Followers

Tuesday, March 24, 2009

Seminar Kecemerlangan SPM SMK Sekyen 16, Shah Alam

Alhamdulillah, yang pertamanya, aku rafa’kan seinfiniti kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang terus menerus memberikan nikmat kehidupan kepada aku sebagai hambaNya. Walau terkadang aku terlalu leka dalam mengenali hakikat kehidupan yang sebenar, namun atas dasar kasih sayang dan rahmat Allah, dalam memberikan peluang kehidupan kepada manusia (baca:peluang untuk berbuat kebaikan dan menambah pahala), sampai ke saat ini, aku masih menghirup udara percuma yang diberikan oleh Allah.


Yang keduanya, syukur juga aku panjatkan kerana aku diberi peluang untuk bersama-sama dengan pelajar di SMK Seksyen 16, Shah Alam untuk berkongsi idea dan pengalaman dalam menggapai impian dan cita-cita. Dah lama sebenarnya aku tak dapat peluang untuk turun ke sekolah bersama dengan adik-adik pelajar. Jika dulu, aktiviti turun ke sekolah menjadi salah satu aktiviti kegemaranku. Aku suka untuk berkongsi pengalaman bersama adik-adik pelajar di sekolah yang sedang berusaha melangkah tapak demi tapak menuju ke sebuah destinasi di hadapan mata mereka. Namun, dek kerana kekangan masa dan beberapa komitmen lain yang terpaksa didahulukan, maka terpaksalah aku melupakan keghairahan aku bersama adik-adik pelajar di sekolah, samada sekolah rendah ataupun menengah. Namun begitu, aku senantiasa dikelilingi oleh mereka yang dinamakan pelajar sekolah. Acapkali aku berhubung dengan adik-adik pelajar dari sekolah yang pernah aku datang samada sebagai fasilitator ataupun jurulatih. Dan aku gembira mendengar perkembangan dan pencapaian mereka. Tahniah untuk mereka yang telah berjaya manggapai impian, namun perlu diingat, perjalanan kehidupan bukan hanya sekadar mencapai kejayaan kehidupan di dunia, malah yang lebih utama kehidupan ini sebagai ladang bercucuk tanam untuk dituai hasilnya di akhirat kelak. Banyak plak berceloteh. Maaf ye… Heheh…


Ok, berbalik semula kepada seminar kecemerlangan di SMK Seksyen 16, Shah Alam, aku telah diberikan kepercayaan untuk menjadi ketua fasilitator, yang berperanan untuk membuat modul. Modul yang dibawakan kali ini adalah berkaitan Menggapai Impian dan juga Study Skill. Menggapai Impian punya slot, aku yang uruskan. Aku mengambil pendekatan pembentangan dan juga aktiviti-aktiviti bagi memudahkan pemahaman (tak tahulah bebudak ni faham ke tak sebenarnya..heheh. Harapnya faham la ye!). Dalam menggapai impian ini aku lebih menekankan kepada pelajar untuk mereka kenal dan tahu akan kelebihan diri mereka sendiri. Samada yang mereka nampak ataupun rakan-rakan di sekeliling nampak. Dan aku jelaskan mengapa kita perlu mengambil kira pendapat rakan-rakan yang lain mengenai kebolehan kita, agar kita tahu bahawa sebenarnya kita ada ability yang tertentu, yang terkadang kita tak perasan pun. Hakikatnya, kemampuan dan kelebihan itulah yang sebenarnya mampu untuk menjadi faktor penyumbang kepada menggapai sebuah kejayaan. Bila kita tahu akan kekuatan yang ada dalam diri kita, dan bilamana kita tahu menggunakannya seoptimum yang mungkin, aku yakin dan percaya, perkara yang TIDAK BOLEH dan SUSAH, akan bertukar menjadi BOLEH dan SENANG! Aku bentangkan kisah si katak yang pekak yang berjaya sampai ke puncak menara. Dan pengajarannya, kita ni sebenarnya boleh je nak mencapai satu-satu perkara. Tapi disebabkan banyak anasir-anasir luar yang negatif, yang terkadang menggugat Iman dan juga kekuatan semangat kita, lantas matlamat yang diletakkan kat depan, menjadi sukar dan payah untuk dicapai. Justeru, bersikap PEKAK dengan segala perkara yang negatif memungkinkan, matlamat yang ada kat depan mata kita ni, menjadi mudah dan akhirnya memberikan semangat yang kuat kepada kita bagaikan booster dalam berusaha menggapai matlamat. Apa yang penting adalah bersikap POSITIF dan juga MEMPUNYAI MATLAMAT YANG JELAS!



Setelah jelas dengan matlamat, maka perlulah ada pelbagai cara untuk memastikan matlamat tersebut dicapai. Bermula dengan matlamat jangka masa pendek, dan jangka masa panjang. Berjaya mencapai matlamat jangka masa pendek merupakan satu langkah pertama yang begitu yakin untuk mencapai matlamat jangka masa panjang. Apa yang perlu difahami ialah, matlamat sudah ada di hadapan mata, dan pastinya banyak cara yng boleh diguna pakai untuk mencapainya. Dan aktiviti turunkan tandatangan dengan cara jalan yang berbeza-beza diharapkan dapat memberikan gambaran yang jelas bagaimana untuk mencapai matlamat, banyak cara yang boleh diguna pakai. Tak semestinya untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM, caranya dengan pergi ke kelas tambahan sahaja. Jangan sempitkan minda kepada perkara-perkara yang tertumpu kepada pelajaran semata-mata. Hubungan dengan Allah Rabbul Jalil juga harus diambil kira, dan ia juga merupakan antara jalan-jalan untuk sampai kepada matlamat. Perkara ini aku tak sempat nak sentuh dengan lebih mendalam lantaran kekangan masa dan kumpulan sasaran yang tidak semuanya Muslim. Namun sempat aku cakapkan bahawa pada akhirnya, segala keputusan dan apa jua yang akan berlaku, perlu disandarkan terus kepada tuhan, yang mana Dialah yang menentukan segala terjadinya sesuatu.


Apapun, harapan aku, adik-adik pelajar di SMK Seksyen 16, Shah Alam dapat mengambil manfaat dari apa yang telah aku bawakan. Tak ada lain niat di hati aku melainkan untuk melihat mereka ini berjaya dengan cemerlang dalam SPM, dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan terus melangkah dengan yakin menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan. Aku bukanlah di antara mereka yang terbaik, tetapi aku cuba sampaikan segala yang terbaik dari sisi aku untuk dimanfaatkan bersama.


After all, aku enjoy dapat berkongsi dengan bebudak sekolah ni. Very supportive! Cayalah ngan korang sumer! Maafkan segala salah silap abang ye…. All the best!




Nota kaki: Inilah sebenarnya kepuasan aku. Memberi dan belajar untuk menerima segala kemungkinan luar jangkaan. Mencabar diri menjadi seorang yang boleh lakukan sebaik mungkin. Dan insyaAllah, semangat ini yang akan aku terapkan dan amalkan dalam kehidupan aku sebagai pelajar UIAM. Yang jangka masa untuk aku belajar di sini hanya tingga setahun setengah lagi. Banyak perkara yang perlu dilihat, diteliti dan diperbaiki. Terutama fokusku dalam pelajaran. Matlamat aku, lulus dengan cemerlang, mendapat segulung ijazah, keluar sebagai seorang yang berkerjaya dan akhirnya dapat membantu ummat. Sekadarnya.. InsyaAllah.


No comments: