Followers

Tuesday, August 5, 2008

Menyedari Kelemahan Diri

Lama dah tangan tak berjalan merajinkan diri menaip untuk update blog ni. Sebolehnya saya ingin jadikan blog ini tempat untuk berkongsi perkara ilmiah. Tapi bila tengok balik post yang lepas-lepas, macam takdek jek yang menarik ataupun yang boleh diklasifikasikan sebagai ilmiah. Kalau ada pun, sikit je la kot..hurm.Apepun, semoga mereka yang masuk ziarah blog saya ni dapat sedikit sebanyak info. Kalo rajin, komen la sekali. Barula dapat idea yang bernas.

Well, pejam celik pejam celik, dah hampir lima minggu dah semester baru bermula. Bagaimana dengan azam semester baru anda semua?? Hurm, Tanya orang lain plak..aku ni camaner? Ok ke? Semoga semua orang dah mula dapat rentak yang baik dalam pembelajaran masing-masing. As for me, I could say that I still experiencing a hard time to focus on my study. Sometimes, I cannot focus at all. Tension gak kengkadang. Ntah ape la yang ada dalam pemkiran ni. Jauh jek melayang….banyak sangat memikirkan benda yang tak sepatutnya…hurm..syah..syah…

Apepun, harapan saya semester kali ni dapat naikkan CGPA yang sedang menurun. Huhu.. natijah tak serius dalam pembelajaran. Padan muka ko syah! Pembaca jangan ikut perangai yang tak elok ni ye. Terkadang rindu rasa nak balik zaman belajar kat sekolah dulu. Bukan main semangat giler bila study ni. Bangun pepagi, compete ngan kengkawan. Kalo boleh tak nak bagi kawan-kawan bangun lagi awal dari kita… dengki gila kalo bangun-bangun jek, member dah dok atas tikar sejadah dah, solat tahajjud before study sementara tunggu Subuh. Pastu seboleh boleh carik pelbagai cara mengalih tumpuan member dari belajar. Sebab dengki dia belajar lebih dari kita..padahal kita pun dah belajar banyak gak…tapi saje, sebab takleh ar tengok member-member rerajin lebih dari kita nih…GERAMMM! Pergh! Memang struggle cam nak rak ar dulu. Dan Alhamdulillah, berkat segalanya itu, akhirnya aku di sini. Di Taman Ilmu dan Budi. Terima kasih kengkawan yang dengkikan aku dulu..dan kengkawan yang aku dengkikan dulu…korang memang best..ade yang dah nak jadik doctor, cikgu, akauntan..hurm..bestnyer.. bila la nak jumpa balik semua nih… rindu bangat!


Apepun, itu semua pengalaman yang lepas. Persoalannya, mampukah diulang kecemerlangan yang lalu. Hidup semakin hari semakin jauh dari Tuhan. Tahajjud belum lagi menjadi amalan. Puasa sunat apetah lagi. Menelaah pembelajaran seawal pukul 4 pagi belum lagi terlaksana. Keinginan itu ada, tapi serasa belum begitu kuat melawan kesejukan bumi UIA ini di waktu pagi. Cabaran dan ujian tu! Jom LAWAN!


Hope kengkawan sumer leh ar doakan kawan korang yang sorang ni. Nama dia syah! Doakan dia rajin belajar… dapat lecturer list pun jadik ar kalo tak dapat dean list pun…huhu…Nak bagi semangat kat diri bukannya mudah. Lagi-lagi kalau kepala otak dah liat.


Susahnya nak ubah tabiat ni.. Kerana sedar akan kelemahan diri, marilah kita semua kembali kepada yang SATU. Bergantung haraplah padaNYA. Semoga Dia mendengar segala rintihan kita dan akhirnya mengatur semula kehidupan kita belandaskan landasan yang sebenar. Agar kita tidak lari lagi dari asal kejadian kita di atas muka bumi ini.


Sedarilah wahai hamba..wahai khalifah… tanggungjawab mu belum terlaksana sepenuhnya…..
Come on! Wake Up!!!!

4 comments:

Anonymous said...

tmdsabar....

fokus....

Anonymous said...

rajin lak update tyme nk dkat2 ade quiz...nseb bek cncel....

sabarkan saja diri tu...

ambil masa...

fokus...

jgn kcik ati kalau selalu kna tgur x tentu tempat... (kdg2 rase bsalah kalau tlepas cakap)..hu2..sori..

take ur time...

suhailie said...

salam...erm sebenarnya setiap orang pernah alami apa yang syah alami sekarang ataupun tengah alami....setiap orang diuji dengan ujian yang berlainan.
berkenaan pelajaran plak....setiap orang ada cara tersendiri untuk belajar, bila dah tahu caranya....tinggal usaha untuk sampai sana...bukan senang...kalau senang, bukan ujian namanya. selamat berusaha. Tuhan kan maha mengetahui....

@deQashaH said...

trimas kepada kak su and emua yang menyokong perjuangan syah..tak kira sebagai seorang pelajar ataupun pembawa agama Allah. Insya ALLAH, doakan syah terus kuat dan tabah dalam menempuhi setiap dugaan dan cabaran...sesungguhnya syah amat faham, segalanya datang dari ketentuan dan takdir Allah. Allah pun dah berfirman, "innallah la yughaiyuruma bi kaumin, hatta yughaiyiruma bi anfusihim"