Jauh aku termenung
Mencari-cari sebuah jawapan,
Pada satu persoalan yang tak pasti,
Aku bingung, aku gusar, aku sedih, aku marah,
Bukan kerana aku tidak redha, tetapi cukup cukuplah,
Aku letih dan penat menafsir segala,Lantaran kekuasaan manusia leka dan alpa...
Mencari-cari sebuah jawapan,
Pada satu persoalan yang tak pasti,
Aku bingung, aku gusar, aku sedih, aku marah,
Bukan kerana aku tidak redha, tetapi cukup cukuplah,
Aku letih dan penat menafsir segala,Lantaran kekuasaan manusia leka dan alpa...
Hilang sudah rasa malu kepada tuhan!
Sedarlah, pangkat dan jawatan bukan satu tasyrif,
Ia amanah yang akan dipersoal di akhirat kelak…
Cukup-cukuplah, aku tak tahan lagi dengan segala kebobrokan yang telah berlaku…
sedangkan kita bersama memegang agama yang SATU!
Kenapa kesatuan itu tidak pernah hadir dalam diri kalian??
Oh, tuhan, sungguh aku insan yang kerdil, yang tidak faham pada percaturan politik Malaysia….
Dan pagi ini, pertama kalinya, titisan air mata ku jatuh,
Kesedihan tidak terbendung, tangisan seorang anak kecil di bumi bertuah Malaysia….
Aku takut dengan apa yang sedang berlaku,
Sungguh aku gagal melihat masa depan yang punyai cahaya,
Andai nafsu rakus menjadi pedoman pemimpin kini,
Dengarlah rintihan anak kecil yang merdeka ini,
Bersatulah demi anak bangsa, kembalilah pada asas agama,
Jangan ditambahkan lagi kekusutan sosial…
Aku….
Aku tak mampu lagi untuk berkata-kata….
Cukup-cukuplah!
No comments:
Post a Comment