Followers

Wednesday, January 14, 2009

Kembali menerjah dunia blogging… (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog aku ni. Seperti biasa pertama sekali aku nak minta maaf kepada semua pengunjung blog ni seandainya isi kandungan blog aku ni tak berubah setiap kali korang masuk. Bukannya apa, jadual aku secara jujurnya taklah sesibuk mana pun, cumanya masa senggang yang aku ada terpaksa digunakan untuk membuat perkara-perkara yang lebih penting. Jadi, tak sempat la aku nak mendambakan diri aku kat depan laptop untuk berblog. Mohon maaf sekali lagi ye!

Alhamdulillah, bersama-samalah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang masih lagi memberikan nikmat kepada kita untuk terus bernafas di atas muka bumi-NYA yang dipinjamkan hanya untuk sementara. Sedar ataupun tidak, semakin hari kita semakin mendekati Hari yang dijanjikan oleh Allah sebagai hari di mana segala isi bumi ini akan dimusnahkan dan kemudian akan dihidupkan kembali untuk hitungan amal masing masing. Semakin kita menganjak hari, semakin itu usia akan meningkat dan semakin kita mendekati perkara yang jika kita sering memikirkan tentangnya, kita merupakan seorang yang bijak iaitu ‘AJAL @ MATI’. Semuanya itu berlaku terkadang di luar dari kesedaran diri kita. Semoga kita akan sentiasa beringat.

Hurm, terasa sedikit lain bila menulis blog. Mungkin natijah lama tidak berblog. Terasa macam skema pulak ayat yang ditaipkan. Huhu. Apepun semoga mendapat manfaat bersama. Pengisian blog aku ni mungkin agak ringan. Bermaksud segala apa yang aku bincangkan dan lampirkan di blog aku ni aku rakamkan melaului setiap saat pengalaman yang aku lalui.


Berikut aku rakamkan beberapa perkara yang telah aku lalui sepanjang sebulan yang lalu.

Sekadar untuk berkongsi pengalaman.

1. Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka

Dalam tidak sedar, dah sebulan lebih dah Misi itu berlalu. Tapi tidak bermakna kumpulan GPTD- Sri Lanka yang kami tubuhkan ini akan berkuburkan begitu sahaja. Sayang sekali saya kira andainya kumpulan ini dibiarkan sepi begitu sahaja sedangkan terlalu banyak perkara dan kerja yang perlu dilangsaikan. Setelah membuat post mortem hari tu (dah tak ingat bila), kami dah senaraikan lebih 12 perkara yang perlu kami lakukan sebagai follow up dari misi kesukarelaan kami di sana. Sungguh aku akui, perjalanan misi kami di sana dipermudahkan oleh Allah. Syukur. Allah memberikan pertolongan kepada kami satu kumpulan untuk menjalankan misi dengan baik.

Sepanjang misi aku ngan kengkawan kat sana, kitorang banyak pergi ke rumah-rumah Melayu dekat sana untuk buat banyak benda. Kitorang buat kelas Bahasa Melayu, ajar cara pakai tudung, ajar masak makanan melayu, ajar baca al-Quran dan kitorang sembahyang berjemaah sama-sama dengan penduduk melayu kat sana. Setiap kali program kami berlangsung, pastinya ramai orang-orang Melayu Sri Lanka yang akan turut serta terutama sewaktu kitorang kat Kurunegala. Pak Cik Jamalon banyak membantu dan membuka mata kami tentang bagaimana orang Melayu Sri Lanka hidup dekat sana. Pada pandangan mata kasar mungkin aku akan katakan mereka ni ok je sebenarnya. Tapi pada hakikatnya mereka ni mengalami suatu isu yang agak kritikal terutama sekali apabila usaha untuk memperjuangkan survival orang Melayu kat sana hanya didokong oleh beberapa pihak sahaja yang pastinya kurang mendapat publisiti di kalangan orang Melayu Sri Lanka itu sendiri. Seolah-olah mereka mahukan title Melayu dalam diri mereka itu dibuang. Anak-anak muda jarang sekali kelihatan bila kitorang buat program di rumah-rumah orang Melayu kat sana. Ke mana mereka pergi menjadi persoalan. Bercakap mengenai amalan agama pula, banyak perkara yang perlu disentuh. Untuk diperbincangkan dalam blog aku ni mungkin tidak sesuai. Mungkin aku boleh katakan bahawa amalan agama mereka tidak berada pada tahap yang baik. Amalan khurafat, mengharapkan karamah wali dan sebagainya masih lagi diamalkan. Pengajaran al-Quran di Madrasah pun mengalami masalah dari segi tajwid dan hukum-hukum dalam al-Quran sendiri. Kalau dikenang, terasa besar tanggungjawab aku dan kengkawan yang lain untuk menyumbang terus bakti kami di sana. Tekad kami untuk kembali semula ke Sri Lanka bagi meneruskan misi untuk menyelamatkan Melayu Islam di sana. Kalau ada yang di luar sana berminat untuk menyertai misi kitorang ni, boleh la maklumkan kepada kami ye.

Untuk laporan keseluruhan mengenai misi aku kat Sri Lanka ni, aku kira aku akan publishkan kemudian bila laporan penuh kami siap nanti. Buat masa ni, masing-masing tengah sangat sibuk dengan komitmen yang lain. Namun begitu kami masih lagi membuat perjumapaan dua minggu sekali bagi menyelesaikan segala tugasan yang telah kami senaraikan. Insya-allah, doakan kumpulan sukarelawan ke Sri Lanka ini akan terus komited dalam menjalankan da’wah di bumi asing. Semoga dengan doa kalian semua, kami akan terus bergerak dan dapat menyumbang bakti kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Insya-Allah.

Korang boleh gak tengok blog GPTD Sri Lanka untuk laporan perjalanan kami di Sri Lanka yang lepas. Semoga mendapat manfaat bersama.
http://www.gptd-srilanka.blogspot.com/

2. Bercuti dengan Family kat Sarawak

Seminggu lepas balik dari Sri Lanka, aku ngan family aku pergi bercuti kat Sarawak. Sebenarnya kitorang dapat jemputan majlis kahwin kawan kakak aku, merangkap kawan kepada mama ngan abah aku gak. So, dah alang-alang tu, kitorang pergila becuti sekali. Dah lama sebenarnya tak balik Sarawak ni. Dulu kitorang pernah dok kat Sarawak sepuluh tahun. Aku sendiri membesar di Sarawak. Darjah empat baru balik pindah KL balik. Tambahan lagi kitorang satu family dah lama tak pergi bercuti sama-sama. Kalau dulu, selalu jek kitorang gi jenjalan. Tapi skang bila memasing dah besar, and dah ada yang kahwin, dah makin kurang dah masa kitorang dok sesama. Dan aku rasakan waktu ni la waktu yang terbaik untuk kitorang rapatkan balik hubungan family. Ye la, kekadang tu, memasing busy ngan life memasing. Keje la, aku ngan program lagi. So, peluang yang ada ni kami gunakan sebaik mungkin. Kak ngah aku ngan family dia jek yang tak dapat ikut kitorang gi Sarawak. Takpela, maybe lain kali kot.

Dekat Sarawak ni, selain dari kitorang hadir majlis kahwin kawan kakak aku, kitorang ada gak pergi jenjalan kat sana. Jalan Sarawak ni tak banyak pun yang berubah. Aku siap boleh ingat lagi jalan nak pergi sekolah lama aku. Sebab aku yang jadi driver kat sana. Huhu. So, tak jadi banyak masalah sangat la dari segi jalan ni. Kalo sesat pun, senang dapat jalan pulang balik. Huhu. Rindu gile kat Sarawak. Tapi time tu kecik-kecik lagi. Tak ada apa sangat kenangan yang menarik. Huhu. Kengkawan pun dah lost contact dah. Ape pun, kitorang enjoy vacation kitorang kat sana. Aku attachkan gambar kitorang kat sana nanti…

3. Balik dari Sarawak dah mula busy dengan persiapan untuk masuk semester baru. Serius time seminggu dua minggu nak masuk sem baru sangat busy kot. Dahla time tu bilik tak siap lagi, sebab ganti perabot baru. Balik UIA awal gak. Pastu Dr. Fuzi bagi kunci rumah banglow dia kat atas bukit sebelah Zubair. Aku ngan geng-geng MRC ape lagi, lepak ar kat rumah yang besar itu. Giler best! Ahaha. Cayalah Dr. Fuzi, memang sporting giler ngan dak2 MRC ni. Memang patut pun kitorang yang MRC ni buat yang terbaik untuk mahallah dia. InsyaAllah. Awal semester sebenarnya sangat busy dengan pelbagai program. Ditambah lagi emosi kurang stabil, memang agak berat untuk meletakkan komitmen atas beberapa perkara. Maaf kepada semua yang mengharapkan aku akan beri komitmen, tapi akhirnya aku tak muncul-muncul. Perkara ni aku dah jelaskan pada semua yang terlibat and aku harap semua faham. Kalaulah mereka tahu apa yang aku hadapi sekarang ini merupakan satu ujian yang amat berat untuk aku. Acapkali sebenarnya aku diuji dengan perkara hitam yang terkadang menjengah kehidupan aku. Sungguh aku belum begitu kuat untuk melawan segala-galanya. Doakan sahaja aku akan terus tabah dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran ni. Huhu..Tetiba terfeeling syahdu lak…adoiyai!


*nantikan episod kembali menerjah dunia blogging (2).

- Kehadiran orang yang tak disangka

- Semester baru bermula

- Induction Course IMYC
- Laptop baru?

- My Evolution Camp

- Demo for Palestine

- Others related stories...


nota kaki:


Doaku agar Allah permudahkan jalan kehidupan ku, berkati setiap waktu dan rezekiku agar aku dapat terus berbakti pada jalan-Nya. Walaupun aku tahu kehidupan takkan selalunya indah, bahkan Allah akan terus memberikan ujian. Semoga aku terus tabah dan cekal.


Untukmu Palestin, aku di sini merasai keperitanmu, namun apalah dayaku... Hanya doa yang mampu aku kirimkan agar kalian di sana terus tabah.....


2 comments:

a.m.i.r.a.h said...

salam ...
lama 2 menunggu abg syah berbloging semula ...
bestnya kehidupan abg syah ek ...
apapun good luck 4 everything n rajin2 berblogging k ..
cemerlang dunia akhirat ....

amalina8 said...

xde gmba2 ker time cuti2 malaysia kat swak?