Followers

Wednesday, July 2, 2008

Restoran Francais Masuk Kampus??WiFi??Apekah??




Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang sedang mmbaca blog saya ni. Hurm, isu ini sebenarnya bermula dalam minggu lepas bila menteri di pengajian tinggi membenarkan kemasukan starbucks dan dunkin donut ke kampus-kampus seluruh Malaysia dengan kebenaran Naib Canselor universiti masing-masing. Relevannya, bagi memudahkan akses internet (WiFi) di kampus. Hurm...terpaksa berfikir panjang sejenak, menggunakan mesin-mesin di otak untuk melihat kebaikan dan keburukan dari keputusan ini.


Ligat kepala saya memikirkan akan 'kerelevanannya' restoran-restoran francais ini diwujudkan di kampus. Dan saya tidak memahami apakah kepentingan yang mendesak keputusan in dibuat. Belum ada laungan dari suara pelajar yang inginkan restoran-restoran ini dibuka cawangannya di kampus. Mungkin ada tetapi hanya mereka yang minoriti. Golongan mereka yang berada atau 'punyai duit' pastinya menyambut baik keputusan ini. Pastinya akan wujud nanti golongan yang eksklusif di mana pelajar yang berbelanja mewah ini akan hanya menikmati juadah mereka di restoran-restoran ini, dan akhirnya mengundang rasa rendah diri pada rakna-rakan lain yang tidak mampu. Yang makannya hanya sekali sehari, yang hidupnya berbantukan wang zakat atau pinjaman PTPTN. Dan akan berlakulah rentetan gejala yang merosak fokus pelajar di kampus. (Kes curi, bekerja 'part time', fikiran menjurus kepada materialistik dan sebagainya-hanya mengambil beberapa contoh)


Niatnya mungkin baik, dan istilah 'lepak sihat' yang digunakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun secara peribadinya tidak dipersetujui oleh fikiran rasional saya. Perkataan lepak itu sendiri menggambarkan suatu yang negatif, justeru bagaimana untuk kita positifkan lepak itu sebagai lepak yang sihat? Hanya sekadar mengambil dua tiga contoh pelajar menyiapkan tugasan kuliah di kafe francais ini sambil melepak bersama kawan-kawan mereka? Apakah jaminan bahawa tugasan mereka akan siap pada waktu yang ditetapkan? Apakah jaminan yang masa mereka tidak dibazirkan dengan melepak di kafe ini kerana keselesaan dan boleh berborak kosong dengan kawan-kawan mereka. Belum lagi menyentuh bab berdua-duaan antara laki dan perempuan, kefe yang diwujudkan ini, pada akhirnya akan menjadi tempat atau 'port dating' untuk pasangan-pasangan ini memadu kasih. Hurm, tidak terbayangkan betapa kita akan menuju satu tahap di mana setiap pelajar di kampus akan terpengaruh dengan budaya suka berpasangan kerana sudah ada tempat yang dekat, selesa dan eksklusif untuk berdua-duaan. Mohon dihindari dari budaya yang negatif ini.


Ada beberapa perkara lagi yang perlu dibincangkan lebih lanjut mengenai kewujudan kafe francais ini di kampus. dan pastinya akan panjang lebar hasil perbincangan itu nanti. Saya merasakan perlu ada beberapa kajian dan perkara yang perlu kita telusi terlebih dahulu sebelum membenarkan kafe francais ini 'menerjah' ke kampus-kampus, yang mana saya pasti saat ini, berpuluh-puluh permohonan dari kafe-kafe francais ini telah sampai ke pihak Naib Canselor universiti.


Pendirian saya, saya lebih bersetuju untuk setiap universiti menaik taraf perkhidmatan WiFi atau wireless mencakupi seluruh universiti dan kolej kediaman. Dan ucapan tahniah kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang telah mengambil langkah proaktif untuk menyediakan pelajar dengan akses internet setelah beberapa kali disuarakan oleh perwakilan pelajar. Saya yakin, semua pelajar di UIA akan mendapat manfaat yang baik dari usaha yang dijalankan oleh pentadbiran UIA ini lantas menjadikan keputusan untuk mewujudkan kafe francais di kampus mungkin tidak relevan dengan keadaan kampus itu sendiri.

1 comment:

alifzaimimra said...

hmm..btul3..

segala perkara itu ada baik dan buruknya. itu pun melalui pertimbangan dan penilaian kita sendiri. hawa menyambut baik usul WiFi di kampus dan kuliah. tetapi bukan di kawasan kediaman. sebabnya, internet di kawasan kediaman hanya melekakan daripada membantu pelajar-pelajar membuat penyelidikan.
tapi sebenarnya, ini semua bergantung kepada kemampuan individu itu juga. asalkan kita pandai mengawal dan membahagikan masa dengan betul. kan? hehe..

p/s: hawa selalu je menggunapakai perkataan lepak tu. tapi istilah lepak tu digunapakai untuk menggantikan perkataan "hang-out". selalu gak gune bile nak ajak kawan keluar atau bila mana nak bersantai di halaman.. negatif ke? huhu..saje je.. :P