Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang memberikan kesempatan kepada kami, pimpinan PKPIM UIAM Gombak untuk turun padang berjumpa dengan adik-adik pimpinan di Pusat Asasi PJ. Terima kasih kepada Abang Naim (bagi pinjam kereta) dan dua orang sahabat kami yang menyewakan kereta mereka (Adam ngan Chip). Terima kasih sebab telah melancarkan perjalanan kami. Lepas ni boleh pinjam lagi..heheh..
Hurm, berbalik semula kepada perjumpaan bersama pimpinan Pusat Asasi, atau saya kira lebih kepada muzakarah antara kami (pimpinan PKPIM UIAM Gombak) dan mereka (pimpinan Pusat Asasi UIAM PJ). Alhamdulillah, saya kira perbincangan malam tadi adalah sangat baik dan membina. Masing-masing menunjukkan keterbukaan dalam membincangkan beberapa perkara dan memberikan respon yang baik. Seterusnya saya mengharapkan terhasilnya satu resolusi yang terbaik bagi meneruskan perjuangan PKPIM di UIAM itu sendiri.
Apa yang penting dari muzakarah malam tadi adalah, masing-masing secara individualnya perlu memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jalankan kerja masing-masing sepertimana yang selalu ditekankan oleh Amir PKPIM UIAM Gombak. Mantapkan ukhuwah dan FOKUS! itu perkara yang paling utama dalam menggerakkan gerak kerja Da'wah. Di samping itu perlu diteliti semula pelbagai aspek yang lain seperti pengurusan dan pemahaman kepada gerak kerja da'wah itu sendiri. Seandainya semua ini selesai, InsyaALLAH, gerak kerja akan menjadi lebih teratur dan dipermudahkan.
"Kebatilan yang terancang mampu mengalahkan kebenaran yang tidak terancang"
Justeru, saya menyarankan kepada semua ahli gerakan PKPIM samada di Pusat Asasi atau di Gombak untuk kita sama-sama menilai kembali pergerakan kita selama ini. Adakah telah tercapai kepada penanda aras yang telah kita tetapkan. Baiki semula niat kita, fokus kita agar kita tidak lari dari perjuangan gerak kerja da'wah yang sebenar.
Semoga usaha kecil yang dilaksanakan semalam dapat memberikan impak yang positif kepada setiap pimpinan dalam usaha menghidup suburkan tarbiyah dan biah solehah di bumi UIAM. InsyaALLAH.
HIDUP BIAR BERJASA!
4 comments:
slm syah. semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua dalam perjuangan ini. chaiyok2! ;)
salam....akak cuma nak cerita sesuatu. tak ada yang tahu selain akak sendiri. bila terbaca pasal jemaah dan kerja da'wah, teringat cerita dulu2.
macam ni, dulu akak ada berjinak2 dengan satu jemaah ni, tapi bukan PKPIM. sebenarnya bagus join jemaah ni, ramai lecturer yang galakkan. akak sendiri mengakui kebaikan jemaah kepada individu. sebab bila kita terlupa, akan ada yang mengingatkan, bila kita terbabas, ada yang membantu. berbalik kepada cerita akak, akak memang hampir2 untuk join secara kekal, tapi hati akak rasa tak senang, jemaah ni bagi akak bagus sangat, tapi entahla...cara akak lain kot. tapi elok juga akak tak join, nanti merosakkan nama jemaah atau hati yang tak ikhlas akan menjejaskan hubungan kita dengan Tuhan. mungkin akak individualistik atau tengah tercari2 jemaah yang selari dengan jiwa akak. harap2 satu hari dapat jumpe juga.....
Menyertai jemaah atas kesedaran dakwah Islam itu sukar untuk ditegakkan secara bersendirian. sebab tu kerja dakwah ni perlu dilakukan secara kolektif. biar apapun jemaah yang kita sertai, pastinya setiap jemaah yang lain juga memperjuangkan matlamat yang sama. iaitu Islam. perlu untuk menyantuni kesemua jemaah. dan itu yang PKPIM selalu amalkan. cuma, dalam mencari jemaah yang sesuai dengan diri kita memerlukan masa yang agak lama untuk kita bereksperimentasi. Semoga dipermudahkan segalanya kepada kak sue. jom join PKPIM.
Erm...tak sempat dah kot. takpelah...kalu ada umur panjang, ada rezki,dan ada jodoh, boleh kawin dengan orang yang berjemaah, kiranya akak support dari belakang. kalau tak, akak buat yang termampu je la. bukan ape, kalau ikut pengalaman kawan2 akak, orang jemaah akan kawin sesama diorang. mungkin jumpe keserasian disitu. sapelah akak ni...wish u all da best....
Post a Comment