Followers

Monday, December 28, 2009

Speechless~

Aku mati dalam lamunan jiwa
Sungguh aku rindukan dia
Lantas aku biarkan sahaja kenangan itu berlegar dalam benak fikiranku...

Aku tahu aku perlu teruskan hidup...
tetapi apabila ia menyapa...
aku gagal menahan tangis...
oh...

rapuh ya hati seorang insan...
baru ku tahu...
aku tidaklah sekuat mana..
malah aku biarkan diri dibuai perasaan...

...biarkan, aku perlu berseorangan tika ini...

aku tahu aku perlu bangun...
yang pergi tetapkan pergi...
doakan sahaja...

Friday, December 18, 2009

1 Bulan 1 Adab: Stop Car Litter!



Assalamualaikum semuanya… :-)

Jom kita bercerita dan memahami apa yang ingin disampaikan:

Situasinya adalah di dalam kereta, sekeluarga sedang dalam perjalanan ke Melaka untuk bercuti. Menaiki kereta Mercedes baru.

“Angah, bukakkan roti tu, Ayah laparla” berkata ayah sambil memandu kereta

Angah pun memberikan roti tersebut kepada ayahnya.

“Ayah, nak buang dekat mana plastic roti ni?”

“Ala, bukak tingkap tu, buang jek kat luar.”

Si ibu pun mengiyakan.

“Ye angah, buang jek kat luar. Nanti semak pulak kereta baru ayah ni”

Apa perasaan anda?

Jom kita labelkan mereka ini. Terutama si ayah dan di ibu.

Kalau korang taknak labelkan, meh sini aku labelkan diorang ni sebagai orang yang berada di kelas yang PERTAMA tapi masih lagi bermentaliti kelas KETIGA! Aku cukup marah bila tengok orang buang sampah dari kereta depan mata aku. Kalau kereta tu ade dekat sebelah aku, memang aku suruh dia kutip balik. Haish!

Ini yang dikatakan masyarakat yang tidak bertamaduntidak sivik….tidak beradab dan menghasilkan baka dan waris yang juga lebih lebih tidak bertamadun, lebih lebih lagi tidak sivik dan lebih-lebih lagi kurang adabnya!

Kenapa terjadi seperti perihal di atas?

Tidak ada common sense! Tidak tahu ADAB!

Hey, come on la! Setakat nak SIMPAN SEKEJAP sampah dalam kereta, ape ade hal? Nanti sampai dekat tempat rehat ke, sampai kat rumah ke, boleh jek buang dekat tong sampah kan? Saish!

Kalaulah semua orang berfikiran macam ni (boleh sewenang-wenangnya membuang sampah keluar dari kereta atau any kenderan lain macam bas dan pengangkutan awam), tidakkah itu menyusahkan banyak pihak?

Si tukang sapu akan menjadi mangsa, malah terpaksa meletakkan diri dalam keadaan yang berisiko dek kerana ingin membersihkan sampah yang dibuang oleh mereka yang berfikiran ‘sampah’! Bayangkan ketika menyapu sampah yang kita buang, datang satu kereta yang sangat laju, merempuh si tukang sapu…

Jalan raya menjadi ‘tong sampah raya’! bukan sahaja menyakitkan mata yang memandang, malah memberikan kesan imej yang negatif oleh masyarakat luar kepada masyarakat Malaysia. Malu seh kalo orang cakap, orang Malaysia ni tak bertamadun, masih lagi buang sampah merata-rata!

Dush3… nak lari jejauh, nak sorok muka!

Pendidikan secara tak formal kepada orang lain. Mengapa tidak? Kitakan masyarakat yang suka mengikut dan menduplicate apa sahaja perkara. Perkara baek mahupun tidak. Malah masyarakat kita lebih cepat dan mudah terpengaruh dengan benda yang negatif! Ini fakta. Bayangkan majority masyarakat memikirkan… “oh, tidak mengapa, bukan aku jek yang buang sampah keluar kereta, tengok la tu, orang lain juga buat perkara yang sama.” Dush3… Rasa nak lempang jek laju-laju orang yang macam ni. Saish!

Hey, come on la!

Takde ruginya simpan dulu sampah dalam kereta. Nanti2 buangla. Kalau nampak sampah macam menyemakkan pemandangan dalam kereta, cuba gunakan plastic yang ada, simpan leklok. Jangan la sepah-sepahkan. SIMPLE!

Jom kita menjadi masyarakat yang beradab!

Sunday, December 6, 2009

Kembali ke sekolah :-))

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah…

Dah nak start semester baru dah! Apekah??! Cheh, wat2 terkejut2 plak..dush3..hehe…

Ape yang penting? Aku dah masuk tahun keempat pengajian ye kat UIA ni.. TUA! Ape ade hal kan? Pejam celik, pejam celik. Serius, kejap jek… (ayat drama takleh blah! Padehal dah tak terdaya lagi menahan kesabaran nak habiskan belajar…lalalala)

Aku sebenarnya syukur sangat aku dapat terus berada dekat Taman Ilmu dan Budi ni. Walaupun keputusan periksa aku sederhana sahaja, tapi aku belajar banyak perkara sepanjang berada kat sini. Saaaangaaat banyak… yang membuatkan aku lebih matang dalam menghadapi kehidupan. Experience is the best teacher rite??! (Oh YESSSS!)

Ok, new semester will normally comes with a new spirit of being the best and also all the promises to study harder than before. That is NORMAL! And you know what happen next.. hehe… Hope for this semester it will not turn out like a few semesters before. HOPEFULLY!

I received an email from Kak Nani (BAKA or so called PIBG SRI Al-Huda, the school that we organize EMAS’s programmes)

Waalaikumsalam,

Walaupun ucapan Terima kasih tak memadai buat Shah and team Titian Wahyu, tapi akak kena juga ucapkan - "TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK".

Akak sempat drop ke blog Dalila tempoh hari dan tahu serba sedikit ttg perkembangan EMAS yg telah bertukar struktur organisasinya. Kursus Induksi di PD juga ada diceritakan .Akak harap organisasi yag baru dapat meneruskan kesinambungan kepimpinan yg dipelopori Shah dan Adrian 2 tahun lepas. InsyaAllah sekolah juga akan memberikan komitmen yang berterusan kepada program sebegini.

Seperkara lagi utk pengetahun Shah, murid-murid yg mendapat 5A dlm UPSR 2009 (19 org semuanya ) - hampir kesemuanya peserta EMAS 2008 dan 10 org yg mendapat Mumtaz dalam UPKK 2009 , kesemuanya adalah peserta EMAS 2009.

Kami doakan Shah dan rakan yang lain lebih fokus pada akademik di tahun akhir ini, semuga kejayaan sentiasa bersama hambaNya yang sentiasa berusaha dan bertawakkal.

Terima Kasih dan Wassalam.

Alhamdulillah, syukur! Walaupun kejayaan itu bukanlah sangat disumbangkan oleh usaha kami (hakikatnya diberi oleh Allah SWT), tetapi ia tetap memberi makna yang tersendiri. Lantas, aku merasakan usaha yang diiringi dengan pengharapan untuk mendapat natijah yang terbaek telah membuahkan hasil. “Khairul Bidayah tadullu a’la Khairun Nihayah itu keyakinanku….

Semoga EMAS akan terus berkembang dengan baek agar dapat terus menyumbang kepada pembangunan modal insan sesuai dengan objektif projek ini bagi melahirkan seorang insan yang kolektif sifatnya. All the best for the new line up of EMAS’s management board!

Board EMAS 2009/2010 (credit to kak dyll)


Baeklah! Jom bersedia untuk ke sekolah esok hari…

Senyum sikit pada donia! :-))

Tabah itu satu kurnia :-)

"Abang Syah, Umi ngan Ayah balik ari ahad ni, sampai dalam kul 6.30 pagi"

"Oh, yeke? Ok. InsyaAllah, ade kesempatan abang peg
i KLIA sambut umi ngan ayah sekali"

"Ok!"


Seawal pukul 4 pagi aku dah bangun. (Semangat!).. Tapi tido balik sampai pukul 5 pagi.. (oh, itu sengal!) haha...Dengan kedinginan air dinihari di UIA (sape yang dok UIA tau ar betapa dinginnya air kat UIA tuh..), aku mandi juga... Menggigil seh!

Aku memang nak sangat sambut umi ngan ayah. Sebab dulu masa umi ngan ayah buat kenduri nak pergi haji, aku tak sempat nak datang. (kalau aku datang, sempat juga aku jumpa arwah azim..oh.. :'(

Setelah sejam perjalanan meredah lebuhraya, aku sampai dekat KLIA. Terus menunaikan solat Subuh. Ramai gak sanak saudara para tetamu Allah dah berada di situ. Semuanya menanti ketibaan penerbangan dari Mekah, yang pada jangkaan akan tiba pada pukul 6.40 pagi. Usai solat subuh, call angah, angah dengan saudara ayah umi yang lain masih di masjid KLIA. Aku duduk je la lepak kat KLIA (yang dah memenangi anugerah the world's best airport untuk tahun kedua berturut2 ye..bangga jap!) sambil memerhati dan mentelaah keadaan sekeliling. Itu hobi aku! hehe.. memerhati gelagat manusia, dan cuba mentafsir sendiri apa yang mereka sedang fikir atau lakukan.

Dalam sejam setengah jugak tunggu ayah dengan u
mi keluar dari pintu ketibaan. Seawal aku sampai kat KLIA, aku tekad dalam diri aku - JANGAN NANGIS! tapi, sebaik jemaah haji yang pertama keluar dari pintu ketibaan dan disambut oleh sanak saudara, membuahkan sebak..lantas aku gagal menahan air mata.. (oh..apekah!!!)

Saat ayah dan umi tiba, seluruh sanak saudara ayah ngan umi yang ada seolah-olah dibuai perasaan sayu. Air mata tak mampu ditahan lagi... Ayah gagal menahan tangis, umi apetah lagi... Sementelah yang lain juga tewa
s dipukul pilu... Pasti orang sekeliling tidak mengerti. Mengapa ketibaan tetamu Allah berdua ini diiringi tangis pilu, bukan tangis kegembiraan. Semua ini hanya mampu dimengerti oleh kami, yang mengetahui akan pemergian anak ayah dan umi (arwah adik azim) semasa ayah dan umi masih di Mekah. Saat aku memeluk ayah yang nampak cengkung, aku gagal menahan hiba.... ku sisipkan pesan agar ayah terus tabah, dan juga pada umi. [dan juga pada diriku...aku tahu, aku juga perlu tabah!]


Aku tahu, Allah telah berikan ujian yang hebat kepada Umi dan Ayah. dan aku juga yakin, Allah pastinya telah memberikan ganjaran yang terbaik buat keduanya. Pastinya ketabahan Umi dan Ayah dalam meneruskan ibadah haji di Mekah setelah menerima berita pemergian Azim datangnya dari kurniaan Allah. Allahu Allah!

Kami semua panjatkan doa kesyukuran ke hadrat Allah, serta memohon segala yang terbaek buat semua.



Sebelum berpisah, (aku terpaksa balik semula ke KL, sebab esok dah start semester baru) ayah sempat titipkan pesan agar aku terus men
doakan arwah Azim bahagia di sana. Ya....doa itu selalu dan pasti aku titipkan buat arwah adikku...

Ayah, umi... semoga terus tabah....

Alang, Dik Mi, Ayah, Angah ngan Umi

aku bersama alang ngan dik mi

Wednesday, December 2, 2009

Selesai penantian...

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah....

Selepas menunggu beberapa lama, terkeluar jugak result aku. Berapa pointer? Biarlah menjadi simpanan peribadi. Hehe. Yang penting, aku masih boleh senyum. :-))

Well, kejadian hari ini (susah nak access result), banyak membuatkan pelajar hampa. Hampa dan kecewa dengan sistem yang digunakan UIA. Tengok je ar kat facebook. Berbakul2 UIA menerima cacian dan kejian termasuk juga carutan. Dan aku hanya mampu tersenyum. yeah senyum lagik! :-))




Lantas aku konklusikan ia:

UIA saje jek tu nak uji kesabaran pelajar-pelajarnya.[sinis itu!]

Tapi, sesuatu perlu dilakukan dari segi sistem pengumuman keputusan exam. Sian plak dekat orang2 yang pergi cyber cafe semata2 nak tengok result seawal pukul 4. tapi pulang hampa. Malah mungkin terpaksa menanggung kos yang banyak kerana terpaksa tunggu selama beberapa jam, dengan harapan dapat tengok result. tapi, apa yang mereka dapat? kekesalan, kehampaan, malah cacian dan makian ditujukan khas untuk UIA. [matila aku kena tendang ngan UIA dengan statement macam ni]. Tapi itulah hakikat kan?

Takkan la kita nak puji sesuatu perkara yang sememangnya dan terang-terangan gagal menjalankan fungsi dengan baek? Itu mengampu namanya,seperti mana ahli-ahli politik negara yang suka mengampu dan melobi untuk kepentingan diri sendiri. Aku bukan seperti itu. Lantas nanti akan keluarlah kenyataan bahawa server lagging sebab ramai student access la, server down la..bla bla bla and bla...

Stop BANGAUING! (padahal, aku yang membangau nih...agak2 ITD UIA membangau macam ni tak??)

Sekadar untuk menyedapkan hati kan...

Well, kalau merasakan itu punca utamanya, DO SOMETHING!

Ini salah satu dari kepentingan dan kebajikan pelajar. Jangan pandang sebelah mata. Bagaimana bagi mereka yang tak berkemampuan bila hadapi situasi yang aku ceritakan dekat atas?? (pergi CC semata2 nak check result)....Kalau mereka duduk jauh di pedalaman? "Owh, mana ada pelajar yang macam tu lagi skang..." Oh really??! Berjambul sungguh.. Haish...Sod Ba Ro...

Aku bukan beremosi. Tetapi aku merasakan something should have been done! We are no more living in the 10th century or what not... We are now living in the 20th century... Everything being evolved. And the system MUST be evolved too.. What happen? (this is what I call, dont make me speak English.. heheh.. )

Ok. Terluah jua perasaan.. Huh..lega!

Kepada yang berjaya dapat Dean's List aku ucapkan tahniah. (salah satu impian aku yang sukar untuk dicapai..)

Dan kepada mereka yang lain.. Jom kita berusaha lebih gigih ye! Chaiyok! Ganbate!

Wassalam....

While waiting~

...Penantian itu suatu penyeksaan ye kawan2...

P.E.A.C.E sket pada dunia!


Jangan pening2 pikir motif posting kali ini...

Sajer2 bosan menunggu server UIA (yang dah berbakul2 dicar*t oleh students) mengeluarkan al-hasil keputusan semester lepas..hadoi..

betul-betul menguji kesabaran ye kawan-kawan...

takpe2, jangan mencar*t dah...Berzikirlah! dapat gak pahala.. Mana tau sambil2 zikir, tup, kuar result depan mata...! pergh!

Berusahalah!

All the Best :-)

Tuesday, December 1, 2009

Hari Semalam~

"Mama ngan abah bawak kete hang ke pergi Segamat rini?"

"Takde ar, mama tak jadi pegi Segamat rini, pegi esok baik hari..."

"Oh yeke...nape tak gitau awal2..(aku yang tak tanya awal2..sengal!)..huhu.."

"nape?"

"ye ar, nak gi tengok kakak senior excident minggu lepas kat JB..."

"Oh..nak bawak kete ke?"

"Eh, takde ar... tengok ar, kalo ada kosong kat kete lain, tumpang kete diorang jek....kalo tak kite lenjan kete hang k..."

"Cheh! Yela...bawak leklok...."

Ade style lah kakak aku ni! hehehe....

Sampai jek rumah terus terkam (uish ganasnya!) mama nak dapatkan kesahihan berita. Mana la tau Kak Lang ni propa jek... lalalala [matilaaaa..tak percaya ngan kakak sendirik...dush3...]

dan mama pun mengesahkan...

"Ye, berita itu sangat benar wahai anakku. (lol...apekah?) Mama pegi balik ari jek selasa nanti"

Yezza! Terus bersyukur.. (yezza itu tanda bersyukur ke?... Ok la.. ALHAMDULILAH...)

Senang sahaja kan perancangan Allah. Malam sebelumnya ramai merancang nak pergi melawat kak diba kat Hospital JB. Tapi aku tak dapat lesen pergi sebab mama ngan abah nak pergi segamat. Ade kenduri kawen.. (apekah kawen di hari Selasa?? Pelik sungguh..) So, aku kena jadi driver kat umah ni..menghantar dan mengambil kakak-kakakku dari keje ye! Best tak keje part time tanpa gaji aku...hohoho...

So, aku pun takdela kompom nak pergi. Lepas dapat pengesahan SIRIM dari mama, terus aku call abang lek...

"Abang, kete abang kosong lagi tak?"

"Baaaanyaaaak kosong agi!" sambil tergelak... (apekah kaitan gelak itu..aku pun konpius..)

"Cantek ar bang! Eh, bukan abang yang cantek.. Maksud saya, saya nak itot! bleh ke?"

"Jom ar!"

la la tu gak aku bersiap... Memang style lah...

Alhamdulillah, setelah melalui perjalanan hampir 4 jam, (singgah ke Bukit Mahkota amik abang wan, kemudian ke Seremban amik abang Abu Qasim, pastu singgah Simpang Renggam amik Kak Dyll) sampai la kami semua kat Hospital Sultanah Aminah. Kat sinila episod kesayuan bermula...

Aku memang tak dapat bayangkan ape yang Kak Diba sedang hadapi saat itu. Saat dia buka mata jek, dia mengaduh sakit. Bila ditanya sakit dekat mana, dia tak tau....

"Sakiiit....! Ya Allah sakiitnyee..." rintihan itu menggugah jiwa tabah...

Air dititiskan di mulut diluahkan balik... Oh..apekah ujian ini.. Semoga Kak Diba tabah dan kuat menghadapi kesakitan yang dialami. Ye, aku tau, cakap itu kan semudah ABC, kita tidak merasa, namun aku harapkan setiap titip doaku dapat meringankan bebanan kesakitan Kak Diba...InsyaAllah...

Yang pasti, untuk pulih seperti sediakala akan memakan masa yang lama.. Apetah lagi apabila ia dikaitkan dengan emosi dan trauma... Itu pasti lebih memakan masa. Doktor pun bagitau yang Kak Diba sebenarnya trauma. Allahu Allah...Semoga dipermudahkan segala...

Alhamdulillah, ramai yang datang berziarah, antaranya, abang Naim dan isteri, kak dyll, kak syafa, kak sumayyah, lina mursyidah, siti, athirah, mui dan ada beberapa sahabat yang lain. Indahnya ukhuwah!

Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan kepada Kak Diba agar dia dapat terus berjuang pada jalanmu. Kuatkanlah dia untuk menghadapi ujian-Mu ini.. ameennnn...

InsyaAllah, segalanya akan baek2 sahaja...

Kami pulang malam setelah dinner di Danga Bay... berganti driver. syukur, aku selamat sampai di rumah dalam pukul 1.30 pagi...

Wa makaruu wamakarallah....Aku benar2 terkesan dengan ayat ini...

Semoga mendapat manfaat bersama dan doakan semua yang baek2 untuk kita semua..

Wallahua'lam..

Sunday, November 29, 2009

O yeah!! Bertukar lagi...

Asyik tukar template jek!!

oit2...rilek-rilek, jangan marah ye... kalo marah pun ape efek kat aku ek? korang taknak baca blog aku ke? huhu....jangan ar marah2...Chill k..bak kata non (EMAS) la... cheh!

Saje jek... Aku admit aku tak pandai nak wat template sendirik macam si bulat Iqmal.. Dia sangat pandai ye bab2 macam tu... banyak benda yang dia berkebolehan! Sangat berbangga mengenali beliau. Berkenalan la ye dengan dia...
[special promotion brought to you by adeqashah's corp]

Sebenarnya, template sebelum ni aku berhadapan dengan masalah. Especially bila ia mengambil masa loading yang sangat lama. So, at last, aku resort untuk guna template yang biasa2 jek.. takde masalah...

So, layan kan je la ape yang ade ye..Ko banyak bunyik, jumpa aku. Nanti aku bagi duet seposen, beli gula2, pastu men jejauh k... lalalala...

Ok. Saje jek nak menempek posting kat sini. Melepaskan lelah membasuh segunung pinggan dan mangkuk Majlis Aidiladha kat dewa orang ramai area umah aku ni. Giler ar nengok lemak2 yang ade. Tak tercapai akal nak bayangkan semua lemak2 itu berkumpul dalam badan... Pastu terpikir, hurm...ini LEMAK TEPU ni..mau berkurun nak dihadamkan ni. Ok, jom WORKOUT skang gak! [terasa macam terobses makan plak bila bercuti nih...adoi!]

yok! yok!

Assalamualaikum...

P.E.A.C.E SKET!

Friday, November 27, 2009

Salam semuanya! Haip2.. tengah watpe tu? ngah skodeng blog orang ye.... :-))

takpe2..skodeng skodeng la ape yang patut ye... pastu jangan lupa komen ye! jangan kedekut sangat...

Korang ni, time raya pun nak on9... ape kabar lembu2 korang? dah selamat kena sembelih lum? ke dah selamat masuk perut memasing? hurm... tak ajak..dush3..rasakan... rasa tak? tak rasa?? ok..ABAIKAN! :pp

Jom layan gambar raya family aku tahun ni...macam stylo plak... [mode perasan terrbaek!..ape ade hal?]..



ye, aku tau aku edit tak lawa... saddap k... hehehe..simpan maki tu dalam hati jek...

aku nak upload salah satu gambar dari yang atas tu. aku suka! sebab aku...ok..abaikan...

ni ha gambar nye...


well, abah aku pun layankan sajerk perangai anak2 dia... ape ade hal?

Disebabkan raya tahun ni jatuh ari Jumaat, so takde la adegan-adegan pertumpahan darah yang berlaku. Esok, semua lembu-lembu akan berjuang! Chaiyok! [cheh...] Aku ni kan, tetiap tahun asyik jadik saksi korban jek... tak pun tolong amik daging korban yang dah siap bungkus..(giler kejis perangai!)..so, ape kata, tahun ni kita buat perubahan sket..jom tolong orang sembelih lembu korban nak? hurm...menariik! oh ya..baru aku teringat aku pernah tolong gak dulu...so, nak pergi ke tak esok nih? lalalala... :p

ok..tukar mood kejap...

Dalam suka ria kita beraya ni kan, kekadang kita banyak lupa ade ramai yang kat luar sana yang sedang berduka. Ye, memang Islam itu menganjurkan kita untuk hepi bila tiba event besar Islam yang macam ni. Tetapi dalam ingatan persaudaraan itu masih perlu ade kan?

Cuba fikir balik ape yang dah berlaku dekat sekeliling kita beberapa minggu ni... Musibah apa yang telah Allah timpakan kepada kita? H1N1, walopun dah redha, tapi masih ade lagi yang sakit kan? Banjir...Taun...Kemalangan..Kematian...

Agak-agak kan, leh tak terbayang semua benda ni jadi dekat kita atau hampir dengan kita? Allah itu maha adil kan? Mungkin tidak pada masa sekarang...Masa depan? Who knows?

Pagi raya, saat dengar takbir kat masjid tadi terbayang pelbagai memori yang menjadikan diri aku seperti apa yang ada sekarang. [bulat dan comeyl! ooppsss...apekah?OK! back to the mood..:] Besarnya keEsaan TUHAN! Hurm, syahdu kan rasa. Bila kenang balik perkara-perkara yang lepas. Allah berikan masa 24 jam untuk semua umat manusia. Saat inilah baru kita merasakan betapa ruginya kehidupan kita. Betapa kalau kita diberi peluang untuk kembali pada masa-masa yang kita inginkan, tak terkira banyaknya benda yang nak kita selesaikan dengan sempurna. Tapi kita tak mampu untuk kembali kan? yang lepas pastikan berlalu pergi, yang berada di hadapan mata belum tentu pasti kita kan hadapi dengan sempurna...dan akhirnya kita akan terus menyesali setiap masa yang kita rugikan...

Oh ya, aku tersasar jauh dari landasan cerita yang sebelumnya..tentang musibah.. Jangan abaikan perenggan yang selepas itu. Aku dan kau simpan ia buat azimat kehidupan ye. Bercerita tentang musibah, sebenarnya benda ini bergantung kepada konsep penerimaan kita pada sesuatu perkara yang Allah datangkan kepada kita. Andai kita katakan itu adalah musibah, maka ia adalah musibah. Andai kita katakan itu ujian kasih sayang Allah, maka itu adalah apa yang kita fikirkan. Yang penting apa? KERJASAMA! hurm...

OH TIDAK! yang penting... kita redha ataupun tidak redha...

Sama al-kisahnya dengan pengorbanan Nabi Allah Ismail dan juga bapanya Nabi Ibrahim... Betapa besarnya dugaan yang Allah berikan kepada kedua Nabi ini, namun kita pelajari betapa cekalnya mereka mengagungi kehendak dan tuntutan Allah. Nabi Ismail itu kan satu-satunya anak Nabi Ibrahim. Andai kita, mampukah disembelih anak itu kerana arahan Allah swt? Pasti sukar bukan? Namun, dek kerana redhanya Nabi-nabi Allah ini pada suruhan Allah, maka segala-galanya diserahkan pada ketentuan DIA. Mudahkan? Allah dalam sekelip mata menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kambing yang besar dan sempurna. Lantas, apa yang kita ragukan pada ketentuan Allah? Pasti dan PASTI ada hikmahnya... dan kini, apa yang kita raikan saban tahun adalah bagi mengimani kejadian ini di samping menginsafi betapa agungnya kekuasaan Allah dan betapa besarnya pengorbanan nabi Allah Ibrahim dan juga Ismail.

Sejauh mana aku dan kamu sudah berkorban?? Jom kita FIKIRKAN ye...

Ok, aku tahu kalau tulis pepanjang dalam blog orang takkan baca. Itu salah satu tips ye! Harap maklum...

So, aku nak orang baca blog aku. Korang pun yang baca sampai perenggan ni memang stylo! Tinggal sket komen korang ye...ade hadiah misteri ke? huhu...ABAIKAN..

Aku menulis sekadarnya...Kalo terkadang aku ter'syok' sendirik, itu lumrah aku, bukan lumrah kamu yang membaca. Maafkan la ye...

Sampai saat ini sebenarnya memikirkan hikmah beberapa kejadian yang terjadi dalam life aku sejak beberapa minggu yang lepas...Allah sahaja yang tahu...

Acapkali doa aku titipkan buat insan-insan terpilih ini:
-mama dan abah....Setiap saat doaku pasti untuk mereka, dan buat Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang, Kak Teh, Kak Cik...[5 kakakku....]
-arwah adikku azim...setiap saat doaku mengiringinya...
-ayah dan umi Azim di Mekah...Doaku agar ketabahan mengiringi mereka...
-ayah, ummi, mama di Kedah, abah, ibu, adik di Johor.... Mereka sebahagian dari diriku....
-buat mereka yang selalu mendampingiku dalam apa jua perkara....[anda tahu siapa diri anda]
-semua....

dan khusus, doa ku buat Kak Adibah Ali, yang ditimpa ujian kemalangan jalan raya. Semoga Allah berikan kesembuhan dan keringanan kesakitan buat dirinya... Allahu Allah!

dan doa buat semua para muslimin...

Aku teremosi sebentar...menahan sebak....

Lantas...aku ingin akhirkan sahaja coretan ini...

Maaf....

Thursday, November 26, 2009

Update sket!

Salam...

Dah lama tak menulis....Kekok dan gagal serasanya untuk menitipkan sesuatu selama beberapa minit...kejap...hampir setengah jam ye! berhadapan dengan laptop tanpa sebarang kata diterjemahkan...melayan setiap patah lirik lagu yang diputarkan di blog dia(arina si bulat! lalalala)....

Aku ingin letak gambar ini. Sebab rasa aku macam comeyl jek! lalala...ape ade hal korang nak cakap ape... tapi sebab gambar edit jek kot yang buatkan aku yang sedia comeyl ini bertambah comeyl...ahahaha... credit to kak dyll (Si TABAH)


ya, pastinya ada sesuatu yang berlegar di benak fikiran aku saat itu...cuba teka? hehe :-)

Jom la aku ceritakan cerita... (yang tidak ada perkaitan ye dengan gambar di atas)

Semester kedua tahun ketiga aku kat UIA dah selamat pergi dah. Keputusan aku, selamat ke tak selamat itu aku serahkan segalanya kepada DIA. Faiza Azamta Fatawakkal a'lallah.... Semester yang paling singkat aku rasa. Mungkin perasaan sahaja. Tak tercapai akal nak pikir setiap perkara yang berlaku dalam semester ni. Banyak, dan pastinya membuahkan pengajaran yang baik dalam meniti kehidupan. (oh, skema sungguh ayat aku...). Yang pasti semester depan, aku berada dalam tahun terakhir. Tak sabar plak nak selesaikan pengajian di UIA. hurm...semoga semuanya kan baek-baek sahaja...

McLEAD @ Sanctuary Resort,Cherating

First time sebenarnya join program McLead sejak masuk UIA Gombak ni. Dulu masa kat matrik PJ setiap tahun kot join. First time join as participant, second and the third time jadik komiti. Best! Sebab duduk kat tempat yang best.. hehehe... makanan dia terrbaek!

Kali ni pun jadik peserta jek. Tempat so so. tapi syukurlah ye! The best part of it, duduk dua orang kat bilik yang sepatutnya duduk untuk enam orang.. ahaks. Bermaharajalela la di dalam bilik yang dah macam peti dingin beku...yang penting selimut dia, macam kain alas meja kenduri kawen.. terrbaek tak? mahu tak mengerekot kat atas katil..adoiyai!

From the very first day kat Cherating, rahmat Allah tak pernah berhenti membasahi bumi. Kagum giler dengan kejadian alam. Terus insaf dan sedar bahawa andai Allah itu mahukan sesuatu itu berlaku, pasti ia kan berlaku kan? Kun Fayakuun... Dalam surah yaasin selalu kita baca...

Alhamdulillah, banyak pengisian yang diberi. Bermula dengan Qiamullail kat masjid UIA. Dah lama tak bangun qiam! Bersemangat! Syukur, dapat titipkan doa buat dia,dia dan dia, serta kamu, kamu dan kamu...Syahdu menghadap dia yang Maha ESA!

Antara pengisian dan ilmu yang aku dapat, pastinya cara-cara dan prosedur untuk menjalankan sesebuah organisasi. Untuk aku, khusus buat Kelab Titian Wahyu. Selain tu tahu gak serba sedikit cara nak mempengaruhi orang melalui 3 senses utama manusia. Pergh, memang terrbaek ar! Bayangkan, ada satu video yang penceramah tu tunjukkan, dia mampu untuk mempengaruhi orang sampaikan kereta dia yang warna merah pun, dia leh cakap warna hitam. Bukan sekali dua, berkali kali kot. Stylo! Benda ni bagus untuk dipraktis untuk orang-orang bisnes. Kalo dah betul-betul expert ngan ilmu ni, sesape jek yang kita offer untuk dijual barang kita, kompom dia beli! Woooot??! :-))

Dalam program ni kitorang dok dalam kumpulan memasing. Macam aku, dok bawah CENSERVE team. So, masa program ni, kitorang diberikan task untuk propose satu program. Dan perlu buat proposal paper through all the guidelines yang dah diorang bagi masa slot pengisian. Kitorang amik masa yang agak lama untuk dapatkan idea program terbaik untuk di propose. And kitorang end-up dengan program Community Service Carnival. Program yang ala-ala bakti siswa. Program ni kitorang fokuskan untuk penerapan amalan Islam di kalangan keluarga yang kurang upaya. And guess what? Team CENSERVE menang! heheh.. Jom tengok gambar kemenangan kitorang dan gambar-gambar lain sepanjang program berlangsung.



Management Training Titian Wahyu Club, Port Dickson

Balik dari Cherating, sampai lebih kurang pukul 6.00 petang kat UIA, terus amik lrt balik rumah ambil kereta. Malam tu kena bertolak terus ke Port Dickson plak untuk Management Training Titian Wahyu Club. Penat memang ar penat kan... tapi demi tanggungjawab! Kena kuat.. :-))

Bersama dengan Paan ngan Kak Dyll malam tu. Lebih kurang pukul 9.30 malam bertolak lepas amik Paan kat UIA ngan Kak Dyll kat Melati, bergerak pelan-pelan ke Port Dickson. Jam 12.30 pagi, selamat sampai. Terlajak sampai ke Teluk Kemang dah. Tu yang lambat sampai. huhu. Malam itu, sampai, rehat jap, terus berbincang perancangan kelab untuk semester yang akan datang. Alhamdulillah, semua bagi kerjasama yang baik instead of everyone pun penat. Takpe, yang penting berbaloi. Puas dan bangga dengan semua!

Perjalanan program berjalan dengan sangat baik.Semua pun give a very good cooperation. Serius rasa bersyukur sangat dengan komitmen semua dalam memastikan perjalanan kelab pada tahun depan pada tahap yang terbaik. Lega! Sebab Allah kurniakan nikmat ini. Dan aku harus BERSYUKUR!

Kitorang dah macam satu family dah waktu dekat sana. Kenangan buat BBQ dekat tepi laut, group binding, treasure hunt, bot pisang...semua itu pasti melekat dalam ingatan! Korang memang best la! Credit untuk Paan, Kak Dyll, ngan Ainun yang dah jadi mantan. Tetap memberikan komitmen yang terrrbaek untuk program kali ni... Semoga Allah mengganjari mereka dengan ganjaran yang terrbaek juga.

Apepun, dalam keseronokan menikmati keindahan alam, satu benda yang aku syukur adalah, kami dah berjaya buat planning untuk setahun. Tinggal untuk synchronize, susun balik supaya tak clash, lepas tu execute. Ya Allah, aku pohonkan agar semuanya kan berjalan dengan baek-baek sahaja! Ameeen....

Gambar di PD tak ada dalam simpanan. InsyaAllah akan diupload kemudian.

Seusai program terakhir di Port Dickson, bertolak balik dalam pukul 2.30 petang. Singgah sebebntar ke Nilai untuk ambil adik ipar Anuar. Nak dijadikan cerita dua buah kete yang lain pun berhenti jugak dekat UIA Nilai. Kaedahnya semua tak pernah sampai dekat situ kan... Huhu..Kesian betul beliau-beliau yang berkenaan. Dah alang-alang semua ada, kitorang pun pergila minum-minum kejap kat Kopitiam kat Giant. Best dapat spend masa dengan semua...

Lepas tu, berpisah lagi. Hantar Anuar ke Duta, kemudian kitorang berjumpa lagi. Lokasinya?? Mancongkam. Tau tak? Tempat nasik ayam yang popular kat Gombak tu la.. Habis dinner malam tu, maka berakhir lah perjalanan kami semua... Mengambil destinasi masing-masing.

Alhamdulillah. Syukur. Segalanya telah diaturkan oleh Allah dengan baek! Terasa tersusun sahaja perancangan Allah. Walaupun aku agak terkilan sebab tak sempat nak ziarah pusara adik, tapi semuanya terubat dengan nikmat ukhuwah yang terbina antara kitorang. Maceh semua!! THUMBS UP!!

Apepun, aku mengharapkan team yang telah ada ini akan bekerja sebaiknya untuk membawa objektif kelab ke arah yang sebetulnya. InsyaAllah, keyakinan aku semuanya akan berjalan mengikut ape yang telah diancangkan. Tinggal hanya kebergantungan kami kepada Allah SWT yang menyusun segalanya. Wamakaruu wamakarallah, Wallahu Khairan maakiriin....

Enough here.

May Allah bless all of us. And may all of us be an obedient servant to Him.

Till then...Take care...

p/s: Salam Eiduladha.

Wednesday, November 18, 2009

Pemergianmu...Aku Iringi Doa dan Air Mata...

Adik…Abang tahu mana mungkin bingkisan ini bisa adik tatap. Tapi biarlah abang jadikan bingkisan ini sebagai tanda ingatan abang buat adik abang. Bingkisan buat adik abang yang telah pergi buat selamanya….

17 November 2009 menjadi tarikh keramat untuk perpisahan abadi ini dik. Saat abang terima panggilan dari angah pagi tu, abang tak jangkakan berita ini yang abang dengar. Abang nak dengar suara adik. Dah lama adik tak berhubung dengan abang. Dah lebih dari setahun dik.

Entah kenapa tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lepas. Semenjak kita kenal lebih kurang 6 tahun yang lepas, abang senang je cari masa untuk pergi ziarah adik dekat Kuala Pilah. Tapi, tahun ni, abang sukar cari masa untuk melawat adik, ayah, umi, angah, alang ngan dik mi. Walau hari raya sekalipun. Sekalipun umi ada jemput abang datang majlis doa selamat umi dengan ayah nak pergi haji. Abang pun tak tahu kenapa dik. Susahnya abang nak luangkan sedikit waktu untuk melawat adik. Kini, abang tahu, itulah tanda persediaan untuk abang kehilangan adik. Akhirnya, Allah tunjukkan, abang punya masa untuk melawat adik. Tapi dalam keadaan adik kaku tidak bernyawa! Abang PASRAH dik…

Entah kenapa, adik seolah-olah telah memberikan petanda yang adik akan pergi tinggalkan abang. Panggilan telefon abang, adik tak pernah jawab. Apetah lagi SMS. Kenapa dik? Adik tersinggung dengan abang? Atau abang ada buat salah dengan adik? Dan kini pastinya panggilan telefon dan SMS tidak akan pernah lagi berjawab. Mati dan SEPI…


ADIK. Pastinya abang akan merindui adik… Angah, Alang ngan Dik Mi juga pasti lebih rindukan adik. Ramai sayangkan adik. Kalau adik nampak tadi, ramai kawan-kawan adik ziarah adik. Tak siapa pun menyangka kejadian ini. Tapi AJAL itu tetap di tangan Allah. Kami redha dik. Dan abang doakan, ayah dan umi di Mekah juga REDHA. Abang message ayah tadi. Ayah balas ucap terima kasih. Abang tak dapat bayangkan perasaan ayah ngan umi saat ini dik….

Saat abang lihat wajah kaku adik tadi setelah abang kumpulkan kekuatan, abang terpaku pada senyuman yang terukir di bibir adik. Ya Allah, abang tengok berkali-kali dik. Adik seolah-olah tersenyum. Senyuman yang dah lama abang tak tengok. Saat itu abang rasakan seolah-olah adik tersenyum pada abang dan berikan abang kekuatan. Adik seolah-olah sedang membayangkan keindahan alam di sana. Andai benar, berbahagialah adik. Dan abang pasti ia akan menjadi milik adik.

Oh, berat sungguh, sesak sungguh dada abang menahan sebak dik…

Abang bersyukur sebab sekurang-kurangnya dapat menatap wajah adik untuk terakhir kalinya. Berpeluang untuk mengucup dahi adik yang pucat dan sejuk. Berpeluang untuk membaluti tubuh adik dengan kain kafan. Cuma abang tak mampu untuk memandikan adik. Abang tak sanggup. Bukan kerana abang jijik, tapi abang tidak cukup kuat untuk memegang setiap inci tubuh adik untuk dibersihkan. Ia hanya akan menambah kesedihan dalam diri abang. Selesai solat dengan empat kali takbir, abang pantas memegang pengusung ‘diri’ adik untuk membawa adik ke pusara. Abang tidak mahu lepaskan barang sesaat masa yang ada untuk abang bersama dengan adik. Setiap langkah menuju pusara tempat adik berehat diselang seli dengan putaran kenangan abang bersama dengan adik. Andai saat itu boleh kembali…..


Adik….telah sampai akhirnya perjalanan adik di atas bumi Allah. Adik kemudian direhatkan di dalam bumi Allah. Abang hanya mampu memandang adik. Maafkan abang. Abang tak terdaya. Sehingga akhirnya adik disatukan dengan tanah….lantas dimulakan talkin…

Adik, maka sungguh benarlah janji Allah, Setiap yang benyawa pastikan merasai mati…

Adik, abang juga akan merasai detik itu setelah adik. Semoga Allah pertemukan kita semula di alam syurga nanti ye dik.

Cukuplah setakat ini dik. Semuanya ini hanya akan menggugah tangis. Abang tidak mahu menangis…tetapi abang gagal dik…

Berbahagialah adik di sana. Semoga ditempatkan di syurga abadi. Itu doa abang setiap saat..PASTI!


Bersemadilah dengan tenang wahai adikku Mohd Azim bin Haji Mohd Lotpi

(8 November 1991-16 November 2009)