ni ??

suhailie said...

wa'alaikumsalam.

dunia akhir zaman. sume masalah yang perlu di tangani zaman nabi terdahulu, sume ada kat zaman ni. akak rasa puncanya ilmu dan iman. seseorang takkan minum arak jika iman nya masih bersisa di dada.

pernah terjadi pada zaman rasullah s.a.w, seorang pemuda meminta izin untuk berzina. tapi nabi suruh dia bayangkan mcmana kalau ibu dan adiknya buat perkara yang sama. disebabkan iman masih ada di hatinya, dia membatalkan hasratnya. tu zaman nabi. dah seribu tahun lebih nabi tinggalkan kita, sudah semestinya iman tak sekuat zaman kegemilangan rasulullah.

generasi terbaik adalah generasi Rasul s.a.w, kemudian diikuti generasi sahabat, seterunya tabi'in dan seterusnya. generasi kita akan meninggalkan generasi yang lebih lemah dari kita.

wallahua'lam

@deQashaH said...

Yup, kelemahan pengamalan ilmu dan kelemahan iman menjadi punca kepada semua permasalahan.

Tetapi, ke mana perginya pendidik yang sanggup berkorban apa sahaja. Untuk UMMAH? Sedang pendidik seharusnya menjadi orang yang paling dipercayai, dan kini ape terjadi, ade segelintir pendidiklah yang menjadi agen perosak anak bangsa.

aku adalah di antara yang pernah menjadi mangsa pendidik yang tidak rasional. huh...

Mujur didikan abah dan mama menjadi benteng penyelamat kehidupan dari terpesong jauh...

Jadi, siapa lagi yang kita boleh harapkan untuk membina semula ummah yang bertamadun. Melainkan kita, kita dan kita yang sedar dan faham serta sanggup untuk mengorbankan kepentingan diri....

Beranikah diri aku sendiri dan anda?

Fikir-fikirkan...