Followers

Thursday, March 19, 2009

Final Exam dah makin dekat...ApEkAh?

Life student (baca:aku) macam ni la kan. Setiap semester bermula pasti bersemangat untuk lakukan yang terbaik pada semester tersebut. Tak tau pun yang awal semester yang terasa lapang tu akan diisi dengan pelabagai aturcara yang bakal memendekkan masa-masa yang ada untuk menumpukan perhatian pada pelajaran. Tapi itu alasan bagi mereka (baca:aku) yang malas. huhuhu.

Aku sekali lagi terhimpit dengan persoalan yang macam ni. Waktu awal sem, punyala semangat belajar, nak target yang terbaik. (nak dapat dean list la, apela... lecturer list pun hang tak lepas! huhu). Tapi bagus gak bila ada semangat yang macam tu. Rasa segar jek untuk mulakan semester yang baru. Tapi panas yang ku harap hingga ke petang, akhirnya hujan di siang hari. Apekah??

Korang pun tahu ape terjadi seterusnya kan? Motivation untuk study pun semakin berkurangan dek kerana banyak perkara yang tengah berserabut dan tak tersusun dalam kepala. Yang sebenarnya kalau diatur betul-betul, dapat diselesaikan dengan baik. Sikap endah tak endah terkadang memberi kesan juga kepada diri aku. Bukanlah tak endah langsung, tetapi terkadang ghairah dengan sesuatu perkara, terlepas perkara yang lain. Begitula ceritanya. Dan akhirnya, memberi kesan kepada persiapan final exam yang akan datang.

Bila nak dekat final exam ni, barulah menggelabah. Tak tau mana nak start. Semuanya seakan bersusun kat depan mata. Ditambah lagi jadual final kali ini ada yang berturutan 3 hari. Sedikit beruntung takde paper yang bertindih satu hari. Mau pening dibuatnya. Hurm...

Saat ini bantuan kawan-kawan sangat diperlukan sebenarnya. Bukan nak ambil kesempatan dan sebagainya. Tetapi sekadar untuk membantu mereka yang banyak ketinggalan seperti aku ni. Hurm, tapi tak ramai sebenarnya yang mampu untuk berkorban untuk kawan-kawan mereka di saat-saat genting begini. Masing-masing lebih bersifat kepada keakuan. Dan masing-masing akan melemparkan tuduhan-tuduhan yang terkadang perit untuk menelannya. Begitulah secara biasanya akan berlaku pada waktu-waktu begini. Dan akupun, tidaklah terlalu mengharap.

Apepun. masih ada waktu untuk aku catch up balik semua pelajaran aku. InsyaAllah. Aku harap kengkawan aku boleh doakan aku. Aku taknak jatuh dan gagal. Aku tidak mahu menjadi fitnah kepada mana-mana pihak. Semoga diberikan kekuatan dan kemudahan.

Sungguh, semakin melangkah tua di bumi UIA ni, semakin hebat ujian yang diterima. Semakin banyak tanggungjawab yang digalaskan dan semakin sukar untuk mengatakan tidak kepada semua itu. Harapan mama dan abah di depan mata, namun terkadang dikaburi dengan harapan orang-orang sekeliling. Entahlah, mungkin kerana sistem pelajaran yang terlalu mengejar pointer yang baik menjadikan tekanan menuntut ilmu itu semakin berat.

Terkadang terfikir semula, apekah essence yang telah aku dapat selama aku belajar kat UIA ni. Hurm, apekah mampu untuk aku aplikasikan dalam kehidupan aku selepas aku graduate nanti?Adekah ini jalan yang benar-benar sesuai untuk diriku? Sungguh aku tak tahu perancangan Allah pada masa hadapan kehidupanku. Aku hanya mengharapkan yang terbaik.


Doakan aku sahabat, agar aku terus kuat menyelusuri kehidupan sebagai seorang pelajar di bumi taman ilmu dan budi ini. Agar aku dapat amalkan segala ilmu yang telah aku tadah sepanjang pengajian aku di sini.

InsyaAllah. Sekadar tu je kot ngomelan aku kali ni. Saje. Hehe


Nota kaki: Kaki dah semakin pulih, cuma jalan masih berhati-hati. Alhamdulillah. Syukur! Rindu ar kat mama ngan abah... huhuhu...



No comments: