Followers

Saturday, December 18, 2010

Rasa itu

Sudah lama aku biarkan hati ini dari memiliki rasa sayang,
Dah lama aku abaikan dan tidak aku endahkan keinginan utk menyayangi,
Aku takut...

Saat ini, aku tahu, aku perlu utk menyayangi,
aku perlu seseorang utk menyayangi aku...

sudah lama aku tak punya sahabat, yang boleh berkongsi segala....
bukan tidak ada yang menghulur tawaran, tapi entah kenapa aku lebih suka biarkan ia sebagai tawaran tanpa berbalas...

hakikatnya, aku bukan tak mahu menerima,
cuma aku takut utk menyayangi
atau mungkin aku takut utk menghadapi kehilangan utk kesekian kalinya

maafkanku buat mereka yang aku abaikan
yang aku tidak ambil berat pada setiap jerih sakit dan kepayahan
jauh di sudut hati aku, aku sayang kalian
mahu kalian duduk hampir berkongsi rasa denganku

andai waktu-waktu dahulu boleh kembali...

:'(

Saturday, December 4, 2010

Taklimat Baca@LRT 2010 terakhir dan paling spontan!

Assalamualaikum. :-)

Khusus kepada mereka yang pertama kali akan turun ke Baca@LRT. Taklimat ini adalah penting.

Mohon izin hebahan ke emel, blog dan Facebook

Bayangkan pada hari Ahad ini, kejutan kepada rakyat Malaysia yang menggunakan LRT. Mereka tidak tahu Baca@LRT akan berlaku di dalam gerabak dan mereka akan terkejut melihat sekeliling orang sedang membaca!

Satu kesan psikologi yang mendalam!

Baca@LRT 'Massa'
Jam 10 pagi dan 2.00 petang (pilih salah satu masa)
Bermula Terminal Putra Gombak
Berakhir Terminal Taman Jaya (berdekatan Amcorp Mall)

Semua orang spontan , melakukan hal masing-masing. Tidak ada ucapan, perhimpunan dan acara 'memotong reben'. Sangat natural!

------

Assalamualaikum wbt


Pada Ahad 5 Disember 2010, Baca@LRT bertemakan Massa yang terakhir edisi 2010 akan diadakan.

------

Apakah itu Baca@LRT?

Ia adalah aktiviti spontan membaca di dalam LRT bermula dari Terminal Putra Gombak sehingga LRT Taman Jaya.

Para penyokong akan membawa buku kegemaran masing-masing dan membaca sepanjang perjalanan.

Mereka yang tidak menahu akan program ini akan dikelilingi pembaca buku pada hari itu.

Nota: Mohon sharekan link event in di FB dan blog. Terima kasih :)

-------

Tentatif

Ia akan diadakan pada dua masa iaitu pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang. Pilih masa yang bersesuaian antara kedua-dua masa ini.

Baca@LRT tiada sebarang perhimpunan rasmi, ucapan atau apa-apa berbentuk majlis.

Ia spontan tidak ada apa-apa berlaku. Penyokong hanya dikenali melalui buku yang dibawanya. Malah ada yang tidak kenal satu sama lain.

Pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang, kita akan beramai-ramai menaiki LRT. Keadaan akan menjadi pelik di kalangan mereka yang tidak tahu Baca@LRT ini sedang berlangsung.

Tiba di Taman Jaya, para peserta bersurai ke Amcorp Mall.

Jika LRT pertama penuh, naik LRT seterusnya.

----

Apa yang ada di Amcorp Mall?

Pada hari itu akan ada jualan buku baru dan terpakai serta terdapat beberapa kedai buku termasuk kedai buku BookXcess di tingkat empat yang menjual buku baru pada harga amat rendah.

----

Apakah kesan program ini?

Ia menggalakan budaya gila-gila membaca di tempat awam.

----


Laporan Baca@LRT sebelum ini dapat diikuti di sini

(1) Membuat kejutan dan telah berjaya membawa perubahan budaya membaca seperti ini Buktinya klik di sini http://on.fb.me/gEobkF


(2) Menunjukkan bahawa rakyat dengan tindakan kecil dapat membawa perubahan dalam amalan membaca klik di sini http://on.fb.me/fClOIC



(3) Mendorong gerakan rakyat Malaysia di negara lain percaya ada perubahan budaya membaca berlaku di Malaysia kerana Tuan dan Cik Puan. Buktinya klik di sini http://on.fb.me/eh7lrO


(4) Kejutan bacaan spontan akan memberi kesan psikologi mendalam kepada mereka yang tidak menahu program ini berlangsung. Ia akan mendorong mereka membawa bahan bacaan pada masa akan datang. Insya Allah.

(5) Mereka yang pernah membaca tetapi berhenti membaca di tempat awam akan mendapat keyakinan kerana Baca@LRT

(6) Pendidikan awal kepada kanak-kanak dan remaja bahawa membaca di tempat awam itu cool!

Pengesahan kehadiran klik di sini http://bit.ly/bacalrt5disember

*aku sokong sangat gerakan indie yang macam ni. Sangat positif dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat. Dan secara peribadinya, aku pernah sertai gerakan pertama sekali untuk baca@lrt ni. InsyaAllah akan turut serta juga untuk esok!! Jom kawan-kawan!


Wednesday, November 17, 2010

Setahun yang lalu

Setahun yang lalu,
Ye, seperti hari ini..
Di waktu pagi...

Masih aku ingat, waktu tu, aku tak tidur malam sebab temankan kawan aku belajar..
Sedang aku dah selesai dengan peperiksaan akhir semester...

Pagi itu, saat aku mahu lelapkan mata,
Deringan telefon menyapa telinga...

diam..

menekap telefon dekat pada telinga...

mendengar khabar

dan.....

aku tangis semahu mungkin!

Ye, setahun yang lalu, adik angkat aku Mohd Azim bin Haji Mohd Lotpi menyahut seruan illahi pada malam 16 November 2009.

Aku dapat berita pemergiannya pagi 17 November 2009. Dia pergi dalam satu nahas kemalangan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di Senaling.

Saat dan tika itu juga adalah menghampiri kepada Raya Aidil Adha, dan tika itu, ayah dan ummi azim sedang mengerjakan Haji.

Allahu Allah! Berat serasanya menerima hakikat...

Namun, yang pergi tetapkan pergi.takkan pernah berubah takdir Allah andai aku tangiskan semahu mungkin.

Doakan sahaja.

Allah sayangkan DIA, begitu juga aku sayangkan dia, walau tiada talian darah, dia adik angkat aku untuk 5 tahun yang sudah.

Pernah tidak aku ceritakan aku mimpikan dia?

:'(

7 November 2010, aku mimpikan dia. Sehari sebelum tarikh kelahiran dia ke-19. (8 November 1991). Dia umpama kanak-kanak kecil, memakai baju putih bersih berlari-larian dengan gembira bersama kawan-kawan. Dia melintasi hadapanku, aku panggil namanya dan dia berpaling sambil tersenyum. Subhanallah! Manis sekali, terpancar kegembiraan. pada wajah dia Semoga itulah kegembiraan Azim di alam kubur. Kekesalanku, aku tidak rangkul dan peluk tubuh dia saat mimpi itu. Tersedar dari mimpi, aku nangis semahu mungkin!! Sungguh, saat dan tika itu aku rindukan dia!

Seka air mata...

Semoga Azim aman di sana. Sehingga ketemu di alam syurga. InsyaAllah.

Salam Aidil Adha buat semua.

*saat pengorbanan itu terasa bila kita tidak lagi berkira-kira dengan manusia dalam menabur bakti, juga tika mana kita tidak mengharapkan balasan atas kebaikan kepada manusia. Semoga tergolong dalam kalangan mereka yang disayangi Allah.

Rujuk entri setahun yang lepas. Klik sini.

Thursday, November 4, 2010

Rashid Hussein?

Tarik nafas sedalam-dalamnya...
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Terima Kasih Allah.

Saja menggatalkan tangan menulis walaupun ada paper pukul 9 pagi nanti. Sekarang pukul 2 pagi. Kertas apa adik-adik? Kertas English for Occupational Purposes. Ye, Pandai! Hehe.

Ok, sila jawab soalan di bawah ini,

Change the active sentence below to the passive sentence:

We won the match.
_______________________

Jawapannya nanti, di akhir cerita. Hehe. Senang je kan? Saja jek bagi peluang.

Sekadar pendahuluan. Doakan aku ye agar boleh menjawab dengan tenang dan tepat esok!

************

Aku panjatkaan kesyukuran yang tak terhingga. Penantian akhirnya terjawab. Dapat panggilan pagi tadi dari Encik Hasmawi (RHB Banking Group). Aku ditawarkan untuk bekerja di bawah RHB dan perlu menjalani latihan di Bangi selama lebih kurang 2-3 minggu sebelum dihantar ke cawangan RHB (akan ditentukan kemudian).

Tiada apa yang dapat aku katakan melainkan Alhamdulillah! Allahu Akbar! Dia yang mengatur segala. Sungguh benar, Allah itu dekat walau ketika kita menjauhiNya. Allahu Allah. Malu serasanya pada tuhan yang memberikan aku segala macam nikmat. Satu dan demi satu. Semuanya menggembirakan aku. Tapi aku! Allah! Malunya!

Sujud syukur pada-Nya.

Melapor pada Mama dan Abah :-)

Mama mesej: Alhamdulillah, InshaAllah. Mama ngan Abah pun sayang Arir. Sentiasalah bertawakal pada Allah. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. (ye! aku sebak! seka air mata cepat!)

Abah pun mesej juga: Waalaikumsalam, Ok, syukur. Alhamdulillah. (ringkas, padat, tapi sampai dalam kalbuku)

Seperti biasa, pastinya ada beza antara mama dan abah. :-)

Melapor di FB. Hehe. Pastinya pengomen setia, Amir Rayyan ada pada setiap kalinya. Terima kasih atas sokongan anda! Dan pastinya, tanpa doa-doa sahabat-sahabat setia di sisi, terutama Dr. Khairiah dan mereka yang ada dalam kelas terakhir EOP pada hari temuduga hari tu, mungkin aku tak dapat tawaran. (Atas kapasiti doa mereka dimakbulkan Allah) Sungguh aku sayang kalian! Demi kerana Allah jua sayangkan kalian. :-) Oh ya! Kawan baik aku juga dapat tawaran yang sama iaitu Encik Mohamad Sulaiman bin Mohamad. Tahniah!!

Oh, kenapa dengan Rashid Hussein?? Sila google sendiri ya! Jangan malas-malas! hihi.

Ok, ini jawapan untuk ayat aktif di atas:

The match was won by us.

Ada yang betul?? Bagus! Gantikan aku untuk exam pagi ni. Hehe.

Oh ya, aku telah batalkan penyertaan ke Kemboja (walaupun tiket dah tempah atas nama aku. sedih kot!), tapi aku yakin, Allah nak berikan peluang pada insan lain. Aku pernah ceritakan tentang peluang pada posting yang lepas. Tidak mengapa, aku yakin pada perancangan Allah.

Keinginan untuk membantu mangsa banjir membuak-buak, insyaAllah akan ke Derang, Kedah 19hb November 2010. Kalau nak hulurkan bantuan, sila-sila. Jangan segan-segan ye!

Sehingga bertemu lagi. :-)

Sunday, October 31, 2010

Peluang

Senafas ini, Subhanallah!

Kita manusia bukan? Atau anda bukan manusia?
Kita bukan Malaikat mahupun Nabi...
Dosa bukan lagi berbakul-bakul, malah mungkin sudah menggunung...
Sampai bila?

Acapkali terfikirkan, apa yang kita (aku) mahukan dalam penghidupan dunia,
Menarik dunia ini kan? Tanpa ada ragu-ragu, kerna ianya ciptaan Tuhan Maha Esa
Mereka yang faham, pasti mengatakan, ini dunia semata, buat bertani untuk hasil di akhirat, alam yang kekal abadi,
Mereka yang tidak faham, atau samar-samar? bagaimana mereka melihatnya?

Kenapa masih berbeza-beza ya fahamnya manusia?
Kerna peluang kita berbeza-beza,
Hanya untuk mereka yang diizinkan Allah,
buat mereka yang mencari,
buat mereka yang mahu,
dan juga buat mereka yang didekati (didakwah),
Mereka yang punya peluang, fahamnya lain pada sesuatu perkara, yang tidak punya peluang?

Contoh, aku punya peluang untuk menuntut di universiti,
Bagaimana dengan mereka yang tidak berpeluang?
Pengalaman dan fahamnya pasti berbeza

Aku punya peluang untuk ikuti majlis ilmu? (kerana Allah izinkan, kerana aku mencari, kerana aku mahu dan mungkin juga kerana aku didakwahi atau diajak-didakwah)
Bagaimana yang tidak punya peluang? (Kerana Allah tak izinkan, kerana mereka tak mencari, mereka tak mahu dan mereka tidak didekati-didakwah?)

Pastinya, di setiap peluang yang datang itu ada kos lepasnya, dapat peluang yang satu, peluang yang lainnya terpaksa dilepaskan,
Contohnya, merebut peluang untuk menghadiri perjumpaan penting ketika ujian semester akhir akan berlangsung esok hari, kos lepasnya adalah terlepas beberapa jam untuk ulangkaji pelajaran.

Namun, di sebalik setiap peluang yang diperoleh seseorang itu, banyak lagi peluang-peluang lain yang menanti untuk diambil manusia yang lainnya.

Pokoknya, Allah izinkan.
Pokoknya, kita mencari,
Pokoknya, kita mahu!
Dan pokoknya, para pendakwah menjalankan tugasnya...

Agar peluang-peluang, dapat disamaratakan...
Semua boleh merasa...
Kerana Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana..

Wallhua'lam

Thursday, October 28, 2010

Sisa-sisa Perjalanan dan Masa Hadapan

Alhamdulillah, demi untuk setiap nafas yang ku hembus ini adalah untuk Illahi. Tuhan pencipta segala. Yang Maha ESA!

Syukur, langkah di UIA ini semakin sampai ke penghujungnya. Semester terakhir, tahun yang terakhir sebagai mahasiswa rasmi UIA. Hehe! Ini anugerah yang Allah beri kepada aku. Yang suatu masa dahulu, mana pernah terfikirkan akan berada di bumi ini, mencipta memori dan pengalaman yang menjadi guru setia pada kehidupan. Allahu Allah!

Di akhir hayat di UIA ni pastinya banyak perancangan masa depan berlegar-legar dalam kepala. Nak kerja apa lepas graduasi? Nak cuti-cuti dulu ke, atau nak kerja terus?

Aku? Alhamdulillah, demi rezeki itu ada pada tangan Allah, aku dapat pergi temuduga kerja dekat RHB Banking Group. Dah lepas fasa yang kedua. Sekarang ni sedang tunggu keputusan samada diterima sebagai pekerja ataupun tidak. Doakan ye kawan-kawan! .... (dah doa belum? dah? ameeennn...)

Memang banyak perancangan aku! Hoho. Pening juga bila belum dapat memuktamadkan hati pada sesuatu perkara. Aku suka banyak perkara, dan kalau mampu, aku ingin buat kesemuanya. Katakan apa, PPIWP, GPTD, PKPIM, Training ALIA (Accelerated Learning in Action) Wosh! Belum masuk lagi perancangan untuk buka bisnes kambing! hohoho. oh, satu lagi, buka stesen minyak! oh....dan seterusnya...

Di samping itu, banyak pula datang tawaran-tawaran menarik! Dan ada di antaranya terpaksa aku lepaskan begitu sahaja.

1) Tawaran untuk pergi ke Indonesia bersama geng GPTD Unisel dalam projek Jejak Wali Songo (1-15hb Nov 2010). Sepatutnya boleh pergi menggantikan Abang Hakim (yang sekarang berada di Gaza) bersama dengan Kak Dyll untuk meninjau-ninjau peluang perniagaan untuk GPTD. Tapi kekangan ujian akhir semester pula, membuatkan aku terpaksa lupakan sahaja! Selamat lah ye Kak dyll! Main debu gunung berapi ye! bahaya tahu! (Kak Dyll cakap, tak mengapa, tahun depan boleh cuba lagi! dush!)


2) Tawaran untuk menyertai misi Kemanusiaan ke Kemboja bersama CENSERVE UIA (21-27hb November 2010). Ini yang merungsingkan aku sebenarnya. Andai kata aku dapat tawaran kerja RHB, pastinya aku terpaksa melupakan hasrat untuk sertai mereka, kerana setahu aku, latihan RHB tersebut akan bermula pada 22hb November. Hoh! (Sedang menunggu balasan e-mel dari RHB dalam usaha untuk menangguhkan latihan-itupun kalau berjaya melepasi temuduga yang kedua hari Selasa yang lepas. Kalau tidak berjaya, maka tiada masalah untuk ke Kemboja.) Lantas aku mengimani, Wa Makaruu Wa Makarallahu, Wallahu Khairan Maakirin.


3) Tawaran yang baru sangat aku terima. Dari Abang Jufitri. Untuk memberi khidmat sosial di Pulau Kokos, Australia selama 3 bulan. Subhanallah! Sesiapapun mengimpikan peluang untuk menyumbang bakti di sana. Namun aku insafi, banyak persediaan perlu dilakukan sebelum ke sana, terutama persediaan dari sudut rohani. Pastinya pengalaman Abang Suhail yang pernah ke sana selama dua bulan akan menjadi rujukan. Andai benar aku tekad untuk ke sana. InsyaAllah. Perlu adakan perbincangan lanjut dengan Abang Jufitri. Sungguh, ini anugerah yang aku tak mahu lepaskan! Allahu Allah.


Di antara mengejar habuan dunia dan habuan akhirat? Betapa sukarnya meyakinkan hati bahawa habuan akhirat itu harus dikejar! Dalam masa yang sama menggunakan habuan dunia sebaik mungkin bagi mendapat saham akhirat.

Hurm... Jadinya? Aku dan kamu perlu fikirkan...

Sesungguhnya. Habuan dunia itu nikmat Allah, apatah lagi habuan akhirat.

"Maka nikmat tuhan kamu yang manakah telah kamu dustakan?" (Dalam Surah Ar-Rahmaan banyak kali ayat ini diulang-ulang)

Betapa banyaknya nikmat yang Allah kurnia dan anugerahkan kepada kita, tapi kita masih lagi menjadi hamba yang tidak bersyukur! Jom jadi hamba yang bersyukur. Sebutkan berkali-kali, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Dan doakan agar diri kita terus dipandu untuk menggunakan nikmat ke arah mengesakan Allah dan menyeru manusia ke arahnya walau di kondisi mana pun kita.

Aku pohonkan agar kehidupan aku, kamu dan mereka dimudahkan pada setiap langkah perjalanannya.


Doakan. Semuanya kan baik-baik sahaja ya!

Kerana Allah sayangkan kalian, aku jua sayangkan kalian. Mengerti itu? :-)

Saturday, October 23, 2010

Buat mereka

Buat mereka, anda tahu siapa anda...
Mereka tahu kan aku sayang mereka, walau mungkin tak mampu ku zahirkan...
Aku sayang mereka demi sesungguhnya mereka Allah sayang...
Aku sayang mereka demi sesungguhnya mereka menjadi penguat semangatku, mereka bersama-sama denganku dalam perjuangan penuh ranjau ini...

Mereka, walau tak pernah punya talian darah denganku,
Namun aku dan mereka bersatu di bawah satu nama...ISLAM...
Aku sayang mereka, dengan sesungguh-sungguhnya,
Walau mungkin ada waktu antara aku dan mereka, mereka terabaikan,
ada hati-hati mereka yang aku tidak pedulikan,
kerna aku mahu mereka jadi manusi cekal! tidak mengaduh lelah dan tidak berdaya pada apa jua ujian...
Kerana aku mahu mereka in menjadi seorang yang kuat!
Kerana aku tak mahu mereka in menjadi pejuang agama yang manja....
Walau aku jua kadangkala mungkin tidak setabah mereka, malah mungkin darjatnya mereka itu lebih tinggi dariku....

Sungguh, demi kerana mereka dan izin Allah, aku masih thabit pada jalan ini...
Walau acapkali terpesong hilang arah,
Aku punya mereka melorong jalan keluar...
Sungguh, demi itu, aku bersyukur, aku punya mereka....

Mereka, anda tahu siapa anda...
Selepas ini, entah ada lagi tidak masa untuk kita bergurau senda,
Entah masih punya peluangkah untuk berkongsi rasa,
Selepas ini, aku keluar mencari kehidupan...
Dan aku kan tinggalkan kalian...

Malah mungkin semuanya akan jadi kenangan manis buat aku....
Atas nama perjuangan ini,
Pastikan ku gugar apa jua halangan di hadapan ku...

Buat mereka, aku pohonkan, doakanku agar terus istiqamah...
Pastinya pada jalan ini..
Ya! Jalan ini..
Agar aku dapat temui kalian lagi...agar kau dapat berkongsi rasa, gelak tawa bersama...

Aku bukan siapa-siapa untuk kalian, aku sedar kebenaran itu...
Tapi aku mahu mereka ini tahu, aku mendoakan yang terbaik untuk mereka..
Agar kehidupan ini menjadi mudah untuk mereka...

Tolong jagakan mereka untuk aku.
Jangan biarkan mereka jatuh tak terpangkukan...
Jangan sakiti mereka, tolong!
Berikan mereka-mereka ini kekuatan berpanjangan walau diri sendiri lemah tak berdaya
Thabitkan mereka pada jalan ini...
Lorongkan mereka pada janji2 tuhan...

Sungguh aku sayangkan mereka...
Mereka sebahagian dari perjalanan kehidupanku..
Mewarnai kanvas kehidupanku...
Kerana mereka dan izin Allah, nafas ini terus segar..

Terima kasih buat mereka..
Kerana Allah sayangkan mereka, begitu jua adanya aku untuk sayangi mereka.
Mereka pasti tahu siapa mereka...

Sekian. :-)

Wednesday, September 8, 2010

Lost!


LOST
...I just lost the touch to write...

...hurm...So sad...
It used to be my medium of expression...
and now...
that feeling has gone.

far and far away
should i surrender?
or
should i put more effort?
(you and I know the answer.. :-)

I really missed the moments
where I could easily post something
though I know some of it are 'rubbish'..hoh!

am I now writing something?
oh God! yes I am...
Hihi...

Finally...

But, wait...

...My next posting will be another months or years from now...

;-)

Tuesday, August 17, 2010

Jom Tambah Ilmu Pasal Puasa :-)

Assalamualaikum kawan2. Alhamdulillah, dah masuk hari ke-7 berpuasa Ramadhan. Cepat kan masa berlalu.

Ok, sepanjang berpuasa ni, kadang-kadang kita puasa membuta tuli tanpa tahu hukum hakam dan hikmah yang ada dalam berpuasa. Sungguh, Islam itu mudah, dan ianya tidak akan menyusahkan melainkan kita sendiri yang menyusah2kan perkara yang mudah. hehe. Walau mungkin ada kepayaha, percayalah dengan janji Allah yang mengatakan "Inna Ma'al 'usri yusra, fa inna ma'al 'usri yusra"

Jom baca artikel Ustaz Zaharuddin mengenai amalan puasa (khususnya pada meletakkan puasa itu batal ataupun tidak). www.zaharuddin.net

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.

Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam.

Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)

Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-

1) Raih Taqwa : Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.

2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.

3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.

4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.

Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.

Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.

Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya 'yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd 'Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :

Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :

Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.

Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd 'Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; 'Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.

Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat :

Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa

Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.

Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-

كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ

Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : -

فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام

Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-

"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)

Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.

9) Wanita tamat haid

Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.

Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)

Dalilnya adalah :-

من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له

Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi

Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?

Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.

Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh

Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)

Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.

Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak

Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untuk menjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahakyang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitumasih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan.Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampaipada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Adapendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal.Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalahkotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampaike mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa.Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidakmembatalkan puasa.

13 ) Mandi

Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/595/72/

Alhamdulillah. Terus mencari rahmat dan keampunan Allah dalam bulan Ramadhan ini. Masih belum terlewat, malah pengampunan Allah itu terbuka seluas-luasnya. Jom semarakkan bulan IBADAH! :-)

Sunday, July 25, 2010

Lama sudah~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur terus dipanjatkan,
Buat DIA Rabbul A'lamin...dulu, kini dan selamanya...

Langkah demi langkah,
terkadang tersadung menyumpah diri,
hoh, bukan senang perteguhkan hati,
bagi mencari makna hakiki...

Tuhan, langkah ini terkadang penuh duri,
untuk aku, mereka dan semua yang yakin pada jalan-Mu,
namun tuhan, janji-Mu itu pasti,
Intansurullah yan surukum wa yuthabbit aqdamakum...
Subhanallah...

Beranikah hati mengobah diri?
Kuatkah langkah menongkah arus?
Dia punya segala...
Yakin...
Hati ini punyanya DIA...

Tuhan,
Lama sudah....
Dosa ini bersemadi...
Lama sudah...berhipokrasi..
Lama sudah...hidup dalam dilema sendiri ciptaan duniawi...
Mohon terus dikuatkan hati, dijauhkan dari segala punca maksiat itu...aku mahu lari...

Allahu Allah...
Ingatkan aku kala aku alpa,
barang sedikit musibah, barang sedikit sakit, barang apa jua pun...
Agar aku tahu, hidup ini punya Tuhan yang mengaturkan...
Tuhan Rabbul Jalil...
Tiada kuasa selain-Mu ya ALLAH...

Hoh! berkali kali meretorik kata..
bahkan diri tak punya apa...
entah ianya hanya sekadar rasa,
tanpa tertanam di dalam jiwa...

Terus, sokongan kamu, kamu, kau dia dan semuanya....
Yang aku sayang...sungguh aku sayang, mahu dipeluk erat!
Semoga kalian beroleh rahmat...

Lama....
Cukup lama rasa itu...cukup lama...
Mohon terus dihilangkan, agar terus tenang dalam dakapan kasih Illahi...
Allah...



Monday, July 5, 2010

Jalan ini....

Alhamdulillah, mahu rafa’kan sebanyak-banyaknya kesyukuran ke hadrat Allah SWT. DIA yang telah berikan aku segala nikmat yang aku ada sekarang. Subhanallah! Tak dapat aku bayangkan andai satu ketika Allah sekat oksigen yang aku sedut tanpa sedar ini walau hanya untuk 30 saat, apakah tika itu baru aku kan menyedari nimat kasih sayang Allah?

Abaikan tentang posting aku yang terakhir. Segalanya bagi aku telah kembali sediakala. Benar. Aku rasakan andai ego itu terus menjadi benteng penghalang, ukhuwah itu tidak akan kemana. Runtuhkan egomu untuk sebuah persaudaraan yang dengan izinNya akan lebih mendekatkan kamu dengan mengingati Allah. Jangan gusar andai merasakan diri ini penyebab kepada manusia lupakan tuhan, kerana di sekeliling kita punya sahabat- sahabat lain yang akan mengingatkan. Itu fungsi sebenar sahabat bukan? Sentiasa koreksi diri, itu kuncinya, bukan menyalahkan diri, dan jangan mengundur diri.

Aku, dia dan juga mereka mungkin terkadang terlalu berkira dengan manusia. Setiap apa yang dilakukan oleh manusia lain sebolehnya mahu dibalas juga sedemikian rupa. Mengapa tidak memberi dan membalas dengan sesuatu yang lebih baik dan indah.

Contohnya, andai insan itu pernah bermasam muka dengan kita, aku rasakan tidak perlu untuk kita pula bermasam muka dengannya. Andai suatu ketika dia pernah sakiti kita, aku tidak merasakan adanya satu keperluan untuk kita sakiti dia semula.

Let bygone be bygone.

Past is Past.

Let it go….

Let it be….

Bersangka baiklah untuk setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan. Take it all in positive way. Jangan terlalu cepat menghukum.

Kehidupan?

Alhamdulillah, terlalu pantas rasanya masa berlalu. Saat ini sudah menghampiri pengakhiran bulan Rejab, menuju bulan Syaaban seterusnya RAMADHAN yang dirindui. Subhanallah! Apakah kitakan dipertemukan dengan Ramadahan tahun ini? Kehidupan ini pada tangan Allah. Hanya dia yang Maha Mengetahui.

Sibukkah aku dengan kehidupan? Hurm, mungkin tidak sesibuk Rasulullah.

Lantas renungkan kata-kata Imam Hassan Al-Banna : Kewajipan itu lebih banyak dari waktu yang ada!

Maka berbahagialah bagi mereka yang waktu mereka disibukkan dengan jalan-jalan menuju Allah, dan sebaliknya buat mereka yang kehidupan mereka masih lagi disibukkan dengan mengejar habuan dunia.

Aku?

Sungguh.. aku tak punya jawapan untuk itu.

Harapannya, aku akan terus kekal pada jalan ini. Jalan yang aku yakin padanya aku akan tetap teguh dengan pendirian “La Ilaha Illallah, MuhammadurRasulullah”. Jalan perjuangan secara berkelompok ini yang aku pilih (PKPIM, PPIWP, PPMPJ, GPTD,Titian Wahyu) –Semoga kan terus istiqamah!

Semoga semuanya kan baek-baek sahaja.

Wallahu’alam.


Tuesday, June 22, 2010

Dia

Assalamualaikum...
Benarkan aku meluah kata...

Dia,
Entah di mana silapnya,
Semakin jauh....

Dia,
yang dahulunya tawa gelaknya penghibur lara,
Kini sepi tanpa suara...

Sepi tanpa kata, hilang tanpa bayang,
Meninggalkan persoalan tanpa jawapan...

Kecil hatikah dia? Marahkah dia? Suka kah dia? Bencikah dia?
Tidak....
Aku tidak tahu asbabnya...

Puas aku renungkan, apa mungkin ada silap kataku,
Apa mungkin ada silap tingkahku,
Apa mungkin khilaf pentafsiran ku...
Sungguh....aku pohonkan maaf utk itu...

Namun, jangan terusan begini....
Ego itu tidak ke mana...malah ego itu sakiti kau, aku, dia dan mereka...

Ah, janggal rasanya....

Kerna aku tidak tahu mana puncanya...

Sunday, June 13, 2010

State of Denial??

Assalamualaikum semuanya. Doaku agar kalian bahagia dengan kehidupan di dalam redha-Nya.

Hidup itu tidak akan selalunya indah bukan?. Teringat masa sekolah dekat SMI Seremban dulu, Teacher Sukasih ade coretkan lagu ni dalam buku ‘chatting’ kitorang. (buku chatting ni is one of the method used by Teacher utk student luahkan masalah or anything,lepas tu teacher akan bagi nasihat dalam buku tu. Sangat bagus kot!)

Teacher Sukasih coretkan lirik lagu ini:

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Sampai sekarang lagu ni jadi sumber motivasi buat diri aku. Yang terkadang aku jatuh terduduk dengan ujian Allah, yang tika mana aku rasakan akulah manusia yang paling tak guna hidup dekat dunia, yang tika saat aku rasa putus asa utk meneruskan perjuangan, tika detik aku hilang arah kehidupan….

Lagu itu, lirik itu.. Motivasi diri.

Senyum. Aku rindukan saat-saat gembira, duka masa di SMI Seremban dulu…..
Lagenda budak setan di situlah kisahnya aku baca. Bermula dari aku, kemudian merebak ke kawan-kawan aku yang lain. Muahahaha! Laki layan novel tuuuu… Besar tidak besar pengaruh novel itu pada aku? Lihat pada alamat emel aku,lihat pada alamat blog aku (adeqashah, ahmad_adikasyah etc2). Aku membesar dengan impian mahu menjadi penunggu cinta yang setia seperti kasyah. :-) (ok, aku dah mengarut!)

Berbalik pada kisah suka duka tangis kehidupan, semua pun akan rasa. Semua pun akan lalui, malah semua pun akan pernah sampai pada tahap ‘aku dah putus asa!’.

Untuk sampai pada tahap. Oh, tidak mengapa, aku redha dengan ketetapan ini, oh,aku okay2 sahaja,oh ya, ini takdir aku-Allah telah tetapkan…. Ya, ini mungkin balasan kekhilafan aku….. SUKAR! Tidak semua yang merasakan UJIAN itu rahmat dari ALLAH. Rahmat Allah itukan pelbagai.

Aku membesar dengan begitu banyak ujian. Dan aku yakin, ujian-ujian itulah yang menjadikan aku seperti sekarang. Ujian-ujian yang dulu pada anggapan aku ianya tak patut jadi begini dan begitu, kenapa aku sahaja ditimpa ujian, beratnya ujian dan sebagainya, hakikatnya-Allah mahu berikan sesuatu di sebalik ujian itu. Berhikmah Allah mendidik manusia. Subhanallah!

Aku tonton Karate Kid. Pengajaran dari cerita itu sangat baek! Silalah menonton. Tidak rugi. Pengajaran untuk berhadapan dengan kehidupan.

Semasa ke CFS UIA Nilai utk bersama adik2 yang baru daftar dekat sana, berlaku perbincangan mengenai cara menghadapi sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan. Isu nya adalah: terkadang perlu juga mengekspresi diri mengikut situasi. Contohnya, kalau dapat berita sedih-menangis, result tak bagus-sedih, dapat berita gembira-bergelak tawa dsb. Tidak perlu hidup dalam ‘denial’, contohnya, dapat berita sedih, buat2 macam tak ada apa, buat2 cool. Bagi aku benar! Kita perlu mengekspresi diri mengikut keadaan. Tetapi yang sebenarnya, ekspresi diri itu menggambarkan bagaimana kita menerima sesuatu keadaan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Bagaimana penerimaan kita pada Qada’ dan Qadr Allah. Bergembiralah tika mana Allah memberikan ujian yang berat, dan banyakkan istighfar saat Allah berikan pelbagai kesenangan. Jadinya, bagaimana ekspresi yang sepatutnya. Anda jawab.

Ramai manusia hebat yang lahir dari jeriji besi bukan? Banyaknya manusia yang berjaya kerana pernah ditimpa masalah yang berat bukan? Mereka ini mereka yang berjiwa besar! Mereka takkan pernah mengalah pada dugaan, kerana mereka faham sunnatullah! Namun, begitu banyaknya manusia termasuk aku yang terkadang gagal utk memahami perkara ini sehinggakan tergamak menyalahkan takdir! Mengambil jalan singkat utk selesaikan masalah seperti membunuh diri. Sejengkal sungguh akal.

Lantas, jangan dikeluh kesahkan apa sahaja yang datang kepada kita. Aku akui, terkadang aku ‘ter’keluh kesah jua dek kerana beratnya ujian. [garu kepala!] Namun hakikatnya, ia bergantung dengan cara kita menghadapi masalah itu. Aku sudah terangkan di atas. Kembalilah semula pada pencipta yang tahu segala. Bahawa DIA tidak akan timpakan manusia dengan dugaan yang takkan mampu ditanggung makhluk ciptanNYA. Allah itukan PENCIPTA kita. DIA Maha Tahu segala.

Kuatnya manusia itu, apabila ditimpa ujian kesusahan, dia masih mampu lagi utk tersenyum walau kelat. Melambangkan hatinya kuat, jiwanya besar dan juga mengharapkan hikmah Allah dalam mengajar manusia. Kuatnya manusia itu bilamana Allah datangkan ujian kesenangan, lafaz istighfar sering bermain di bibirnya, lafaz Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan tidak dilupa, dalam masa yang sama memohon agar kesenangan itu tidak akan memesongkan pendirian. State of denial kah ini? Anda fikirkan…..

Thursday, April 29, 2010

Hilang kata~

Dengan nama Allah...

Jom lakarkan senyuman! :-)

Entah, banyak yang hendak diceritakan, banyak yang hendak dikahabarkan, terkadang lenyap dimamah masa. Dan aku bukannya antara mereka yang gemar meluah rasa. Benarkah? Hanya jauhari yang kenal akan manikam. Huhu.

Apapun, demi setiap kali aku bangkit dari tidur, yang pastinya tika dan saat itu, aku panjatkan syukur padaMu ya Allah, demi setiap kali itu jualah, aku harapkan dunia ini akan bertambah kebaikanyya, bertambah orang-orang yang suka pada jalan-Mu. Dan setiap kali bukanya mataku, aku juga punya harapan agar masa silamku tak lagi menghantui perjalanan hidupku, tak lagi menjadi batu penghalang besar utk diriku menjadi insan yang bertaqwa.

Namun tuhan, aku tak punya daya apapun melainkan dengan bantuanMu.....

Aku pohonkan segala yang baek, buat kamu, dia dan mereka kesemuanya. Aku punya cita-cita. Dan aku mahukan ia menjadi kenyataan. Lima ke enam tahun aku berikan masa. InsyaAllah. aku harapkan 5-6 tahun itu cukup utk menjinakkan hati ini. Demi membina sebuah mahligai cinta abadi, insyaAllah dunia dan akhirat.

Doakan aku sahabat. Agar aku menjadi insan yang suci luhur hatinya. Yang aku takkan pernah lagi mempersoalkan itu dan ini, yang aku takkan pernah lagi merungut itu dan ini, dan aku takkan pernah lagi meminta-minta itu dan ini.

Semoga esok, hari yang lebih baek untuk kita semua. Hari yang bahagia untuk semua umat manusia, hari yang mana manusia di sekelililngku indah senyumannya. Semoga bahagia, InsyaAllah.

Terus senyum pada DONIA! Pasti.

(adeh! hurm....mengapa? aku tak pasti... untuk posting kali ini.. huhu..apa yang bermain di fikiranku? hoh! ABAIKAN!)


Saturday, April 10, 2010

Help me please!

Assalamualaikum to all, may always be in Allah's love. InsyaAllah.

Hurm, just want to share something and I might need suggestions or advice from you guys. [ade ke pembaca blog aku ni, huhu]

Ok, since I will be starting my practical training at Sime Darby this coming Monday, I went for surveyed the route that I will be using to reach there-Wisma Sime Darby, Jln Sultan Ismail.

Here comes my observation:

If I choose to go by LRT Putra and Star Lrt:
Cost: RM 5.80 X 2 ways = RM 11.60 per day
Excluded foods and what not. Wow!
Time: I have to be at the LRT as early as 7.15 a.m to make sure that I wont be late for work. Hurm. It tooks me about an hour to reach Sime Darby, and I have to be there sharp at 8.30 a.m.
[keadaan dalam LRT sangat2 la tidak selesa ye! packed like sardines! huhu]

And if I choose to take a bus from UIA Gombak:
Cost: RM 2.50 X 2 ways = RM 5.00 per day (cheaper than taking LRT by half!)
I will be reaching exactly in front of Wisma Sime Darby, but I dont know how long it will takes me to reach there. It might be one hour or more. There is uncertainty though. The earliest bus entering UIA would be at 7 a.m. Wosh! How if the bus is late? Traffic jammed and what not? Scary wo! hohoho... adeh!

How?

One more thing, I am thinking of staying at home (Taman Keramat) or UIA during the practical training, which is 15 to 20 minutes far from my house. Hurm. [considering that I need to attend clubs meetings and what not during nite time, at UIA]

If I choose to stay at home, I have to take LRT for work and if I have a meeting at UIA, I might have to get back home and drive car to UIA. Or else, I will go straight to UIA by LRT, then after the meeting, getting back to it and reach home! How hectic it would be? What if the meeting finished late? Hurm...

Help me please. I want to choose the fastest route and yet the cheapest one and put me at an ease condition. :-)

Thanks guys!

Friday, April 9, 2010

Sampai hati!

Aku, dia, mereka, kamu, kamu dan kamu,

Entah dari mana datangnya, aku tidak mampu utk mengingati, aku akui, itu kelemahan aku…

Aku gagal mengingat momen pertama pada sesuatu perkara…sedangkan ia punya signifikasi yang tertentu pada sesetengah orang…

Bukan aku pandang remeh, malah tidak pula mengganggap ia terlalu mudah…

Mungkin kerana aku bukan seorang yang romantik mungkin…Tapi aku cuba sedayanya!

Aku, dia dan mereka mungkin bukan antara mereka yang mudah mengingati momen momen indah, mengingati tarikh lahir, ulang tahun, malah apa apa sahaja…Tapi aku cuba semampunya!

Orang berkata, “oh, romantiknya dia, bila anniversary, bawa sang cinta jiwa candle light dinner”

Oh Versace! Tettt..!!!

Katanyerrrr…

Kata tuhan? Pernah fikir? Tidak ye…

Pada aku, benar, mengingati sesuatu peristiwa itu penting, tetapi jangan sampai kita terlalu ghairah atau teruja, sehinggakan jika ada orang yang lupa, maka mula bermasam muka, menuduh si polan dan si polan lupa akan dirinya, sombong, malah sampai boleh putus sahabat…hoh!

Perhatikan dan faham ini: Dia mungkin tidak berminat pada menyambut atau meraikan sesuatu dengan cara yang terbuka, malah mungkin dia lebih senang utk memberikan sesuatu yang lebih istimewa dan eksklusif, biar tak siapa pun tahu…mungkin di luar jangkaan si penerima…lantas biar dia…walau mungkin dia lupa terus, biar dia~ biar jiwa pun boleh juga! [letak credit kat Fynn Jamal, kang kena saman sebab dia makin popular]

Tarik nafas…

Teruskan…

Aku, dia, kamu, kamu dan kamu,

Apa diharap pada jasa baik orang, apa diharap pada puji dan puja manusia, apa diharap pada ingatnya manusia pada kita?

Soalan pertama: siapa kita untuk manusia lainnya ingat pada kita?

Kita bukan siapa-siapa….Aku bukan siapa siapa…

Bersangka baik itu kan lebih baek,

“Oh, dia terlupa mungkin”

“Oh, dia sibuk mungkin”

“Oh, aku tidak kisah dan aku tidak mengharap, andai ada orang ingat, Alhamdulillah, syukur. Tapi aku tetap bukan siapa-siapa, lantas andai dia tidak mengucapkan apa-apa, aku tidak punya rasa”

Kekadang, kita mudah terasa sesama manusia.

“Eh, sedihnya, dia tak ingat pun birthday I” [Lihat pada ganti diri I.baca dengan nada gedik mengada-ngada..huhu]

Hoh!

Sekali lagi, apa diharap pada ingatan manusia pada manusia?

Bagaimana ingatan manusia kepada tuhannya? Nah, tersipu malu bukan? Oh, aku jua begitu! Tampar diri sendiri. Besar tahu murka Allah pada mereka yang berkata sesuatu yang mereka tidak lakukan! Baekk! Mengerti.

Buat baek pada manusia jangan diharap pada balasan.

Mengucapkan selamat pada seseorang dengan harapan dia akan mengucapkan semula bila tiba waktu kita…

Satu masalah: aku, kamu dan juga mereka meletakkan harapan. Lantas, jika tak dapat, KECEWA!

Itu bukan caranya….

Andai ikhlas, pasti ia datang tanpa perlu dihebahkan serata alam.

“Eh, hari ni birthday aku la…Wish cepatttttt. Nak hadiah tau. Besssaaarrr punyer” Hoh [banyak betul hoh! hurm...]

Ya, dulu aku jua pernah begitu. Tapi insyaAllah, tidak lagi kini. Aku cuba! wuuuu..

Siapa tahu, tika dan saat itu, mereka yang kita harapkan akan ucapkan selamat pada kita sedang berduka? Atau dia malu kerana yang lainnya membawa hadiah, tetapi dia tidak mampu utk memberikan apa-apa? Apa makna sebuah persahabatan atau perkenalan andai mengharapkan balasan? Ingatan? Malah diungkit ungkit pula.

“Dulu masa birthday ko aku bagi perfume harga RM 200 kot! Birthday aku, kau tak bagi pape pun. Sampai hati” [padehal RM 20 jek, beli kat uptown...hihihi..drama lebih sket!]

Hurm…

Hela nafas, macam macam…

Tapi…

Tidak sukar sebenarnya utk lakukan semua itu…

Ok, pada sisi lainnya,

Penghargaan itu juga terkadang perlu juga, jangan sehingga menjadi seorang yang ‘ignorance’ pada semua…

Ingatan pada seseorang itu menggambarkan kita prihatin dan ambil tahu.. Kita hargai siapa dia yang berada di sisi kita,

Aku, dia, mereka, kamu, kamu dan kamu….

Biar semuanya itu lahir dari hati ye…

Bukan utk mengampu atau punya harapan dan cita-cita….

Siapa tahu, diri kalian hadir dalam setiap doanya tika menghadap rabbul jalil? Dalam setiap doanya terselit nama kalian? Itukan lebih indah….

Ye. Detik detik itu tak akan berulang lagi kerna pasti lain rasanya bila tiba pada detik yang sama pada masa yang mendatang…

Tetapi:
Daripada ingatannya setahun sekali (yang andai dia lupa, terus menarik muka), dengan ingatannya lima kali sehari selama 365 hari, mana pilihan aku, kamu dan kamu?

Fikirkan….

p/s: Orang kata, what you give, you get back. CONFIRM! Tapi, macamana kalau tak dapat balik? Kecewa? Sebab apa? Letak harapan kan? Koreksi niat mungkin penyelesaiannya. Wallahua’lam.


Saturday, April 3, 2010

Tanpa Arah

Terkadang tanpa sedar, kita dah terlalu banyak menyusahkan orang di sekeliling kita. Namun, masih lagi merasakan yang terkadang manusia itu belum cukup faham akan diri kita.

Cukup-cukuplah. Hidup kita ini tak lama. Sampai bila nak mengharap? Sampai bila nak terus bergantung pada orang?

Belajar!

Tak tahu?

ALASAN.

Ini bukan lagi zaman kuno! Hoh!

Entah esok atau lusa, orang yang kita letakkan segalanya hilang. Apa jadi pada kita? Terkontang kanting? Sebab sebelum ini segalanya diuruskan manusia lain dari A-Z?

Aku lebih suka dengan manusia yang tegar!

Aku suka pada mereka yang tidak takut pada segala kemungkinan..

Aku suka pada mereka yang tidak menjadikan masalah remeh sebagai masalah besar! Take it easy…. Every lock comes with a key. (aku jarang2 pinjamkan diri aku utk dengar masalah remeh. MAAF!)

Aku suka pada manusia yang kurang mengadunya pada manusia...

Biar pening, sakit atau apa sahaja, ditanggung sendiri, tak perlu menagih simpati, sehingga terkadang manusia pun muak utk membantu lantaran terlalu melampau…

Biar diri yang menjadi tempat utk berkongsi cerita dari yang lain, biar diri sakit kerana orang lain, biar diri yang banyak berkorban utk orang lain, malah segalanya itu biar tersimpan rapi, tak perlu diungkitkan sehingga heboh sekalian alam. Lagaknya seperti superman, penyelamat dunia! Hoh.

Biar…. (itukan lebih dihargai, walau bukan oleh manusia, Janji DIA kan ada. Apa diharap pada balasan baek dari manusia. Itu tidak ikhlas namanya)

Satu kata-kata pernah sebut:

“Bila buat baik pada manusia, jangan lekatkan dalam ingatan kebaikan yang telah kita lakukan itu, biar hilang ditiup angin, biar sayup disepoi masa. Tapi INGAT kebaikan manusia lainnya pada kita. Biar kekal terpahat, agar nanti tidak lupa pelindung yang namanya kulit.”

Dari menyusahkan manusia yang lainnya….

Biar diri yang merasai susahnya manusia lain….

Jangan banyak mengeluh! Jangan banyak beralasan, jauh dari rahmat tuhan kelak…

Ajarkan juga pada mereka yang banyak keluhnya banyak mengadunya kepadamu…agar mereka juga kuat, agar mereka mampu untuk berfikir, gunakan kurniaan Allah tidak terhingga- AKAL.

Aku: diri, jadilah manusia yang bersyukur! Apa tidak cukup nikmat yang ada pada diri sehingga menagih nikmat dari manusia yang lainnya?

“Be yourself, but be the best of yourself”- kata kakak itu.

Yes! Itu sangat betul tahu!

Diri takkan tahu mana kekuatan sebenar andai terlalu berharap. Ini dan itu perlu ditunjuki berkali kali… Ini dan itu perlu diberi di hadapan mata….

Percaya diri!

Tidak tahu? Tanya. Minta pedoman.

Tidak tahu lagi? Cari sumber lain.

Mahu atau tidak mahu? Pilihan!

Diri: kau cakap besar! Hoh.

Mungkin. Ya atau tidak? Hanya diri yang tahu…

Diri, kau rasa bagus?

Tidak! Tidak sedarkah kekurangan diri yang bercompang camping, yang manusia lain tidak pun betah untuk kerling?

Hidup dalam kehidupan dan dunia sendiri? Tidak mesra!

Siapa yang kata? Kenal dahulu sebelum mengata!

Tak perlu bertoleransi pada mereka yang mampu utk berfikir, yang YAKINnya kita dia boleh berfikir, buat justifikasi dengan baik.

Bayangkan ini: Diri, mengadu pada seseorang dia lapar. Sedang dia tahu, bila lapar, perlu makan. Mengadu kawan di sekolah curi pemadam. Mengadu mengantuk tika memandu. Mengadu sakit dada kalau hisap rokok. Mengadu lampu di tandas rumah terbakar sedang dia sendiri pun mampu utk menukarkannya. Mengadu..mengadu…mengadu…. Dengan harapan ade orang tolong belikan makanan untuknya, manusia yang diadukan akan pergi jumpa si pencuri pemadam dan minta dipulangkan, mengantuk akan hilang dengan terus memandu, ubat mampu kurangkan sakit dada dan lampu yang baru itu punya kaki untuk berjalan dan terpasang dengan sendirinya. Hoh!

Bermanja2? Mungkin boleh. Tapi jangan sampai MUAK! Berpada-pada.

Perkara itu mudah bukan? Boleh diselesaikan, tanpa menyusahkan manusia lainnya…

Hey, dalam kubur itukan berseorangan! Kalo sempit kubur itu bagaimana? Masih minta tolong? (Apa kaitannya? Anda fikirkan)

Sehingga mati pun, susahkan manusia. Minta simpang!

Berhenti sejenak, tarik nafas! Dalam dalam…

Baek… menghela nafas…

Sisi yang lain….

Toleransi itu pada mereka yang berhak! Bukan toleransi yang bukan-bukan…

Contoh: toleransi pada mereka yang rosak akhlak akibat lalai ibu bapa, kurang ilmu agamanya, tidak pernah sentuh mashaf suci itu….

Tidak pada remaja yang tahu ilmu agama, belajar tinggi-tinggi, faham dan sampai ilmunya, tapi masih merogol anak sendiri! Masih berzina! Kemudian buang! Masih itu, masih ini, sedang dalam jiwa dan hati bergelodak segala ilmu. Kemudian akui, keliru dengan pilihan! Itu bukan pilihan. PANDAI!

Murka DIA itukan lebih ringannya pada mereka yang JAHIL (jahil mutlak, lantaran tidak ada mereka yang pandai menanggapi mereka) berbanding mereka yang PANDAI tapi mungkar? (betulkan aku andai aku silap)

Andaikan ini, siapakah yang lebih berat dosanya bagi si orang asli yang berpegangan tangan dengan seseorang yang tidak halal baginya, sedang dia tidak pernah tahu itu HARAM dengan mereka yang tahu dengan jelas itu HARAM? Mereka jahil kerna tidak sampai kepada mereka ilmu itu. Lantas, mereka yang berilmu, sampaikan. Jadilah mereka itu mereka yang berilmu, dan samalah mungkin dosanya selepas dari itu, andai masih berulang.

Yang pandai, jangan susahkan org lain. Fikir!

“Zahirnya kefasadan bila wujudnya titik hitam pada hati mereka yang pandai”- aku olah sedikit kata adik itu.

Pening juga bila orang pandai, berlagak seperti si jahil…

Dan pening juga, bila si mereka yang lebih ‘matured’ umurnya, lagaknya kalah remaja belasan tahun…

Yang kurang kepandaian, andai punya peluang, grab the chance. Jangan jadi bodoh sombong. (Ustaz Ayob di SMI Seremban dulu selalu katakan ini.)

Matured is means to be matured!

Fikir….

Diri, kenapa ni?

Entah, aku menulis tanpa arah…

Sungguh, tiba2..

Terzahir dari keadaan sekeliling mungkin…

Apa yang ingin aku sampaikan?

Tafsir kan…

Pasti, kefahaman manusia itu berbeda! Aku tidak punya sanggah. Bebas dengan kritikan. Sila.

Don’t put a simple judgement… Because it is complicated!

Really? Hurm…

Aku tidak sempurna, kamu juga. Tahu itu?

Salam.