Followers

Thursday, August 14, 2008

Caj PTPTN turun kepada 1%

Caj perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diturunkan kepada satu peratus bagi semua pelajar universiti berkuatkuasa Jun tahun ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Keputusan itu diambil jemaah menteri hari ini membabitkan peminjam sedia ada, peminjam yang telah tamat belajar tetapi masih belum menyelesaikan pinjaman dan semua bakal peminjam, lapor Bernama.


"Pelajar baru yang memohon pinjaman sebelum sistem baru dilaksanakan, permohonan mereka akan diproses dan diluluskan mengikut kaedah sedia ada dan pelarasan akan dibuat kemudian apabila sistem baru siap dibangunkan menjelang Disember tahun ini," beliau dipetik sebagai berkata.


Peminjam yang tidak pernah membayar dikenakan kadar caj lama bersama denda sebanyak satu peratus. Bagaimanapun baki jumlah pinjaman selepas 1 Jun sahaja layak mendapat kadar caj yang baru, tambah Mohamed Khaled.PTPTN sebelum ini mengenakan caj tiga peratus bagi penuntut peringkat siswazah, manakala lima peratus kepada pasca siswazah


Menurut agensi berita itu lagi, menteri itu berkata surat perjanjian baru akan diedarkan kepada peminjam sedia ada dan yang telah tamat belajar menjelang tahun depan.Peminjam diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan dokumen baru itu dan mengembalikannya semula kepada PTPTN.


"Peminjam perlu menjawab surat tawaran itu sama ada setuju atau tidak, ini perlu kerana ia melibatkan perjanjian, mereka (peminjam) tidak boleh anggap bila kita umum ia akan berubah kerana ini ada perjanjian.


"Kalau peminjam tidak memberikan sebarang jawapan, kadar caj yang lama akan tetap dikenakan," katanya.Mohamed Khaled menambah, caj rendah itu diharapkan dapat memudahkan usaha peminjam membuat bayaran balik.


Kira-kira 1.04 juta pelajar siswazah (diploma dan sarjana muda) dan bagi 2,473 orang pula pasca siswazah (sarjana dan doktor falsafah) bergantung pada PTPTN.

Apa kata saya??

*Alhamdulillah, bagi saya ini adalah perkembangan yang baik bagi peminjam-peminjam PTPTN seperti saya ni. Terasa kurang sikit beban untuk membayar 'HUTANG' belajar ni. Sebab saya tahu perkiraan yang sebenar ke atas caj PTPTN tersebut. Bukan dengan mudah 'kalikan sahaja 1% dengan jumlah pinjaman', tetapi ia dikira berdasarkan konsep 'Loan' yang saya belajar dalam kelas Business Finance.

* Tetapi masih ada lagi keraguan kerana 'caj' yang dikenakan tidak memaklumkan jumlah caj sebenar yang ditanggung PTPTN untuk pengurusan pinjaman pelajar (caj pengurusan). Yang bagi saya, ia (caj 1%) masih dikira sebagai RIBA. Mengenakan caj yang tetap ke atas seuatu pinjaman. namun begitu, ini mungkin langkah awal pengkajian semula caj PTPTN setelah banyak kali disuarakan oleh pelbagai pihak dan NGO termasuk PKPIM sendiri.

*Alternatifnya, pelajar (termasuk saya) kena berusaha untuk mendapatkan bantuan kewangan yang lebih terjamin 'kebersihannya'. Dengan tidak menafikan, pinjaman PTPTN ini banyak memberikan manfaat kepada berjuta-juta pelajar yang menyambungkan pengajian di institusi pendidikan tinggi.

*Lantas saya kira, perkembangan ini, adalah satu perkembangan yang baik dalam usaha memastikan kebajikan pelajar lebih terjamin. Terima kasih kepada pihak yang prihatin.

p/s: Terasa duit PTPTN dalam bank semakin berkurangan..adohai! (kesan inflasi yang ketara)...sabar...sabar...

3 comments:

suhailie said...

salam....erm...berita yang agak baik untuk student yang attached dengan PTPTN (akak salah sorang diantaranya).
erm..akak pernah terbaca satu artikel kat metro yang membincangkan isu PTPTN. conclusionnya, pihak PTPTN perlu kira secara tepat jumlah caj perkhidmatan dan mengenakan caj kepada pelajar sekadar caj perkhidmatan itu sahaja ataupun guna akad ijarah (sewa). jika tidak, caj yang didakwa sebagai caj perkhidmatan akan kekal kabur. atau tergolong dalam istilah lain-riba. wallahua'lam

@deQashaH said...

hurm..itu sebenarnya yang nak sampaikan...caj 1% yang dikenakan masih lagi kabur..tak dijelaskan secara teperinci caj yang dikenakan..hurm..macam syah cakap..ini pmungkin permulaan untuk mengkaji semula sekali lagi..insyaAllah, di PKPIM kita akan terus berusaha untuk menjaga kebajikan pelajar...wallahua'lam.

Anonymous said...

salam..caj tu trun 4% kpd 1% atau
turun 1%, jadi 3%..konpius2
yg mn 1 btol?