Berikut adalah kenyataan akhbar (Malaysiakini.com) berkenaan program dialog AUKU yang akan berlangsung hari ini (29 Ogos 2008) di Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Semua dijemput hadir untuk bersam-sama kita berdialog dan mencapai resolusi mengenai pindaan AUKU yang akan kita sampaikan kepada ahli parlimen untuk dibentangkan di parlimen ketika perbahasan nanti. Terima kasih atas sokongan anda semua! Ke arah melahirkan mahasiswa dinamik... :
Dialog membincangkan akta itu yang turut disertai seorang lagi ahli parlimen Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) diadakan esok di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Seorang wakil persatuan pelajar Mohd Saifullah Mohd Zulkifli juga membentangkan hujahnya di majlis itu yang dimulakan jam 8 malam di auditorium utama universiti itu.
Dialog itu selama 90 minit itu terbuka kepada umum, kata jurucakap penganjurnya Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin hari ini.
Beliau berkata, program itu dianjurkan bertujuan membuka mata lebih ramai pelajar yang tidak mengikut dengan dekat rang undang-undang tersebut.
“Kami fikir ini masa yang sesuai mengadakan forum sebegini kerana parlimen akan membahaskan cadangan pindaan akta ini,” katanya.
“Kami ingin menunjukkan, mahasiswa bukan kerja berdemonstrasi saja (terhadap AUKU) tetapi juga boleh membincangkan sesuatu secara ilmiah dan tidak partisan.”
Penganjur, tambah Ahmad Fahmi, bercadang merumuskan resolusi mahasiswa berhubung pindaan itu selepas mendengar pandangan tiga ahli parlimen itu dan juga wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.
“Kami juga bercadang mengedarkan resolusi kepada semua ahli parlimen supaya mereka menyuarakan pandangan kami di Parlimen,” katanya.
Program itu anjuran bersama jawatankuasa tindakan kolej kediaman as-Siddiq dengan kerjasama Kelab Intelektual Muda (IYC) dan sekretariat penyelidikan Persatuan Ekonomi UIA.
Semalam satu persatuan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan perbahasan isu yang sama antara Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron dengan Saifudin Nasution (PKR-Machang) dan wakil Pemuda PAS, Abdullah Karim.
Kumpulan-kumpulan aktivis mahasiswa, yang membantah AUKU selama ini, menganggap rang pindaan itu hanyalah "kosmetik."

2 comments:
tahniah atas pelancaran dialog. moge program ini dpt membuka mata semua yg hadir ttg isu AUKU. fahmi jd wakil penganjur? hehe.. tahniah lagi sekali. ;)
p/s: hawa br tau ada dialog tu td. huhu...
alhamdulillah, semuanya dah selesai dengan baik..sambutan menggalakkan..ade lebih kurang 600 orang penuhkan dewan malam tadi...
fahmi pengarah program...huhu
Post a Comment